Sabtu, 1 Julai 2017

PANDUAN ATAU TIPS MENUKAR AYAT TUNGGAL KEPADA AYAT MAJMUK DAN AYAT MAJMUK KEPADA AYAT TUNGGAL.

Saya telah dihubungi oleh salah seorang pelajar saya kerana beliau tidak faham cara menukar atau mencerakinkan ayat tunggal kepada ayat majmuk atau menukar ayat majmuk kepada ayat tunggal. Oleh sebab itu, pada kali ini saya akan menjelaskan proses dan kemahiran berkenaan dengan harapan pelajar akan faham dengan tugasan berkenaan. InsyaAllah.

KEMAHIRAN MENUKAR AYAT TUNGGAL KEPADA AYAT MAJMUK / MENUKAR AYAT MAJMUK KEPADA AYAT TUNGGAL
Sebelum saya meneruskan perbincangan mengenai  kemahiran menukar ayat tunggal kepada ayat majmuk atau menukar ayat majmuk kepada ayat tunggal atau juga disebut sebagai mencerakinkan ayat, pelajar perlu mengetahui apa itu:-
                  i.   Ayat Tunggal?
Ayat tunggal juga disebut sebagai ayat selapis, ayat mudah, dan ayat pendek. Bagaimana kita dapat mengesan bahawa ayat tersebut ayat tunggal.  Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu prediket. Dalam Bahasa Melayu sekiranya sesuatu ayat tidak mempunyai pasangan berkenaan ayat tersebut disebut sebagai ayat tergantung.

Contoh ayat tunggal adalah seperti di bawah:-

Frasa Subjek
Frasa Prediket
Allahyarham Abd. Rahiman b. Abd. Rashid
ialah ayah saya


                ii.   Ayat Majmuk?
Ayat majmuk merubakan binaan ayat yang mengandungi satu subjek dan dua prediket, atau lebih. Binaan ayat majmuk juga boleh menganndungi dua subjek dan satu prediket.

Frasa Subjek
Frasa Prediket 1
Kata Hubung
Frasa Prediket 2
Hafiz
makan roti
dan
nasi

Cuba lihat ayat di atas, binaan ayat berkenaan mengandungi satu subjek dan dua prediket. Dalam kata lain, ayat di atas sebenar terdiri daripada dua ayat iaitu:-

                     i.            Hafiz makan roti.
                   ii.            Hafiz makan nasi.
Apabila dua ayat tunggal ini digabungkan menjadi ayat majmuk, penggunaan kata hubung dan digunakan dan terbinalah ayat majmuk seperti di dalam jadual.
Peringatan: Semasa binaan ayat majmuk, subjek Hafiz yang digunakan tidak diulang kerana sukjeknya orang yang sama.
Kemahiran ini amat penting dalam membina ayat semasa menjawab latihan rumusan kerana penggunaan ayat majmuk akan mengurangkan bilangan patah perkataan.


Tips atau panduan semasa menukar ayat tunggal kepada ayat majmuk atau menukar ayat majmuk kepada ayat tunggal.

Tips atau panduan semasa menukar ayat tunggal kepada ayat majmuk atau menukar ayat majmuk kepada ayat tunggal.

i.      Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.
ii.     Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.
iii.    Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.

                    a.   Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan
                                              sebagainya.

                    b.   Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka,
                                             walaupun ….namun dan lain-lain.

iv.    Perkataan yang sama tidak boleh ditulis semula kecuali ‘atau’ digunakan.
v.     Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.
vi.    Ayat baru boleh ditulis jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang
        berlainan daripada perkara yang sebelumnya.
vii.   Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan sesuai dengan arahan soalan.


CONTOH MENUKARKAN AYAT TUNGGAL  KEPADA AYAT MAJMUK
Contoh pertama:-
1.                   Ah Boon pergi ke pasar raya.
2.                   Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya.
3.                   Mereka membeli gula.
4.                   Mereka membeli ikan.

Ayat majmuk yang dibina atau dihasilkan berdasarkan ayat tunggal yang disenaraikan di atas.
       Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

Contoh kedua:-

      Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.

      Ayat majmuk dibina atau dihasilkan berdasarkan ayat tunggal yang disenaraikan di atas
      Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

Contoh ketiga:-

 Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
 Ayat majmuk dibina atau dihasilkan berdasarkan ayat tunggal yang disenaraikan di atas

        1.       Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur atau,
        2.       Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.


Contoh keempat:-

(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan
1.             Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2.             Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3.             Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

LATIHAN MENUKAR AYAT MAJMUK KEPADA AYAT TUNGGAL.
Contoh latihan ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Daerah Belaga, Sarawak)

Cuba cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksudnya.

           Golongan remaja memerlukan kasih sayang kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
Jawapan:-
1.       Golongan remaja memerlukan kasih sayang.
2.       Golongan remaja memerlukan ahli keluarga.
3.       Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
4.       Kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja.
5.       Ibu bapa perlu meluangkan masa  bersama-sama anak mereka.
6.       Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akaedmik mereka sentiasa cemerlang.




4 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu. Izin saya kongsikan ilmu ini.

Unknown berkata...

terima kasih ckgu.maklumat ini sangat membantu

Deen berkata...

Terima kasih, mohon kongsi ilmu ini.

Unknown berkata...

doakan sy berjaya untuk spm 2021 pada hari esok