Rabu, 15 November 2017

ULASAN DAN PERBINCANGAN SOALAN BAHAGIAN 1 ( RUMUSAN TEKS) KERTAS BM 2 SPM 2017


   
SEBAGAI PERHATIAN: SETIAP HASIL ULASAN DAN PERBINCANGAN DI DAWAH
BUKANLAH SKEMA RASMI TETAPI MERUPAKAN CADANGAN JAWAPAN.

  CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1 ( RUMUSAN TEKS )

  Pengenalan rumusan:-


BIL
AYAT
MARKAH
1
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di Malaysia/ negara ini/ sekolah.
2 m
2
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

2m
3
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan kaedah-kaedah pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

2m
4
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

1m


     CADANGAN ISI TERSURAT:- ( Faedah-faedah pembelajaran                                  KOMSAS)

1
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
2
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
3
pelbagai istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
4
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
5
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata.
6
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
7
nilai-nilai murni boleh dijadikan teladan.
8
murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
9
mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi


CADANGAN ISI TERSIRAT:- ( Cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS)

1
mengadakan pertandingan KOMSAS seperti mengarang, melukis lukisan tokoh-tokoh sastera negara, berdrama, berpantun dsb
2
mempelbagai kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3
menggalakkan pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4
menerbitkan bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5
mengadakan minggu / bulan komsas.
6
memilih tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar terpilih.
7
mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8
Mempamerkan gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan utama sekolah.

CADANGAN PERENGGAN PENUTUP:-

1
Kesimpulannya, semua pihak bertanggung jawab perlu berusaha untuk memperkasakan sastera agar sastera warisan negara dihargai murid/masyarakat.

2 m
2
Kesimpulannya, semua pihak bertanggung jawab perlu berusaha untuk memperkasakan sastera agar sastera warisan negara tidak pupus ditelan zaman.

2 m
3
Kesimpulannya, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mempelbagai kaedah pengajaran agar murid berminat mempelajari sastera.

2m


6 ulasan:

botanistceria berkata...

Sgt membantu terima kasih cg

Unknown berkata...

Bagus cikgu

Unknown berkata...

terima kasih cikgu,sngt membantu dan smg terus sukses dlm kerjaya cikgu

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sama-sama dan doakan saya kembali sihat.

Unknown berkata...

Cg rumusan dengan ringkasan same ke tak sebenarnya

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Rumusan dan ringkasan sangat berlainan kerana rumusan ada format dan cara menjawabnya, seperti rumusan perlu ada pengenalan dengan seperti Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di Malaysia/ negara ini/ sekolah. Kemudian, bahagian isi tersurat, pelajar perlu mencari isi berdasarkan tajuk yang dikehendaki di bahagian berkenaan, sementara isi tersirat pelajar perlu mencari sendiri isi yang diminta. Akhirnya, penulisan isi penutup perlu mengikut format seperti berikut, Kesimpulannya, semua pihak bertanggung jawab perlu berusaha untuk memperkasakan sastera agar sastera warisan negara dihargai murid/masyarakat. Ringkasan pula anda perlu mencari isi penting sahaja dengan mengabaikan contoh dan penjelasan. Semoga penjelasan ini dapat membantu anda.