Sabtu, 28 Julai 2018

ULANGAN SIARAN SOALAN-SOALAN KARANGAN 1 (BERPANDU) DAN SOALAN PILIHAN DIMENSI PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017


ANALISA SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017

BIL
NEGERI
SOALAN BAHAGIAN A
(KARANGAN BERPANDU)
SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN UMUM)
1
KEDAH
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita.

v  Menjalankan aktiviti gotong-royong

v  Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung

v  Mengadakan majlis rumah terbuka
DIMENSI DIRI
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Tajuk pidato ialah ‘Faedah Perhimpunan Pagi kepada Murid’.
DIMENSI KELUARGA
Peningkatan  kos pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.
Bincangkan.
DIMENSI MASYARAKAT
Kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dapat mengurangkan kes buli yang berlaku di sekolah.
Ulas pernyataan di atas.
DIMENSI NEGARA
Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian perlu diberi perhatian. 
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.


DIMENSI KOMSAS
Karya sastera merupakan karya yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup.
Berdasarkan karya yang anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.
2
SBP
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran.


v  Budaya tolong -menolong dipertingkatkan.
v  Kes jenayah berkurangan.
v  Bantuan ketika kecemasan.
DIMENSI DIRI
Bersempena dengan persaraan pengetua sekolah anda, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan. Selaku wakil pelajar anda dikehendaki menyampaikan ucapan di majis tersebut.
Tulis teks anda selengkapnya.
DIMENSI KELUARGA
Pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas, vandalisme, dan lari daripada rumah berkaitan rapat dengan kebejatan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga dalam menangani masalah sosial tersebut.
DIMENSI NEGARA
Pada alaf baharu ini, pihak kerajaan bersungguh-sungguh  untuk memajukan industry desa kerana industry ini berpotensi meingkatkan ekonomi negara.
Bincangkan.
DIMENSI ANTARABANGSA
Dunia hari ini terhimpit dengan peperangan yang membawa kesan-kesan negatif.
Jelaskan peranan badan-badan dunia bagi membendung permasalahan ini.
DIMENSI KOMSAS
Kewujudan  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat memupuk minat orang ramai terhadap karya sastera.
Huraikan pernyataan di atas.
3
PAHANG
Huraikan pendapat anda tetang usaha-usaha untuk memupuk jati diri remaja.

v  Menghargai tokoh pejuang.
v  Kempen oleh pihak kerajaan.
v  Menghayati mata pelajaran Sejarah.
DIMENSI DIRI
Anda sebagai Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri telah diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat anda. Tajuk ceramah itu ialah “ Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya.
Sediakan teks ceramah tersebut dengan selengkapnya.
DIMENSI KELUARGA
Keluarga bahagia merupakan keluarga yang penyayang, bertolak ansur, dan sering menyantuni antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia idaman anda.
DIMENSI NEGARA
Pengguna yang bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.
Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

DIMENSI ANTARABANGSA
Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat antarabangsa.
Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat global.
DIMENSI KOMSAS
Jikalau ilmu tidak sempurna,
Tiada berupa ia sempurna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
( Gurindam beberapa petua hidup, Zaaba)
Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja.
4
JOHOR
Huraikan pendapat anda tentang ciri- ciri bandar pintar.

v  Taman rekreasi terancang.
v  Kemudahan awam moden.
v  Kecanggihan Sistem Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
DIMENSI DIRI
Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi      kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan negara kita.

DIMENSI KELUARGA
Dewasa ini, permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati serta semakin dilupakan oleh generasi muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.

DIMENSI NEGARA
Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara kita memang wajar kerana pelaburan asing  memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara. 
Bincangkan
DIMENSI ANTARABANGSA
Pendidikan maya atau pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai pelbagai kepentingan dalam melahirkan masyarakat  yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia.
Bincangkan.

DIMENSI KOMSAS
Apabila terpelihara lidah,                          
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Petikan gurindam di atas membawa maksud kepentingan seseorang menjaga tutur kata dalam kehidupan. 
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga  tutur kata agar berjaya dalam kehidupan.


5
PERLIS
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak.

v  Membuat perbandingan harga barangan.
v  Mengutamakan barangan keperluan.
v  Mengamalkan sikap berjimat cermat.
DIMENSI DIRI
Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.
DIMENSI KELUARGA
Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.
DIMENSI MASYARAKAT
Alam sekitar yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup manusia. 
Ulas pernyataan tersebut
DIMENSI NEGARA
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat dan negara.
DIMENSI KOMSAS
Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat untuk membaca karya tersebut.
Bincangkan.

6
TERENGGANU
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pusat sumber sekolah yang baik.

v  Lokasi yang strategik dan suasana yang kondusif.
v  Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.
v  Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di pusat sumber sekolah.
DIMENSI DIRI
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar dilakukan oleh anda untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
DIMENSI KELUARGA
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga sep€rti majlis perkahwinan, sambutan penyaan, hari keluarga dan sebagainya
DIMENSI MASYARAKAT
lsu keselamatan anak-anak sering kali diuar-uarkan  di media massa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan tentang Keselamatan Kanak-kanak Tanggungiawab Bersama.
Tulis rencana itu selengkapnya.
DIMENSI NEGARA
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Huraikan manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada masyarakat dunia.
DIMENSI KOMSAS
Sesebuah karya sastera seharusnya mengandungi banyak keistimewaan agar boleh menarik minat pembaca.
Ulaskan pernyataan tersebut
7
MRSM
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia.
v  Mengukuhkan institusi keluarga.
v  Melahirkan anak-anak yang Berjaya.
v  Membentuk sikap-sikap positif.

DIMENSI DIRI
Kes keracunan yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh sikap kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan kebersihan.
Sebagai seorang pelajar yang prihatin, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa keracunan makanan.
DIMENSI KELUARGA
Media massa sering memaparkan iklan-iklan barangan dan perkhidmatan untuk melahirkan pengguna yang bijak. Sehubungan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan iklan dalam Melahirkan Pengguna yang Bijak.
Tuliskan rencana itu selengkapnya.
DIMENSI MASYARAKAT
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut memberikan sumbangan untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.
Ulaskan pernyataan itu.
DIMENSI NEGARA
Jenayah pemerdagangan manusia kini merentas sempadan.  Hal ini memerlukan kerjasama yang berkesan yang berkesan antara negara untuk menanganinya.
Bincangkan.
DIMENSI KOMSAS
Peribahasaa ‘Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’ boleh dikaitkan dengan amalan berjimat cermat.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan berjimat cermat dalam kehidupan generasi muda kini.
8
KELANTAN
Huraikan pendapat anda tentang manfat-manfaat perhimpunan rasmi sekolah.

v  Memupuk disiplin dalam kalangan pelajar.
v  Menanam semangat patriotik.
v  Membudayakan kemahiran mencatat.
DIMENSI DIRI
Guru merupakan insan penting paling dihargai disebabkan mereka menyumbangkan kepada pembentukan generasi cemerlang yang diperlukan oleh negara.
Huraikan cara-cara anda menghargai guru.
DIMENSI MASYARAKAT
Permintaan air bersih kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan. Sebagai pengguna, kita berperanan penting untuk menjimatkan penggunaan air dalam aktiviti seharian.
Bincangkan langkah-langkah menjimatkan air.
DIMENSI NEGARA
Pengangkutan awam di negara kita semakin tidak mendapat sambutan disebabkan pelbagai faktor. Hal ini sudah pasti dapat diatasi dengan meningkatkan system pengangkutan di negara kita. Sehubungan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang berjudul “Usaha-usaha Meningkatkan Sistem Pengankutan Awam Negara.”
Tuliskan rencana itu selengkapnya.
DIMENSI ANTARABANGSA
Perkembangan industri pertanian dapat menambahkan pendapatan negara, membuka peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
DIMENSI KOMSAS
Peribahasa ‘serumpun bagaikan serai, selubang bagaikan tebu’ mengambarkan sikap bersatu hati dalam segala hal.
Jelaskan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap bermuafakat dalam kehidupan masyarakat.
9
SABAH
(DAERAH KOTA BELUD)
Huraikan pendapat anda tentang prakarsa memajukan industri pelancongan

v  Memperlengkap kemudahan pengangkutan
v  Menyediakan kemudahan penginapan
v  Menyediakan kemudahan maklumat
DIMENSI DIRI
Semangat patriotik dalam kalangan murid semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
DIMENSI MASYARAKAT
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak
DIMENSI NEGARA
Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda.
DIMENSI ANTARABANGSA
Walaupun Hari Bumi diisytiharkan dan disambut pada 22 April setiap tahun, kemusnahan bumi dilihat menjadi masalah utama bagi negara-negara di dunia.
 Jelaskan bentuk-bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh semua negara di dunia untuk menyelamatkan bumi.
DIMENSI KOMSAS
Peribahasa ’Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan’ merujuk keadaan seseorang yang terpaksa menanggung kerugian akibat terburu-buru mengambil sesuatu keputusan.
Bincangkan kerelevanan maksud peribahasa tersebut dengan situasi kehidupan seharian masyarakat di negara kita.
10
PERAK
DAERAH PERAK TENGAH
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan- kepentingan menyertai acara sukan.

v  Memupuk disiplin
v  Meningkatkan keyakinan diri
v  Mengukuhkan perpaduan.
DIMENSI DIRI
Anda telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan sebelum mendaftar sebagai pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tersebut.

DIMENSI KELUARGA
Keluarga memainkan peranan untuk membentuk masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.
Huraikan peranan ahli keluarga untuk memupuk semangat kejiranan.

DIMENSI NEGARA
Sejarah penubuhan kerajaan ini pastinya banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yangbercirikan tempatan mahupun Eropah. Anda berminat menulis sebuah rencana untuk majalah tempatan yang bertajuk, “Kepentingan  Bangunan Bersejarah kepada Negara”.
DIMENSI ANTARABANGSA
Keamanan beberapa buah negara di dunia terjejas akibat pelbagai pergolakan politik, persengketaan dan peperangan. 
Jelaskan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin negara untuk menjamin keamanan di beberapa buah negara di dunia.

DIMENSI KOMSAS
Golongan penggiat sastera seperti penulis novel, pelakon teater, penulis sajak, deklamator semakin dikenali dan mendapat tempat di hati peminat sastera di negara kita. Bincangkan pengiktirafan yang boleh diberikan kepada golongan penggiat sastera di negara kita.

11
MELAKA
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya.
v  Pameran Kebudayaan
v  Lawatan
v  Persembahan Kebudayaan di Sekolah
DIMENSI DIRI
Sebagai tokoh murid, anda diundang untuk memberikan syarahan tentang masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini.
 Tulis teks syarahan tersebut dengan memberikan fokus punca-punca berlakunya masalah ini.

DIMENSI KELUARGA
Cuti sekolah yang panjang digunakan oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program berbentuk akademik dan sahsiah. Hakikatnya cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. 

Bincangkan peranan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti sekolah anak-anak untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
DIMENSI NEGARA
Kestabilan ekonomi, politik, dan sosial menjadi faktor tarikan kemasukan pelancong asing ke negara kita. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan dalam membantu perkembangan industri pelancongan negara.
DIMENSI ANTARABANGSA
Isu kemiskinan telah menjadi masalah global yang mengancam sebahagian negara dunia. Sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi oleh negara luar, Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah untuk menangani masalah tersebut. 
 Jelaskan cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan oleh kerajaan Malaysia berkaitan dengan isu kemiskinan.

DIMENSI KOMSAS
Bakat, minat dan kreativiti merupakan sebahagian daripada kriteria untuk melahirkan penulis karya sastera yang berkualiti.
Berikan pendapat anda.

12
PERAK
SMK SUNGAI MANIK
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menyertai acara sukan.
v  Memupuk disiplin
v  Meningkatkan keyakinan diri
v  Mengukuhkan perpaduan
DIMENSI DIRI
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi demi masa depan yang gemilang. 
Berikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan  sebelum melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
DIMENSI KELUARGA
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk memupuk semangat kejiranan.
DIMENSI NEGARA
Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang.  Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Kepentingan Bangunan Bersejarah Kepada Negara’ untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.
 Tulis rencana tersebut selengkapnya.
DIMENSI ANTARABANGSA
Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Huraikan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin negara untuk menjamin keamanan di beberapa buah negara di dunia.

DIMENSI KOMSAS
Penggiat sastera atau sasterawan merupakan golongan yang banyak berjasa  kepada  pembangunan negara.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengiktiraf golongan penggiat sastera di  negara kita.


13
SELANGOR
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menabung wang kepada masyarakat.
v  Jaminan pendidikan
v  Waktu kecemasan
v  Simpanan hari tua
DIMENSI DIRI
Aktiviti seperti beriadah, berkhemah, dan menyertai program khidmat masyarakat pada musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada aktiviti-aktiviti tersebut.
DIMENSI KELUARGA
Cabaran membentuk masyarakat yang bersatu padu di sekolah amat besar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah wajar mengambil langkah-langkah untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar.
Bincangkan.
DIMENSI NEGARA
Keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia  sebagai destinasi pelancongan memerlukan kerajaan dan agensi swasta mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menarik kedatangan pelancong.
Ulaskan pernyataan ini.
DIMENSI ANTARABANGSA
Pengambilan tenaga kerja dari negara luar bertujuan membantu pembangunan ekonomi negara, namun begitu terdapat beberapa masalah sosial yang timbul. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Mengatasi Masalah Sosial yang Ditimbulkan Oleh Tenaga Kerja  daripada Negara Luar.”
Tuliskan rencana anda selengkapnya.
DIMENSI KOMSAS
Sesebuah karya sastera yang baik dan menarik dapat mendidik pembaca.
Huraikan ciri-ciri karya yang baik dan menarik.
14
SARAWAK
(LIMBANG)
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah.
v  Memastikan makanan bersih dan berkualiti.
v  Melaksanakan pemantauan yang berterusan.
v  Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab.
DIMENSI DIRI
Menjadi pelajar cemerlang impian bagi setiap pelajar di Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek.


DIMENSI KELUARGA
Budaya menabung dalam kalangan anak-anak perlulah bermula dari rumah.
Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Ahli Keluarga Memupuk Amalan Menabung dalam kalangan Anak-anak”.
DIMENSI NEGARA
Malaysia terkenal dengan keunikan dan keistimewaan yang mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan pelancong asing. 
Huraikan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
DIMENSI ANTARABANGSA
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. 
Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
DIMENSI KOMSAS
Kini, remaja didapati lebih gemar membaca bahan bacaan picisan berbanding karya sastera.
Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya keadaan ini.
15
NEGERI SEMBILAN
Huraikan pendapat anda tentang faedah amalan membaca kepada murid.
v  Memupuk nilai-nilai murni
v  Membantu murid lulus dengan cemerlang
v  Mengetahui isu semasa dalam dan luar negara.
DIMENSI DIRI
Remaja hari ini merupakan aset negara dan pemangkin kemajuan negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang berwawasan.
DIMENSI KELUARGA
Warga tua merupakan teras masyarakat dan telah banyak berjasa. Oleh itu, golongan ini harus dihargai atas jasa dan pengorbanan mereka.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
DIMENSI NEGARA
Program kitar semula yang disarankan oleh pihak kerajaan banyak mendatangkan manfaat.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat yang diperoleh daripada program kitar semula ini?
DIMENSI ANTARABANGSA
Bencana alam seperti tanah runtuh, kemarau dan gempa bumi sering melanda dunia akhir-akhir ini.
Huraikan peranan yang dilakukan oleh Malaysia membantu negara-negara yang ditimpa becana tersebut.
DIMENSI KOMSAS
Kejadian banjir besar yang berlaku belakangan ini banyak mendatangkan masalah.
Tuliskan cerpen berkenaan suasana dan masalah akibat banjir kejadian banjir tersebut.
16
WILAYAH PERSEKUTUAN
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.
v  Memperkenalkan negara malaysia ke seantero dunia
v  Meningkatkan ekonomi negara
v  Memperkenalkan 
budaya malaysia kepada rakyat asing
v  memajukan
industri perhotelan
DIMENSI DIRI
Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar, anda diminta untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. 
Sediakan laporan anda selengkapnya.
DIMENSI KELUARGA
Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak telah menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat diabaikan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak.
DIMENSI NEGARA
Generasi kini perlu dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi memperoleh badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Bincangkan.
DIMENSI ANTARABANGSA
Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras kemudahan pengangkutan awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di dunia.
Bincangkan.
DIMENSI KOMSAS
Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam pengkaryaan sebuah cerpen. Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik minat untuk anda membaca sehingga pengakhiran cerita.
Huraikan tema dan persoalan tersebut.


Tiada ulasan: