PANDUAN
KARANGAN CEMERLANG KERTAS KARANGAN RANGSANGAN ATAU BERPANDU BERDASARKAN
(KUPASAN MUTU JAWAPAN SPM 2017 YANG DITERBITKAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
(LPM)
Ramai kalangan pelajar dan guru
tidak jelas berkaitan bilangan patah perkataan yang perlu ditulis oleh pelajar semasa
menjawab kertas Bahasa Melayu Kertas 1, soalan 1. Ada yang berpandangan pelajar perlu menulis
mengikut bilangan patah perkataan berdasarkan arahan soalan iaitu 200 hingga 250 patah
perkataan. Sebagai jawapannya, saya lampirkan bersama sama coretan pada malam
ini kupasan Lembaga Peperiksaan Malaysia terhadap sampel karangan pelajar SPM
2017 serta dengan ulasannya sekali untuk mengambarkan status karangan
cemerlang. Semoga dengan adanya contoh karangan berkenaan,
pelajar dan guru akan faham status karangan cemerlang serta kepanjangannya.
Contoh Pengenalan Karangan
Cemerlang 1 ( Kupasan Lembaga Peperiksaan Malaysia )
Dalam
meniti arus kemodenan ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling menjadi satu keperluan
dan kewajiban di setiap sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling ialah satu unit
yang terdapat di sekolah yang terdiri daripada beberapa orang guru yang
mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut. Pada zaman dahulu, Unit Bimbingan dan
Kauseling tidak wujud di sekolah untuk membantu pentadbiran. Di sekolah pada
zaman dahulu hanya mempunyai guru-guru yang bertanggungjawab menjaga, mendidik,
dan mengawasi pelajarnya. Jika seorang
pelajar mempunyai masalah dalamaspek akademik, kokurikulum dan lain, mereka
akan meyelesaikan masalah tersebut dengan sendiri tanpa meminta orang lain
tidak kira guru-guru, ibu bapa atau rakan-rakan-rakan. Sikap mereka ini
menjadikan mereka seorang yang matang dan berfikiran jauh. Kini, Unit Bimbingan
dan Kaunseling diperkenalkan dan para pelajar berpeluang untuk menyelesaikan
masalah dan para pelajar berpeluang untuk menyelesaikan masalah dengan
pertolongan Guru Bimbingan dan Kauseling. Menteri Pendidikan, Datuk Seri
Mahadzir Khalid pernah berkata bahawa guru-guru harusah membantu pelajar supaya
menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Namun, apakah peranan Unit Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah?
Ulasan:-
Pada bahagian pengenalan pelajar
dapat memahami tugasan tentang peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah.
Pertama, Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan memberikan
bimbingan kerjaya kepada para pelajar di sekolah. Hal ini amat penting kerana
majoriti pelajar sekolah masih belum menentapkan hala tuju kehidupan mereka
kerana kurangnya bimbingan. Oleh sebab itu, bimbingan kerjaya yang disumbangkan
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu murid melakukan pilihan kerjaya
yang diingini mereka selaras dengan minat dan kekuatan serta kebolehan mereka.
Bimbingan kerjaya yang diberikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan
sahaja mendedahkan pelajar kepada jenis-jenis pekerjaan dan peluang kerjaya
malah turt membantu pelajar yang bakal meninggalkan alam persekolahan untuk
memilih jurusan yang ditawarkan di institut pengajian tinggi sama ada dalam dan
luar negeri. Unit bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja memberikan bimbingan
secara individu tetapi turut mengadakan program-program seperti ceramah, bengkel,
dan Hari Kerjaya di sekolah. Sebagai contoh contohnya, pelajar tingkatan lima yang
bakal menghabiskan pembelajaran mereka di sekolah sering dibantu oleh kaunselor
untuk menentukan bidang yang bakal mereka ceburi di universiti. Hakikatnya,
peranan unit tersebut dalam bimbingan kerjaya merupakan satu khidmat yang
percuma daripada segi kerjaya, tetapi tidak ternilai daripada segi manfaatnya.
Tegasnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan
memberikan bimbingan kerjaya kepada para pelajar di sekolah.
Selain itu, Unit
Bimbingan dan Kaunseling juga berperanan
meningkatkan motivasi murid dengan menganjurkan program-program seperti ceramah
dan kem motivasi yang mampu menyuntik kembali semangat dan jati diri murid
sebagai seorang pelajar. Di samping itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut memberikan
motivasi dalam bentuk kesedaran kepada pelajar yang lena dibuai mimpi. Peningkatan motivasi yang dilakukan oleh unit
ini juga merupakan satu inisatif untuk melahirkan sebuah masayarakat yang optimistik
dan produktif. Sebagai contoh, seorang pelajar yang berputus asa dalam
pelajaran akan dapat motivasi yang akhirnya akan merealisasikan anjakan
paradigma dalam diri mereka, khususnya persepsi mereka selama ini terhadap kegagalan.
Izharnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling
merupakan pemangkin bagi murid meningkatkan motivasi mereka.
Ulasan:-
Pada bahagian huraian idea,
kedua-dua idea yang dihuraikan oleh calon iaitu memberikan bimbingan kerjaya, dan meningkatkan motivasi telah
dihuraikan dengan jelas dan matang serta mengemukakan contoh-contoh
yang sesuai. Calon dapat mengemukakan contoh
yang sesuai. Calon dapat menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling melalui bimbingan
kaunselor iaitu memastikan murid dapat melakukan pilihan kerjaya yang diingini
selaras dengan minat dan kebolehan yang mereka miliki. Selain itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu murid untuk
memilih pusat pengajian tinggi disediakan sama ada dalam negara atau luar
negara. Program yang diadakan seperti ceramah dan kem motivasi mampu menyuntik
semangat dalam diri pelajar.
Calon juga menulis dengan
menggunakan pellbagai jenis ayat yang
gramatis. Terdapat unsur bahasa yang
bervariasi. Laras yang digunakan sesuai
dengan tugasan yang diberikan. Kosa
kata yang digunakan luas dan tepat. Contohnya, transformasi pendidikan, anjakan
paradigma dan pemangkin. Calon
juga menulis frasa menarik seperti membentuk
modal insan berketrampilan, pelajar
masih lena dibuai mimpi, murid perlulah bersikap proaktif, memberi komitmen sepenuhnya.
Pemerengganan seimbang dan menimbulkan kesan kepada pembaca. Calon dapat menggunakan penanda wacana dengan tepat. Contoh penanda wacana yang digunakan
seperti selain itu, dan di samping itu. Sementara calon juga dapat mengemukakan idea yang bernas dan perenggan diolah
dengan sesesuai.
Berdasarkan
hurain-huraian tersebut, dapatlah saya simpulkan bahawa sekolah yang lengkap
perlu mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Hal ini demikian kerana Unit Bimbingan dan
Kaunseling berupaya untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan tinggi serta
cemerlang duniawi dan ukhrawi. Perkara ini sejajar dengan Transformasi Nasional
2050 (TN50) yang bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang,
terbilang, dan gemilang. Kesimpulannya, semua pihak khususnya pihak sekolah
perlu membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling agar dapat meningkatkan imej sekolah
serta negara di persada dunia.
Ulasan:-
Pada bahagian perenggan isi
penutup, pelajar dapat menulis kesimpulan dengan mantap, iaitu menggunakan pelbagai jenis ayat gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.
Sila rujuk Kupasan Mutu Jawapan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
1 ulasan:
Karangan yang mantap
Catat Ulasan