SULIT
|
1103/2
|
Soalan 1 :
Rumusan [30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Jiran merupakan orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti dijaga bagi
membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk
semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman
dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup
sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran
semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca
utama yang sering dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan
kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang serba mencabar di
kawasan bandar.
Ada jiran tetangga yang saling tidak
mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap anggota masyarakat asyik
sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat
meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak
mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum matahari
terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi
serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang
hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul
atau bertegur sapa sesama jiran.
Fenomena tersebut bertambah parah dengan
proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik
atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk
dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar.
Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini
menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di bandar
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka
berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang
bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana
perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi
mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada pula yang
bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan
semangat kejiranan semakin jauh.
Faktor teknologi maklumat dan
komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat
kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi
maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan
anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan
Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka
untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga
menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.
Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang
tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal keselamatan berbayar.
Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang
membuat kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka
lebih mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan kerohanian kerana
menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016
Soalan
2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2(a) -
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata membatasi
pergaulan. [2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan
menjaga hubungan baik sesama jiran.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut.?
[3
markah]
(iii) Semangat
kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara
untuk mengenali jiran kita dengan lebih mendalam?
[4markah]
1103/2
© 2017
Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SULIT
SULIT
|
1103/2
|
Soalan 2(b)
– Petikan Prosa Moden.
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
AIMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang
saja? Hmm, kalau aku buang,
nanti ada
orang
lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan
dulu,
cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
(Oleh sebab Aiman langsung tidak berminat
untuk menyertai program itu, maka surat
tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya
terus dicampakkan sahaja surat itu.)
NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan
makanan kegemaran Aiman,
ayam
masak asam pedas.
AIMAN: Hei,
jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma
orang gaji di rumah ini,
faham? Saya belum lapar. Saya belum
nak makan lagi.
Saya
nak tunggu Kak Dapnia balik.
Saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH:
Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
beritahu
yang dia tak balik makan
tengah hari, dia banyak tugasan di
universiti. Malam baru dia
pulang. Datin juga sibuk,
malam baru dia pulang.
AIMAN: Kak
Dapnia tak balik, mummy pun sama?
Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk
saja. Macamlah esok dah nak
kiamat.
Dipetik
daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
Dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
(i)
Apakah tindakan
Aiman setelah mendapat surat?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda,
mengapakah program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru
menamatkan
persekolahan?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu
perwatakan Nek Sinah yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada
keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]
Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Maka
Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit
juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung
Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka
terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah
negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar”.
Hatta,
maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia
pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Jikalau ada kurnia Duli Yang
Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka
titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya
Hitam?”
Maka
sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka
titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka
sembahnya, Mohon patik, tuanku.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan
Lada’ dalam antologi Sejadah
Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)
Berikan maksud binasalah negeri ini? [2
markah]
(ii)
Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar
Syah setelah mengetahui tentang pertelingkahan antara Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja?
[3 markah]
(iii)
Pemimpin merupakan tonggak penting
kepada sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang
wajar anda lakukan jika anda Sultan Muzaffar Syah dalam usaha untuk
mendamaikan kedua-dua pihak ?
[3
markah]
|
Soalan 2(d)
– Puisi Tradisional
Baca sajak di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Aku
Membaca Lagi
Aku mendongak
langit
membaca
garis dan titik
menaakuli
kebesaran-Mu
di bawahnya
gumpalan mega
hembusan
bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri
alam
kicauan
burung
desiran
ombak dan wajah pelangi
mewarnai
kehidupan umat-Mu.
Aku
mendongak lagi
membaca
langit
di dalamnya
pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan
ranting terkulai
daun-daun
berguguran
helai demi
helai
di lantai
tanah airku yang makmur.
Aku membaca
langit
kutemui
bulan dan
bintang menangis
meratapi
luka nasib bangsa.
Aku
mendongak lagi
menitis air
mata langit
membasahi
bahasa Melayuku
yang
berdarah.
Razali Mohd. Yussof
Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
(i)
Berdasarkan
rangkap kedua sajak tersebut, apakah
yang ditemui penyajak apabila beliau
menyelusuri alam? [2 markah]
(ii)
Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Namun begitu, kedudukan
bahasa Melayu kian terpinggir.
Pada pendapat
anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu kian terpinggir di
negara kita kini? [3markah]
(iii)
Jelaskan
satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran
yang terdapat dalam rangkap kelima sajak tersebut. [4
markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30
markah]
Jawab
semua soalan.
(a)
Tulis
satu ayat bagi
setiap perkataan
dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
tunjuk - telunjuk
(ii)
kuncup - kemuncup
(iii)
guruh - gemuruh
[ 6 markah]
(b)
Kenal
pasti jenis-jenis
ayat perintah
di bawah sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat permintaan, ayat silaan, ayat
suruhan dan ayat larangan.
(i)
“Jemputlah makan pisang goreng
ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.
(ii)
“Buang sampah ini ke dalam tong
sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada anak muridnya.
(iii)
“Usah ganggu adik kamu yang sedang
tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.
(iv)
“Tolong susun buku-buku di rak
itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada pengawas-pengawas lain.
(v)
“Jangan bising ketika berbaris,”
pesan guru disiplin kepada semua murid.
(vi)
“Balut semua buku teks ini jika
tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas itu kepada semua muridnya.
[6
markah]
(c )
Dalam setiap ayat di bawah ini,
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Setiap hari keluarga harus luang
masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
demi mengukuhkan tali silaturrahim.
(ii)
Majikan itu telah melakukan
siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum upahnya
untuk bekerja.
(iii)
Kakak selalu menggunakan losyen
melembap muka sebelum dia tidur.
[ 6 markah]
( d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu, Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Kesemua pemain-pemain itu akan
mendapatkan latihan yang secukupnya daripada
pengurus pasukan sebelum melayakkan diri
mereka ke pusingan akhir dalam pertandingan
bola sepak itu.
(ii)
Beribu penonton membanjiri Stadium
Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
pasukan bola sepak Harimau Malaya dengan
Thailand dalam pertandingan Piala Pusingan
Suzuki AFF baru-baru ini.
(iii)
Kereta yang Hasnol pandu terbabas ketika dia
membelok di pusingan yang tajam itu.
[ 6 markah ]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sikap
Salmiah yang terlalu memanjakan anaknya,
Salim akhirnya mendatangkan masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari
kesilapannya dalam mendidik anak tunggalnya itu, namun semuanya sudah terlambat
kerana Salim sudah meningkat remaja. Hal ini demikian kerana usaha mendidik
anak mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-anak mudah dibentuk dan
menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
[ 6 markah]
Soalan
4 :
Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-
i.
Pantai kasih karya Azman Nordin.
ii.
Di sebalik Dinara karya Dayang Noor.
iii.
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip Talib.
iv.
Jendela menghadap Jalan karya Rohani
Matdarin.
v.
Tirani karya Beb Sabariah.
vi.
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop.
vii.
Silir Daksina karya Nizar Parman.
viii.
Songket berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip.
a) Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua contoh peristiwa
tentang persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7
markah]
b) Berdasarkan
dua buah novel, huraikan satu sikap masyarakat yang sepatutnya
dihindari dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
[8
markah]
KERTAS
PEPERIKSAAN TAMAT
SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN, SMK SERI LONDANG 2017
SKEMA JAWAPAN KERTAS 2
BAHASA MELAYU PERCUBAAN 2017
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan
Petikan
membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab yang menyebabkan semangat semangat
kejiranan semakin luntur di negara kita.
Rumusan
ini membincangkan sebab-sebab/faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur
dan kesannya.
Isi-isi tersurat (Punca-punca semangat kejiranan
semakin luntur)
S1 Tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan
bandar.
S2 Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan
hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari.
S3
Proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik.
S4 Keadaan masyarakat di bandar yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa.
S5 Masyarakat
Bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana
perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi.
S6 Teknologi maklumat dan komunikasi turut
menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat kejiranan.
S7 Struktur dan reka bentuk perumahan moden juga
menyulitkan hubungan semangat kejiranan.
S8 Sesetengah anggota masyarakat bersikap
materialistik/ mementingkan kebendaan.
Isi-isi tersirat (Kesannya)
T1 Tidak ada 1agi rasa mengambil berat dan tidak
lagi saling bertegur sapa.
T2 Mewujudkan pelbagai masalah sosial seperti
penagihan dadahdan vandalisme.
T3 Ikatan masyarakat menjadi longgar.
T4 Berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam
masyarakat.
T5 Berlakunya jenayah termasuklah kes pecah
rumah dan rompakan kerana tidak mengenali jiran di sebelah.
T6 Perselisihan faham mudah berlaku.
Penutup
Kesimpulannya,
semua pihak / kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memupuk/membina semangat
kejiranan/ hubungan yang baik dengan jiran tetangga kita agar/ supaya perpaduan
kaum dapat dibentuk.
1. Soalan 2
markah:
DESKRIPSI
|
MARKAH
|
-Jawapan
tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
|
2
|
-Jawapan
kurang tepat/isi tidak cukup
|
1
|
-Jawapan
tidak tepat/salah
|
0
|
2. Soalan 3
markah:
DESKRIPSI
|
MARKAH
|
-Isi
cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
|
3
|
-Isi
cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis -Isi tidak cukup/kurang
lengkap tetapi ayat gramatis
|
2
|
-Isi
kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
|
1
|
-Isi
tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
|
0
|
3. Soalan 4
markah:-
DESKRIPSI
|
MARKAH
|
- Isi
cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
|
4
|
- Isi
cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis
|
3
|
-
Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
|
2
|
-Isi
kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis
|
1
|
- Isi
tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
|
0
|
Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) - Petikan Umum
(i)
Membatasi pergaulan bermaksud mengehadkan/ menyekat hubungan persaudaraan
sesama jiran. (
2 markah)
(ii)
Kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran ialah:
-
membina kehidupan yang harmoni,
-
menjamin keselamatan berkekalan,
-
memupuk semangat bersatu padu dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum.
( 2 isi – 3 markah )
(iii)
Pada pendapat saya, cara mengenali jiran secara mendalam ialah:
-
menghadiri undangan jiran ke rumahnya
atau majlis tertentu seperti kenduri kahwin atau majlis hari jadi,
-
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong,
-
membantu jiran pada masa yang diperlukan,
-
menghulurkan bantuan dalam majlis
kenduri,
-
menziarahi jiran ,
(
maksimum= 4 markah)
(
isi cukup = 3 )
Skema Jawapan Soalan 2b
(i)
Tindakan
Aiman setelah mendapat surat:
-
Membuang
surat tersebut. -
1m
-
Membakar
surat tersebut. -
1m
-
Menyimpan
surat tersebut. -
1m
[Maksimum : 2
markah]
(ii)
Sebab-sebab
Program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan:
-
Membina
sahsiah diri generasi muda -1m
-
Membina
dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
-1m
-
Memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional. -1m
-
Membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. -1m
[Maksimum
: 3 markah]
[ isi cukup = 2 isi ]
(iii)
Perwatakan Nek Sinah berdasarkan petikan:
-
Seorang
yang penyayang. ( 1 m)
Contohnya, Nek Sinah mengambil berat tentang
Aiman. (1 m )
-
Seorang
yang bertanggungjawab. ( 1m )
Contohnya, Nek Sinah melaksanakan tugas
sebagai pembantu rumah dengan sempurna. ( 1 m )
-
Seorang
yang prihatin.
Contohnya, Nek Sinah prihatin tentang makanan
kegemaran Aiman.
Perwatakan
Nek Sinah daripada keseluruhan drama yang tiada dalam petikan:
-
Seorang yang suka member nasihat.
Contohnya Nek Sinah menasihati Aiman agar
menjaga tutur kata dan tingkah lakunya.
-
Seorang yang penyabar.
Contohnya, Nek
Sinah bersabar dengan tingkah laku Aiman yang biadap.
[Maksimum:
4 markah]
Soalan 2(c): Petikan Prosa
Tradisional
(i)
Maksud
binasalah negeri ini ialah
-
rosak negeri ini
-
hancur negeri ini
-
musnah negeri ini
[
Maksimum : 2 markah]
(ii)
Reaksi
Sultan Muzaffar Syah
-
terlalu berdukacita
-
berkata di dalam hati tentang kerosakan
negeri
-
bercadang mendamaikan kedua-dua pihak
[Maksimum
: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii)
Tindakan-tindakan
-
mencari orang tengah untuk memberi nasihat
kepada mereka
-
berbincang / bersua muka dengan kedua-dua
belah pihak
-
meminta pertolongan / bantuan daripada
tokoh-tokoh yang dihormati
-
memberi nasihat
[Maksimum
: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
SKEMA
JAWAPAN ( soalan 2 d )
i.
- Kicauan burung
- Desiran ombak
- Wajah/keindahan pelangi
[
maksimum 2 markah]
ii.
- Pemimpin menggunakan bahasa Inggeris dalam
urusan rasmi.
-
Sikap
masyarakat yang memandang rendah akan kepentingan bahasa Melayu
-
Pihak
swasta mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengambilan pekerja.
-
Tiada
penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu.
-
Pengaruh
media sosial/media massa
[ maksimum : 3
markah]
[ isi cukup : 2
isi ]
iii.
- Rangkap Pertama
Kita
hendaklah bersyukur kepada Tuhan.
Contoh: Dengan
perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan
oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus
dan banjaran gunung.
Kita mestilah
cinta akan alam sekitar.
Contoh: Penyajak
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui
awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
[
maksimum : 2 markah]
[
isi cukup 1 +1 ]
-
Rangkap
kelima
Kita mestilah
cinta akan bahasa.
Contoh: Para
pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang kian dipinggirkan.
[
markah maksimum 2 ]
[
isi cukup 1 + 1 ]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e)
: 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang
betul.
2. Tolak
1 markah bagi kesalahan ejaan/
jalan bahasa/ tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai
peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas,
berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan,
berikan 0 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat
tetapi sebenarnya lebih tolak ½ markah bagi
setiap
ayat.
7. Ayat kedua yang dibina sama seperti ayat
pertama, berikan 0 markah pada ayat itu
8. Jika
semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
9. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk
dengan mematuhi tanda bacanya.
10. Isi tidak jelas, tolak ½ markah
Jawapan 3 (a)
-Tunjuk 1.
bp
=
menunjuk,
menunjukkan;
~
diri
menampakkan
diri
(menghadap
pembesar
dll);
2.
Mn
jari
telunjuk;
~
ajar
segala
macam
nasihat
dan
ajaran;
~
cara
melakukan
sesuatu
dgn
tujuan
utk
memberitahu
cara-cara
membuatnya;
~
langit
a)
sj
ikan
laut,
Triacanthus
oxycephalus;
b)
kayu
yg
dipasang
tegak
dr
alang
ke
bumbung
rumah;
~
perasaan
perbuatan
menyatakan
pendapat
(bantahan
dsb)
dgn
perarakan
atau
rapat
umum
dsb,
demonstrasi;
-telunjuk
1.
=
jari
~
jari
antara
jari
hantu
dgn
ibu
jari:
tutup
ketat-ketat
lubang
pam
basikal
itu
dgn
~
tangan
kiri;
2.
ki
perintah,
kemahuan,
suruhan:
orang-orang
Belanda
sangat
pandai
mengambil
hati
orang-orang
besar
kita
yg
mahu
mengikut
~nya;
-kuncup
I
1.
tidak
terbuka
lebar
(bkn
payung
dll),
tidak
mekar
atau
kembang
(bkn
bunga);
~
hatinya
ki
ketakutan;
2.
kuntum
bunga,
daun
muda
yg
belum
terbuka:
~
bunga
mawar;
-kemuncup
sj
tumbuhan
(rumput),
rumput
jarum,
Chrysopogon
(Andropogon)
aciculatus.
-guruh
bunyi
bising
di
langit
(yg
biasanya
didahului
oleh
kilat),
guntur,
tagar;
~-gemuruh
berbunyi
spt
guruh,
berdegar-degar;
-gemuruh
1.
=
bergemuruh
berbunyi
spt
guruh
(bunyi
kapal
terbang,
air
terjun,
dll):
rakyat
Pasai
pun
keluarlah,
~
bunyinya;
ucapannya
mendapat
sambutan
tepuk-sorak
yg
bergemuruh;
2berdebar-.debar
hati
(kerana
ketakutan,
berasa
sangat
bimbang,
dsb),
agak
gementar:
setiap
pemain
pasti
berasa
sedikit
~
apabila
menentang
lawan,
terutamanya
dlm
kejohanan
penting;
Jawapan 3(b)
i)
Ayat
silaan
ii)
Ayat
suruhan
iii)
Ayat
larangan
iv)
Ayat
permintaan
v)
Ayat
larangan
vi)
Ayat
suruhan (6
markah)
Jawapan 3( c )
i) luang - meluangkan
Silaturrahim - silaturahim
ii) latarbelakang - latar belakang
upahnya - mengupahnya
iii) losyen - losen
melembap - pelembab (6
markah)
Jawapan 3 (d)
i)
kesemua pemain-pemain - kesemua
pemain
pengurus - jurulatih
ii) reaksi - aksi
beribu - beribu-ribu
iii) Hasnol
pandu - dipandu oleh Hasnol
pusingan - selekoh (6
markah)
Jawapan 3 (e)
i) seperti menatang minyak yang penuh
ii) sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna/ nasi sudah menjadi bubur
iii) melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
(
6 markah)
SKEMA SOALAN NOVEL
a) Contoh peristiwa tentang persoalan
ketabahan.
Jendela
Menghadap Jalan
|
Songket
Berbenang Emas
|
1. Contoh peristiwa
: Datuk tabah meneruskan pekerjaan sebagai pengamal perubatan tradisional
kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu
Geetha. Datuk begitu tersinggung
apabila Danel menghentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit
datuk untuk beralih kepada rawatan moden. (1m)
Persoalan ketabahan
menghadapi cabaran. (1m)
|
1. Contoh peristiwa
: Dahlia gigih dan tabah meneruskan pembelajarannya menjelang STPM walaupun
terpaksa keluar asrama kerana menjaga adik-adiknya sementelah ibunya mendapat
rawatan di Hospital Permai dan kerana kemiskinan Dahlia tetap belajar di
pusat pemindahan banjir walaupun serba kekurangan. (1m)
Persoalan ketabahan
seorang gadis demi mencapai cita-cita dan membantu keluarga yang dalam
keperitan. (1m)
|
2. Contoh peristiwa
: Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang
suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk. (1m)
Persoalan ketabahan
seorang isteri menghadapi kehidupan rumah tangga yang bermasalah (1m)
|
2. Contoh peristiwa
: Embong seorang ayah yang tabah nenghadapi dugaan kehidupan membesarkan
anak-anaknya dalam kemiskinan. Dia juga tabah menghadapi masalah isterinya
Saleha yang menghidapi tekanan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Permai.
(1m)
Persoalan ketabahan
seorang ayah/suami membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga. (1m)
|
3. Contoh peristiwa :
Lili tabah menghadapi cabaran kehidupan di Kampung Sentosa untuk
menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Dia juga tabah dlam usaha
membantu menyelesaikan masalah penduduk kampung terutama masalah keretakan rumah
tangga Che Jah.
(1m)
Persoalan ketabahan
seorang gadis menghadapi cabaran kehidupan yang baru di kampung. (1m)
|
3. Contoh peristiwa :
Dahlia menyelamatkan Said ketika lemas di sungai walaupun usahanya
gagal. Keadaan ini mnyebabkan Atun, ibu Said melemparkan kata-kata kesat dan
fitnah terhadap Dahlia. (1m)
Persoalan ketabahan
seorang gadis menghadapi kata-kata kesat dan fitnah daripada jiran. (1m)
|
b) Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari.
Jendela
Menghadap Jalan
|
Songket
Berbenang Emas
|
1. melakukan keganasan dalam rumah tangga (1m)
Contoh peristiwa : Che
Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya,
Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk. (2m)
|
1. mempercayai kepercayaan karut (1m)
Contoh peristiwa : Nek
Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu
dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam
rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di
tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan
Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.
(2m)
|
2. terlibat dalam
masalah sosial seperti penagihan dadah.
(1m)
Contoh peristiwa : anak-anak
Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri
barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk
membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana
atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini. (2m)
|
2. sering menyindir
dan menabur fitnah. (1m)
Contoh peristiwa : Aton
sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah
menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa
mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul
peringkat Parit Haji Rais./ Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada
ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca Saleha menjadi gila. (2m)
|
3. seorang bapa
yang kejam dan tidak bertanggungjawab.
(1m)
Contoh peristiwa : Seman
sebagai seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat
dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul
anak-anaknya. (2m)
|
3. tidak tahu
menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap keluarganya. (1m)
Contoh peristiwa : Dahlia
bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said,anak Aton
tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan
menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras.
Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh
Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said. (2m)
|
4. tidak bersepakat
dalam melaksanakan isu-isu penting di kampung. (1m)
Contoh peristiwa : penduduk
Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu
sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada
bumbung masjid yang belum dibina. (2m)
|
4. tidak
mementingkan hubungan kekeluargaan.
(1m)
Contoh peristiwa : Seman
sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka
seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek Kiah bersetuju
untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu
seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anakanaknya. Nek Kiah juga sanggup
menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu
akan dijual. (2m)
|
5. membuat tuduhan
tanpa usul periksa. (1m)
Contoh peristiwa : sekumpulan
pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk
dan melaungkan
“Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana
menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. (2m)
|
5. sering
terpengaruh dengan rakan sebaya. (1m)
Contoh peristiwa : Abu
Bakar, anak lelaki tunggal Embong yang tiga hari tidak pulang ke rumah dan
sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar
nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia. (2m)
|
4 ulasan:
lengkap
Semoga tuan di kurniakan kesihatan yang baik
Alhamdulillah Tuan. Terima kasih atas doa. Aamiiin.
Sangat membantu..Terima kasih
Catat Ulasan