PUISI(SAJAK)
SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Tema :
Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
Rangkap 1
|
Kuhantar kau
mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. |
Penyajak menghantar
anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan
melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran
Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat
menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu anaknya menimba
pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai
mahasiswa di universiti
|
Rangkap 2
|
Kulepaskan kau menjadi
burung putih
dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. |
Penyajak sanggup
membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman
kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya
agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan
diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang
dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang
mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada
masa hadapan.
|
Rangkap 3
|
Di awan kampus yang
sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. |
Penyajak beranggapan
bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk
ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa
banyak pengaruh negatif juga tersebar luas di sana. Oleh hal yang
demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan
keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif
seperti sombong.
|
Rangkap 4
|
Pandai-pandailah kau
terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah |
Penyajak
menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi
kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang
dengan kekecewaan.
|
RANGKAP
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap
1
|
Perbezaan kehidupan di antara
kampung dengan kehidupan di menara gading
|
Berdikari
|
Kita mestilah memberikan kebebasan
kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk berdikari
|
Rangkap
2
|
Keberanian seorang bapa yang
melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading
|
Keberanian
|
Kita mestilah membenarkan
anak-anak kita melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat
menambahkan pengalaman dalam hidup
|
Rangkap
3
|
Kehidupan di kampus yang
banyak cabaran
|
Kecekalan
|
Kita mestilah cekal menghadapi
dugaan hidup
|
Rangkap
4
|
Kemampu mengharungi kehidupan
yang sukar.
Harapan ibu bapa untuk melihat
kejayaan anak dalam pelajaran
|
Kerajinan
|
Kita mestilah rajin belajar
|
Gaya Bahasa
Sinkope
|
Kuhantar (aku), Kau (engkau)
|
Responsi
|
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
|
Metafora
|
sembilu nasib
|
Inversi
|
waras akal sepatutnya akal waras
Dingin kabus sepatutnya kabus dingin
|
Hiperbola
|
angin nafas
|
Kata ganda
|
pandai-pandailah
|
NOTA SAJAK KUDUP PERANG
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Sementara dia
bergelar panglima
laskar
perang; yang terus-menerus
membajakan
kezaliman – sering
mengudupkan
putik dendam
kita masih
perlu berterima kasih
kepada
jari-jemari takdir
kerana
membenarkan sepasang mata
untuk berlari
dengan tangan bergari
sempat juga
menadah sejambak puisi
untuk sehari
lagi; sambil bertanya;
siapakah
pahlawan yang asli?
|
Penyajak
mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat
kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih
bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan
sejati.
|
Keadilan dan
kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
|
Keadilan
|
Kita haruslah
bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
|
Rangkap 2
|
Memang kita
tidak sempat menjenguk
ke luar
jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda,
gemerincing
pedang pusaka
dan darah
yang tiba-tiba membuak
di daerah
angkara – perciknya
menumbuhkan
kelopak rahsia
dalam keliru,
tertanya-tanya kita
tangan mana
yang memenggal
leher sang
pendusta?
|
Penyajak
sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi
pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan
sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang
benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
|
Kekeliruan
dalam menyanjung pemimpin sebenar
|
Rasional
|
Kita mestilah
biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah
organisasi
|
Rangkap 3
|
Andai namamu
Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya
pendekar paling gagah
kerana takhta
setia terbina
di istana
wangsa
bukanlah
penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali
turut direntakan daki pendusta
melekatlah
selumbar sengsara
di tiang
maruah kota
|
Penyajak
tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan
tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan
bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan
kesengsaraan berlaku di kota.
|
Usaha untuk
mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
|
Keberanian
|
Kita
hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat
keputusan yang salah
|
Rangkap 4
|
Andai namamu
Jebat, kita masih tidak
menggelarnya
sebagai pengkhianat
kerana kita
masih menangisi
peta keadilan
yang tersirat – nun, karam
di lautan
kesumat
sedang warga
memanggilnya keramat
|
Penyajak juga
tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih
mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat
telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
|
keadilan
|
||
Rangkap 5
|
Perang pun
melecurkan lidah muslihat
bercabang
lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan
memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan
keindahan pada hodohnya
menjungkitkan
amarah pada damainya
teramat lara
kita menjahit semula
perca-perca
bahagia – seperti perawan
yang
dibungkamkan cinta pertama.
|
Penyajak
menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan
keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan
negara amatlah sukar.
|
Sifat
mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
Peperangan
membawa kesengsaraan hidup
|
Keinsafan
|
Kita mestilah
insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan
Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup
lebih bermakna
|
Rangkap 6
|
Sehingga
senja tiba,
kita masih
bertengkar
tentang siapa
pahlawan
sebenarnya.
|
Penyajak
sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau
pemimpin sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui
sesebuah organisasi
|
Nada
: Patriotik
Gaya Bahasa :
1. Simile – seperti perawan
2. Metafora – peta
keadilan, putik dendam
3. Hiperbola – daerah
angkara, selumbar sengsara
4. Sinkof – namamu
5. Inversi – sesekali turut
direntakan daki pendusta
Prosa Tradisional
(Kepimpinan Melalui Teladan)
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan
Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh
bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina.
Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh
Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih
Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh
laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan
menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal.
Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri
Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka
dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut
Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan
orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan
kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya
menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian.
Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh
laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta
raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari
berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari
dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah
dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk
dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari.
Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa
beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah
memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di
Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang
untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya
empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari
barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk
mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah
diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa
mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari
yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di
Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh
Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang
laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan
kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh
bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
- Persoalan keberanian dalam
menegakkan keadilan.
- Persoalan pemimpin mestilah
seorang yang bijaksana.
- Persoalan pemimpin yang
mengambil berat kesusahan rakyat.
- Persoalan penggunaan ilmu
kesaktian dalam kehidupan seseorang.
- Persoalan perasaan dendam
membawa akibat buruk.
WATAK
DAN PERWATAKAN
- Laksamana
- Seorang yang berani
- Seorang yang pemurah
- Seorang yang bijaksana
- Cinta akan keamanan negara
- Taat setia kepada pemerintah
- Pandai dalam ilmu kesaktian
- Memiliki sifat
kepahlawanan
- Kertala Sari
- Anak kepada Petala Bumi
- Berasal dari Majapahit
- Seorang pencuri yang handal
- Seorang yang tamak dan angkuh
- Seorang pendendam
- Pandai dalam ilmu kesaktian
- Suka membuat huru hara
- Taat kepada
pemerintah
- Sultan Melaka
- Seorang yang prihatin
- Seorang pemimpin yang adil
- Seorang yang
mengenang budi
- Patih Gajah Mada
- Berasal dari Majapahit
- Seorang pendendam
LATAR
Latar Masyarakat
- Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang
mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
- Masyarakat yang
bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri
untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.
3.
Masyarakat yang
mengenang budi
Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya
yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian
harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas
serta harta mereka ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
- Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru
hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang
kaya di Melaka
- Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri
Bentara merancang untuk membalas dendam atas
kematian penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina.
- Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati
dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
- Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri
ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah
malam.
- Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada
Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri
dan habis segala harta-hartanya.
GAYA
BAHASA
- Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
- Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh: manira,kula,pakanira
- Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa,
menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
NILAI
- Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk
menentang dan membunuh Kertala Sari.
- Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri
untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
- Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu
helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan
berpura-pura tidur di tengah-tengah
pasar pada waktu malam.
- Nilai pemurah
Contoh: Laksamana
membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah berani
menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
- Kita hendaklah rasional membuat
keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
- Janganlah kita mempunyai
perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
- Kita hendalah mengamalkan sikap
pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
Soalan:-
Baca petikan prosa
tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri
pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta,
maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta
saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya
itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan
ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun
terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah
pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke
negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung,
“Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada
kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya
dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun
menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala
saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya
oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka
Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu.
Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas
itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia
pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.
(2 markah)
(ii) Berdasarkan petikan
di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas
mendengar perintah daripada sultan?
(3 markah)
(iii) Raja segera
menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja mengetahui
berita tentang kecurian yang berlaku di
negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda
menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan
segera?
(3 markah)
* Sumber :
PROSA TRADISIONAL ( BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)
SINOPSIS
Raja Siam mendapat tahu tentang negeri
Melaka sebagai sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh
sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan
Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja
Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya
iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.
Berita Siam hendak menyerang Melaka
diketahui oleh Sultan Muzaffar. Baginda menitahkan semua rakyat lelaki
dihimpunkan di Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang
lelaki dari Kelang bersama-sama dengan keluarga mereka. Tujuannya supaya mereka
berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera
Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan
diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Ada seorang orang Kelang iri
hati kepada Tun Perak dan mengadu kepada Sultan bahawa Tun Perak
menganiayainya. Sultan menitahkan Tun Perak supaya mengadap. Tun Perak berkata
dia bertugas untuk negara dan tahu tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun
Perak meminta sultan memecatnya jika percaya akan fitnah orang Kelang itu.
Sultan sangat gembira dengan jawaban Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf
dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
Apabila ada dua orang pembesar, rakyat
Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak kepada Paduka Raja dan
sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih
faham dan tidak bermuafakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan berdukacita
dan bercadang mendamaikan mereka berdua
.
Sultan telah menceraikan
isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu
pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan,
hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja
turut menyokong Paduka Rajamenjadi Bendahara.
Pada waktu itu terdapat tiga pembesar
yang bijaksana di wilayah tersebut iaitu Paduka Raja dan Seri
Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang
Kaya Kanayan di Pasai.
Siam menyerang Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka Raja mengetuai
pertahanan Melaka untuk menentang Siam. Seri Bija Diraja telah
mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai
berhampiran Batu Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu
bertindak melanggar banyak perahu Siam hingga Siam kalah. Tindakan Tun Umar itu
menyebabkan tentera Siam berasa sangat hairan.
Pada waktu malam, Paduka Raja
memerintahkan supaya dinyalakan api pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu
api-api. Cahaya api itu menggambarkan seolah-olah terlalu ramai tentera
Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar
Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan
kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka
Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau Pandan bermohon untuk untuk
menyerang Melaka dan dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan serta perahu yang
sangat banyak bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan
Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi
Arab menggunakan kesaktiannya. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya
ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa
sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab
dengan pelbagai anugerah.
Selepas 42 tahun memerintah, Sultan
Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur
Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur
Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.
B. TEMA:
Kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah dihadapi.
Contoh : Tun Perak
menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya
mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
PERSOALAN
|
PERISTIWA
|
Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi untuk
menyelesaikan masalah
|
Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri
Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja.
|
Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan
negara
|
Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.
|
Bersiap siaga dengan ancaman musuh
|
Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal
yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
|
Kepentingan ilmu dalam kehidupan
|
Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh
membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
|
Keberanian menghadapi cabaran
|
Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah
orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi
jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
|
Taat setia kepada pemimpin
|
Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan
Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
|
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
WATAK
|
PERWATAKAN
|
PERISTIWA
|
Tun Perak
|
bijaksana
|
mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam
|
baik hati
|
menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.
|
|
berani
|
memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
|
|
berpengaruh
|
beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan
Seri Nara diraja.
|
|
SULTAN MUZAFFAR SYAH
|
mementingkan keharmonian Melaka
|
berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk
memakmurkan Melaka.
|
prihatin
|
meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
|
|
bijaksana
|
mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu.
|
|
tidak terburu-buru
|
tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil
Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya.
|
|
menghargai rakyatnya
|
memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau
Pandan.
|
E. LATAR:
1. Latar tempat:
v
Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka
pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
v
Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi
Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
v
Batu Pahat - askar Siam berada di Batu
Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
v
Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum
dilantik menjadi bendahara Melaka.
v
Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
v
Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka -
semasa Melaka sedang maju dan kuat.
v
Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah -
Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri
yang makmur.
v
Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka -
Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu
Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
NILAI
|
PERISTIWA
|
kebijaksanaan
|
Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada pokok kayu bakau,
nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga cahaya api itu menggambarkan
askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan askar Siam.
|
baik hati
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan
sepasang persalinan.
|
bersatu padu
|
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang askar Siam.
|
keikhlasan
|
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk
menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
|
keberanian
|
Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua
kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan
|
pengorbanan
|
Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja.
|
berilmu pengetahuan
|
Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu
membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan hanya menghalakan
panahnya ke Siam.
|
G. PENGAJARAN:
Pengajaran
|
Peristiwa
|
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
|
Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam.
|
Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.
|
Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri
Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja
dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya menyelesaikan
perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada keharmonian neger Melaka.
|
Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan.
|
Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebgai Bendahara
Melaka.
|
Kita mestilah sanggup bekorban untuk memperoleh kebaikan.
|
Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu
untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya
Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak.
|
Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
|
Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dengan
bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.
|
Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang
lain kepada kita.
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan
sepasang persalinan.
|
Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang
betul.
|
Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk membunuh
Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan keamanan
Melaka tidak tergugat.
|
* Sumber:- http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2016/02/burung-terbangdipipiskan-lada-sinopsis.html
2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
”Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersunggguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawan anak isterinya bersungguh-sungguh."
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benarlah seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, "Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang ini di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang.
(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi Sejadah Rindu)
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
”Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersunggguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawan anak isterinya bersungguh-sungguh."
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benarlah seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, "Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang ini di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang.
(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi Sejadah Rindu)
i. Berikan maksud datang sekarang dalam
petikan di atas.
[2 markah]
ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan Melaka. [3 markah]
ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan Melaka. [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan
antara dua buah negara yang
bermusuhan mesti dielakkan?
[3 markah]
ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan
GURINDAM BEBERAPA
PETUA HIDUP (Za’ba)
Fikir
dan Kata
Kurang
fikir, kurang siasat,
Tentu
dirimu kelak tersesat.
Fikir
dahulu sebelum berkata,
Supaya
terelak silang sengketa.
Perkataan
tajam jika dilepas,
Ibarat
beringin, racun dan upas.
Kalau
mulut tajam dan kasar,
Boleh
ditimpa bahaya besar.
Silang
Sengketa
Siapa
menggemari silang sengketa,
Kelaknya
pasti berdukacita.
Silang
selisih jangan dicari,
Jika
tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau
ilmu tiada sempurna,
Tiada
berapa ia berguna.
Ilmu
kepandaian boleh dikejar,
Asal
mahu rajin belajar.
Dunia
Pergaulan
Dunia
ini taman pergaulan,
Hendaklah
pilih sahabat dan taulan.
Manusia
dikenal sifat budinya,
Dengan
dilihat siapa kawannya.
Burung
yang sama corak dan bulu,
Selalu
sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat
yang Baik
Jikalau
kamu bersifat budiman,
Dipandang
sebagai bonda di taman.
Jikalau
kamu bersifat dermawan,
Segala
orang dapat kautawan.
Jikalau
kamu bersifat pemurah,
Segala
manusia datang menyerah.
Perbuatan
yang Baik
Barang
siapa berbuat jasa,
Mulia
namanya segenap masa.
Menolong
sesama wajib dan perlu,
Tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat
yang Jahat
Telunjuk
lurus kelengkeng berkait,
Hati
sesama menjadi pahit.
Barang
siapa berbuat khianat,
Tuhan
kelak memberi laknat.
Kalung Bunga Za’ba, 2008
, Dewan Bahasa dan Pustaka
Maksud Gurindam
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Rangkap 1
|
Peringatan kepada
pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu,
pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
|
Rangkap 2
|
Saranan agar berfikir
dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan
sengketa sesama manusia.
|
Rangkap 3
|
Kata-kata yang kesat
dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan hidup masyarakat.
|
Rangkap 4
|
Sekiranya seseorang berbicara
dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami
masalah yang besar.
|
Rangkap 5
|
Seseorang yang gemar
hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
|
Rangkap 6
|
Saranan agar pembaca
tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku perlulah
diterima dengan tabah.
|
Rangkap 7
|
Ilmu yang tidak
dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan.
|
Rangkap 8
|
Ilmu pengetahuan dan
kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut ilmu.
|
Rangkap 9
|
Saranan agar bijak
memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya mengandungi
berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
|
Rangkap 10
|
Sifat budi pekerti
seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang didampinginya.
|
Rangkap 11
|
Lazimnya, seseorang
akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan
mereka bekerjasama dan bergaul mesra.
|
Rangkap 12
|
Seseorang yang bersifat
budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung tinggi.
|
Rangkap 13
|
Seseorang yang bersifat
dermawan akan dapat melawan hati orang di sekelilingnya.
|
Rangkap 14
|
Seseorang yang bersifat
pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan dan pertolongan.
|
Rangkap 15
|
Nama seseorang yang
membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
|
Rangkap 16
|
Saranan agar pembaca
memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menolong sesama manusia
|
Rangkap 17
|
Perbuatan mengadu domba
dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
|
Rangkap 18
|
Peringatan agar tidak
melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati
orang yang berbiat demikian
|
Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup”
bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam
kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif
serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan
berdisiplin.
Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan
nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang
tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan
masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya
tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap
tindak-tanduk manusia.
Bentuk Gurindam
1. Gurindam “Beberapa Petua
Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri
daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris
pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam
setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam
setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua
belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam
ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Antara unsur gaya
bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah
:
a) Kata arkaik (kata
klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa
Arab.
Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk
lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin,
racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut
tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu
dirimu kelak tersesat.
2. Antara unsur
keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:
a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan
tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.
ii. Perulangan vokal i: Manusia
dikenal sifat budinya
perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan konsonan s: Supaya
terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan t sebanyak dua kali.
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya,
kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan
sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya,
kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya,
kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya,
kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang
jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang
masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya,
sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik
hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama
manusia.
8. Nilai setia
kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa
mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir
secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan
kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak
memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan
benar.
3. Kita perlulah menjaga
tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan
sengketa.
4. Kita mestilah rajin
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu
domba dan membuat
fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah kita
berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu
sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa
berbudi sesama manusia agar dikenang orang.
LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
(i) i. Berikan maksud datang sekarang dalam
petikan di atas. [2 markah]
ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan
Melaka.
[3 markah]
iii. Pada
pendapat anda, mengapakah peperangan antara dua buah negara yang
bermusuhan
mesti dielakkan? [3 markah]
* Sumber: http://muinmohsein.blogspot.com/2016/02/gurindam-beberapa-petua-hidup-zaba.html
* Sumber: http://muinmohsein.blogspot.com/2016/02/gurindam-beberapa-petua-hidup-zaba.html
PROSA MODEN ( CERPEN GERHANA MANUSIA)
SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )
Cerpen ini memaparkan
kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit
sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai kemanusiaan. Profesor Doktor
Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada
di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi
penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka.
Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan semakin
tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu
Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok tabung
darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia supaya menngebahkan masalah itu kepada
pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendeerma darahnya kepada Tuan
Besar Musa.
Dalam keadaan dirinya yang seddang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa
Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung
pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan
surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan
waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya. Doktor Murni
menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia
mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan
Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi
supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap satu
pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut
sahaja arahan itu.
Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta
menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat
dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovary. Al-Hafiz pula ditimpa
kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang
hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, dan
mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa selagi
riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Junaidi, maka
selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.
Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah
daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di
hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan
Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis
makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor
Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan
nyawanya.
Nusia memberitahu bhawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor
Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan
bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor
Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor
Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan
dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor
Juaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah
yang sedang koma untuk menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di
dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual.
Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah
golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran
darah apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan
Tuan Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya
empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit
leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi
buangan yang sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah
diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih
kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk
kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya
sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang masih
merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan
pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia
menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung
segala risiko atas tindakannya itu.
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah,
mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang
boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah
itu dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar
dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa
dengan meningkatkan kadar penggunaa adrenalina,dopamine dan atropina . Namun
demikian,Tuan Besar Musa yang sedang tenat dan koma itu gagal di selamatkan dan
meninggal dunia . Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana
kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100
ribu .
Doktor Murni datang dan memberikan surat peletakkan jawatannya sebagai doktor
perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit.
Keadaan itu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan
Doktor Murni itu . Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan
mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan
kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu .
PERWATAKAN
NUSIA
1. Nusia ialah seorang
jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital .
2. Dia merupakan
seorang yang akur akan perintah ketua.Contohnya,dia menurut arahan Profesor
Doktor Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk
menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang
penyayang,iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat terhadap kesihatan
pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang
bertanggungjawab.
Contohnya,
dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan Besar
Musa dengan penuh tanggungjawab .
5. Dia seorang yang
sangat bersimpati.
Contohnya,dia
menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah .
DOKTOR MURNI
1. Doktor Murni merupakan pegawai
perubatan muda di sebuah hospital .
2. Dia bertugas merawat pesakit di
Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3. Doktor Murni mementingkan
aspek kemanusiaan pesakit. contohnya, dia
menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana tidak berpuas
hati
dengan kaedah rawatan untuk
pesakit di hospital itu.
4. Dia seorang yang prihatin
dan bertanggungjawab . Contohnya,dia memaklumkan
kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu
yang
telah kehabisan stok .
5. Dia bersifat tenang ketika
merawat pesakit. Contohnya,dia menasihati Nusia agar
tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .
PROFESOR DOKTOR JUAIDI
1.
Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
2. Dia
merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang
jururawat, Nusia.
3.
Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.
4. Dia amat mementingkan
ganjaran material daripada nilai kemanusiaan.
Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia
kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan berjumlah RM100
ribu.
5. Dia
seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, dia meminta
Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi
mendapatkan bekalan darah tulen
untuk mengisi tabung darah di hospitalnya
yang kehabisan stok.
TUAN BESAR MUSA
1. Tuan Besar Musa
merupakan seorang elit korporat dan teknorat yang memiliki
gedung perniagaan yang
besar.
2.
Dia merupakan seorang dermawan.
3.
Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
4.
Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
5.
Tuan Besar Musa mempunyai perut yang buncit.
NILAI
1. Nilai kasih
sayang.
Contohnya, Nusia amat
menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Nilai belas
kasihan.
Contohnya, Nusia
menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Nilai
tanggungjawab.
Contohnya, sebagai
seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa
mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Profesor
Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah,
iaitu dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut
daripada hospital lain dengan segera.
5. Nilai sayang
akan nyawa.
Contohnya, Nusia
mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat
nyawa pesakit yang sedang koma.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah
bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan
pesakit-pesakitnya.
2. Kita hendaklah
bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah.
3. 3. Kita perlulah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.
Contohnya, sebagai seorang
jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau
pangkat seseorang.
4. Kita hendaklah bijak
berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor
Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk
mendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabung darah di hospital mereka yang
kehabisan.
5. Kita hendaklah
bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang
memerlukannya.
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah
bagi menampung bekalan darah yang tidak mencukupi di bank darah hospital.
6 ulasan:
saya dapat banyak manfaat
Terima kasih pada yang sudi berkongsi ilmu
Terima kasih
sngguh membantu
terima kasihhhh doakan kami spm batch 2020
Terima Kasih banyak sebab saya dapat lebih banyak manfaat.
Catat Ulasan