Selasa, 24 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.9 : RUMUSAN.

 BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

9  Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakanayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 

     Bahan 1

                               Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini.

                               Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pemandu Berhemah’

oleh NormahAhmad

Berita Harian, 2019

 











Tiada ulasan: