Khamis, 20 Julai 2017

KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+ MENGGUNAKAN KAEDAH DAN PENDEKATAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN UNTUK PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PENUTUP.

Pelajar sering mengeluh kerana karangan yang dihasilkan tidak bermutu. Oleh sebab itu, saya telah memperkenalkan kaedah atau pendekatan mengarang menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan. Kaedah dan Pendekatan ini telah saya amalkan untuk membantu pelajar menghasilkan karangan Cemerlang Bertaraf A+ semenjak saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah, 15 tahun yang lalu.

   Dengan jadual pengembangan idea ini, pelajar akan dilatih untuk mengisi setiap ruangan jadual pengembangan idea agar kriteria karangan cemerlang yang dikehendaki pemeriksa diaplikasi pelajar semasa mengarang. Tambahan pula, saya dapati pelajar mengarang tanpa panduan, pada masa yang sama, binaan ayat kucar-kacir, tidak gramatis, tiada unsur KBAT yang ditekankan dewasa ini semasa mengarang, dan pelajar tidak memasukkan peribahasa atau frasa dan istilah menarik. Apabila pelajar menggunakan jadual pengembangan idea, isi karangan dapat dihurai dengan baik dan melahirkan kematangan semasa pelajar menghasilkan karangan.

     Jadual pengembangan idea karangan terbahagi kepada tiga fokus:-

  1. Pengembangan idea bahagian pengenalan karangan.
  2. Pengembangan idea bahagian isi karangan.
  3. Pengembangan idea bahagian penutup karangan.
    Pengembangan idea bahagian isi karangan bergantung kepada karangan yang perlu dihasilkan, sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan umum ( 5 isi ).

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA.

SILA RUJUK PENULISAN SAYA SEBELUM INI BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih.
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga…………………….
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar memulakan ayat pada ruangan jadual pengembangan idea.  Pelajar yang mahir mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan. InsyaAllah selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan pengenalannya akan berkembang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya diwarnai dengan bahasa yang menarik.

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Negaraku di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera Malaysia.
AYAT RANGSANGAN  2
Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat Malaysia sejati.
AYAT RANGSANGAN  3
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIK
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
AYAT RANGSANGAN
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol  Ann David,  Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBAT
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan surutnya.

Pada masa yang sama, pelajar perlu bijak menyelit istilah menarik:- contoh seyogia, cakna, gajet, mendominasi, dan sebagainya. ( Kemahiran ini akan diperoleh sekiranya pelajar rajin membaca yang akan memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata ).
Tanpa latihan yang kerap, pelajar sukar untuk mengaplikasi penghasilan karangan bertaraf A+ kerana, kaedah dan pendekatan ini memerlukan latihan yang berterusan. Siapa kata untuk mendapat markah A+ mudah...tetapi tidak mustahil diperoleh jika pelajar berusaha kerana usaha tangga kejayaan.

PENDEKATAN ATAU KAEDAH JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN BAHAGIAN PERENGGAN ISI KARANGAN (UMUM)

Pelajar perlu tahu, banyak markah tertumpu kepada bahagian isi dan menjadi penentu untuk pemeriksa memberi markah kepada pelajar sama ada A+, A, A-, B+, B, C+,C, D, E atau G.
Sekiranya karangan bahagian isi pelajar bermasalah, jangan harap dapat cemerlang A+, A, A-, justeru, pelajar perlu mahir mengembangkan idea pada bahagian perenggan ini, disamping mengelak melakukan kesalahan sama ada ejaan, tanda baca, dan binaan ayat. Kesalahan berkenaan akan menyebabkan impresion pemeriksa akan terkesan, impaknya markahpun turun.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  (UMUM)


TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT ISI:-
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )

AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG
DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI
AYAT  PENEGAS
TEGASKAN SEMULA ISI
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGU BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)


CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA



 Kata Kunci Isi
Pada hemat saya, antara langkah untuk  memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1
Hal ini demikian kerana,  dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.

