Ahad, 8 Julai 2018

KERTAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN-BAHASA MELAYU 1 SMK SERI LONDANG




KARANGAN SOALAN PERTAMA- UBAH SUAI KARANGAN MOUHAMAD ALIFF FAHIMIN B. AZIZAN KELAS 5 SAINS.








Ulasan Guru:-
           Sebagai tambahan, jika boleh selitkan data atau bilangan kes pelajar terlibat dengan jenayah untuk mengambarkan pelajar mengetahui tahap salah laku pelajar zaman kini. Justeru dengan kesedaran pertambahan salah laku berkenaan anda sebagai seorang rakan sebaya cuba untuk  mengatasai masalah rakan sebaya yang sering ponteng sekolah kerana ditakuti mereka akan terjebak dengan kes salah laku seperti data yang anda peroleh. Tambahan pula anda risau sekiranya kes ponteng sekolah yang rakan anda hadai akan bertambah serius sekiranya rakan anda bergaul dengan rakan yang rosak ahklaknya sehingga terjebak kepada salah laku yang lebih kronik. Oleh sebab itu, saya cadangkan kaitkan data yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan untuk mengukuh hujah anda.

Belakangan ini, isu disiplin pelajar sekolah menjadi buah mulut masyarakat. Bahkan juga, isu disiplin pelajar sekolah sudah acap kali menghiasi lembaran akhbar tempatan malah diperdebat di dalam media elektronik seperti radio dan televisyen. Umumnya, masyarakat mengetahui bahawa masalah disiplin sekolah semakin membarah di negara kita apabila media massa mendedahkan kes disiplin seperti membuli, merokok, ponteng sekolah, mencuri, vandalisme, kelucahan dan paling mengerikan  ada dalam kalangan pelajar pernah melakukan kes rogol dan kes paling berat dicatakan iaitu kes membunuh. Menurut rekod Kemeneterian sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2018. Mengapakah kes sedemikian boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Adakah masyarakat di negara kita sudah tidak bertamadun? Mengapakah masalah sedemikian rupa boleh berlaku  dalam kalangan pelajar yang baru setahun jagung umurnya, isu berkenaan merupakan persoalan yang bermain diminda masyarakat dan saya. Bagi merungkai dan menangani masalah berkenaan, saya terpanggil untuk menyelesaikan masalah salah seorang rakan saya kerana dia sering ponteng sekolah dan sering diberi amaran oleh guru disiplin serta pengetua sekolah saya atas sikap negatifnya itu. Sebagai seorang rakan karib, dan rapat dengan rakan saya tersebut, saya cuba berganding bahu dengan guru disiplin dan pentadbir sekolah ibarat ke bukit sama di daki, ke lembah sama dituruni menyelesaikan kealpaannya. Bukan itu saja, sebagai seorang murid yang cinta akan sekolah dan sayang akan rakan saya tersebut, saya akan cuba membantunya sebaik yang mungkin. Malah saya dapat membayangkan nasib rakan saya jika perlakuannya tidak berubah dan kesan bukan sahaja kepada kehidupannya pada masa akan datang yang akan gelap, malah tindakannya tersebut akan melibatkan nama baik sekolah dan juga nama baik keluarganya sendiri. Saya sedar, rakan saya ini amat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya sehingga dia tidak menuruti nasihat ibu bapanya apatah lagi guru-guru sekolah. Sebelum nasi menjadi bubur dan rakan saya tidak terjebak dengan  insiden atau masalah disiplin yang lebih berat sebagaimana yang berlaku dalam kalangan pelajar masa kini, saya perlu menasihat dan membimbing rakan saya tersebut agar dia menjadi seorang pelajar yang baik akhlaknya dan berjaya menjadi pelajar cemerlang. Persoalannya, apakah peranan saya untuk membantu rakan saya yang kerap ponteng sekolah tersebut?

Untuk isi kedua akan bertambah baik jika pelajar dapat memberikan gambaran sebenar perbezaan peranan guru disiplin dan peranan seorang kaunselor sekolah. Bayangkan rakan anda yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah sudah pasti tidak mahu bertemu dengan kaunselor sekolah kerana mereka kemungkinan beranggapan tugas kaunselor sama dengan tugas seorang guru disiplin. Hal ini demikian kerana sebagai seorang guru disiplin tugas mereka menguatkuasakan peraturan sekolah dan sudah pasti mereka bertegas dan memarahi rakan anda yang terlibat ponteng sekolah yang termasuk salah satu perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Sedangkan tugas seorang kaunselor lebih kepada pemudah cara dan berusaha untuk memberi penjelasan kesan buruknya rakan anda terlibat dengan perbuatan ponteng sekolah dan kaunselor juga akan cuba  menjelaskan kesan dan akibat sekiranya rakan anda meneruskan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah berkenaan. Anda juga boleh menjelaskan personaliti seorang kauselor yang lemah lembut, pandai mengambil hati pelajar. Oleh sebab itu penjelasan  anda penting untuk menungkatkan kepercayaan rakan anda untuk berjumpa dengan kauselor dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan harapan mereka akan berubah sikap menjadi pelajar yang berdisiplin.

Isi ketiga baik dan keempat baik

Pelajar perlu menamba isi kelima seperti mengaktifkan rakan anda dengan aktiviti santai seperti beriadah pada setiap petang dengan harapan rakan anda itu terelak daripada berkomunikasi dengan rakan yang buruk akhlaknya ketika waktu senggang. Tambahan pula dengan beriadah rakan anda boleh bertemu dengan rakan-rakan yang berkelakuan positif dan secara tidak langsung rakan anda akan terelak daripada membuang masa lapang, dan terleka daripada dipengaruhi rakan sebaya yang akan  rosak akhlaknya yang akan menyebabkan mereka terlibat dengan merokoh, dadah, dan aktiviti yang merosakkan personalitinya sebagai seorang pelajar.

Penutup masih baik. Sepanjang penulisan pelajar menggunakan ganti diri saya dan sesuai dengan karangan dimensi diri.

Kesimpulannya, pelajar ini boleh mendapat markah A+ sekiranya akur dengan ulasan yang saya berikan di atas. Teruskan usaha anda.

           

Tiada ulasan: