Cadangan jawapan:-
 Soalan 4 (a) kajian sebuah novel. ( Jawab salah satu novel di bawah )
Huraikan
dua nilai  ketabahan
dalam
sebuah novel yang telah anda kaji.
                                                                                                                 
                                                                                           
  (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan 
 | 
  
Novel Songket Berbenang Emas 
 | 
 
Ketabahan
  menghadapi kerenah orang tua 
1. Watak utama, Lili
  tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
  persekolahannya di kampung datuk dan neneknya. 
2. Watak utama, Lili tabah
  menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela
  menghadap jalan. 
Ketabahan
  menghadapi cabaran ketika diculik 
1.  Watak utama, Lili  tabah
  berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya. 
Ketabahan menghadapi masalah keluarga 
2.  Watak Che Jah tabah menghadapi kerenah suaminya, Seman yang
selalu memukul anak-anak serta menderanya. 
 | 
  
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling 
1. Watak utama, Dahlia
  tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
  tekanan perasaan. 
2. Watak utama, Dahlia
  tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari
  menghantarnya pulang ke rumah. 
Ketabahan
  dalam menuntut ilmu 
1. Watak utama, Dahlia
  tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya  semasa kampung mereka
  dilanda banjir. 
2. Ketabahan Dahlia memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang
masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital. 
 | 
 
Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup:-
(Pilih salah satu peristiwa sekurang-kurangnya berdasarkan cadangan jawapan di bawah, dan jika boleh jawab satu peristiwa tambahan sebagai "backup")
Novel Jendela Menghadap Jalan 
 | 
  
Novel
  Songket Berbenang Emas 
 | 
 
Satu perisitwa yang boleh menjadi panduan hidup 
1. Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman. Panduan yang boleh kita jadikan teladan ialah kita
  mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Sebagai contohnya, Lili prihatin
  akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman. 
2. Peristiwa masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan. Sebagai contoh, Lili, Danel dan
  Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh
  penduduk Kampung Sentosa. 
3. Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita
  mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
  Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq
  dan Rafik. 
4. .Peristiwa datuk dan nenek amat menyayangi Lili sehingga sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahan. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita
  mestilah saling menyayangi antara satu sama lain. Sebagai contohnya, datuk dan nenek
  amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti
  persekolahannya. 
 | 
  
Satu perisitwa yang boleh menjadi panduan hidup 
1. Persitiwa masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan. 
Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Sebagai contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan. 
2. Peristiwa Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir .Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita
  mestilah bantu-membantu dalam kehidupan. 
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung
  Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda
  banjir. 
3. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita
  mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
  Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di
  sungai berdekatan dengan rumahnya. 
4.  Peristiwa Lili sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Panduan yang boleh kita jadikan teladan daripada peristiwa berkenaan ialah kita
  mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.Sebagai contohnya, Dahlia amat
  menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang sehingga sanggup
  keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
  hospital. 
 | 
 

1 ulasan:
plot novel ad.tak?
Catat Ulasan