Isnin, 18 Februari 2019

NOTA BERKAITAN KATA ADJEKTIF (PdPC MINGGU INI)


KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan
Kata Penguat Belakang
Kata Penguat Bebas

terlalu, paling, agak, begitu
sekali, benar, nian, betul
amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:
v  Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang.
v  Masakan ibunya paling sedap.
v  Lukisan itu agak cantik.

Contoh ayat:
v  Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.
v  Rumah di atas bukit itu cantik betul.
v  Pemandangan di situ indah nian.

Contoh ayat:
v  Pakaian pemuda itu amat kemas.
v  Pakaian pemuda itu kemas amat.
v  Sungai itu dalam sangat.
v  Sungai itu sangat dalam.



1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif yang diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
Contoh :         Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
                                    Saya gemar akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
                                    Kami benci sikapnya itu. (X)
                                    Kami benci akan sikapnya itu. (√)

2. Bentuk Kata Adjektif
v  Kata adjektif tunggal – terdiri daripada satu perkataan. Contohnya : terang, pendek, gemuk.
v  Kata adjektif terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
v  Kata adjektif ganda – bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh (besar-besar, cantik-cantik.)
v  Kata adjektif majmuk – rangkaian 2 kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
v  (merah jambu, hijau daun)

3. Kata Adjektif Terbitan
i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan ‘paling’.
  Contoh:
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)

v  Apabila kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai oleh kata penguat yang lain.
  Contoh:
Zainal mendapat markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik. (√)
Ali mendapat markah paling baik. (√)

v   Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak boleh hadir.
   Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)

ii. Imbuhan Awalan se-
Awalan ‘se-‘ dapat menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai memberikan pengertian
sama dengan’.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)

Kata adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan kata sendi ‘dengan
   Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya. (√)

iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat atau sama seperti. Oleh itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan ‘ke-...- an’ adalah salah.
  Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari Jordan. (√)

Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh digandakan lagi untuk  menunjukkan maksud jamak.
   Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√)

Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.

Rumus

Ayat Contoh

sangat
amat + kata adjektif + sekali
sungguh


Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali.

ter- + kata adjektif
Razman merupakan murid yang terpandai di dalam
kelasnya.

paling + kata adjektif
Bangunan itu paling tinggi di Malaysia.

paling + ter- + kata adjektif
X
Dialah paling tercantik.

paling + kata adjektif + sekali
X
Nora paling ayu sekali.

Ter- + amat/sangat + kata adjektif
X

Bunga itu teramat / tersangat cantik

LATIHAN PENGAYAAN TATABAHASA:-

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut tanpa menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
Istilah: perlawanan →
Tatabahasa: Adakah →

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.
Istilah: buat →
Tatabahasa: pendapat →

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Istilah: sempadan →
Tatabahasa: dari →

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
Istilah: memalapkan →
Tatabahasa: di →

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan
Istilah: menjajah →
Tatabahasa: syarikat itu anjurkan →

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
Istilah: dimusnahkan →
Tatabahasa: Beribu→

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatansementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Istilah: petempatan →
Tatabahasa: sebaik-baik →

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Istilah: kuantiti →
Tatabahasa: paling laris sekali →
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Istilah: menulis →
Tatabahasa: syarat-syarat →

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
Istilah: pengirimnya →
Tatabahasa: ke →

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Istilah: menunda →
Tatabahasa: lain-lain hal →

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
Istilah: penggunaan →
Tatabahasa: di →

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Istilah: buruk →
Tatabahasa: Pada masa kini →

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Istilah: membuang →
Tatabahasa: disenaraihitam →

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Istilah: takat →
Tatabahasa: saling potong-memotong →

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
Istilah: dibaluti →
Tatabahasa: gemarkan →

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Istilah: ditangkap →
Tatabahasa: kepada →

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Istilah: kumpulan →
Tatabahasa: membincangkan →

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Istilah: petikan →
Tatabahasa: Mereka-mereka →

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulanpenjenayah yang dipercayai masih pada ibu negara berkenaan.
Istilah: sekumpulan →
Tatabahasa: pada →

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Istilah: kereta lumba →
Tatabahasa: butir →

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
Istilah: membangunkan →
Tatabahasa: Tiap →

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Istilah: syarahan →
Tatabahasa: di →

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.
Istilah: kecederaan →
Tatabahasa: berbagai →

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
Istilah: digiling →
Tatabahasa: bila →

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
Istilah: dipelihara →
Tatabahasa: beribu →

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepadaborang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Istilah: menjatuhkan →
Tatabahasa: kepada →

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Istilah: tangan →
Tatabahasa: menghadiahkan →

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
Istilah: memasukkan →
Tatabahasa: Setengah →

30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagimembendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
Istilah: Pengkaji →
Tatabahasa: bagi →


31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
Istilah: pertunjukan →
Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa →
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Istilah: dijelajah →
Tatabahasa: masa ke semasa  →

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
Istilah: pegerakan →
Tatabahasa: demi untuk →

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
Istilah: bergadai →
Tatabahasa: dari →

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Istilah: berbelok-belok →
Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta →

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
Istilah: perlawanan →
Tatabahasa: berapa →

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masihterbengkalai.
Istilah: bawah →
Tatabahasa: masih →

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialahdisebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
Istilah: kejayaan →
Tatabahasa: ialah →

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Istilah: julukan →
Tatabahasa: adalah →

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Istilah: terbungkam →
Tatabahasa: dia lakukan →

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
Istilah: sekeliling →
Tatabahasa: pada →





42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
Istilah: sisih →
Tatabahasa: mereka serahkan →

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
Istilah: mengakui →
Tatabahasa: setelah→

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
Istilah: mengadakan →
Tatabahasa: satu setengah tahun→

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikirdan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Istilah: mengatasi →
Tatabahasa: memikir →

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Istilah: pos segera →
Tatabahasa: Jika sekiranya →

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
Istilah: tempuh →
Tatabahasa: Ini kerana →

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Istilah: di buat →
Tatabahasa: Sehubungan itu →

49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Istilah: mencapai →
Tatabahasa: masa ke semasa →

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Istilah: meningkatkan →
Tatabahasa: barang →


Jawapan soalan:-

1.
Istilah: perlawanan → pertandingan
Tatabahasa: Adakah → Apakah
2.
Istilah: buat → masak
Tatabahasa: pendapat → pendapatan
3.
Istilah: sempadan → sepadan
Tatabahasa: dari → daripada
4.
Istilah: memalapkan → menggelapkan
Tatabahasa: di → ke
5.
Istilah: menjajah → menjelajah
Tatabahasa: syarikat itu anjurkan → dianjurkan syarikat itu
6. 
Istilah: dimusnahkan → dihapuskan
Tatabahasa: Beribu→ Beribu-ribu
7.
Istilah: petempatan → penempatan
Tatabahasa: sebaik-baik → sebaik
8.
Istilah: kuantiti → kualiti
Tatabahasa: paling laris sekali → paling laris
9.
Istilah: menulis → menandatangani
Tatabahasa: syarat-syarat → syarat
10.
Istilah: pengirimnya → penerimanya
Tatabahasa: ke → kepada
11.
Istilah: menunda → menangguhkan
Tatabahasa: lain-lain hal → hal-hal lain
12.
Istilah: penggunaan → pengambilan
Tatabahasa: di → dalam
13. 
Istilah: buruk → rosak
Tatabahasa: Pada masa kini → Kini / Pada masa ini
14.
Istilah: membuang → melepaskan
Tatabahasa: disenaraihitam → disenarai hitam
15.
Istilah: takat → tahap
Tatabahasa: saling potong-memotong → saling memotong
16.
Istilah: dibaluti → disaluti
Tatabahasa: gemarkan → menggemari
17.
Istilah: ditangkap → diberkas
Tatabahasa: kepada → daripada
18.
Istilah: kumpulan → pasukan
Tatabahasa: membincangkan → berbincang
19. 
Istilah: petikan → gesekan
Tatabahasa: Mereka-mereka → Mereka
20.
Istilah: sekumpulan → segerombolan
Tatabahasa: pada → di
21.
Istilah: kereta lumba → lumba kereta
Tatabahasa: butir → buah
22. 
Istilah: membangunkan → mengejutkan
Tatabahasa: Tiap → Setiap
23.
Istilah: syarahan → taklimat
Tatabahasa: di → ke
24.
Istilah: kecederaan → kemalangan
Tatabahasa: berbagai → pelbagai
25.
Istilah: digiling → digilis
Tatabahasa: bila → apabila
26.
Istilah: dipelihara → diternak
Tatabahasa: beribu → beribu-ribu
27..
Istilah: menjatuhkan → menurunkan
Tatabahasa: kepada → pada
28.
Istilah: tangan → bimbit
Tatabahasa: menghadiahkan → menghadiahi
29. 
Istilah: memasukkan → menjaringkan
Tatabahasa: Setengah → sesetengah
30. 
Istilah: Pengkaji → Penyelidik
Tatabahasa: bagi → dalam
31. 
Istilah: pertunjukan → peragaan
Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa → Dimaklumkan bahawa
32.
Istilah: dijelajah → dijajah
Tatabahasa: masa ke semasa  → semasa ke semasa
33.
Istilah: pegerakan → pertukaran
Tatabahasa: demi untuk → untuk
34.
Istilah: bergadai → bertaruh
Tatabahasa: dari → daripada
35. 
Istilah: berbelok-belok → bersimpang-siur
Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta → Kebanyakan peserta
36.
Istilah: perlawanan → pertandingan
Tatabahasa: berapa → beberapa
37.
Istilah: bawah → rendah
Tatabahasa: masih → sedang
38.
Istilah: kejayaan → kegagalan
Tatabahasa: ialah → adalah
39.
Istilah: julukan → jolokan
Tatabahasa: adalah → ialah
40.
Istilah: terbungkam → terbongkar
Tatabahasa: dia lakukan → dilakukan
41.
Istilah: sekeliling → sekitar
Tatabahasa: pada → kepada
42.
Istilah: sisih → sirih
Tatabahasa: mereka serahkan → diserahkan
43..
Istilah: mengakui → mengesahkan
Tatabahasa: setelah→ selepas
44.
Istilah: mengadakan → menjalankan
Tatabahasa: satu setengah tahun→ satu tahun setengah
45.
Istilah: mengatasi → memulih
Tatabahasa: memikir → berfikir
46. .
Istilah: pos segera → pos laju
Tatabahasa: Jika sekiranya → Jika
47. 
Istilah: tempuh → tempoh
Tatabahasa: Ini kerana → Hal ini demikian kerana
48. 
Istilah: di buat → diumumkan
Tatabahasa: Sehubungan itu → Sehubungan dengan itu
49.
Istilah: mencapai → mencecah
Tatabahasa: masa ke semasa → semasa ke semasa
50.
Istilah: meningkatkan → mempertingkatkan
Tatabahasa: barang → barangan
















1 ulasan:

Cik Ainpipitembam berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini cikgu. Mohon saya kongsikan juga kepada anak-anak murid saya ya. Halalkan ya cikgu.