Ayat huraian 2
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.


Ayat contoh
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur KBAT
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju.
Ayat Berunsur KBAT
Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik
Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut.
Ayat  penegas
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.


JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP:-

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
KETERANGAN
Ayat Penyimpul
Ayat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………

Ayat cadangan
Seyogia ……………..

Ayat cadangan
Oleh sebab itu, ……………………….
Ayat cadangan
Tambahan pula, …………………………..

Frasa menarik
Hal ni kerana …………………………………
Ayat harapan
InsyaAllah, sekiranya……………………………….



CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
KETERANGAN
Ayat Penyimpul
Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah tanggungjawab bersama.

Ayat cadangan
Seyogia sukan sememangnya alemen penting dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.

Ayat cadangan
Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Ayat cadangan
Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.

Frasa menarik
Hal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh biralah daripada rebungnya.

Ayat harapan
InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang sihat untuk membangunkan negara tercinta.


SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN KARANGAN A+

23 ulasan:

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Assalamualaikum dan selahmat sejahtera. Mohon jasa baik semua pelayar yang melayari blog Laman Bahasa Melayu SPM memberi komen tentang blog saya dan memberi cadangan agar blog ini lebih mantap. Mohon juga cadangan bahagian mana yang menjadi soalan Kertas Bahasa Melayu yang perlu saya fokus, maksudnya yang menjadi kegemaran anda. Terima kasih.

potongkayu berkata...

waalaikumussalam. kalau tidak keberatan, pecahan karangan cikgu kepada karangan cemerlang dan halus ( harapan lulus) yang menggunakan kosa kata mudah sesuai dengan tahap IQ pelajar kumpulan tersebut.
teruskan cikgu..pohon kongsi pahala cikgu kepada saya juga. hehehehe

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Waalaikumsalam, untuk makluman saudara setiap guru akan menghadapi cabaran untuk mendidik pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar Harapan Lulus ( Halus) termasuk saya. Saya juga mengalami situasi yang sama, pada awal penggal pertama sesi persekolahan 2018. Pada pendapat saya selagi pelajar boleh membaca dan menulis, mereka sebenarnya mampu menulis karangan tetapi situasi yang saya alami ialah pelajar kelompok ini mengalami sindrom tidak mahu membuat kerja atau latihan dan budaya malas telah menguasai diri mereka. Mereka tidak pernah mencuba untuk menjawab soalan sama ada kerja rumah sedangkan mereka mampu melakukannya. Oleh sebab itu, kebelakangan ini saya mulai bertegas, dan memberi perhatian kepada fokus menghasilkan soalan karangan berpandu dan rumusan kerana soalan bahagian ini banyak memberi markah, di samping saya juga memfokus kepada staregi menjawab soalan pamahaman 2 (a), 2 (b), selain soalan kemahiran berbahasa seperti soalan 3 (a), 3 (c), 3(d). Ketegasan saya mengajar mengubah personaliti saya dan saya amat risau pelajar membenci saya. Untuk makluman, saya juga mengajar kelas elit Ting 5, dan kelas sederhana , dan Kelas Halus Ting.4. Sebagai seorang pengidap kanser yang masih dalam rawatan, saya meminta pihak pentadbir sekolah menimbangkan pengagihan kelas saya, alhmadulillah pada minggu lepas, pihak petadbir telah membuat keputusan menggugurkan kelas Halus saya, dan saya menerima semula kelas elit tingkatan 3, yang telah saya asuh pada tahun lepas. Namun, dalam masa yang sama kelas halus berkenaan memohon saya tidak meninggalkan mereka kerana mereka suka cara saya mengajar. Saya juga perasan mereka telah mulai menghasilkan karangan dan rumusan, saya berikan. Sedih juga saya apabila suasana berkenaan berlaku. Untuk makluman saudara, sebagai guru kita perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan mengajar, walaupun sebelum ini saya mengajar di sekolah berasrama elit di daerah saya( SMKA Sultan Azlan Shah, sebelum menjadi menjadi Pen. PPD Bahasa dan kemudian diarahkan berpindak ke sekolah sekarang. Selain ikhlas mengajar dan bertindak tegas untuk mengubah budaya pelajar. Pada masa yang sama, saya teah dilantik sebagai Guru Kanan Bahasa berkuatkuasa pada 2/4/2018. Kesimpulannya, jika ada masa saya akan berkongsi kaedah mengajar pelajar halus, walaupun saya bukanah pakar sangat mengajar insan sebegini istimewa ini, tetapi demi tugas untuk mendidik anak bangsa saya telah cuba sedaya upaya untuk membantu mereka.Sebelum saya menamatkan coretan ini, kelas seperti ini memang mencabar minda saya sebagai seorang guru, tetapi berdasarkan 4 bulan saya mendidik mereka, saya sudah nampak ada perkembangan positif mereka. Saya mendoakan mereka akan berjaya, dan terima kasih juga saya ucapkan kepada pentadbir sekolah kerana tujuannya adalah untuk memastikan pelajar ini dapat menghadapi SPM 2019. Hubungi saya di alamat email mohdramsul@gmail.com untuk sebarang perbincangan.

Kalis berkata...

Tabik kpd guru yg rajin dan ikhlas membantu pelajar. Semoga dirahmati pahala .

Cikgu Ba berkata...

terima kasih cikgu, sampai saat ini... anak saya masih tahap E kertas percubaan spm bagi mata pelajaran bm.... saya akan cuba bantu anak saya melalui teknik yg cikgu berikan ini, doakan kejayaan anak saya dalam spm 2018.😥

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Tahniah saya ucapkan kepada puan kerana begitu prihatin terhadap pelajaran anak dan berusaha untuk membantu anak menguasai penulisan karangan. Tambahan pula SPM tidak lama lagi dan sehingga ke hari ini cuma tinggal 53 hari lagi masa berbaki. Saya berdoa semoga puan dapat membantu insan tersayang berkenaan. Sebagai makluman kaedah penulisan karangan berkenaan digunakan untuk menghasilkan karangan cemerlang atas. Semoga puan dapat membantu anak puan menghasilkan karangan cemerlang.

Unknown berkata...

Alhamdulillah byk membantu saya..trima kasih

Unknown berkata...

Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih di atas hasil kerja yang amat membanggakan dan cukup berguna bagi saya

Unknown berkata...

Terima kasih,cikgu.Blog ini InsyaAllah akan saya manfaatkannya.

Tanpa Nama berkata...

Jazakallah cikgu.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu

afif berkata...

Assalamualaikum..mohon izin kongsikan ilmu ini dengan murid - murid saya...terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu,
Mohon copy ya

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan kerana pada pendapat saya perkongsian ilmu amat digalakkan kerana setiap kali kita kongsikan ilmu, ilmu kita tidak akan berkurang kerana Allah akan menambah lagi ilmu yang kita ada. Aamiin

Unknown berkata...

Terima kasih atas inisiatif cg.sy mohon izin kongsikan ilmu ini dgn murid2 sy..TK...semoga Allah merahmati kerja buat cg..amin

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih. Mohon izin menggunakan kaedah ini utk ank murid sy

Cikgu Latifah berkata...

Terima kasih cikgu. Saya mohon izin untuk menggunakan bahan cikgu ini untuk anak-anak murid saya. Terima kasih cikgu

citinursyamimimohdhashim berkata...

Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu yang padat dan mudah difahami.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik Cikgu..terima kasih cikgu..doakan saya dlm SPM tahun depan bulan januari cikgu..

Elyana berkata...

Terima kasih cikgu. Jujur saya cakap perkongsian cikgu membantu saya menulis karangan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih,doakan saya dan calon spm 2020 yang lain agar dapat menghadapi percubaan peperiksaan bahasa Melayu esok dengan cemerlang amin.

Fafafarah berkata...

Terima kasih cg.ini sngd membantu