KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK SERI LONDANG DAN BENGKEL MENGHASILAN KARANGAN CEMERLANG SMK SERI LONDANG 2018.
Pada 13, 14 dan
15 April 2018 telah diadakan Kem Kecemerlangan Akademik SMK Seri Londang
bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar. Slot Bahasa Melayu
SPM bermula pada pagi tadi 14 April 2018, pada pukul 10.30 pagi hingga pukul
12.30 tengah hari dan pengisian slot bertajuk “Bengkel Menghasilkan Karangan
Cemerlang.” Objektif Bengkel Penghasilan Karangan Cemerlang adalah untuk memberi
ruang kepada pelajar Kelas 5 Sains, Kelas 5K1 dan 5K2 pendedahan untuk
menghasilkan karangan berfokus kepada soalan bahagian A iaitu karangan berpandu,
memberi ruang kepada pelajar
menghasilkan karangan berfokus kepada penghasilan perenggan pengenalan
karangan, penghasilan perenggan isi, dan penghasilan perenggan penutup karangan
penutup dan memberi ruang kepada pelajar, dan memberi ruang kepada pelajar
membuat pembentangan di akhir perbengkelan.
Di samping itu, semasa
slot perbengkelan, pelajar telah diberikan soalan SPM dan contoh karangan
berpandu SPM cemerlang serta contoh soalan dan karangan cemerlang SPM bahagian
dimensi atau bahagian B sebagai panduan serta rujukan. Pelajar kelas 5 Sains juga
diberikan, modus operandi untuk mengembangkan karangan iaitu Jadual Pengembangan
Idea Perenggan Karangan (JPIPK), dan Jadual Pengisian Perenggan Karangan untuk
pelajar kelas 5K1 dan kelas 5K2. Oleh sebab, 5 orang pelajar kelas 5 Sains
terlibat Program Tuisyen Pelajar Cemerlang Daerah di MRSM Parit, keadaan
bengkel Kumpulan kelas 5 Sains agak kurang memberangsangkan serta mengecewakan
kerana pelajar gagal untuk mengaplikasikan hasil kerja yang dilakukan oleh
mereka sebelum ini, walaupun soalan yang dikemukakan berlainan tetapi temanya masih sama iaitu berkaitan dengan kepentingan sektor pelancongan.
Kenapa keadaan ini berlaku? Antara faktor utama pelajar tidak dapat menghasilkan hasil kerja pembentangan karangan dengan baik kerana pelajar kurang membaca dan tidak mengaplikasikan pengetahuan Sejarah, kurang maklumat berkaitan destinasi pelancongan menarik di Malaysia, tidak mengetahui monumen tinggalan sejarah, tidak mengetahui tokoh-tokoh perjuangan negara dan kurang pengetahuan, berkaitan masalah ekonomi terutama kos sara hidup tinggi mengakibatkan hubungan kekeluargaan terhakis. Oleh sebab itu, sebagai intervensi menyelesaikan masalah berkenaan dan membentuk budaya pembacaan luas berkaitan pelbagai maklumat dan input berkaitan tema karangan, pelajar perlu menghasilkan folio secara kolaborasi kumpulan. Diharapkan dengan usaha ini, pelajar akan berjaya mengumpulkan pelbagai maklumat berkaitan tema karangan dan hasilan berkenaan boleh dijadikan sumber rujukan untuk menghasilkan karangan bermaklumat dan memfokuskan penghasilan karangan yang matang serta mempunyai unsur KBAT.
Kenapa keadaan ini berlaku? Antara faktor utama pelajar tidak dapat menghasilkan hasil kerja pembentangan karangan dengan baik kerana pelajar kurang membaca dan tidak mengaplikasikan pengetahuan Sejarah, kurang maklumat berkaitan destinasi pelancongan menarik di Malaysia, tidak mengetahui monumen tinggalan sejarah, tidak mengetahui tokoh-tokoh perjuangan negara dan kurang pengetahuan, berkaitan masalah ekonomi terutama kos sara hidup tinggi mengakibatkan hubungan kekeluargaan terhakis. Oleh sebab itu, sebagai intervensi menyelesaikan masalah berkenaan dan membentuk budaya pembacaan luas berkaitan pelbagai maklumat dan input berkaitan tema karangan, pelajar perlu menghasilkan folio secara kolaborasi kumpulan. Diharapkan dengan usaha ini, pelajar akan berjaya mengumpulkan pelbagai maklumat berkaitan tema karangan dan hasilan berkenaan boleh dijadikan sumber rujukan untuk menghasilkan karangan bermaklumat dan memfokuskan penghasilan karangan yang matang serta mempunyai unsur KBAT.
Rujuk semula catatan saya dan hasilan rakan-rakan anda sebelum ini berkaitan karangan di atas kerana ada bahagian-bahagian karangan berkenaan sesuai digunakan untuk menjawab soalan-soalan perbengkelan pada pagi tadi terutama bahagian pengenalan dan isi pertama.
Soalan karangan umum, perbengkelan pada pagi tadi bertajuk:-
CONTOH PENGENALAN BERFAKTA DAN UNIK
( PEMBACAAN YANG LUAS)
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN
JENIS PERIBAHASA
|
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri.”
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Peribahasa di atas amat berkait rapat dengan hakikat keberadaan seorang warganegara Malaysia iaitu sejauh
manapun keistimewaan yang terdapat di destinasi pelancongan luar negara tetapi sebagai rakyat cinta akan pertiwi, kita perlu akur dan cakna bahawa destinasi pelancongan di
negara sendiri lebih istimewa.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Sebagai contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah
seperti Kota A Famosa di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Perak, Bukit
Melawati, Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys,
Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat
pelancongan dengan keindahan semulajadi dengan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau
Aur, Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut, Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan
sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Bahkan juga, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan,
kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari Perayaan yang amat unik dan menggamit kedatangan
pelancong asing.
|
AYAT RANGSANGAN 5
|
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia telah memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program berkenaan, dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong asing telah
melawat Malaysia pada tahun 2017.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,”
amat berkait rapat dengan sektor pelancongan kerana dengan melancong di dalam
negara kita akan dapat mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara sendiri.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya, usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara
dilakukan secara koloborasi antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor
pelancongan negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor
pelancongan negara maju yang lain.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya,
apakah faedah -faedah sektor pelancongan?
|
CONTOH PENGENALAN UMUM ( TANPA PENGGUNAAN JENIS-JENIS PENGENALAN-UBAH SUAI DARIPADA PENGENALAN DI ATAS)
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN
JENIS PERIBAHASA
|
Negara Malaysia terkenal sebagai dastinasi pelacongan
dalam kalangan pelacong daripada Thailand, China, Negara-negara Arab, dan Eropah.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Hal ini demikian kerana Negara Malaysia mempunyai
kepelbagaian sumber khazanah negara, baik dari segi kebudayaan, monumen
bersejarah sama ada tinggalan kolonial penjajah mahupun monumen semulajadi, pulau-pulau
menarik yang belum dicemari pembangunan, dan juga kehidupan masyarakat
berbilang kaum yang kaya dengan nilai-nilai Ketimuran.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Sebagai contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah
seperti Kota AFamosa di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor, Bukit
Melawati, Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys,
Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat
pelancongan dengan keindahan dan
panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau
Aur Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan
sebagainya.
|
AYAT RANGSANGAN 4
|
Bahkan juga, negara
kita terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan,
kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari Perayaan yang amat unik dan menggamit kedatangan
pelancong asing.
|
AYAT RANGSANGAN 5
|
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia telah memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program berkenaan dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong asing telah
melawat Malaysia pada tahun 2017.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,”
amat berkait rapat dengan sektor pelancongan kerana dengan melancong dalam
negara kita akan dapat mengetahui keistimewaan destinasi pelancongan yang terdapat di negara sendiri.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya, usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara
dilakukan secara koloborasi antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor
pelancongan negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor
pelancongan negara maju yang lain.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya,
apakah faedah -faedah sektor pelancongan?
|
MODUL OPERANDI JADUAL
PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA:-
Pelajar kreatif, boleh mempelbagai kedudukan
ayat huraian dan ayat contoh. Paling utama setiap ayat yang diutarakan ada perkaitan
dan kesinambungan ayatnya bermakna.
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai memulakan perbincangan pertama berkaitan faedah-faedah
pelancongan, saya ingin melontarkan idea iaitu sektor pelancongan mampu meningkatkan
ekonomi negara.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Kita sebagai warganegara Malaysia perlu cakna akan kekayaan destinasi
pelancongan negara dengan pulau-pulaunya masih belum tercemar, dengan
keindahan pantainya putih bersih, serta dikelilingi panorama hutan semulajadi
yang masih belum diterokai pasti destinasi pelancongan ini mampu menggamit
kedatangan pelancong asing.
|
AYAT CONTOH 1
|
Antara contoh pulau yang menarik dan boleh dikunjungi
pelancong sama ada pelancong asing, mahupun pelancong domestik adalah seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau
Aur Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan
sebagainya.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada
masyarakat majmuk negara kaya dengan kepelbagaian budaya, kepelbagaian hari
perayaan disambut setiap masyarakat saban tahun, dan kepelbagaian makanan
yang boleh dinikmati bergantung kepada cita rasa masing-masing.
|
AYAT CONTOH 2
|
Selain itu, pelancong asing serta pelancong domestik yang melancong ke
Malaysia amat tertarik dengan keenakan makanan masyarakat Malaysia yang
pelbagai seperti nasi lemak, tose, capati, nasi ayam, kuetiau goreng, martabak, laksa, mee banding, mee mamak dan sebagainya.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Oleh sebab itu, pada setiap tahun kehadiran pelancong
asing dan pelancong domestik melawat Malaysia semakin meningkat dan perkara ini diakui oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyatie Samsudin
yang berkata bahawa pihak kerajaan
yakin kehadiran pelancong pada 2018 akan melebihi jumlah 26.8 juta yang
dicatatkan tahun lalu.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya pertambahan bilangan pelancong asing dan pelancong domestik ke Malaysia
terus meningkat, sudah pasti peningkatam pelancongan akan meningkatkan
pendapatan pengusaha hotel, pengusaha industri kecil tradisional, pengusaha premis makanan, pengusaha 'homestay' atau inap desa sekaligus akan meningkatkan pendapatan negara.
|
FRASA MENARIK
|
Persis peribahasa Melayu ada mengatakan “ Hati kuman saya
dicicah, hati gajah sama dilapah” begitulah hakikatnya dengan ekonomi negara
kerana setiap masyrakat akan menikmati kemajuan negara terutama aktiviti sektor pelancongan.
|
AYAT ARAHAN
|
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, sektor pelancongan
mampu meningkatkan ekonomi negara.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Seterusnya, sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan
terutama pelancong domestik berkaitan dengan sejarah negara.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia pernah
dijajah oleh kuasa asing seperti Belanda, Portugis dan juga Jepun.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh sebab itu, banyak monumen atau bangunan dan kubu dibina
oleh penjajah yang boleh meningkatkan pengetahuan serta semangat patriotisme dalam masyarakat agar negara tidak akan
dijajah semula oleh kuasa asing bak kata peribahasa Melayu supaya“ pisang tidak
berbuah dua kali.”
|
AYAT CONTOH 1
|
Antara contoh monumen tinggalan penjajah asing seperti Kota
A’ Famosa, Melaka, Kota Belanda, di Pulau Pangkor, Fort Conwallis, Pulau
Pinang, Tugu Peringatan Birch di Ipoh,
Perak dan Bangunan Stadhuys, Melaka.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Selain itu, dengan pengetahuan berkaitan sejarah negara,
pelancong domestik dan pelancong asing akan dapat mengetahui sejarah sebenar pejuang-pejuang
tanah air yang bermati-matian mempertahankan tanah air pada suatu ketika dulu
dianggap musuh dalam kalangan kolonial atau kerajaan penjajah yang memerintah
negara.
|
AYAT CONTOH 2
|
Sebagai contoh pejuang negara menentang kerjaan British sepertiSi Putum, Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Sagor yang terlibat membunuh JWW Birch Residen British di Perak, Tok Gajah
dan anaknya Mat Kilau penentang penjajah British di Pahang, Dol Said menentang British di Negeri Sembilan dan
sebagainya.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya, pelanncong domestik atau pelancong asing
mengunjungi monumen bersejarah ini sudah pasti mereka akan dapat menyingkap
semula sejarah negara dan sekaligus mengetahui bahawa negara Malaysia pernah
dijajah oleh kolonial asing asing seperti Belanda, Portugis, Jepun dan British.
|
FRASA MENARIK
|
Persis peribahasa Melayu ada mengatakan “ tak lekang dek
hujan dan tidak lapuk dek hujan” begitulah hakikatnya sejarah negara negara tetap
kekal dalam kalangan masyarakat pemangkin semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat yang cinta akan tanah air.
|
AYAT ARAHAN
|
Tegasnya, sektor pelancongan juga mampu menambah pengetahuan
terutama pelancong domestik berkaitan dengan sejarah negara.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Bahkan juga, melancong di dalam negara juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Pada era globalisasi ini kenaikan kos isi rumah amat membimbangkan, justeru, masyarakat lebih mengutamakan
kerjaya untuk menampung perbelanjaan ahli keluarga.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh sebab itu, setiap ahli keluarga dewasa terdiri
daripada ibu bapa dan anak-anak, lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya
masing-masing dan akan keluar rumah sebelum mentari memulakan sinar dan akan
balik setelah mentari menjalankan sinarnya.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Kebiasaan, waktu ahli keluarga berkumpul hanya pada malam
hari, itu pun jika anak-anak yang masih bersekolah tiada kerja rumah dan tidak
mengikuti kelas tuisyen.
|
AYAT HURAIAN 4
|
Impaknya, waktu senggang berkualiti untuk setiap ahli keluarga
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain amat terbatas.
|
AYAT HURAIAN 5
|
Situasi demikian akan menyebabkan kasih sayang antara
seorang ketua keluarga dan anak-anak semakin menjarang dan memerlukan ibu
bapa mencari waktu terluang agar
masalah berkenaan dapat di atasi.
|
AYAT HURAIAN 6
|
Satu cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan adalah
dengan melancong ke destinasi pelancongan menarik di dalam negara.
|
AYAT CONTOH 1
|
Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga ke
destinasi pelancongan seperti Pulau Tioman, Pulau Bum Bum, Sabah, atau Taman
Negara di Pahang sebagai lokasi pelancongan keluarga.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya aktiviti pelancongan keluarga ini diadakan, sudah
pasti setiap ahli keluarga akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara
satu sama lain, dapat mengelakkan stres akibat bekerja dan belajar lebih masa dan
mewujudkan keluarga bahagia.
|
FRASA MENARIK
|
Slogan “ Rumahku,
Syurgaku” akan menjadi realiti sekiranya aktiviti pelancongan keluarga di
adakan secara berkala terutama pada cuti persekolahan.
|
AYAT ARAHAN
|
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti melancong di dalam negara dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
GUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP DI BAWAH UNTUK MEMBINA KARANGAN PENUTUP
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, sektor pelancongan negara amat berfaedah dan mampu menjana pendapatan ekonomi negara, meningkatkan pendapatan sektor hiliran yang berkait rapat dengan sektor pelancongan, serta dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan serta sektor pelancongan negeri perlu mempromosikan keistimewaan destinasi pelancongan negara terutama lokasi pelancongan yang masih belum dikenali oleh pelancong asing dan pelancong domestik.
|
Ayat huraian cadangan
|
Bahkan juga, kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malayisa perlu diketengahkan sebagai aset negara seperti industri inap desa yang memberikan situasi baru sektor pelancongan kerana pelancong asing atau pelancong domestik boleh menikmati bukan sahaja destinasi pelancongan yang ada di sekitar tetapi suasana tinggal bersama masyarakat setempat.
