Rabu, 18 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.8 PETIKAN PEMAHAMAN SASTERA.

 

8    Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan

      4 danTingkatan 5.

 

(i)             Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

     Dia bingkas. Nafasnya turun naik. Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.

      Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin. Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang perempuan sedang menceceh-ceceh.

     Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?

                                                  Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya KhairuddinAyip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bagaimanakah keadaan di hospital ketika dia berada di situ?                                                       

                                                                                                            [4 markah]

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 (a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(b)  Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

 (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

 (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(e)  Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

 (f) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Silir Daksina karya Nizar Parman

(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

Tiada ulasan: