CORETAN SAYA PADA MALAM INI BERKISAR FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, SOALAN 2(B) IAITU PEMAHAMAN PROSA MODEN. SEBAGAI MAKLUMAN SEMUA SOALAN BAHAGIAN 2(B) MEMPUNYAI KAEDAH MENJAWAB YANG SAMA, WALAUPUN SOALANNYA BERBEZA.
SEBELUM SAYA MELANJUTKAN CORETAN INI, PELAJAR TING 5 PERLU FAHAM SKOP SOALAN ANTOLOGI PROSA MODEN TINGKATAN 4 DAN 5 ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 4
|
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 5
|
OLEH SEBAB PELAJAR TING 5 2019 BARU MASUK MINGGU KELAPAN PERSEKOLAHAN SUDAH PASTI SKOP SOALAN YANG KELUAR UNTUK PAWAT TIDAK AKAN MENJURUS KEPADA SOALAN KAJIAN ANTOLOGI TING 5 SEPERTI CERPEN GERHANA, HIPERTENSI, DAN DRAMA BUKAN GILA KERANA SUDAH PASTI PELAJAR MASIH BELUM MEMBUAT KAJIAN UNTUK SOALAN-SOALAN BERKENAAN. BESAR KEMUNGKINAN SOALAN YANG AKAN KELUAR MENJURUS KEPADA SOALAN TINGKATAN 4 ( RUJUK SOALAN KAJIAN TINGKATAN 4 SAMA ADA CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA, CERPEN MUNSYI, CERPEN JAKET KIJANG DARI ISTANBUL, ATAU DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
KEMUNGKINAN UNTUK SOALAN KOMSAS ANTOLOGI SEJADAH RINDU KAJIAN ANTOLOGI TINGKATAN 5 DIKELUARKAN ADALAH KECIL, JIKA KELUARPUN SOALAN YANG PALING AWAL IALAH CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKIL.
NAMUN, FOKUS CORETAN SAYA ADALAH KAEDAH MENJAWAB SOALAN 2(B) i, ii, dan iii. CUBA PELAJAR LIHAT SOALAN-SOALAN BERKENAAN DAN PELAJAR PERLU FAHAM FORMAT SOALAN SERTA KEHENDAK SOALAN SAMA UNTUT 2(B) i, 2(b) ii, dan 2(b) iii
SOALAN
|
KEHENDAK
SOALAN
|
2 (B) i
|
Jawapan soalan ada di
dalam teks. Oleh sebab itu, pelajar tidak perlu risau kerana jawapan ada
di dalam teks. Pelajar Cuma perlu mencari jawapan soalan berkenaan di dalam
teks secara teliti.Kebiasaannya ada tiga jawapan disenaraikan. Isi cukup
hanya dua dan sebagai cadangan pelajar perlu menjawab tiga isi kerana isi
ketiga sebagai “backup” jika salah satu isi salah. ( Markah 2)
|
2
(B) ii
|
Jawapan
dalam bentuk KBAT. Pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan pendapat
sendiri. Jawapan pelajar perlu logik. ( Markah 3)
|
2 (B) iii
|
Soalan
mesti berkaitan kajian teks sama ada tema, persoalan, watak perwatakan, latar
masyarakat, latar masa, latar tempat,gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
Cuba
rujuk kata kunci soalan contoh senaraikan, nyatakan, tuliskan jawapan tidak
perlu huraian dan senaraikan sekurang-kurangnya 3 isi.
Jika
soalan menggunakan kata kunci huraikan, jelaskan, terangkan, jawapan pelajar
perlu dihuraikan dengan menghuraikan jawapan. Isi yang perlu 2 isi sekurang-kurangnya ( Isi 1 markah dan huraian 1 markah ) ( Markah 4)
|
:
SKOP SOALAN KERTAS PROSA MODEN TINGKATAN 4 ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5, LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pemah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini.
Seorang lelaki berbaju-T merah, berjaket kulit hitam, dan berwajah tampan keluar dari sebuah kedai menjual jaket kulit. Dia menyapa ramah.
“Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have
many leather jackets. Come in. You want to try? “
Aku cuma tersenyum. Sama ada betul atau tidak tatabahasa Inggerisnya, aku tertarik akan keramahannya. Mataku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwama hitam di rak cermin. Aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Sekiranya ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Long tidak terdedah pada terik matahari.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan petikan di atas, aku dan rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan masalah ketika
mereka ingin membeli barang.
Kemukakan masalah tersebut. [2 markah]
Masalah tersebut ialah:
1
|
agak sukar menawar harga barangan yang ingin dibeli
|
2
|
Tiada tanda harga dipamerkan
|
3
|
Harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya
|
4
|
Perbezaan harga terlalu ketara
|
(ii) Pengguna bijak akan membeli barangan berkualiti, membuat perbandingan harga, dan
membuat pilihan yang tepat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam golongan pengguna yang bijak berbelanja? [3 markah]
Pada pendapat saya, pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam golongan
pengguna yang bijak berbelanja dengan cara:-
1
|
Membuat senarai barangan yang ingin dibeli sebelum berbelanja
|
2
|
Membandingkan harga barangan yang ingin dibeli sebelum membeli
|
3
|
Membeli bahan yang tidak mudah rosak secara pukal.
|
4
|
Membeli barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu
|
5
|
Mengamalkan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
|
6
|
Mengelakkan diri daripada membeli barangan berjenama sahaja
|
7
|
Membeli barangan yang ada promosi
|
8
|
Masak makanan dan makan di rumah
|
9
|
Mengelakkan diri berbelanja dengan menggunakan kad kredit
|
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Kata kunci soalan, huraiakan dengan itu anda perlu menyenarai isi dan huraikan isi berkenaan.
Pengajaran yang terdapat di dalam teks di atas ialah :-
Isi ( 1 markah)
|
Huraian ( 1 markah)
| |
1
|
Kita hendaklah membuat perbandingan harga sesuatu barangan yang hendak dibeli sebelum membelinya
|
agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh peniaga.
|
2
|
Kita hendaklah mengamalkan sikap ramah mesra terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedai kita
|
agar pelanggan berasa diri mereka dihargai dan dihormati.
|
Pengajaran yang terdapat di keseluruhan teks :-
Isi ( 1 markah)
|
Huraian ( 1 markah)
| |
1
|
Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja keperluan harian atau ketika melancong ke luar negara
|
agar dapat berbelanja secara berhemah.
|
2
|
Kita hendaklah prihatin terhadap isu kepupusan haiwan seperti kijang
|
agar spesis haiwan ini dapat terus hidup di bumi ini.
|
3
|
Kita hendaklah sentiasa bersikap ikhlas ketika membantu orang lain
|
tanpa mengambil kira taraf hidup seseorang itu.
|
4
|
Kita hendaklah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan
|
supaya hasil yang diinginkan tercapai.
|
5
|
Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di luar negara
|
agar keselamatan diri sentiasa terjamin
|
Contoh soalan kedua:
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca
petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun
perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk
sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili
bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi
kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang
baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya
setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi.
Penjajah menabur bara sengkata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini
yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai
peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus
pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai
nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan
di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh
tembok dan benteng perkauman yang tebal...”
(Dipetik daripada
cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah penjajah
dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak seimbang?
[2 markah]
(ii) Penjajahan terhadap
sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan
yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]
(i) Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita
dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagai
nelayan dan pesawah
-Bangsa kedua terbiar
daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar
bandar sebagai nelayan dan pesawah.
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang
dan estet yang mundur
(ii) Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran
penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat
terkena tembakan
(iii) Persoalan dalam petikan dalam petikan
-
Masalah perpecahan kaum
-
penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah
dan perintah
-kekejaman
penjajah pada zaman penjajahan
-rakyat yang berbilang kaum dan agama
dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan
menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-bangsa
ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur
(ii) Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran
penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat
terkena tembakan
(iii) Persoalan dalam petikan dalam petikan
- Masalah
perpecahan kaum
2 ulasan:
Persediaan persedian sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
Mantap
Catat Ulasan