CARA MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG.
PELAJAR JUGA PERLU BANYAK MEMBACA DAN MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN TAJUK KARANGAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN.
PELAJAR JUGA PERLU BANYAK MEMBUAT LATIHAN DAN MENGUASAI SEMUA ASPEK KEMAHIRAN MENGARANG SAMA ADA KEMAHIRAN TATABAHASA, KEMAHIRAN EJAAN, KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PENANDA WACANA, KEMAHIRAN BINAAN AYAT, KEMAHIRAN MENGAPLIKASI UNSUR KBAT DALAM KARANGAN, PENGUASAAN KOSA KATA ( ISTILAH MENARIK), PENGUASAAN FRASA MENARIK (FM), DAN PERLU KREATIF DAN KRITIS.
INGAT, MENGARANG BUKAN MUDAH, TETAPI ALAH BISA TEGAL BIASA, PELAJAR YANG RAJIN DAN BERUSAHA AKAN BERJAYA.
PELAJAR JUGA PERLU BANYAK MEMBACA DAN MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN TAJUK KARANGAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN.
PELAJAR JUGA PERLU BANYAK MEMBUAT LATIHAN DAN MENGUASAI SEMUA ASPEK KEMAHIRAN MENGARANG SAMA ADA KEMAHIRAN TATABAHASA, KEMAHIRAN EJAAN, KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PENANDA WACANA, KEMAHIRAN BINAAN AYAT, KEMAHIRAN MENGAPLIKASI UNSUR KBAT DALAM KARANGAN, PENGUASAAN KOSA KATA ( ISTILAH MENARIK), PENGUASAAN FRASA MENARIK (FM), DAN PERLU KREATIF DAN KRITIS.
INGAT, MENGARANG BUKAN MUDAH, TETAPI ALAH BISA TEGAL BIASA, PELAJAR YANG RAJIN DAN BERUSAHA AKAN BERJAYA.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN JENIS BERITA
|
TAIPING: Seramai 31 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Taiping dikejarkan ke hospital malam tadi dipercayai keracunan makanan
selepas menjamah juadah soto.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Berita
berkaitan keracunan makanan sering menjadi liputan sensasi di media cetak
seperti surat khabar dan juga media elektronik seperti televisyen dan radio.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Namun
begitu, berita sensasi berkaitan isu keracunan makanan terus menjadi polemik
dalam kalangan masyarakat tempatan akibat kekerapan berlakunya kes berkenaan.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Kenapa
kejadian seperti ini terus berlaku, sedangkan kawalan pihak berkuasa terhadap
pembekal makanan di sekolah sering diawasi dan dipantau dengan teliti oleh
pihak Kementerian Kesihatan dan juga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Begitu
juga kawalan pihak Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat
ketat dan serbuan dan pemeriksaan ke premis-premis makana kerap diadakan.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh
sebab itu pihak berkuasa perlu bertindak dengan lebih agresif tetapi dengan
tindakan berkenaan perlu dilakukan dengan berhati-hati ibarat menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berterabur agar
masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
langkah-langkah proaktif tidak dijalanlan untuk membanteras masalah keracunan
makanan ini , sudah pasti kejadian yang lebih menakutkan akan berlaku seperti
berlalunya kehilangan nyawa dalam kalangan pelajar dan pengguna kerana pabila
sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya,
apakah punca kes keracunan makanan dalam kalangan masyarakat yang sering
menggusarkan kalangan masyarakat Malaysia?
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai permulaan saya akan cuba
menghuraikan isi pertama dengan menggunakan pemikiran pelajar berminda kelas
pertama dengan kata kunci, makanan dimasak tidak sempurna merupakan punca
berlakunya kes keracunan makanan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Seyogia, pengusaha premis makanan perlu
bertanggungjawab dengan memastikan makanan yang disajikan kepada pihak pengguna
perlu dimasak dengan sempurna kerana makanan tidak dimasak dengan sempurna
merupakan punca keracunan makanan di premis makanan dan dewan makan sekolah
berasrama sama ada sekolah persedirian mahupun sekolah dikelola oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Kebiasaannya penyedia makanan yang
tidak bertanggungjawab memasak makanan tidak mengikut prosedur penyediaan
makanan yang sepatutnya seperti memasak makanan dengan kadar segera dan
makanan disediakan tidak dimasak secara sempurna dan ini akan memudahkan makanan
tercemar oleh bakteria, seperti
salmonella atau Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus
yang dikesan sebagai punca berkakunya keracunan makanan di Malaysia.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Sekiranya,
penyediaan makanan oleh pembekal makanan tidak mengikut prosidur dan
menyediakan makanan yang tidak masak kepada pelanggan atau pelajar, sudah
pasti bakteria, seperti cholera,
salmonella atau Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus akan
aktif dalam bahan makanan srta mencemarkan makanan dan menyebabkan berlakunya
keracunan makanan.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai contoh, kes keracunan
pelajar di Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) Taiping merupakan antara salah satu contoh akibat
penyediaan makanan yang tidak selamat di premis sekolah berasrama di
Malaysia.
|
UNSUR KBAT
|
Jika penyediaan makanan oleh
pembekal makanan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab, sudah pasti kes keracunan makanan seperti di atas tidak
akan berlaku dan keselamatan dan nyawa pelajar tidak akan terancam.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, penyedia atau
pembekal makanan perlu sentiasa berwaspada dan menyediakan makanan bermasak
secara sempurna kepada pelanggan atau pelajar asrama agar pisang tidak
berbuah dua kali.
|
AYAT PENEGAS
|
Kesimpulannya, boleh disimpulkan
makanan dimasak tidak sempurna merupakan punca karacunan berlaku di negara
Malaysia.
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Seterusnya, saya akan meneruskan
huraian saya dengan kata kunci tidak menjaga kebersihan ketika proses
menyediakan makanan merupakan punca keracunan makanan berlaku di premis
penyediaan makanan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Peribahasa Melayu ada mengatakan
jika tiada angin masakan pokok bergoyang dan peribahasa berkenaan amat sesuai
dengan perbincangan di atas kerana sekiranya kes keracunan makanan tidak
berlaku, sudah pasti berita sensasi ini tidak dipaparkan di dada
akhbar dan juga di siarkan di corong-corong radio serta televisyen
secara berleluasa
|
AYAT HURAIAN 2
|
Seyogia, pihak berkuasa
perlu sentiasa memantau kes ini daripada tempat penyediaan makanan,
sama ada di gerai makanan mahupun di tempat penyediaan makanan di dewan makan
asrama sekolah berasrama kerana pencemaran makanan pada awalnya bermula di
tempat berkenaan.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Bahkan juga, kebersihan makanan
bukan sahaja bermula di tempat penyediaan bahan makanan, malah semasa bahan
makanan diproses atau dimasak, dan juga setelah makanan diproses iaitu ketika
makanan berkenaan disajikan kepada pengguna.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai contoh, bahan makanan yang
hendak dimasak seperti daging, atau ayam perlu dibekukan dalam peti ais di
bawah 5 darjah celcius dan tidak boleh dibiarkan di luar sebelum diproses
dalam tempoh yang panjang untuk mengelakkan pencemaran bakteria seperti
E-Coli, cholera, dan listeria.
|
UNSUR KBAT
|
Seyogia, jika pembekal makanan melepasi tahap kebersihan semasa proses penyediaan bahan makanan, dan juga
semasa proses memasak makanan dengan mengutamakan kebersihan setiap peralatan
memasak, sudah pasti keracunan makanan dapat dielakkan.
|
UNSUR KBAT 2
|
Sebaliknya, jika pembekal makanan tidak
mengikut prosedur kebersihan semasa menyediakan makanan, sudah pasti kes
keracunan makanan akan terus berleluasa dan melanda negara dan akibatnya
pengguna akan mengalami penderitaan dan mungkin akan kehilangan nyawa.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, pembekal dan
penyediaan makanan perlu sentiasa berhati-hati kerana sudah terhantuk baru
terngadah sudah tidak berguna lagi.
|
AYAT PENEGAS
|
Tegasnya, proses menyediakan
makanan merupakan punca keracunan makanan berlaku di premis penyediaan
makanan.
|
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Seterusnya, huraian saya selanjutnya
merujuk kepada kata kunci makanan yang terdedah merupakan punca keracunan
berlaku.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana kita sedia maklum,
proses terakhir sebelum pengguna menikmati makanan yang bersih adalah dengan
cara pengusaha mengelakkan makanan yang disediakan daripada tercemar oleh
serangga dan haiwan perosak.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Hal ini demikian berlaku kerana
serangga perosak seperti lalat membawa penyakit seperti disentri, thypoid,
kolera dan diare yang ada kaitan dengan masalah pembuangan air besar tanpa
kawalan.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Bahkan juga, pencemaran oleh
haiwan perosak seperti tikus juga amat menakutkan kerana melalui kencing tikus
berlakunya penyakit Leptospirosis dan kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning
(jaundis) dan demam panas berlarutan sehingga membawa kepada kematian.
|
AYAT HURAIAN 4
|
Selain itu, lipas juga antara
serangga membawa penyakit akibat keracunan makanan, namun lipas bukanlah
haiwan berbahaya yang boleh menyebarkan peyakit yang boleh membawa kematian
kepada manusia seperti lalat dan tikus.
|
AYAT CONTOH
|
Seyogia, pengusaha makanan di
premis makanan perlu menutup makanan sebelum dimakan oleh pengguna supaya pengguna tidak mengakami keracunan makanan.
|
UNSUR KBAT
|
Jika pihak pengusaha dan penyedia
makanan menutup makanan di premis mereka, sudah pasti haiwan perosak yang
menjijikkan tersebut tidak mengurung dan menyentuh makanan sehingga makanan
berkenaan tercemar dan memudaratkan pengguna.
|
FRASA MENARIK
|
Sebelum nasi menjadi bubur, pihak
pengusaha makanan perlu memastikan makanan yang disediakan di premis mereka
sentiasa tertutup.
|
AYAT PENEGAS
|
Sudah terang lagi bersuluh, makanan
yang terdedah merupakan punca keracunan berlaku kalangan masyarakat Malaysia.
|
PERKARA
|
PENERANGAN
|
AYAT PENYIMPUL
|
Sebagai menggulung huraian saya di
atas jelaslah bahawa terdapat beberapa sebab utama kenapa berlakunya
keracunan makanan di Malaysia.
|
AYAT CADANGAN
|
Antara punca keracunan makan
berlaku antaranya adalah kerana makanan tidak dimasak dengan sempurna, tidak
menjaga kebersihan ketika proses penyediaan makanan dan juga makanan terdedah
semasa penyajian makanan.
|
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM
PERENGGAN DIBINCANGKAN
|
Bahkan juga, keracunan berlaku
kerana pengusaha premis makanan tidak menggunakan perlatan yang bersih semasa
proses penyediaan makanan serta semasa proses
|
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
|
Seyogia, pengusaha makanan
sepatutnya tidak mengejar keuntungan semata-mata tetapi mereka juga perlu
memastikan makanan yang mereka sediakan tidak tercemar sehingga boleh
memudaratkan keselamatan dan kesihatan pengguna.
|
UNSUR KBAT
|
Jika, pengusaha makanan tidak mengubah
sikap negatif mereka, sudah pasti kes keracunan akan berterusan
tanpa sempadan dan kos untuk merawat pesakit akan meningkat dan akan membimbangkan
masyarakat.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh sebab itu, sebagai pengusaha makanan
yang bertanggungjawab, mereka perlu memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan atau pengguna kerana hidup kayu berbuah, hidup manusia biarlah
berjasa.
|
AYAT HARAPAN
|
Kesimpulannya, pengusaha premis
makanan perlu mengutamakan kebersihan makanan yang disediakan oleh mereka
supaya keracunan makanan dapat dielakkan dan pengguna akan meyakini
perkhidmatan mereka. Berkhidmat untuk bangsa, masyarakat dan
negara.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan