Rabu, 18 Julai 2018

SOALAN 2 (d) PUISI KERTAS BAHASA MELAYU SPM ULANGAN JUN 2018


Cadangan jawapan:-
        i)   Berdasarkan sajak tersebut satu tanggungjawab pewaris adalah untuk mempertahankan
             kedaulatan watan daripada anasir jahat dan satu tanggungjawab pendekar pula perlu mereka 
             berani menangkis tomahan demi mempertahan maruah gelanggang keramat yang suci.

      ii)    Sebagai seorang pewaris yang mungkin menjadi pemimpin negara, saya amat menginginkan
             sebuah negara  yang mempunyai ciri seperti berikut iaitu merdeka dengan kuasa ditangan 
             rakyat tempatan, negara adil dengan menghayati undang-undang negara berdaulat,  makmur 
             dengan rakyatnya terelak daripada permusuhan terutama negara Malaysia yang terdiri dari 
             pelbagai kaum, serta negara yang bebas daripada unsur jenayah yang boleh meruntuhkan 
             kedaulatan negara.

    iii)    Sajak gelanggang bertemakan kepentingan mempertahankan negara tercinta kerana negara 
             yang berdaulat akan terhindar daripada anasir jahat yang cuba untuk mensabotaj dan 
             menakluk negara kita seperti yang terjadi semasa negara dijajah oleh pihak Portugis, 
             Belanda dan British dahulu kala.

Tiada ulasan: