8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah
berdasarkan teks novel Tingkatan 4 danTingkatan 5.
(i)
Baca
petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia bingkas. Nafasnya turun naik.
Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih
panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka
datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.
Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang
ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin.
Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum
sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu
ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang
perempuan sedang menceceh-ceceh.
Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke
sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke
sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?
Dipetik daripada
novel Songket Berbenang Emas
karya KhairuddinAyip,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagaimanakah keadaan di hospital
ketika dia berada di situ?
[4
markah]
Jawapan:-
Keadaan hospital Ketika dia berada di
sana ;-
i)
ruang menanti masih panjang
ii)
para pengunjung sepertinya menunggu dengan
wajah gelisah
iii)
persekitaran yang sepi
iv)
beberapa perempuan dengan perut memboyot
keluar masuk
v)
seorang lelaki berjalan dengan menggunakan
tongkat dan
ditemani olehseorang budak lelaki
vi)
seorang perempuan sedang menceceh-ceceh
Anda perlu menyenaikan 3 isi sahaja kerana isi cukup 3 isi bagi soalan yang memperuntukkan 4 markah.
(ii) Jawab soalan di bawah
berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin
(b) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib
(c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(e)
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani
karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan
simpati kepada pembaca.
[6 markah]
Jawapan:-
Novel
Jendela Menghadap Jalan |
Novel
Songket Berbenang Emas |
Peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di sebuah rumah
usang. Lili diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa dalam perjalanan
pulang dari pekan. Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang berhadapan
dengan penculik seorang diri. |
Peristiwa Dahlia keluar dari asramauntuk menjaga
adik-adiknya. Dahlia terpaksa keluar asrama kerana ibu bapanya dimasukkan
ke hospital. Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang sepatutnya |
Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya dipukul oleh Seman. Seman akan memukul isteri dan anak- anaknya jika dia mabuk
dan kalah judi. Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana
keluarga sepatutnya disayang |
Peristiwa Dahlia menerima fitnahdaripada Aton. Dahlia
difitnah sebagai perempuan tidak baik kerana Najib dan Azahari datang ke rumahnya. Pembaca bersimpati dengan nasib watakyang dituduh tanpa
usul periksa. |
Peristiwa perubatan tradisional yang diamalkan oleh Datuk
dipertikaikan oleh generasi muda. Danel melarang ayahnya daripada mendapatkan rawatan
daripada Datuk kerana perubatan tradisional dianggap tidak praktikal pada
masa ini. Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana
perjuangan memartabatkan perubatan tradisional tidak diterima lag |
Peristiwa kesusahan keluarga Dahlia. Keluarga Embong terpaksa berhutang dengan Tauke Lim
disebabkan kesusahan mereka. Pembaca bersimpati dengan nasib mereka yang dalam
kesempitan. |
Anda perlu menyenaraikan dua peristiwa
salah satu novel yang telah anda kaji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan