BAGAIMANA PELAJAR BOLEH SELESA DAN BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI
PEPERIKSAAN SPM 2017.
Persoalan yang bermain di fikiran
pelajar pada saat ini apakah soalan yang keluar untuk kertas Bahasa Melayu 1
dan Kertas Bahasa Melayu 2 pada 6 November 2017. Pelbagai usaha dilakukan
pelajar, antaranya berusaha untuk mendapat soalan ramalan. Oleh sebab itu,
pelbagai usaha dilakukan pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Namun,
saya berpendapat pelajar perlu berusaha dengan menyediakan diri untuk bersedia
menghadapi apa-apa sahaja soalan yang akan keluar dalam peperiksaan pada 2
November 2017. Sebagai seorang guru, saya memang tidak suka membuat soalan “sport”
atau ramalan kerana tindakan sebegini akan memuat pelajar tertekan kerana selagi
soalan sebenar tidak keluar pada 6 November 2017 selagi itu pelajar tidak tahu
soalan sebenarnya. Adalag rugi jika pelajar mengambil jalan mudah dengan
membuat beberapa persediaan dengan soalan ramalan. Sekiranya pelajar berbuat sedemikian
rupa, mereka akan sentiasa tertekan dan suasana panik akan berlaku kepada
pelajar sekiranya soalan yang diramalkan keluar, tidak keluar dalam peperiksaan.
Oleh sebab itu, satu cara untuk pelajar bersedia
dan bertenang menghadapi peperiksaan adalah dengan merujuk soalan-soalan yang
keluar dalam Peperiksaan Percubaan SPM Negeri di Malaysia pada tahun 2017.
Soalan karangan yang perlu
diambil perhatian. Walaubagaimanapaun, pelajar perlu ingat soalan kertas Bahasa
Melayu 1 mengandungi dua soalan iaitu soalan bahagian A ( Karangan Berpandu )
dan Soalan bahagian B ( Karangan Pilihan). Oleh sebab itu, banyak focus soalan
yang boleh keluar terutama soalan bahagian B mempunyai soalan dimensi diri,
dimensi keluarga dan masyarakat, dimensi negara, dimensi antarabangsa dan dimensi
komsas. Kemungkinan untuk menjurus kepada fokus soalan dimensi amat sukar dan pelajar boleh merujuk analisa dimensi soalan ini pada coretan saya sebelum ini. Oleh sebab itu, di bawah saya senaraikan pemberatan soalan yang perlu diberi perhatian.
- Usaha memupuk jati diri remaja
- Faedah Amalan membaca
- Keracunan makanan
- Industri pelancongan
- Ciri pengguna yang bijak
- Semangat kejiranan
- Jimat cermat / amalan
menabung
- Kepentingan riadah
- Kepentingan ICT
- Persediaan menempuh alam
pekerjaan
- Ciri keluarga bahagia
- Pusat Sumber Sekolah
Sebagai memudahkan pelajar merujuk soalan Percubaan Negeri di Malaysia 2017, saya senaraikan semula analisa soalan bahagian A, dan B yang telah saya coret dahulu. Mungkin soalan-soalan berkenaan banyak tetapi pelajar yang bijak akan mengecilkan skop soalan, maksudnya pelajar boleh menjurus skop berdasarkan dimensi yang mudah iaitu dimensi diri, keluarga, masyarakat dan bagi yang mampu mungkin dimensi negara. Walaubagaimanapun, pelajar juga boleh mengambil kesempatan soalan dimensi komsas sekiranya soalan berkenaan mudah kerana bukan semua soalan dimensi ini sukar dijawab kerana adakalanya soalan berkenaan berkehendakkan pelajar menulis karangan bebertuk fakta berdasarkan maksud peribahasa diberikan.
BIL
|
NEGERI
|
SOALAN BAHAGIAN A
(KARANGAN BERPANDU)
|
SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN UMUM)
|
|
1
|
KEDAH
|
Huraikan pendapat anda
tentang langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di negara kita.
v Menjalankan aktiviti gotong-royong
v Menyemarakkan budaya
kunjung-mengunjung
v Mengadakan majlis rumah terbuka
|
DIMENSI
DIRI
|
Anda
mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Tajuk pidato
ialah ‘Faedah Perhimpunan Pagi kepada Murid’.
|
DIMENSI
KELUARGA
|
Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga
makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI
MASYARAKAT
|
Kerjasama
ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dapat mengurangkan kes buli yang berlaku
di sekolah.
Ulas
pernyataan di atas.
|
|||
DIMENSI
NEGARA
|
Sektor
pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian perlu
diberi perhatian.
Jelaskan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi
bidang pertanian.
|
|||
DIMENSI
KOMSAS
|
Karya
sastera merupakan karya yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan
pedoman hidup.
Berdasarkan
karya yang anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman
dalam kehidupan kita.
|
|||
2
|
SBP
|
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran.
v
Budaya tolong -menolong dipertingkatkan.
v
Kes jenayah berkurangan.
v
Bantuan ketika kecemasan.
|
DIMENSI DIRI
|
Bersempena dengan persaraan pengetua sekolah
anda, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan. Selaku wakil pelajar
anda dikehendaki menyampaikan ucapan di majis tersebut.
Tulis teks anda selengkapnya.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas,
vandalism, dan lari daripada rumah berkaitan rapat dengan kebejatan institusi
keluarga.
Jelaskan peranan keluarga dalam menangani masalah
sosial tersebut.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Pada alaf baharu ini, pihak kerajaan
bersungguh-sungguh untuk memajukan
industry desa kerana industry ini berpotensi meingkatkan ekonomi negara.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Dunia hari ini terhimpit dengan peperangan yang
membawa kesan-kesan negatif.
Jelaskan peranan badan-badan dunia bagi
membendung permasalahan ini.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Kewujudan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat memupuk minat orang
ramai terhadap karya sastera.
Huraikan pernyataan di atas.
|
|||
3
|
PAHANG
|
Huraikan pendapat anda tetang usaha-usaha untuk memupuk jati diri
remaja.
v
Menghargai tokoh pejuang.
v
Kempen oleh pihak kerajaan.
v
Menghayati mata pelajaran Sejarah.
|
DIMENSI DIRI
|
Anda sebagai Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri
telah diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di
tempat anda. Tajuk ceramah itu ialah “ Rahsia Menjadi Usahawan Desa yang
Berjaya.
Sediakan teks ceramah tersebut dengan
selengkapnya.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Keluarga bahagia merupakan keluarga yang
penyayang, bertolak ansur, dan sering menyantuni antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri
keluarga bahagia idaman anda.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Pengguna yang bijak mendatangkan pelbagai manfaat
kepada keluarga.
Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat
antarabangsa.
Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat
global.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Jikalau ilmu tidak sempurna,
Tiada berupa ia sempurna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
( Gurindam beberapa petua hidup, Zaaba)
Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja.
|
|||
4
|
JOHOR
|
Huraikan pendapat anda tentang ciri- ciri bandar pintar.
v
Taman rekreasi terancang.
v
Kemudahan awam moden.
v
Kecanggihan Sistem Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
|
DIMENSI DIRI
|
Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk
mengisi kemerdekaan negara yang
telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan
kemajuan negara kita.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Dewasa ini, permainan tradisional seperti
layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati serta semakin dilupakan
oleh generasi muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan
anak-anak bermain permainan tradisional.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing
melabur di negara kita memang wajar kerana pelaburan asing memberikan pelbagai faedah kepada rakyat
dan negara.
Bincangkan
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Pendidikan maya atau pendidikan yang memaksimumkan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai pelbagai kepentingan dalam
melahirkan masyarakat yang berilmu,
berwibawa dan bertaraf dunia.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Petikan gurindam di atas membawa maksud kepentingan seseorang menjaga
tutur kata dalam kehidupan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan seseorang
menjaga tutur kata agar berjaya dalam
kehidupan.
|
|||
5
|
PERLIS
|
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak.
v
Membuat perbandingan harga barangan.
v
Mengutamakan barangan keperluan.
v
Mengamalkan sikap berjimat cermat.
|
DIMENSI DIRI
|
Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan
pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
ibu bapa memberikan sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.
|
|||
DIMENSI MASYARAKAT
|
Alam sekitar yang berkualiti menjamin
kesejahteraan hidup manusia.
Ulas pernyataan tersebut
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar
melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih
baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada
rakyat dan negara.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat
untuk membaca karya tersebut.
Bincangkan.
|
|||
6
|
TERENGGANU
|
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pusat sumber sekolah yang
baik.
v
Lokasi yang strategik dan suasana yang
kondusif.
v
Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.
v
Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di
pusat sumber sekolah.
|
DIMENSI DIRI
|
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh
kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan
kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar dilakukan
oleh anda untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan
sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga
apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga sep€rti majlis perkahwinan,
sambutan penyaan, hari keluarga dan sebagainya
|
|||
DIMENSI MASYARAKAT
|
lsu keselamatan anak-anak sering kali
diuar-uarkan di media massa. Sehubungan
dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar
tempatan tentang Keselamatan Kanak-kanak Tanggungiawab Bersama.
Tulis rencana itu selengkapnya.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Huraikan manfaat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) kepada masyarakat dunia.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Sesebuah karya sastera seharusnya mengandungi banyak keistimewaan
agar boleh menarik minat pembaca.
Ulaskan pernyataan tersebut
|
|||
7
|
MRSM
|
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia.
v
Mengukuhkan institusi keluarga.
v
Melahirkan anak-anak yang Berjaya.
v
Membentuk sikap-sikap positif.
|
DIMENSI DIRI
|
Kes keracunan yang berlaku akhir-akhir ini
disebabkan oleh sikap kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan
kebersihan.
Sebagai seorang pelajar yang prihatin, jelaskan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa
keracunan makanan.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Media massa sering memaparkan iklan-iklan
barangan dan perkhidmatan untuk melahirkan pengguna yang bijak. Sehubungan
itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan iklan dalam
Melahirkan Pengguna yang Bijak.
Tuliskan rencana itu selengkapnya.
|
|||
DIMENSI MASYARAKAT
|
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut memberikan
sumbangan untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.
Ulaskan pernyataan itu.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Jenayah pemerdagangan manusia kini merentas
sempadan. Hal ini memerlukan kerjasama
yang berkesan yang berkesan antara negara untuk menanganinya.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Peribahasaa ‘Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’ boleh dikaitkan
dengan amalan berjimat cermat.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan berjimat cermat
dalam kehidupan generasi muda kini.
|
|||
8
|
KELANTAN
|
Huraikan pendapat anda tentang manfat-manfaat perhimpunan rasmi
sekolah.
v
Memupuk disiplin dalam kalangan pelajar.
v
Menanam semangat patriotik.
v
Membudayakan kemahiran mencatat.
|
DIMENSI DIRI
|
Guru merupakan insan penting paling dihargai
disebabkan mereka menyumbangkan kepada pembentukan generasi cemerlang yang diperlukan
oleh negara.
Huraikan cara-cara anda menghargai guru.
|
DIMENSI MASYARAKAT
|
Permintaan air bersih kian meningkat sedangkan
sumbernya semakin berkurangan. Sebagai pengguna, kita berperanan penting
untuk menjimatkan penggunaan air dalam aktiviti seharian.
Bincangkan langkah-langkah menjimatkan air.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Pengangkutan awam di negara kita semakin tidak
mendapat sambutan disebabkan pelbagai faktor. Hal ini sudah pasti dapat
diatasi dengan meningkatkan system pengangkutan di negara kita. Sehubungan
itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang berjudul “Usaha-usaha
Meningkatkan Sistem Pengankutan Awam Negara.”
Tuliskan rencana itu selengkapnya.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Perkembangan industry pertanian dapat menambahkan
pendapatan negara, membuka peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan imej
negara di mata dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Peribahasa ‘serumpun bagaikan serai, selubang
bagaikan tebu’ mengambarkan sikap bersatu hati dalam segala hal.
Jelaskan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap
bermuafakat dalam kehidupan masyarakat.
|
|||
9
|
SABAH
(DAERAH KOTA BELUD)
|
Huraikan pendapat anda tentang prakarsa memajukan industri
pelancongan
v
Memperlengkap kemudahan pengangkutan
v
Menyediakan kemudahan penginapan
v
Menyediakan kemudahan maklumat
|
DIMENSI DIRI
|
Semangat patriotik dalam kalangan murid semakin luntur.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
|
DIMENSI MASYARAKAT
|
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur
dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air
berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai
kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Walaupun Hari Bumi diisytiharkan dan disambut
pada 22 April setiap tahun, kemusnahan bumi dilihat menjadi masalah utama
bagi negara-negara di dunia.
Jelaskan
bentuk-bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh semua negara di dunia untuk
menyelamatkan bumi.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Peribahasa ’Mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan’ merujuk keadaan seseorang yang terpaksa menanggung
kerugian akibat terburu-buru mengambil sesuatu keputusan.
Bincangkan kerelevanan maksud peribahasa tersebut
dengan situasi kehidupan seharian masyarakat di negara kita.
|
|||
10
|
PERAK
DAERAH PERAK TENGAH
|
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan- kepentingan menyertai
acara sukan.
v Memupuk
disiplin
v Meningkatkan
keyakinan diri
v Mengukuhkan
perpaduan.
|
DIMENSI DIRI
|
Anda telah ditawarkan melanjutkan pelajaran
ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu
anda lakukan sebelum mendaftar sebagai pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) tersebut.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Keluarga memainkan peranan untuk membentuk
masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.
Huraikan peranan ahli keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Sejarah penubuhan kerajaan
ini pastinya banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yangbercirikan
tempatan mahupun Eropah. Anda berminat menulis sebuah rencana untuk
majalah tempatan yang bertajuk, “Kepentingan
Bangunan Bersejarah kepada Negara”.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Keamanan
beberapa buah negara di dunia terjejas akibat pelbagai pergolakan politik,
persengketaan dan peperangan.
Jelaskan
kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin negara untuk menjamin keamanan
di beberapa buah negara di dunia.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Golongan penggiat sastera seperti penulis
novel, pelakon teater, penulis sajak, deklamator semakin dikenali dan
mendapat tempat di hati peminat sastera di negara kita. Bincangkan
pengiktirafan yang boleh diberikan kepada golongan penggiat sastera di negara
kita.
|
|||
11
|
MELAKA
|
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk
melestarikan warisan seni budaya.
v
Pameran Kebudayaan
v
Lawatan
v
Persembahan Kebudayaan di Sekolah
|
DIMENSI DIRI
|
Sebagai tokoh murid, anda diundang untuk
memberikan syarahan tentang masalah sosial yang melanda remaja pada hari ini.
Tulis teks
syarahan tersebut dengan memberikan fokus punca-punca berlakunya masalah ini.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Cuti sekolah yang panjang digunakan oleh ibu bapa
untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program berbentuk akademik dan
sahsiah. Hakikatnya cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk merapatkan
hubungan antara ahli keluarga.
Bincangkan peranan ibu bapa bagi memanfaatkan
cuti sekolah anak-anak untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Kestabilan ekonomi,
politik, dan sosial menjadi faktor tarikan kemasukan pelancong asing ke
negara kita. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan dalam membantu
perkembangan industri pelancongan negara.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Isu kemiskinan telah menjadi masalah global yang
mengancam sebahagian negara dunia. Sebagai sebuah negara yang dipandang
tinggi oleh negara luar, Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah untuk
menangani masalah tersebut.
Jelaskan
cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan oleh kerajaan Malaysia berkaitan
dengan isu kemiskinan.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Bakat, minat dan kreativiti merupakan sebahagian
daripada kriteria untuk melahirkan penulis karya sastera yang berkualiti.
Berikan pendapat anda.
|
|||
12
|
PERAK
SMK SUNGAI MANIK
|
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menyertai acara sukan.
v Memupuk
disiplin
v Meningkatkan
keyakinan diri
v Mengukuhkan
perpaduan
|
DIMENSI DIRI
|
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi demi masa depan yang
gemilang.
Berikan pendapat anda tentang
persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan
sebelum melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari
ini dikatakan kian luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh
ahli keluarga untuk memupuk semangat kejiranan.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Bangunan
lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi
generasi yang akan datang. Anda ingin
menulis sebuah rencana bertajuk ‘Kepentingan Bangunan Bersejarah Kepada
Negara’ untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara
di dunia telah menggugat keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Huraikan kerjasama yang boleh dilakukan oleh
pemimpin negara untuk menjamin keamanan di beberapa buah negara di dunia.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Penggiat sastera atau sasterawan merupakan
golongan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengiktiraf
golongan penggiat sastera di negara
kita.
|
|||
13
|
SELANGOR
|
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menabung wang kepada
masyarakat.
v Jaminan
pendidikan
v Waktu
kecemasan
v Simpanan
hari tua
|
DIMENSI DIRI
|
Aktiviti seperti beriadah, berkhemah, dan
menyertai program khidmat masyarakat pada musim cuti sekolah amat digalakkan
kepada remaja.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada
aktiviti-aktiviti tersebut.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Cabaran membentuk masyarakat yang bersatu padu di
sekolah amat besar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah wajar mengambil
langkah-langkah untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Keistimewaan
yang dimiliki oleh Malaysia sebagai
destinasi pelancongan memerlukan kerajaan dan agensi swasta mengambil
langkah-langkah yang sepatutnya untuk menarik kedatangan pelancong.
Ulaskan
pernyataan ini.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Pengambilan tenaga kerja dari negara luar bertujuan
membantu pembangunan ekonomi negara, namun begitu terdapat beberapa masalah
sosial yang timbul. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana
yang bertajuk “Langkah-langkah Mengatasi Masalah Sosial yang Ditimbulkan Oleh
Tenaga Kerja daripada Negara Luar.”
Tuliskan rencana anda selengkapnya.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Sesebuah karya sastera yang baik dan menarik
dapat mendidik pembaca.
Huraikan ciri-ciri karya yang baik dan menarik.
|
|||
14
|
SARAWAK
(LIMBANG)
|
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengelakkan keracunan
makanan di sekolah.
v Memastikan
makanan bersih dan berkualiti.
v Melaksanakan
pemantauan yang berterusan.
v Mengenakan
tindakan undang-undang terhadap pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab.
|
DIMENSI DIRI
|
Menjadi pelajar cemerlang impian bagi setiap
pelajar di Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk
menjadi pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Budaya menabung dalam kalangan anak-anak perlulah
bermula dari rumah.
Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan
Ahli Keluarga Memupuk Amalan Menabung dalam kalangan Anak-anak”.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Malaysia
terkenal dengan keunikan dan keistimewaan yang mampu menarik kedatangan
pelancong tempatan dan pelancong asing.
Huraikan
keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan
manusia kini menjadi isu sejagat.
Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan
negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Kini, remaja didapati lebih gemar membaca bahan
bacaan picisan berbanding karya sastera.
Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab
berlakunya keadaan ini.
|
|||
15
|
NEGERI SEMBILAN
|
Huraikan pendapat anda tentang faedah amalan membaca kepada murid.
v Memupuk
nilai-nilai murni
v Membantu
murid lulus dengan cemerlang
v Mengetahui
isu semasa dalam dan luar negara.
|
DIMENSI DIRI
|
Remaja hari ini merupakan aset negara dan
pemangkin kemajuan negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang berwawasan.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Warga tua merupakan teras masyarakat dan telah
banyak berjasa. Oleh itu, golongan ini harus dihargai atas jasa dan
pengorbanan mereka.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Program
kitar semula yang disarankan oleh pihak kerajaan banyak mendatangkan manfaat.
Pada
pendapat anda, apakah manfaat-manfaat yang diperoleh daripada program kitar
semula ini?
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Bencana alam seperti tanah runtuh, kemarau dan
gempa bumi sering melanda dunia akhir-akhir ini.
Huraikan peranan yang dilakukan oleh Malaysia
membantu negara-negara yang ditimpa becana tersebut.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Kejadian banjir besar yang berlaku belakangan ini
banyak mendatangkan masalah.
Tuliskan cerpen berkenaan suasana dan masalah
akibat banjir kejadian banjir tersebut.
|
|||
16
|
WILAYAH PERSEKUTUAN
|
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor
pelancongan kepada negara kita.
v Memperkenalkan
negara malaysia ke seantero dunia
v Meningkatkan
ekonomi negara
v Memperkenalkan
budaya
malaysia kepada rakyat asing
v memajukan
industri
perhotelan
|
DIMENSI DIRI
|
Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab
Soalan Bahasa Melayu SPM anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang
peserta seminar, anda diminta untuk menulis laporan seminar tersebut untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Sediakan laporan anda selengkapnya.
|
DIMENSI KELUARGA
|
Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak telah menyebabkan kepentingan menjaga semangat
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat diabaikan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan anak-anak.
|
|||
DIMENSI NEGARA
|
Generasi
kini perlu dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi memperoleh
badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI ANTARABANGSA
|
Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras
kemudahan pengangkutan awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di
dunia.
Bincangkan.
|
|||
DIMENSI KOMSAS
|
Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam
pengkaryaan sebuah cerpen. Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah
menarik minat untuk anda membaca sehingga pengakhiran cerita.
Huraikan tema dan persoalan tersebut.
|
SOALAN BAHAGIAN KERTAS 2
Berdasarkan
soalan negeri-negeri yang ditanya semasa Peperiksaan Percubaan 2017, di bawah
saya cuba menyenaraikan semula soalan-soalan yang keluar dan saya meminta
pelajar sendiri membuat penegasan soalan mana yang kerap ditanya berdasarkan
soalan di bawah. Oleh sebab itu, sebagai pelajar yang bijak, pelajar akan
berusaha untuk merujuk soalan-soalan berkenaan sebagai persediaan untuk
menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 pada 6 November 2017. Sekiranya, pelajar
merujuk semula fokus tajuk soalan pemahaman bahagian 2 (b), 2 (c) dan 2 (d)
pelajar akan lebih tenang menghadapi kertas peperiksaan pada hari Isnin ini.
Tambahan pula, ada soalan-soalan sama yang dikeluarkan lebih daripada satu negeri,
malah ada tajuk soalan yang sama dikeluarkan dan ditanya melibatkan enam buah negeri, cuma berbeza
soalan bahagian i, ii, dan iii berbeza. Saya mewarnakan soalan-soalan yang kerap
dikeluarkan oleh negeri-negeri dengan warna
merah sebagai paling banyak ditanya, dan biru kedua paling kerap ditanya dan warna kuning kurang sedikit dan begitu juga warna biru muda kurang sedikit yang tidak berwarna
kurang ditanya.
Persoalan Soalan yang perlu diberi perhatian untuk bahagian pemahaman Teks (KOMSAS ) iaitu soalan 2 (b), 2 (c) dan 2 (d). Sementara untuk soalan bahagian 2 (a) Pemahaman Teks Umum, soalan bergantung kepada teks rumusan, justeru, soalannya bergantung kepada soalan petikan rumusan teks.
Persoalan Soalan yang perlu diberi perhatian untuk bahagian pemahaman Teks (KOMSAS ) iaitu soalan 2 (b), 2 (c) dan 2 (d). Sementara untuk soalan bahagian 2 (a) Pemahaman Teks Umum, soalan bergantung kepada teks rumusan, justeru, soalannya bergantung kepada soalan petikan rumusan teks.
Berdasarkan
dapatan saya, soalan bahagian 2 (d) menunjukkan kepelbagaian soalan dan pelajar
perlu merujuk lebih fokus soalan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
BIL
|
NEGERI
|
SOALAN 2 (B) PETIKAN PROSA
MODEN
|
SOALAN 2 (C) PETIKAN PROSA TRADISIONAL
|
SOALAN 2 (D)
PETIKAN PUISI
|
1
|
KEDAH
|
Cerpen
‘Hipertensi’ Antologi Sejadah Rindu.
|
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Sejadah Rindu. Antologi
Sejadah Rindu.
|
2
|
SBP
|
Drama ‘Bukan Gila’
Antologi Sejadah Rindu.
|
“Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Syair Bidasari.
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
3
|
PAHANG
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
“Burung Terbang Dipipiskan Lada‟ Antologi Sejadah Rindu.
|
Gurindam Erti Hidup Bererti.
Antologi Sejadah Rindu.
|
4
|
JOHOR (SMK DESA
CEMERLANG)
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
“Kepimpinan Melalui
Teladan” Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
|
Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” Kalung Bunga Za’ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
5
|
PERLIS
|
Drama ‘Bukan Gila’
Antologi Sejadah Rindu.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Gelanggang
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
6
|
TERENGGANU
|
Drama ‘Bukan Gila’
Antologi Sejadah Rindu.
|
“Kepimpinan Melalui
Teladan” Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
|
Sajak Gelanggang
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
7
|
MRSM
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Aku Membaca
Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
|
8
|
KELANTAN
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Aku Membaca
Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
|
9
|
SABAH
|
Drama ‘Bukan Gila’
Antologi Sejadah Rindu.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” Kalung Bunga Za’ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
10
|
PERAK
DAERAH PERAK TENGAH
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Aku Membaca
Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
|
11
|
MELAKA
|
Drama ‘Bukan
Gila’ antologi Sejadah Rindu.
|
“Kepimpinan Melalui
Teladan” Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
|
Syair Bidasari,
1989 Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul.
|
12
|
PERAK
SMK SUNGAI MANIK
|
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Aku Membaca
Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
|
13
|
SELANGOR
|
Drama ‘Bukan Gila’
Antologi Sejadah Rindu.
|
“Kepimpinan Melalui
Teladan” Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
|
Sajak “Erti Hidup Bererti” antologi
Sejarah Rindu.
|
14
|
SARAWAK
(LIMBANG)
|
Cerpen “Cinta Ahmad
Mutawakkil,” dalam antologi Sejadah
Rindu
|
“Kepimpinan Melalui
Teladan” Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul.
|
Syair Bidasari,
1989 Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul.
|
15
|
NEGERI SEMBILAN
|
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, dalam antologi Sejarah Rindu.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
Sajak Gelanggang, dalam antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul
|
16
|
WILAYAH PERSEKUTUAN
|
Cerpen
‘Hipertensi’ Antologi Sejadah Rindu.
|
Burung Terbang Dipipiskan Lada,” Antologi
Sejadah Rindu.
|
sajak ‘www.sibermerdeka.com.my’
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
Soalan Bahagian 3.
Cakupan
soalan bahagian ini amat luas, dan soalan ini sebenarnya menguji pengetahuan
dan kemahiran bahasa pelajar. Oleh sebab itu, untuk meramal soalan bahagian ini
sukar tetapi boleh diatasi sekiranya pelajar sudah menguasai kemahiran
tatabahasa. Saya terpanggil untuk membicarakan semula soalan ini dengan memperihal semula soalan-soalan
yang dikemukakan dalam Peperiksaan Percubaan Negeri di Malaysia 2017.
Soalan bahagian 3 (a), 3
(b), 3 (c), 3 (d), dan 3 ( e ) yang telah dikeluar atau ditanya semasa
Peperiksaan Percubaan Negeri-Negeri Malaysia 2017.
Sekiranya pelajar mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukan seperti di bawah, tahniah, anda mampu untuk berhadapan dengan soalan SPM 2017 pada hari Isnin ( 6 November 2017). Namun, pelajar masih ada masa untuk merujuk soalan-soalan berkenaan untuk memantapkan lagi penguasaan dan kemahiran bahasa.
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
1
|
KEDAH
|
Bina dua ayat setiap perkataan diberi untuk
menunjukkan anda faham maksud perkataan berkenaan.
(i)
memotong
(ii)
menahan
(iii)
menarik
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Golongan
petani membersihkan kawasan
tanah kebun dengan kaedah
pembakaran terbuka.
ii. Kami
telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum
ambulans tiba di tempat kejadian.
iii. Anda
dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda
menjadi pelanggan stesen televisyen kami.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN EJAAN
DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam
mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti
senaman dan bersukan secara berkumpulan atau individu. Di samping itu,
keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-bungaan dikawasan
itu dapat memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan daripada
stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan
pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan
membawa peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan
makanan dan kraftangan.
|
i.
Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan
Terbang Sultan Abdul Halim selama dua jam setengah sebab kerosakan enjin.
ii.
Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan
kegiatan pencatuan harga kepada pihak berkuasa jika sekiranya peniaga
menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
iii.
Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen
memandu agar mereka tidak pihak polis saman.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Mengisi tempat kosong dengan peribahasa sesuai.
i.
Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan
masyarakat di kampungnya tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ketua pengarah
sebuah syarikat kerana ______________________.
ii.
Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka
sambil melawat tempat-tempat bersejarah
___________________.
iii.
Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat
Zahir dan Malim pada tahun ini agak merosot, mereka telah berjanji untuk
mengharungi susah dan senang bersama-sama, bak kata peribahasa Melayu
__________________________.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
2
|
SBP
|
(i)
pekat
(ii)
pikat
(iii)
siram
(iv)
suram
(iv) indah
(v)
endah
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Saya menziarahi nenek pada hujung minggu.
ii.
Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah
Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan.
iii.
Kamu harus memandu kereta itu dengan
berhati-hati kerana hujan yang sangat
lebat di lebuh raya.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan
Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk
menjadikan rizab jalan.
ii.
Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di
pengairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan.
iii.
Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang
kerana mengikut genetik daripada penurunan sebelah datuknya yang berasal dari
Pakistan.
|
i.
Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan
apresiasi negara dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
ii.
Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada
tiap pagi menandakan hari menjelang siang.
iii.
Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila
diumumkan sebagai juara di dalam pertandingan hiasan rumah sukan.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di bawah:-
i.
Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya
dengan penuh kasih sayang.
ii.
Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang
runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
iii.
Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih
segar dan diminati sehingga hari ini.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
3
|
PAHANG
|
(i)
akar tunjang
(ii)
gerak balas
(iii)
garam mineral
(iv)
isi padu
(v)
pusat graviti
(vi)
bahan api
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa
agar mengambil tindakan dengan segera
ii.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan
menganugerahkan sijil penghargaan kepada semua pelajar cemerlang.
iii.
Beberapa orang anggota keselamatan sedang
mengawasi tempat kebakaran itu secara bergilir-gilir.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan
beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
ii.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan
untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.
iii.
Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa
sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan
berminda kelas pertama.
|
i.
Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik
nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi
pembelajaran nanti.
ii.
Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan
aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak
penghapusan sampah di negara ini.
iii.
Pelbagai resipi yang menaikkan selera
pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.
(i) Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu
dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan.
(ii) Sekiranya
kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih
tanpa rasa jemu.
(iii) Pasukan penyelamat mengambil langkah
berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh
tiba.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
4
|
JOHOR
|
(i)
faham
(ii)
memahami
(iii)
pemahaman
(iv)
keras
(v)
pengeras
(vi)
mengeraskan
|
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah
(i)
“Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi
seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.
(ii)
“Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam
kereta. Anak saya masih kecil dan
tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit
Latifah.
(iii)
“Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri.
Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,”
kata Pak Man kepada orang kampung.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
(i)
Kami bersepakat untuk mengisi perut yang
kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum
memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(ii)
Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan
beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti
tersebut.
(iii) Pihak kerajaan sedang bergiat
memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan
kesesakan lalulintas.
|
(i)
Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial
menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan
barangan serta perkhidmatan di atas talian.
(ii)
Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di
negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman
pemerintahan British.
(iii)
Seni khat merupakan satu dari cabang
kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam
industri kraf tangan.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
i.
Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan
tempat tinggal itu berasa amat bersyukur dan berterimakasih kepada pihak
kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat
berbesar hati dengan pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa
___________________.
ii.
Ketua kampung sering menasihati penduduk
kampung supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat
di kampung itu. Mereka janganlah menjadi seperti __________________________.
iii.
Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran
akan ditempuh, namun ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya
sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana ____________________________ .
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
5
|
PERLIS
|
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
(i)
jemput
- jemput-jemput
(ii)
jarang
- jarang-jarang
(iii)
halus -
halus-halus
|
Tukarkan ayat aktif di bawah
kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan
majlis rumah terbuka apabila
menyambut sesuatu perayaan.
ii.
Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah
dengan rakan yang lain.
iii.
Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi
Muzium Negara sebagai aktiviti tahunan
mereka.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
(i)
Pertandingan forum berlangsung dengan lancar mengikut
aturcara seperti yang terancang oleh
pihak jawatankuasa.
(ii)
Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu
diadakan secara buffet di Dataran
Dato’ Sheikh Ahmad.
(iii)
erajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga
asing demi menyelamatkan negara.
|
i.
Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak
kapal-kapal dari serata dunia yang
berhenti di situ.
ii.
Golongan budayawan wajar memartabatkan Bahasa
Melayu sehingga disanjung tinggi di
peringkat dunia.
iii.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah menganugerahkan
pingat di dalam majlis yang diadakan
di Istana Arau.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
i.
Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap
warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut
cabaran dalam era globalisasi. Andai kata perpaduan di negara ini tergugat,
akan terjadilah perpecahan
ibarat____________________________________
ii.
Masyarakat harus sedar untuk mengubati
penyakit lebih sukar daripada mencegahnya. Oleh sebab itu, masyarakat harus mengamalkan
kehidupan yang sihat dengan melakukan aktiviti bersenam, berjoging dan
berekreasi seperti kata orang tua-tua _____________________________________
iii.
Sambutan masyarakat terhadap makanan segera
semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya
di sekitar Kuala Lumpur. Keadaan ini seperti
____________________________________
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
6
|
TERENGGANU
|
(i) gemerlap
(ii) gemilang
(iii) gemuruh
{iv) gelisah
(v) gelojoh
(vi) gersang
|
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
i.
Semangat kejiranan amat penting kerana dapat
memupuk perpaduan.
ii.
Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia
sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
iii.
Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh
diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi
jiran mereka.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Menurut pakar-pakar perubatan, amalan
menelenna darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan
risiko scrangan sakit jantung.
ii.
Tiga orang gurlr SMK Pulau Damai dipilih menjadi
urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan
melangsungkan pada bulan depan.
iii.
Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan
pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada
bulan Ramadan yang lepas.
|
i.
Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan
bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa
pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.
ii.
Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu
tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah
kewangan.
iii.
Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa,
bila atlet negara berjaya menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan
berdendang
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah
(i) jinak-jinak merpati
(ii) melepaskan anjing
tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
7
|
MRSM
|
i.
merebus
ii.
mereneh
iii.
menanak
iv.
mencelur
v.
mengukus
vi.
menjerang
|
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka
mempunyai bangunan-bangunan bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat
menarik. Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka. Kerajaan
negeri mengadakan Kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia. Melaka
lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang pekerjaan terbuka luas.
Banyak pelancong mengunjungi Melaka. Ekonomi Melaka meningkat.
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
||
i.
Pegawai itu mensifatkan tragedi lumpur yang
berlaku merupakan kejadian terburuk dalam tempuh 20 tahun.
ii.
Penceramah itu memberikan definasi yang tepat
dengan judul ceramah yang disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.
iii.
Alat mengimbas suhu atau termografik akan
dipasang disetiap pintu masuk utama negara bagi mengesan tahap kesihatan
pelawat atau pelancong.
|
i.
Majlis pemberian anugerah kepada semua
pelajar-pelajar cemerlang di sekolah itu baru sahaja selesai.
ii.
Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya
berlangsung di luar dewan pada pukul 10 pagi ditunda oleh kerana hari hujan.
iii.
Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah
berapa kali gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu kerana dia tetap
bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.
|
3 ( E ) PERIBAHASA
|
Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan
peribahasa tersebut.
i.
Di mana bumi dipijak,………………………………………………..
ii.
Masuk kandang kambing mengembek, …………………….
……………………………………
iii.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ketepian………
…………………………………………………..
iv.
……………………………………………………….., tak lekang dek panas.
v.
………………………………………………………., sesat jalan.
vi.
………………………………………………………….., melepaskan pucuk
masing-masing.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
8
|
KELANTAN
|
i.
menyebar luas
ii.
membaik pulih
iii.
melipat ganda
iv.
sahabat pena
v.
budi bicara
vi.
budi pekerti
|
Kenal pasti dan tulis subjek dan prediket yang
lengkap setiap ayat seperti berikut:-
Subjek :
…………………………………………………………………………..
Prediket:…………………………………………………………………………..
i.
Pekerja-pekerja itu didedahkan dengan
peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang.
ii.
Kelajuan kenderaan dibenarkan di lebuh raya
110 kilometer sejam.
iii.
Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti
di Pulau Sentosa.
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
||
i.
Usaha kerajaan Johor menggalakkan penanam
nenas disambut baik oleh petani, terutama di daerah Pontian.
ii.
Langkah kerajaan menghadkan kadar kelajuan
kenderaan di seluruh negara Berjaya mengurangkan kejadian kemalangan.
iii.
Duli Yang Mulia Seri Paduka BagindaYang
Di-Pertuan Agung telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan Festival
Makanan Kampung yang akan diadakan di Dataran Merdeka.
|
i.
Perbuatan keracunan makanan di dalam kalangan
murid yang berlaku di beberapa sekolah
di negara kita perlu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab dengan kadar
segera agar tahap kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
ii.
Pemergian kedua orang abangnya ke luar negeri
untuk melanjutkan pelajaran telah menaikkan emosi pelajar yang cacat anggota
itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak mereka.
iii.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan inisiatf berupa elaun tambahan
di setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara
ini.
|
3 ( E ) PERIBAHASA
|
Baca ayat-ayat di bawah dengan
teliti, kemudian nyataka peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat
tersebut.
i.
Ibu menasihati anak-anaknya supaya rajin
menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menangani cabaran dalam
kehidupan seharian dengan lebih
bijaksana di samping memperkaya ilmu pengetahuan mereka.
ii.
“Setiap murid haruslah berbelanja dengan
berhemat dan rajin menabung sejak kecil untuk masa depan mereka,” pesan guru
kepada anak didiknya.
iii.
Tindakan abang yang cuba membantu sahabatnya
daripada diganggu ceti haram akhirnya
mengakibatkan dia turut diancam oleh kumpulan tersebut.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
9
|
SABAH
(DAERAH
BELUD)
|
i.
melipatgandakan
ii.
mengucar-ngacirkan
iii.
menguatkuasakan
iv.
mengemaskinikan
v.
mencampur-adukkan
vi.
menguar-uarkan
|
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke
halaman rumah esok.
ii.
Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan
budaya rakyat Sabah
iii.
Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan
surau secara sukarela
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai
kaum.
ii.
Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah
yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukari seseorang itu menilai
dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
iii.
Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat
pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari
segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita.
|
i.
Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa
melihat kemahiran orang buta itu menyulam bakul rotan dengan pantas.
ii.
Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan
cukai atas pembelian rumah mampu milik demi untuk meringankan bebanan rakyat
yang berpendapatan rendah.
iii.
Kementerian Pendidikan mengingatkan
pentadbiran sekolah yang mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya
menyimpan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Pak Ali: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang
baharu memang sentiasa wujud dalam diri seseorang remaja. Walau bagaimanapun,
akal dan fikiran yang rasional perlu diutamakan kerana ……………….
(i)…………………………………
Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja
tidak harus melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru. Mereka perlu
…………..(ii)…………… apatah lagi jika sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka.
Nurul Erna:
Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan sentiasa ingat akan pepatah
masyarakat kita, iaitu, ………………(iii)………….. . Saya berjanji akan melengkapkan
diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
10
|
PERAK
DAERAH
PERAK
TENGAH
|
Tulis satu
ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah
ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i)
tunjuk - telunjuk
(ii)
kuncup - kemuncup
(iii)
guruh - gemuruh
|
Kenal pasti jenis-jenis
ayat perintah di bawah sama ada ayat-ayat
tersebut ialah ayat permintaan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat larangan.
(i)
“Jemputlah
makan pisang goreng ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.
(ii)
“Buang
sampah ini ke dalam tong sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada
anak muridnya.
(iii)
“Usah
ganggu adik kamu yang sedang tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.
(iv)
“Tolong
susun buku-buku di rak itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada
pengawas-pengawas lain.
(v)
“Jangan
bising ketika berbaris,” pesan guru disiplin kepada semua murid.
(vi)
“Balut
semua buku teks ini jika tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas
itu kepada semua muridnya.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
(i)
Setiap
hari keluarga harus luang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
demi mengukuhkan tali silaturrahim.
(ii)
Majikan
itu telah melakukan siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum
upahnya
untuk bekerja.
(iii)
Kakak
selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.
|
(i) Kesemua pemain-pemain itu akan
mendapatkan latihan yang secukupnya daripada
pengurus pasukan sebelum melayakkan
diri mereka
ke pusingan akhir dalam
pertandingan
bola sepak itu.
(ii) Beribu penonton membanjiri Stadium
Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
pasukan bola sepak Harimau Malaya
dengan
Thailand dalam pertandingan Piala
Pusingan
Suzuki AFF baru-baru ini.
(iii) Kereta yang Hasnol pandu terbabas
ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Sikap Salmiah
yang terlalu memanjakan anaknya, Salim
akhirnya mendatangkan masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari kesilapannya
dalam mendidik anak tunggalnya itu, namun semuanya sudah terlambat kerana
Salim sudah meningkat remaja. Hal ini demikian kerana usaha mendidik anak
mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-anak mudah dibentuk dan
menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
|
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
11
|
MELAKA
|
Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
(i)
duduk
(ii)
penduduk
(iii)
terduduk
(iv)
kedudukan
(v)
pendudukan
(vi)
menduduki
|
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Poster yang telah saya hasilkan dalam
pertandingan Hari Kemerdekaan mendapat
hadiah pertama peringkat kebangsaan.
ii.
Pelbagai bantuan makanan dan pakaian telah
diterima oleh mangsa-mangsa banjir di
Kuantan, Pahang apabila rumah mereka dilanda banjir.
iii.
Sikap suka menangguh pekerjaan harus
diketepikan oleh setiap pelajar ketika
membuat ulang kaji untuk peperiksaannya.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Gambir sejenis tumbuhan panjat yang tumboh meliar di hutan. Di
Malaysia, tumbuhan renik ini banyak terdapat di hutan tebal Sarawak. Gambir
Sarawak dikenali dalam rawatan tradisional sebagai alternatif kepada rawatan
moden yang mahal. Sebagai contoh, masyarakat Melayu gunakan gambir sebagai
losyen untuk merawat kesan melecur.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i.
Penonton terpegun dengan kepantasan Maria
mengemukakan semua hujah-hujahnya
dalam pertandingan bahas itu.
ii.
Strategi baru yang lebih menyeluruh akan
kerajaan lancarkan bagi meningkatkan
industri padi dan beras negara.
iii.
Semasa ekspedisi mendaki Gunung Jerai,
terdapat peserta-peserta yang cedera dan
mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca ayat-ayat di bawah
dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
i.
Tiap-tiap petang, Kamalia dan rakan-rakannya
bersiar-siar di taman bunga itu untuk
menghilangkan penat.
ii.
Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya
berbelanjalah mengikut kemampuan
atau bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan.
iii.
Apabila kita berada di rantau orang, janganlah
kita meninggi diri dan patuhilah
adat resam tempat tersebut.
|
BIL |
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
12
|
PERAK
SMK
SUNGAI
MANIK
|
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tunjuk - telunjuk
(ii) guruh - gemuruh
(iii) sabut - serabut
|
Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di
bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat
silaan atau ayat larangan.
i.
Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan
bilik ini.
ii.
Jangan minum air yang terdedah itu.
iii.
Sila serahkan borang permohonan yang telah
lengkap ke pejabat.
iv.
Fikirkanlah sebelum kamu bertindak.
v.
Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung
minggu ini.
vi.
Hantarlah buku itu sebelum pulang.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebihdaripada satu
kesalahan ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.
Doktor Azira teringatkan pesakitnya supaya menghabiskan
antiboitik itu dalam masa seminggu.
ii.
Kami akan pembantu nenek menyiapkan tempahan
tempeyek terutamanya pada musim-musim
perayaan secara sukarela.
iii.
Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet
perjanjian jual beli itu sebanyak
lima persalinan untuk diberikan kepada pelanggannya.
|
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.
Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong
kita menghilangkan wang demi untuk
membeli barang yang tidak mustahak.
ii.
Semua murid-murid tidak sabar untuk
menyaksikan tayangan teater muzikal
yang akan diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
iii.
Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati
bila beg tangannya dirampas
oleh dua orang lelaki bermotosikal.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Dalam setiap ayat di bawah,
terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
i.
Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong
kita menghilangkan wang demi untuk
membeli barang yang tidak mustahak.
ii.
Semua murid-murid tidak sabar untuk
menyaksikan tayangan teater muzikal
yang akan diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
iii.
Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati
bila beg tangannya dirampas
oleh dua orang lelaki bermotosikal.
Akan disambung pada coretan baru. |
2 ulasan:
Emma Boleh saya tau.soalan spm ni agaknya amik Dari soalan trial Dari Skolh Skolh lain ke ?
Urusan penggubalan soalan Peperiksaan SPM penuh integriti dan dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh sebab itu, tidak ada seorang pun tahu soalan bakal keluar sehingga soalan tersebut dibuka pada hari peperiksaan. Selain itu, percetakan soalan SPM dibuat di luar negara untuk mengelakkan kebocoran soalan. Penggubal soalan yang menggubal soalan SPM sendiri pun tidak tahu soalan yang bakal keluar kerana soalan akan diambil daripada bank soalan. Sebagai pelajar, anda cuma perlu bersedia dan membuat ulangkaji untuk menghadapi kertas peperiksaan SPM.
Catat Ulasan