Isnin, 30 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SET 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah]

 Soalan 1 - Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama

SEREMBAN: Robot hasil ciptaan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Manaf bukan sahaja kreatif tetapi juga mempunyai elemen patriotik. Robot yang diberi nama Merdeka Rero Micro itu direka cipta sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Ahmad Manaf, Azrie Abu Talib, berkata rekaan berkenaan ialah cetusan idea murid sekolah itu sendiri sebelum ditambah baik guru penyelaras serta guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi. “Kami berpendapat, setiap kanak-kanak pasti suka akan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Dengan pelbagai kenderaan berhias yang cantik dan kenderaan berperisai yang kelihatan gagah daripada pasukan keselamatan, sememangnya akan membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Namun, pasti mereka akan berasa kecewa jika tidak berpeluang menyaksikannya. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan ciptaan ini. Penghasilan robot Merdeka Rero Micro telah membuktikan generasi sekarang mempunyai semangat cinta akan negara yang amat baik,” katanya ketika ditemui pihak kami.

(Dipetik dan diubah suai daripada

 ‘Murid Serlah Semangat Patriotik dalam Kreativiti Cipta Robot’

 oleh Ahmad Hasbi,

 Berita Harian, 3 September 2022)

[8 markah]

Kata Adjektif


Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:

 


   
    
 


  


Tiada ulasan: