Peribahasa Maksud Sama
Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)
belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)
lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)
masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)
telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)
embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)
menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)
sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)
Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua
PERIBAHASA SAMA
MAKSUD
1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua
Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu
Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang
Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya
Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering
1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua
Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu
Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang
Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya
Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering
Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua
KOLEKSI PERIBAHASA PILIHAN UNTUK RUJUKAN PELAJAR SPM
1 Ada udang di sebalik batu.
· Berbuat baik kerana ada hajat terselindung |
2 Air dicencang tak akan putus.
· Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan. |
3 Air perabung mengalir ke cucur
atap.
· Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak. |
4 Alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam.
· Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah. |
5 Bagai kerakap di batu, hidup
segan mati tak mahu.
· Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya. |
7 Beraja di mata bersultan di
hati.
· Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri. |
8 Berbudi kepada tanah, tanah
tidak tipu.
· Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya. |
9 Berjagung-jagung dahulu
sementara padi masak.
· Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu. |
10 Berpantang mati sebelum ajal.
· Jangan sengaja mencari nahas (maut). |
11 Besar periuk, besarlah keraknya.
· Semakin berada bertambah boros. |
12 Besar sendal daripada gelegar.
· Lebih berbelanja daripada pendapatan |
13 Biar putih tulang jangan putih
mata.
· Rela mati demi mempertahankan hak. |
14 Biduk berlalu kiambang bertaut.
· Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut. 15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. · Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia. |
16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum balik.
Perpecahan sesama ahli keluarga
lambat-laun berbaik semula.
|
Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa. |
Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung. |
Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung). |
Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu. |
Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya. |
Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah. |
Orang yang tidak memegang amanah. |
Orang yang tidak memegang amanah. |
Rela mati demi mempertahankan hak. |
Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri. |
Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi. |
28 Ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
terserak.
Selesaikan masalah secara baik dan
tidak menimbulkan masalah sampingan.
|
29 Ikutlah resmi padi semakin berisi
semakin runduk.
Tidak sombong walaupun semakin berada.
|
30 Jarak panggang dari api.
Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.
|
31 Jauh berjalan luas pandangan, lama
hidup luas pengalaman.
Ilmu dan pengalaman akan diperoleh
apabila sentiasa belajar dan mengembara.
|
32 Jikalau tiada angin masakan pokok
bergoyang.
|
33 Jong pecah yu yang menang.
|
34 Kalah jadi abu, menang jadi arang.
|
35 Ke gunung sama didaki, ke lurah
sama dituruni.
|
36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi?
|
37 Keluar daripada mulut harimau masuk
ke mulut buaya.
|
38 Kerana nila setitik habis susu
sebelanga.
|
39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja
beransur tak bertahan.
|
40 Keruh di muara kerana di hulu keruh
juga.
|
41 Lempar batu sembunyi tangan
|
42 Lesung sama antan bertelingkah,
ayam yang kenyang.
|
43 Ludah ke langit jatuh atas batang
hidung sendiri.
|
44 Luka hilang parut tetap tinggal.
|
45 Lunak gigi daripada lidah.
|
46 Macam mentimun dengan durian,
digelek luka, menggelek pun luka.
|
47 Macam melukut di tepi gantang.
|
48 Menahan lukah di pergentingan.
|
49 Mencurah air ke daun keladi.
|
50 Mencurahkan garam ke laut.
|
51 Mendengar guruh di langit, air di
dalam tempayan dicurahkan.
|
52 Panas setahun basah bumi oleh hujan
sehari.
|
53 Patah sayap bertongkat paruh.
|
54 Patah tumbuh hilang berganti.
|
55 Pepat di luar rencong di dalam.
|
56 Pipit sama pipit, enggang sama
enggang.
|
57 Pisang berbuah dua kali.
|
58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang
mengantuk disorongkan bantal.
|
59 Pukul anak sindir menantu.
|
60 Rosak bawang ditimpa jambak.
61 Sehari selembar benang lama-lama
menjadi kain.
|
62 Sekali air bah, sekali pantai
berubah.
|
63 Seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.
|
64 Sepuluh jong masuk kuala anjing
tetap bercawat ekor.
|
65 Serumpun bak serai, sesusun bak
sirih.
|
66 Sudah jatuh ditimpa tangga.
|
67 Tak akan buaya menolak bangkai.
|
68 Tak dapat tanduk telinga dipulas.
|
69 Tangan yang menghayun buaian
memerintah dunia.
|
70 Tepuk air di dulang percik ke muka
sendiri.
|
71 Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
|
72 Tidak Iari gunung dikejar, hilang
kabus tampaklah juga.
|
73 Untung sabut timbul, untung batu
tenggelam.
|
74 Telunjuk lurus kelengkeng berkait.
|
7 ulasan:
Peribahasa manakah yang sama maksud dengan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain??
Sikit sikit lama lama jadi bukit
Terima kasih cikgu😆😄
Terima kasih cikgu😃😁😄
Peribahasa apa yg sama dgn SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga sama maksud dengan akibat seekor kerbau habis semuanya terpalit dan akibat nyamuk seekor habis kelambu dibakar.
Peribahasa apa yang sinonim dengan umpama sirih, menjalar dulu, kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung?
Catat Ulasan