Ahad, 22 Julai 2018

KOLEKSI PERIBAHASA SAMA MAKSUD DAN PERIBAHASA TAMBAHAN UNTUK RUJUKAN

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua

Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang

Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya

Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering



Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua



KOLEKSI PERIBAHASA PILIHAN UNTUK RUJUKAN PELAJAR SPM

1    Ada udang di sebalik batu.
·         Berbuat baik kerana ada hajat terselindung
2    Air dicencang tak akan putus.
·         Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.
3    Air perabung mengalir ke cucur atap.
·         Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.
4    Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.
·         Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun   susah.
5    Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.
·         Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.
7    Beraja di mata bersultan di hati.
·         Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.
8    Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.
·         Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.
9    Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
·         Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.
10   Berpantang mati sebelum ajal.
·         Jangan sengaja mencari nahas (maut).
11   Besar periuk, besarlah keraknya.
·         Semakin berada bertambah boros.
12  Besar sendal daripada gelegar.
·         Lebih berbelanja daripada pendapatan
13  Biar putih tulang jangan putih mata.
·         Rela mati demi mempertahankan hak.
14  Biduk berlalu kiambang bertaut.
·         Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.
15  Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
·         Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.

16  Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.
      Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.
 
17  Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.
      Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.

 
18  Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.
      Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.
 
19  Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
      Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).
 
20  Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.
      Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.
 
21   Direndam tak basah direbus tak empuk.
       Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.
 
22  Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.
      Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.
 
23  Harapkan pagar, pagar makan padi.
      Orang yang tidak memegang amanah.
 
24  Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
      Orang yang tidak memegang amanah.
 
25  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
      Rela mati demi mempertahankan hak.
 
26  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
      Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.
 
27  Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
      Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.
 
28   Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan 
       terserak.
       Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan. 
29     Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.
         Tidak sombong walaupun semakin berada.

30    Jarak panggang dari api.
        Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.

31    Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.
        Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.

32     Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
  • Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.

33     Jong pecah yu yang menang.
  • Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.

34     Kalah jadi abu, menang jadi arang.
  • Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.

35     Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.
  • Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.

36     Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
  • Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.

37     Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.
  • Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).

38     Kerana nila setitik habis susu sebelanga.
  • Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.

39     Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.
  • Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.

40     Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.
  • Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.

41     Lempar batu sembunyi tangan
  • Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

42     Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.
  • Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.

43     Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri.
  • Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga  sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.

44     Luka hilang parut tetap tinggal.
  • Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.

45     Lunak gigi daripada lidah.
  • Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.

46     Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.
  • ·         Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah

47      Macam melukut di tepi gantang.
  • Terasing dan tidak dipedulikan.

48     Menahan lukah di pergentingan.
  • Mencari untung pada saat-saat kesusahan.

49     Mencurah air ke daun keladi.
  • Nasihat yang tidak berbekas.

50     Mencurahkan garam ke laut.
  • Berbudi kepada si kaya tiada berguna.

51     Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.
  • Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.

52           Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.
  • Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.

53     Patah sayap bertongkat paruh.
  • Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.


54     Patah tumbuh hilang berganti.
  • Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.

55     Pepat di luar rencong di dalam.
  • Sikap yang tidak jujur.

56     Pipit sama pipit, enggang sama enggang.
  • Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.

57           Pisang berbuah dua kali.
  • Mengulangi kesilapan yang sama.

58     Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.
  • Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.

59     Pukul anak sindir menantu.
  • Mengata-ngata orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

60     Rosak bawang ditimpa jambak.
  • Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.
61     Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
  • Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.

62     Sekali air bah, sekali pantai berubah.
  • Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.


63     Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
  • Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

64           Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.
  • Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.

65     Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.
  • Hidup yang saling bermuafakat.

66     Sudah jatuh ditimpa tangga.
  • Bencana yang bertimpa-timpa

67     Tak akan buaya menolak bangkai.
  • Orang jahat tetap memilih kejahatan.

68     Tak dapat tanduk telinga dipulas.
  • Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.

69     Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.
  • Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.

70     Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.
  • keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

71     Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
  • Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.

72     Tidak Iari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.  
  • Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.

73     Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.   
  • Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

74     Telunjuk lurus kelengkeng berkait.          
  • Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.





7 ulasan:

Unknown berkata...

Peribahasa manakah yang sama maksud dengan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain??

Unknown berkata...

Sikit sikit lama lama jadi bukit

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu😆😄

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu😃😁😄

Unknown berkata...

Peribahasa apa yg sama dgn SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sebab nila setitik rosak susu sebelanga sama maksud dengan akibat seekor kerbau habis semuanya terpalit dan akibat nyamuk seekor habis kelambu dibakar.

eve berkata...

Peribahasa apa yang sinonim dengan umpama sirih, menjalar dulu, kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung?