Isnin, 16 Julai 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, SOALAN 1 BAHAGIAN RUMUSAN SPM ULANGAN 2018




CADANGAN JAWAPAN SOALAN RUMUSAN

PERENGGAN PENGENALAN:-

  1. Petikan membincangkan kebaikan/keistimewaan/keutamaan/ faedah-faedah/manfaat/ kemaslahatan penerangan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di negara kita/ di Malaysia.
  2. Rumusan memperkatakan membincangkan kebaikan/keistimewaan/keutamaan/ faedah-faedah/manfaat/ kemaslahatan penerangan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan usaha-usaha ibu bapa untuk meyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan.
  3. Rumusan memperkatakan membincangkan kebaikan/keistimewaan/keutamaan/ faedah-faedah/manfaat/ kemaslahatan penerangan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan langkah-langkah  ibu bapa untuk meyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan.


Isi Tersurat:- ( Kebaikan-kebaikan penerapan unsur Kemahiran Aras Tinggi (KBAT)

  1. berupaya untuk melahirkan murid-murid yang mampu membuat penakulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
  2. guru-guru dapat mempelbagai kaedah pengajaran iaitu tidak terhad kepada buku teks dan lembaran kerja sahaja.
  3. pengajaran guru menjadi lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
  4. murid bebas untuk menjelaskan sebab dan akibat mengikut pandangan mereka sendiri.
  5. murid  dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehan sedia ada.
  6. proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid berupaya menerapkan unsur KBAT dalam bentuk lisan dan penulisan.
  7. murid dapat mengemukakan pelbagai pendapat dan idea baharu secara kreatif.
  8. guru dapat menerapkan nilai-nilai murni yang penting bagi melahirkan generasi seimbang dari segi aspek jasmani, rohani, dan intelek serta sosial.
  9. merupakan usaha untuk memperkasakan pendidikan negara ke arah menjana pemikiran global dan kemenjadian murid.

Isi tersirat:- ( Usaha-usaha ibu bapa untuk menyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan)
  1. Ibu bapa perlu memahami konsep KBAT dalam pendidikan.
  2. Memberi bantuan kepada anak-anak menjawab soalan-soalan berunsur KBAT.
  3. Ibu bapa boleh mendapatkan rujukan daripada guru mata pelajaran cara-cara untuk membantu anak-anak menjawab soalan KBAT.
  4. Ibu bapa boleh merujuk internet untuk mengetahui konsep KBAT dalam pendidikan masa kini.
  5. Ibu bapa boleh merujuk konsep KBAT dalam pendidikan alaf kini melalui buku-buku rujukan, majalah.
  6. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke pusat tusyen agar anak mampu menguasai KBAT dalam pendidikan.
          * Jawapan isi tersurat yang diwarnakan merupakan jawapan dalam skop yang sama, pilih salah 
             satu sahaja sebagai jawapan.

Perenggan Penutup:-
  1. Kesimpulannya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menguasai KBAT dalam pendidikan agar anak tidak ketinggalan dalam pendidikan alaf baru.
  2. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong pelaksanaan KBAT supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran.

    Cadangan soalan 1 Kertas Bahasa Melayu 2 (SPM Ulangan 2018)

  1. Rangkai kata membaiki kelemahan bermaksud membetulkan/ mengubah / kedaifan / kekurangan.
  2. Pengarang menyatakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menerapkan unsur KBAT antaranya meliputi kaedah kerja lapangan di luar bilik darjah, dan kaedah mengumpulkan data mentah secara saintifik
          ( Jawapan ada dalam teks- sila rujuk)
  1. Pada pendapat saya, selain melahirkan generasi seimbang, ciri-ciri modal insan yang dapat dilahirkan antaranya ialah melahirkan:-
          i)   modal insan berani menyatakan pendapat sendiri.
         ii)   modal insan yang kreatif memberi pendapat sendiri tanpa terkokong dengan pendapat 
               orang lain.

        iii)   modal insan patriotik mencintai negara sendiri.

         iv)  modal insan mempunyai jati diri merujuk kepada keperluan dan kehendak  negara..

         ( Jawapan berdasarkan KBAT)

3 ulasan:

NFA-Y berkata...

Boleh saya tahu ada tak lagi isi tersurat selain daripada yang dinyatakan di atas?

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Boleh tak berikan isi yang anda maksudkan untuk saya ulas kerana jika saya baca balik semula yang lain-lain iaitu selain isi saya nyatakan banyak berfungsi sebagai huraian. Ok. Tqvm.

Unknown berkata...

Untuk soalan pemahaman no 2 tu boleh tak menggunakan kaedah soal jawab?