Khamis, 26 Januari 2023

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.9 : RUMUSAN.

  BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakanayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 

     Bahan 1

                               Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini.

                               Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pemandu Berhemah’

oleh NormahAhmad

Berita Harian, 2019


                           Pendahuluan yang baik perlu mengandungi dua fokus iaitu punca dan 

                 cara  menangani kemalangan jalan raya. Contoh pendahuluan yang baik seperti

                 contoh pendahuluan P1 dengan markah penuh 2 markah. Sementara, 

                 pendahuluan P2 dan P3 hanya memperoleh 1 markah sahaja kerana fokus yang

                 disenaraikan hanya satu fokus sahaja.

                          Isi rumusan pula anda perlu  menjawab kehendak soalan, iaitu setiap isi 

                 dalam Bahan 1, Bahan 2, dan bahan 3 perlu ditulis dalam rumusan anda. Anda 

                boleh melihat jadual isi yang perlu ditulis dalam petikan rumusan anda, seperti 

                pada jadual di bawah.


                   Antara isi yang boleh anda pilih seperti isi yang disenaraikan di bawah. Cuma 

               anda perlu memastikan jumlah isi Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 tidak lebih 8 isi.

               Pastikan anda menulis petikan rumusan dengan ayat gramatis. Elakkan menulis isi 

               anda dalam bentuk poin.

                 




 


                     Kesimpulan rumusan yang baik  perlu ditulis seperti berikut:-

                     Kesimpulan,  ayat pandangan atau cadangan +  kata hubung (supaya/ agar) + 

                     kesannya/ ayat harapan.

                     Penulisan kesimpulan yang baik seperti K1 di bawah ( markah penuh / 2 markah )

                     Penulisan kesimpulan K2 kurang sempurna kerana tiada  kata hubung + kesannya / ayat 

                     harapan. ( markah 1 markah )



SELAMAT MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 & 2,
PEPERIKSAAN SPM 2022






 

 


Tiada ulasan: