Rabu, 13 Februari 2019

SOALAN DAN JAWAPAN RUMUSAN LATIHAN YANG DIUTARAKAN SEBELUM INI.


                                                SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SABAH 2016

Soalan 1
Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket permerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti permerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, Orang yang diperdagangkan direkrut olah agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun secara paksa. Pada mulanya , mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

    Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan pusat hiburan yang beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang menjadikan antara lokasi strategic untuk aktiviti permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang membawa masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.

       Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih rendah tentang isu ini turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan lumayan yang diperoleh oleh sindiket dengan jumlah yang besar hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa. Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa hilang pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis pihak sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan turut menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku. Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari dan mengugat hak asasi manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap merupakan jalan terbaik bagi membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana. “
Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia”,
informasiglobalisasi, blogspot.com, 22 Jun 2015)

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing                                       [ 2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan.                                                                                                                                   [ 3 markah]

    Pemerdagangan orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara terlibat tetapi mendatangkan implikasi negatif kepada semua pihak terutamanya kepada keluarga mangsa. Oleh sebab itu,     semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani isu ini.


(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan  orang?                                                                                     [ 4 markah]


PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN  CEMERLANG UNTUK PANDUAN GURU DAN PELAJAR

A.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN RUMUSAN
PILIH KAEDAH PALING MUDAH, SAMA ADA MEMULAKAN DENGAN KATA PETIKAN ATAU RUMUSAN.

KAEDAH PERTAMA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH PETIKAN.

1
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN
MARKAH
Petikan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah) + di ( Malaysia/negara kita/ sekolah/ dalam masyarakat/ dalam kalangan pelajar- sesuakan situasi petikan)
2 MARKAH

KAEDAH KEDUA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH RUMUSAN.

1
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN
MARKAH
Rumusan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah ) + ( salin istilah isi tersirat tanpa mengubah istilah berkenaan dan frasa seterusnya)
2 MARKAH

  
B.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSURAT:-
      Setelah pelajar membuat keputusan isi tersurat paling mantap daripada petikan teks dan memilih pakej sesuai sama ada 6, 5, 4, 3, 2 isi tersurat, kebiasaannya 6 isi disenaraikan untuk perenggan isi tersurat. Langkah sererusnya mula menulis isi berkenaan seperti format berikut dan gunakan penanda wacana berbeza ketika memulakan isi baru dan aplikasi membina pelbagai ayat, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

       Mulakan penulisan dengan menulis istilah/kata kata tersurat, sama ada asal atau telah diubahdan isi pertamaSeterusnyaisi tersurat kedua dan isi tersurat ketiga. Bahkan juga, isi tersurat keempat. Selain itu, isi tersurat kelima dan isi tersurat keenam.

Pelajar bebas untuk menentukan di mana ayat tunggal dan ayat majmuk dibina berdasar kan kesesuaian isi. Pelajar perlu kreatif semasa membina ayat berkenaan.

C.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSIRAT.
      Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej dua isi tersirat di bahagian perenggan ini.

      Kaedah pertama membina perenggan isi tersirat dengan binaan ayat majmuk.
      Istilah isi tersirat + isi tersirat pertama dan isi tersirat kedua. ( Binaan ayat majmuk)

      Kaedah kedua, membina perenggan isi tersirat dengan binaan dua ayat tunggal.
      Istilah isi tersirat, + isi tersirat pertama.  Selain itu/Bahkan juga, + isi tersirat kedua. ( Binaan ayat tunggal)



D.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN

Kata / Istilah penutup,  (siapa/ pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) + ( kesan diharapkan.)

  *** Elakkan sebarang kesalahan ejaan, binaan ayat, kesalahan tatabahasa kerana markah bahasa anda mungkin akan ditolak atas kesalahan berkenaan.

DIHARAPKAN, FORMAT MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG AKAN DAPAT

MEMBANTU PELAJAR.

Skema Rumusan

Pendahuluan
BIL
PENDAHULUAN
MARKAH
P1
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang di negara ini/Malaysia

2m

P2
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang dan kesannya kepada negara
2m
P3
Rumusan ini membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara

2m

P4
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan orang ( tiada sararan/lokasi)

1m


Petikan membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang di negara ini/Malaysia
0m

Rumusan ini membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara.

0m


Isi tersurat: ( faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang)
BIL
ISI TERSURAT
MARKAH
S1
jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara
2m
S2
perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama
2m
S3
kewujudan pusat hiburan beroperasi secara haram
2m
S4
kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi strategik
2m
S5
memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar
2m
S6
keuntungan lumayan diperoleh oleh sindiket
2m
S7
kemiskinan di negara asal merupakan salah satu punca
2m
S8
penguatkuasaan undang-undang lemah
2m



Isi tersirat:- ( implikasinya kepada negara)
BIL
ISI TERSIRAT
MARKAH
T1
mencemarkan imej negara di mata dunia
2m
T2
mengancam keselamatan dan keamanan negara
2m
T3
menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
2m
T4
meningkatkan jumlah jenayah di negara
2m
Penutup rumusan:-
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kegiatan pemerdagangan orang agar masyarakat dunia/global/sejagat hidup sejahtera.

Skema Pemahaman
Soalan 2(a) – Pemahaman
Bil
Soalan dan Jawapan
Markah
(i)
Maksud rangkai kata semakin meruncing
Tukar dua istilah ditanya sahaja.



- bertambah [1m] gawat/serius [1m]
  Jawapan dalam bentuk huraian – 0m

2m
(ii)
Faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan: [ 2 isi cukup]
Jawapan soalan ada di dalam teks.



P1- Sebagai buruh paksa
P2- Dijanjikan pekerjaan yang baik/pengeksploitasian
P3- Aktiviti meminta sedekah
P4- Dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat


3m
(iii)
Langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang. [ 3 isi cukup]



P1- Kerajaan memperketat kemasukan pelancong asing
P2-Penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah pemerdagangan orang
P3- Pemantauan/ kawalan berterusan pintu masuk sempadan dengan lebih 
      teliti
P4- Sinergi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan   
      dengan  pihak media massa untuk meningkatkan  kesedaran melalui 
      kempen antipermerdagangan orang
Jawapan menggunakan pemikiran sendiri (KBAT)

4m

SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DI ATAS MENGIKUT
KEHENDAK SKEMA PEMARKAHAN

11 ulasan:

Unknown berkata...

Ermm bagus sagat..amat memudahkan..trima kasih atas perkongsian

MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA BERSAMA CIKGU SITI SYUHADA berkata...

saya gunakan bahan ini sebagai rujukan.terima kasih

MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA BERSAMA CIKGU SITI SYUHADA berkata...

saya gunakan bahan ini sebagai rujukan.terima kasih

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan Cikgu, semoga perkongsian ilmu ini akan mampu membantu pelajar cikgu. Semoga usaha cikgu menggunakan bahan berkenaan dapat memberi impak kepada intelektual pelajar menjawab soalan rumusan Kertas Bahasa Melayu2, soalan 1.

FarhanAnna berkata...

Mohon izin saya gunakan rumusan ini sebagai latihan untuk pelajar saya

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan. Mohon kepada pengunjung yang ingin memberi ulasan, pandangan, bertanya seelok-eloknya tulislah sedikit tentang diri anda semoga uhkwah akan terbina jika saya dapat tahu serba sedikir mengenai diri orang bertanya.

Az berkata...

terima kasih sangat membantu.

Unknown berkata...

Bahan rumusan ini sangat bagus kerana menyedarkan pelajar twntang isu semasa yang berlaku hari ini.cara tuan mengajar bagaimana menghasilkan rumusan yang baik begitu baik.terima kasih atas tunjuk ajar yang di beri.Saya guru bahasa melayu dari selangor...kak siti

Unknown berkata...

complete, tq

Unknown berkata...

Mengapakah wanita,remaja dan kanak-kanak diperdagangkan?

Unknown berkata...

sayaguna bhn ini untuk latihan pljar saya.tq