LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Isnin, 16 Julai 2018

SOALAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2018 (SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS SOALAN 2(b) PROSA MODEN.


 Cadangan jawapan soalan 2 (b) Prosa Moden

 i)  Berdasarkan petikan di atas, antara reaksi Aiman apabila menerima surat daripada Jabatan 
     Latihan Khidmat Negara:-
     i)  dia menyuruh abangnya membuang surat tersebut.
    ii)  dia menyatakakan pendapatnya bahawa dia tidak perlu bersusah payah menyertai program 
          tersebut.
   iii)  dia menyatakan bahawa ayahnya mempunyai duit yang banyak dan apa sahaja kehendaknya
          boleh diperolehnya.
   iv)  berpendapat program tersebut membuang masa.
          ( Pilih sekurang-kurang dua isi minimum dan paling baik salin tiga isi )

 ii)   Pada pendapat saya antara pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan remaja seperti 
       Aiman bersetuju menyertai Program Latihan Khidmat Negara seperti:-
      i)   Kerajaan perlu mewajibkan Program Khidmat Negara dengan memberi merit kepada mereka
           yang menjalani Progran Khidmat Negara untuk masuk ke pusat pengajian tinggi.
    ii)    Kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada pelajar yang menyertai Program Latihan 
            Khidmat Negara untuk bekerja dengan sektor kerajaan.
   iii)   Kerajaan perlu mengadakan kempen dan menyedarkan pelajar peri pentingnya penglibatan
           mereka dalam program Latihan Khidmat Negara.
   iv)   Pihak pentadbir sekolah dan guru perlu menjelaskan kepentingan Program Latihan Khidmat 
           Negara kepada pelajar.
    iv)  Ibu bapa perlu memotivasi anak-anak untuk terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara.
          
          (Pilih tiga isi terbaik untuk jawapan soalan di atas)

 iii)  Watak perwatakan Aiman di dalam petikan:-
         i)   Aiman seorang pelajar yang agresif kerana menentang keras pemilihan namanya sebagai 
              calon Program Latihan Khidmat Negara
              berkenaan.
        ii)   Aiman seorang yang mementingkan kemewahan dengan anggapan bahawa bapanya banyak
              wang dan dia mampu memperoleh apa sahaja yang dikehendakinya.
       iii)   Aiman memandang rendah Program Latihan Khidmat Negara yang hanya layak untuk 
               mereka yang miskin sahaja.

        Watak Aiman di luar teks:-
        i)    Aiman bersikap biadap terhadap Nek Sinah sewaktu Nek Sinah cuba menasihatinya dan
               beranggapan sebagai seorang orang gaji Nek Sinah tidak layak untuk menasihatinya.
       ii)    Aiman seorang yang mudah mengakui kesalahannya dan berubah  dengan menyertai
               Program Latihan Khidmat Negara dengan harapan untuk memupuk sikap berdikari.
      iii)    Aiman seorang pelajar yang menggagung-agungkan nilai-nilai Barat kerana ketika 
              bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat.

      Akan disambung lagi. Insya-Allah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas contoh jawapan ...

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sama-sama semoga bahan berkenaandapat membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2).