Jumaat, 28 Julai 2017

PENANTIAN UNTUK MELIHAT KARANGAN BERTARAF CEMERLANG TERCAPAI

Alhamdulillah, bersukur saya ke hadrat Illahi kerana selama empat bulan berada di SMK Seri Londang saya ternanti-nanti pelajar menghasilkan karangan  bertaraf A+ dan sama taraf dengan pelajar saya di SMKASAS 15 tahun dahulu, menjadi kenyataan. Memang saya dah maklumkan kepada pelajar saya, sesiapa yang menghasilkan karangan cemerlang saya akan paparkan karangan mereka ke dalam blog saya. Untuk makluman, pada hari Selasa, 25 Julai 2017, saya telah menggemparkan pelajar kelas 5 Sains dengan Ujian Karangan umum 1 dan saya mengarahkan pelajar untuk memilih soalan karangan Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2013, Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh. Arahan saya, siapkan soalan berkenaan dalam tiga masa mata pelajaran bahasa Melayu dan sesuai dengan peruntukkan masa untuk menjawab karangan umum iaitu selama 1. Cukup masa diberikan, saya akan kumpul karangan hasilan pelajar, sama ada mereka siap atau tidak. Rasionalnya, saya ingin melihat kesediaan pelajar untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan Daerah Perak Tengah pada 10 Ogos 2017.

Tahniah, saya ucapkan kepada Adik Muhammad Hafiz b. Khairuddin atas karangan yang anda hasilkan. Saya bangga kerana penantian selama empat bulan saya berada di SKM Seri Londang tercapai setelah saya mendedahkan kemahiran menghasilkan karangan cemerlang menggunakan Jadual Pengembangan Idea Untuk Perenggan Karangan.

TAJUK SOALAN DIPILIH SEPERTI DI BAWAH:-

 Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
 Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-
 menolong dalam kalangan ahli keluarga.




         Peringatan kepada Hafiz, jangan terlampau gembira dengan terbitnya karangan di atas di dalam blog saya. Saya buat semua ini atas janji saya, iaitu mana-mana karangan pelajar yang mencapai tahap cemerlang aan saya paparkan ke dalam blog, sama seperti saya lakukan terhadap karangan pelajar SMKASAS semenjak 15 tahun dahulu semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Banyak kriteria saya putuskan untuk menerbit karangan di atas, antaranya kerana suasana penulisan karangan di atas berlaku apabila saya maklumkan kepada pelajar kelas 5 Sains, penulisan pada hari bekenaan merupakan ujian. Kedua, saya menetapkan karangan umum di atas mesti dijawab mengikut masa peperiksaan. Oleh sebab itu, saya membuat tanggapan karangan ini hebat, dan sama taraf yang saya tekankan kepada pelajar SMKASAS dulu tetapi adakalanya saya ambil hasil kerja rumah mereka dan ada juga saya paparkan berdasarkan hasil penulisan selepas pelajar menjawab soalan peperiksaan.
         Walau bagaimanapun, banyak kriteria yang perlu Hafiz perbetulkan, pertama ejaan, kedua binaan ayat, dan ketiga, penyelitan unsur peribahasa dalam perenggan karangan. Jika ketiga-tiga kriteria ini diperbaik sudah pasti karangan Hafiz akan lebih baik atau akan mendapat markah solid A+. InsyaAllah saya akan bantu Hafiz dan pelajar lain. Sebagai usaha untuk memantapkan karangan 16 pelajar yang lain, saya memutuskan semua pelajar kecuali Hafiz perlu menyalin karangan di atas.

2 ulasan:

Efraym berkata...

Penulisan yang baik. Jika digilap dan diasah lebih lagi, pasti menghasilkan penulisan yang bermutu bukan sahaja untuk SPM. Malahan, untuk pengajian lebih tinggi ataupun kerjaya.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Alhamdulillah, saya baru bertukar ke SMK Seri Londang empat bulan yang lalu setelah 3 tahun bertugas di PPD sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, PPD Perak Tengah kerana menghadapi kanser usus. Selama empat bulan saya cuba dan berusaha untuk memantapkan penulisan pelajar kelas 5 Sains, dan akhirnya saya memperkenalkan Jadual Pengembangan Idea Karangan yang telah saya guna semasa mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah dengan beberapa penambahan jadual terutama Unsur Penulisan KBAT dalam karangan. Alhamdulilah saya dapati bukan sahaja pelajar kelas 5 Sains tetapi juga kelas 2A1. Untuk makluman Tuan, pelajar ini saya dapati mempunyai keistimewaan iaitu berfikir di luar kotak. Saya bersyukur kepada Allah, dengan munculnya pelajar ini, saya akan menjadikan beliau sebagai contoh dan membantu pelajar yang lain. Saya dapat ada beberapa aspek yang perlu beliau perbaik, tetapi tak banyak pertama ejaan, kedua binaan ayat dan ketiga, kebijaksanaan menyelit frasa menarik iaitu peribahasa contonhnya pada setiap perenggan. Saya mengucapkan terima kasih atas ulasan Tuan, kerana ulasan Tuan akan memandu saya untuk memantapkan penulisan anak murid saya. Terima kasih tuan atas ulasan yang bermakna kepada saya sebagai seorang pendidik. Saya juga mendoakan Tuan juga berjaya dalam tugasan. Aamiiin.