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Hal ini demikian kerana pelancong asing amat berminat untuk menikmati suasana tinggal di kampung berbanding menginap hotel-hotel bertaraf lima bintang kerana di negara mereka sendiri suasana berkenaan sudah biasa bagi mereka.
|
Ayat cadangan tambahan.
|
Selain dapat menikmati keindahan dan kebudayaan penduduk tempatan secara langsung, malah mereka akan dibawa melancong ke destinasi pelancongan berhampiran dengan penginapan inap desa sesuai dengan kehendak pelancong.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha mempromosikan lokasi pelancongan, serta pakej pelancongan yang ditawarkan bersesuaian dengan cita rasa serta kehendak pelancong, sudah pasti sektor pelancongan dapat menghambat hati pelancong serta dapat meluaskan pengetahuan, mengikat rapat hubungan kekeluargaan serta menjana ekonomi negara.
|
Frasa menarik
|
Oleh sebab itu, pelbagai faedah pelancongan akan dinikmati bersama sekiranya pihak bertanggungjawab mempromosikan sektor pelancongan kepada pelancong,persis peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
|
Ayat harapan
|
Tegasnya, sektor pelancong dalam negara mampu menggamit kedatangan pelancong asing atau pelancong domestik kerana negara kita kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi, kaya dengan kepelbagaian budaya, kaya dengan destinasi pelancongan bersejarah mahupun monumen moden sejajar dengan kemajuan negara.
|
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran semalam, pelajar telah mengemukan soalan mengenai kepanjangan perenggan pengenalan, perenggan isi, dan sebagainya. Sebagai penyimpul soalan berkenaan, saya mengharapkan murid menulis karangan secara kreatif, dan contoh karangan yang saya utarakan di atas hanya sebagai rangsangan ke arah penulisan kreatif dan cara untuk menghasilkan karangan lebih kreatif merujuk kepada pelbagai sumber. Oleh sebab itu, saya mendedahkan pelajar cara memilih huraian dan contoh, namun bergantung kepada pelajar untuk menentukan ayat huraian dan contoh serta pelajar bebas menggugur atau menambah mana-mana ayat yang difikirkan perlu. Di samping itu, saya menegaskan bahawa masa yang diperuntukkan dan dicadangkan dalam peperiksaan untuk menulis karangan berpandu hanya 45 minit dan selebihnya untuk menulis karangan umum bahagian B kertas Bahasa Melayu 1.
Kebijaksanaan pelajar penting, pelajar perlu bijak menguruskan masa terutama menulis karangan bahagian B, atau karangan dimensi terlebih dahulu dan seterusnya menulis karangan bahagian A, karangan berpandu, dan ketika itu, pelajar boleh mengurus masa berbaki dan menentukan kepanjangan karangan berdasarkan baki masa yang ada untuk karangan A. Kesimpulannya, fokus kepada penulisan karangan B atau bahagian karangan dimensi perlu diberikan perhatian serta keutamaan kerana markah 100% yang diperuntukkan untuk karangan berkenaan amat besar nilainya berbanding karangan berpandu bahagian A hanya memperuntukkan 30 markah sahaja. Saya berharap pelajar faham, dan pandai menguruskan masa semasa menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1)
PELAJAR KELAS 5 SAINS PERLU MENYALIN KARANGAN DI ATAS SERTA MELENGKAPKAN PERENGGAN PENUTUP. PELAJAR JUGA BOLEH MENGUBAHSUAI KARANGAN DI ATAS MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING. HARAP MAKLUM.
2 ulasan:
Assalamualaikum Cikgu...Saya Raja Nor Anida, pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Melayu Ukm. Saya sedang menjalankan kajian tentang aplikasi blog sebagai sumber rujukan penulisan karangan bahasa Melayu. Dalam kajian yang saya lakukan, saya akan memperkenalkan 7 blog guru Bahasa Melayu yang masih aktif dan mengandungi maklumat tentang karangan bahasa Melayu. Jadi, saya ingin memohon keizinan daripada cikgu untuk saya menggunakan dan memperkenalkan blog cikgu ini (cikguramsulbmspm.blogspot.my) kepada pelajar tingkatan 4 di dalam kelas sebagai rujukan penulisan karangan bahasa Melayu bagi memenuhi kajian tesis sarjana saya. segala jasa baik cikgu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Silakan Cik/Puan Raja Nor Anida, silakan menggunakan Laman Bahasa Melayu SPM. Semoga Cik/Puan Raja Nor Anida berjaya menjalankan tesis berkenaan dengan jayanya. Aamiin. Sekiranya Raja Nor Anida memerlukan bantuan, silakan emailkan ke email saya di alamat mohdramsul@gmail.com email berkenaan aktif. Terima kasih atas kepercayaan dan memilih blog ini sebagai salah satu kajian tesis Raja Nor Anida.
Catat Ulasan