Isnin, 16 Januari 2023

CONTOH JAWAPAN SOALAN 6, PEMAHAMAN PETIKAN UMUM, KERTAS BAHASA MELAYU 2, NEGERI KEDAH TAHUN 2022

 

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

6.       Baca bahan 1 dan bahan 2 di bawah dengan teliti, kemudian jawap soaan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

              

          Bahan 1.

          Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara.. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaaan dan sehingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan berkesan dan berjaya.

          Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Panduan antara pembangunan dengan kemajuan kemajuan kerohanian dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamadun manusia.

          Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat. Sebagai bangsa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua hal itu telah dilaksanakan secara berperingkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahasa Melayu  dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Kaum’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa 11 Februari 2022.

          Bahan 2

          Bahasa Melayu dalam era moden perlu dimaju dan diperkemaskan untuk menjadikannya  lebih relevan dalam pelbagai bidang saintifik agar mampu diterima oleh orang ramai.bahan dan buku yang berkaitan dengan teknologi maklumat terbaharu dan bahan saintifik terkini perlu  diperbanyakkan.

          Selain itu, usaha perancangan taraf dan korpus bahasa Melayu telah  berkembang pesat dan kini telah menjalankan fungsi sebagai bahasa ilmu yang menggalakkan perkongsian idea  sama ada secara bersemuka mahupun di ruang  maya. Dalam hal ini, kecintaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang  terdidik  sejak di sekolah rendah, menengah dan universiti terhadap bahasa Melayu perlu diperhebat dari masa ke masa. Keadaan ini mampu menjadikan bahasa Melayu bahasa pertuturan pada setiap hari dalam pelbagai acara dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam mengamalkan perpaduan.

Dipetik dan dubah suai darpada

‘Cabaran Terkini Bahasa Melayu Moden’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa, 14 Jun 2021

 

(i)               Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata secara berperingkat.

[ 2 markah ]

                   Jawapan:-

                   Rangkai kata secara berperingkat bermaksud dengan bertahap

                   Rangkai kata secara berperingkat bermaksud sedikit demi sedikit

                   Pilih salah satu.

Dalam kedua-dua bahan. Penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa Melayu.

 Apakah fungsi-fungsi tersebut?

 

[ 3 markah ]

Dalam kedua-dua bahan, penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa, antaranya bahasa mampu menjadi bahasa perpaduan negara dan masyarakat serta menggalakkan perkongsian idea sama ada secara bersemuka mahupun di ruang maya.

Pastikan isi daripada kedua-dua bahan 1 dan bahan 2 disenaraikan. Sebagai contoh:-

Bahan isi pertama:  i)  bahasa mampu menjadi bahasa                   

                                       perpaduan negara.

                                  ii) bahasa mampu menjadi bahasa                   

                                       perpaduan perpaduan masyarakat.

Bahan isi kedua :     i)  menggalakkan perkongsian idea sama        

                                       ada secara bersemuka mahupun di

                                       ruang maya.

Bermakna anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya satu isi daripada bahan pertama dan satu isi darpada bahan kedua. Contoh senaraikan isi salah satu isi bahan pertama ( isi i atau isi ii) dan satu lagi isi bahan kedua.

 

(ii)             Terdapat pelbagai Langkah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memastikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu terbentuk di dalam diri anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa?

[ 3 markah ]

Jawapan:-

Antara peranan ibu bapa :-

i)                   menjadi suri teladan kepada anak-anak.

ii)                membelikan buku bahasa Melayu.

iii)             menggalakkan anak-anak menyertai program bahasa Melayu / Persatuan Bahasa Melayu.

iv)              menonton filem berbahasa Melayu.

v)                menyediakan sudut bacaan di rumah.

         Pilih dua isi, kerana isi cukup untuk soalan tiga markah dua isi tetapi untuk selamat  senaraikan tiga isi.

 

(iii)   Salah seorang sahabat anda sering menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, anda ingin  menggalakkannya bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.

Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan.

[ 4 markah ]

Jawapan:-

Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan seperti:-

i)                   menasihatkan sahabat.

ii)                menghadiahkan buku bahasa Melayu.

iii)             mengajaknya menyertai program bahasa Melayu.

iv)    membimbing sahabat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

            Untuk soalan isi 4 markah, anda perlu menyenaraikan

            Sekurang-kurangnyanya 3 isi sahaja, kerana isi cukup 3 isi.

              SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Tiada ulasan: