Rabu, 25 Julai 2018

SOALAN MASTERI 3 (D) -MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA


SOALAN MASTERI 3 (D) -MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA
Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut tanpa menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya  para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai ertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

8.  Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………
  
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin        membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………
  
15.  Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

16.  Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

18.    Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak  permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola speak dari luar negara.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


19.  Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih pada ibu negara berkenaan.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

23.  Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

29.  Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagimembendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


31.  Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

33.  Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pergerakan wang ke luar negara.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi  mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

35.  Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


38.  Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………

 39.  Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

40.  Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

   43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu    tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
 Istilah          :……………………….
         Tatabahasa:-………………………


45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-  
      sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan    
      di negara kita.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………


47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………


48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Istilah          :……………………….
        Tatabahasa:-………………………

49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Istilah          :……………………….
Tatabahasa:-………………………


50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
      Istilah          :……………………….
      Tatabahasa:-………………………


JAWAPAN SOALAN:-  ( SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TEPAT )

1.           Istilah: perlawanan → pertandingan
         Tatabahasa: Adakah → Apakah
2.           Istilah: buat → masak
            Tatabahasa: pendapat → pendapatan
3.           Istilah: sempadan → sepadan
            Tatabahasa: dari → daripada
4.           Istilah: memalapkan → menggelapkan
            Tatabahasa: di → ke
5.           Istilah: menjajah → menjelajah
           Tatabahasa: syarikat itu anjurkan → dianjurkan syarikat itu
6.           Istilah: dimusnahkan → dihapuskan
            Tatabahasa: Beribu→ Beribu-ribu
7.           Istilah: petempatan → penempatan
            Tatabahasa: sebaik-baik → sebaik
8.           Istilah: kuantiti → kualiti
            Tatabahasa: paling laris sekali → paling laris
9.           Istilah: menulis → menandatangani
            Tatabahasa: syarat-syarat → syarat
10.        Istilah: pengirimnya → penerimanya
           Tatabahasa: ke → kepada
11.        Istilah: menunda → menangguhkan
            Tatabahasa: lain-lain hal → hal-hal lain
12.       Istilah: penggunaan → pengambilan
           Tatabahasa: di → dalam
13.        Istilah: buruk → rosak
           Tatabahasa: Pada masa kini → Kini / Pada masa ini
14.        Istilah: membuang → melepaskan
           Tatabahasa: disenaraihitam → disenarai hitam
15.        Istilah: takat → tahap
           Tatabahasa: saling potong-memotong → saling memotong
16.        Istilah: dibaluti → disaluti
           Tatabahasa: gemarkan → menggemari
17.       Istilah: ditangkap → diberkas
           Tatabahasa: kepada → daripada
18.       Istilah: kumpulan → pasukan
           Tatabahasa: membincangkan → berbincang
19.       Istilah: petikan → gesekan
           Tatabahasa: Mereka-mereka → Mereka
20.      Istilah: sekumpulan → segerombolan
           Tatabahasa: pada → di
21.       Istilah: kereta lumba → lumba kereta
           Tatabahasa: butir → buah
22.        Istilah: membangunkan → mengejutkan
            Tatabahasa: Tiap → Setiap
23.        Istilah: syarahan → taklimat
            Tatabahasa: di → ke
24.        Istilah: kecederaan → kemalangan
            Tatabahasa: berbagai → pelbagai
25.        Istilah: digiling → digilis
            Tatabahasa: bila → apabila
26.        Istilah: dipelihara → diternak
           Tatabahasa: beribu → beribu-ribu
27.        Istilah: menjatuhkan → menurunkan
            Tatabahasa: kepada → pada
28.       Istilah: tangan → bimbit
           Tatabahasa: menghadiahkan → menghadiahi
29.       Istilah: memasukkan → menjaringkan
           Tatabahasa: Setengah → sesetengah
30.       Istilah: Pengkaji → Penyelidik
           Tatabahasa: bagi → dalam
31.       Istilah: pertunjukan → peragaan
           Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa → Dimaklumkan bahawa
32.        Istilah: dijelajah → dijajah
           Tatabahasa: masa ke semasa  → semasa ke semasa
33.       Istilah: pegerakan → pertukaran
           Tatabahasa: demi untuk → untuk
34.      Istilah: bergadai → bertaruh
           Tatabahasa: dari → daripada
35.      Istilah: berbelok-belok → bersimpang-siur
           Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta → Kebanyakan peserta
36.      Istilah: perlawanan → pertandingan
           Tatabahasa: berapa → beberapa
37.      Istilah: bawah → rendah
           Tatabahasa: masih → sedang
38.      Istilah: kejayaan → kegagalan
           Tatabahasa: ialah → adalah
39.      Istilah: julukan → jolokan
           Tatabahasa: adalah → ialah
40.      Istilah: terbungkam → terbongkar
           Tatabahasa: dia lakukan → dilakukan
41.      Istilah: sekeliling → sekitar
           Tatabahasa: pada → kepada
42.      Istilah: sisih → sirih
           Tatabahasa: mereka serahkan → diserahkan
43.      Istilah: mengakui → mengesahkan
           Tatabahasa: setelah→ selepas
44.      Istilah: mengadakan → menjalankan
           Tatabahasa: satu setengah tahun→ satu tahun setengah
45.      Istilah: mengatasi → memulih
           Tatabahasa: memikir → berfikir
46.      Istilah: pos segera → pos laju
           Tatabahasa: Jika sekiranya → Jika
47.      Istilah: tempuh → tempoh
           Tatabahasa: Ini kerana → Hal ini demikian kerana
48.      Istilah: di buat → diumumkan
           Tatabahasa: Sehubungan itu → Sehubungan dengan itu
49.      Istilah: mencapai → mencecah
           Tatabahasa: masa ke semasa → semasa ke semasa
50.      Istilah: meningkatkan → mempertingkatkan
           Tatabahasa: barang → barangan




Tiada ulasan: