SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SABAH 2016
Soalan 1
Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti
kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya
jenayah pemerdagangan orang dan implikasinya kepada
negara. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120
patah perkataan.
Pemerdagangan manusia ialah
masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad yang lepas.
Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap
wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut
laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700,000 orang
diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat
sebagai tempat menarik oleh sindiket permerdagangan manusia untuk menjalankan
aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti permerdagangan manusia berhadapan
dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sempadan.
Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya
negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, Orang yang
diperdagangkan direkrut olah agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun
secara paksa. Pada mulanya , mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan
pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan
bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.
Perkembangan ekonomi dan
kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh
dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia,
Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan
dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan
aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan
pusat hiburan yang beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi
kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah
negara Asean yang menjadikan antara lokasi strategic untuk aktiviti
permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Antipemerdagangan orang
2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang
jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang membawa masuk mangsa
sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia
menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan
lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksloitasian
buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti
meminta sedekah.
Selain itu
juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih rendah tentang isu
ini turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan lumayan yang
diperoleh oleh sindiket dengan jumlah yang besar hasil daripada aktiviti
pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa.
Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan
yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal membuatkan
mangsa hilang pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis pihak
sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan
turut menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari
hari ke hari dan mengugat hak asasi manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap
merupakan jalan terbaik bagi membendung jenayah ini daripada terus menjadi
barah kepada masyarakat.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana.
“
Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan
Manusia”,
informasiglobalisasi, blogspot.com, 22 Jun
2015)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing [ 2 markah]
(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak
diperdagangkan. [ 3 markah]
Pemerdagangan
orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara terlibat tetapi
mendatangkan implikasi
negatif kepada semua pihak terutamanya kepada keluarga mangsa. Oleh sebab itu, semua
pihak perlu bekerjasama untuk menangani isu ini.
(iii) Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang? [
4 markah]
PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG UNTUK PANDUAN GURU
DAN PELAJAR
A. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN
PENGENALAN RUMUSAN
PILIH KAEDAH PALING
MUDAH, SAMA ADA MEMULAKAN DENGAN KATA PETIKAN ATAU RUMUSAN.
KAEDAH PERTAMA
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH PETIKAN.
1
|
MEMULAKAN PERENGGAN
PENGENALAN DENGAN PETIKAN
|
MARKAH
|
Petikan
memperkatakan ( istilah isi tersurat yang telah diubah) + di ( Malaysia/negara kita/ sekolah/
dalam masyarakat/ dalam kalangan pelajar- sesuakan situasi petikan)
|
2 MARKAH
|
KAEDAH KEDUA
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH RUMUSAN.
1
|
MEMULAKAN PERENGGAN
PENGENALAN DENGAN PETIKAN
|
MARKAH
|
Rumusan
memperkatakan ( istilah isi tersurat yang telah diubah ) + ( salin istilah isi tersirat
tanpa mengubah istilah berkenaan dan frasa seterusnya)
|
2 MARKAH
|
B. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI
TERSURAT:-
Setelah pelajar membuat keputusan
isi tersurat paling mantap daripada petikan teks dan memilih pakej sesuai sama
ada 6, 5, 4, 3, 2 isi tersurat, kebiasaannya 6 isi disenaraikan untuk perenggan
isi tersurat. Langkah sererusnya mula menulis isi berkenaan seperti format
berikut dan gunakan penanda wacana berbeza ketika memulakan isi baru dan
aplikasi membina pelbagai ayat, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
Mulakan penulisan
dengan menulis istilah/kata kata tersurat, sama ada asal atau telah diubah, dan isi pertama. Seterusnya, isi tersurat
kedua dan isi tersurat
ketiga. Bahkan juga, isi tersurat
keempat. Selain itu, isi tersurat
kelima dan isi tersurat
keenam.
Pelajar bebas untuk menentukan di mana ayat tunggal dan ayat
majmuk dibina berdasar kan kesesuaian isi. Pelajar perlu kreatif semasa membina
ayat berkenaan.
C. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI
TERSIRAT.
Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej
dua isi tersirat di bahagian perenggan ini.
Kaedah pertama membina perenggan isi
tersirat dengan binaan ayat majmuk.
Istilah isi tersirat + isi tersirat
pertama dan isi tersirat kedua. ( Binaan ayat majmuk)
Kaedah kedua, membina perenggan isi
tersirat dengan binaan dua ayat tunggal.
Istilah isi tersirat, + isi tersirat pertama. Selain itu/Bahkan
juga, +
isi tersirat kedua. ( Binaan ayat tunggal)
D. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENUTUP
RUMUSAN
Kata
/ Istilah penutup, (siapa/ pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) +
( kesan diharapkan.)
*** Elakkan
sebarang kesalahan ejaan, binaan ayat, kesalahan tatabahasa kerana markah
bahasa anda mungkin akan ditolak atas kesalahan berkenaan.
DIHARAPKAN, FORMAT MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG AKAN DAPAT
MEMBANTU PELAJAR.
Skema
Rumusan
Pendahuluan
BIL
|
PENDAHULUAN
|
MARKAH
|
P1
|
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan
orang di negara ini/Malaysia
|
2m
|
P2
|
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan
orang dan kesannya kepada negara
|
2m
|
P3
|
Rumusan ini membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah
pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara
|
2m
|
P4
|
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah pemerdagangan
orang ( tiada sararan/lokasi)
|
1m
|
Petikan membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang di
negara ini/Malaysia
|
0m
|
|
Rumusan ini membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang
dan implikasinya kepada negara.
|
0m
|
Isi tersurat: ( faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan orang)
BIL
|
ISI TERSURAT
|
MARKAH
|
S1
|
jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara
|
2m
|
S2
|
perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama
|
2m
|
S3
|
kewujudan pusat hiburan beroperasi secara haram
|
2m
|
S4
|
kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya
antara lokasi strategik
|
2m
|
S5
|
memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar
|
2m
|
S6
|
keuntungan lumayan diperoleh oleh sindiket
|
2m
|
S7
|
kemiskinan di negara asal merupakan salah satu punca
|
2m
|
S8
|
penguatkuasaan undang-undang lemah
|
2m
|
Isi tersirat:- ( implikasinya kepada negara)
BIL
|
ISI TERSIRAT
|
MARKAH
|
T1
|
mencemarkan imej negara di mata dunia
|
2m
|
T2
|
mengancam keselamatan dan keamanan negara
|
2m
|
T3
|
menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
|
2m
|
T4
|
meningkatkan jumlah jenayah di negara
|
2m
|
Penutup rumusan:-
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani
kegiatan pemerdagangan orang agar masyarakat dunia/global/sejagat hidup
sejahtera.
Skema Pemahaman
Soalan 2(a) – Pemahaman
Bil
|
Soalan dan Jawapan
|
Markah
|
(i)
|
Maksud rangkai kata semakin meruncing
Tukar dua istilah ditanya sahaja.
|
|
- bertambah [1m] gawat/serius [1m]
Jawapan dalam bentuk huraian
– 0m
|
2m
|
|
(ii)
|
Faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan: [
2 isi cukup]
Jawapan soalan ada di dalam teks.
|
|
P1- Sebagai buruh paksa
P2- Dijanjikan pekerjaan yang baik/pengeksploitasian
P3- Aktiviti meminta sedekah
P4- Dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat
|
3m
|
|
(iii)
|
Langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang.
[ 3 isi cukup]
|
|
P1- Kerajaan memperketat kemasukan pelancong asing
P2-Penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah pemerdagangan orang
P3- Pemantauan/ kawalan berterusan pintu masuk sempadan dengan lebih
teliti
P4- Sinergi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan
dengan pihak media massa untuk meningkatkan kesedaran melalui
kempen
antipermerdagangan orang
Jawapan menggunakan pemikiran sendiri (KBAT)
|
4m
|
SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DI ATAS MENGIKUT
KEHENDAK SKEMA PEMARKAHAN
11 ulasan:
Ermm bagus sagat..amat memudahkan..trima kasih atas perkongsian
saya gunakan bahan ini sebagai rujukan.terima kasih
saya gunakan bahan ini sebagai rujukan.terima kasih
Silakan Cikgu, semoga perkongsian ilmu ini akan mampu membantu pelajar cikgu. Semoga usaha cikgu menggunakan bahan berkenaan dapat memberi impak kepada intelektual pelajar menjawab soalan rumusan Kertas Bahasa Melayu2, soalan 1.
Mohon izin saya gunakan rumusan ini sebagai latihan untuk pelajar saya
Silakan. Mohon kepada pengunjung yang ingin memberi ulasan, pandangan, bertanya seelok-eloknya tulislah sedikit tentang diri anda semoga uhkwah akan terbina jika saya dapat tahu serba sedikir mengenai diri orang bertanya.
terima kasih sangat membantu.
Bahan rumusan ini sangat bagus kerana menyedarkan pelajar twntang isu semasa yang berlaku hari ini.cara tuan mengajar bagaimana menghasilkan rumusan yang baik begitu baik.terima kasih atas tunjuk ajar yang di beri.Saya guru bahasa melayu dari selangor...kak siti
complete, tq
Mengapakah wanita,remaja dan kanak-kanak diperdagangkan?
sayaguna bhn ini untuk latihan pljar saya.tq
Catat Ulasan