Rabu, 18 Julai 2018

SOALAN 4 (a) dan 4 (b) NOVEL KERTAS BAHASA MELAYU SPM ULANGAN JUN 2018


 Cadangan jawapan:-

 Soalan 4 (a) kajian sebuah novel. ( Jawab salah satu novel di bawah )

Huraikan dua nilai  ketabahan dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
                                                                                                                                                                                                                (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Ketabahan menghadapi kerenah orang tua

1. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.

2. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik

1.  Watak utama, Lili  tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.

Ketabahan menghadapi masalah keluarga
2.  Watak Che Jah tabah menghadapi kerenah suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling

1. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

2. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.

Ketabahan dalam menuntut ilmu

1. Watak utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya  semasa kampung mereka dilanda banjir.

2. Ketabahan Dahlia memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.

  Soalan 4 (b)
  Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup:-
(Pilih salah satu peristiwa sekurang-kurangnya berdasarkan cadangan jawapan di bawah, dan jika boleh jawab satu peristiwa tambahan sebagai  "backup")

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Satu perisitwa yang boleh menjadi panduan hidup

1. Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman. Panduan yang boleh kita jadikan teladan ialah kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.

2. Peristiwa masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan. Sebagai contoh, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.

3. Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.

4. .Peristiwa datuk dan nenek amat menyayangi Lili sehingga sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahan. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya.
Satu perisitwa yang boleh menjadi panduan hidup

1. Persitiwa masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.
Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Sebagai contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.

2. Peristiwa Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir .Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir.

3. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya.

4.  Peristiwa Lili sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.Sebagai contohnya, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang sehingga sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.



1 ulasan:

Unknown berkata...

plot novel ad.tak?