Ahad, 29 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah]

1.     Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk mantap. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

 KANGAR: Sebaik melangkah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, pasti timbul persoalan mengenai papan tanda ‘Seri Indera Mall’ yang kelihatan seperti pasar raya di dalam sekolah itu. ‘Seri Indera Mall’ merupakan satu konsep kerjasama antara pihak pentadbir, kakitangan sekolah dengan murid untuk mewujudkan suasana selesa, santai dan kondusif kepada semua warga sekolah. Pihak sekolah melaksanakan program ini sebagai satu inovasi dalam menunaikan tanggungjawab pembelajaran dan pembangunan intelek serta kemahiran murid.

 

‘Seri Indera Mall’ diwujudkan untuk menonjolkan ciri kebitaraan atau keunikan diri murid yang tidak hanya tertumpu kepada akademik, beritahu Guru Besar SK Seri Indera, Nor Sharmila Shaari. Katanya lagi, idea untuk menghasilkan Seri Indera Mall ini bermula setelah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman yang menyarankan sekolah-sekolah melakukan perubahan dalam suasana pembelajaran murid pada alaf ke-21 yang bertaraf antarabangsa.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘‘Pusat Beli-belah’ dalam Sekolah”

oleh Aizat Sharif

[8 markah]


NOTA BERKENAAN KATA MAJMUK MANTAP

        Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat beberapa kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menghafal dan mengingatkan kata majmuk mantap ini untuk memudahkan mengesan kesalahan ejaan ditulis secara rapat selain kata majmuk yang disenaraikan di bawah. Peringatan, hanya kata majmuk di atas ditulis rapat dan perkataan lain yang ditulis  seperti itu salah dan tidak ada dalam kamus perkataan bahasa Melayu.

 

           1.       antarabangsa

  2.       beritahu

  3.       bumiputera

  4.       jawatankuasa

  5.       kakitangan

  6.       kerjasama

  7.       olahraga

  8.       matahari

            9.       setiausaha

           10.      sukarela

           11.      suruhanjaya

           12.      tandatangan

           13.      tanggungjawab

           14.      warganegara

           15.      pesuruhjaya

           Anda boleh mengesan 4 kata majmuk mantap dalam petikan di atas menggunakan nota yang diberikan. Kata majmuk mantap tersebut di hitamkan pada petikan.

                Kemudian bina empat ayat menggunakan kata majmuk yang diperoleh.

                                                   

                 





Tiada ulasan: