Selasa, 31 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

                            BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata bantu. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.

       Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sudah memasuki tahun kedua diraikan dalam suasana pandemik. Masyarakat di negara kita berada dalam kegelisahan ekoran gejala COVID19 yang masih menular. Sebelum ini, usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan telah menyebabkan rakyat melalui pelbagai keperitan dan kesengsaraan dalam perjuangan bagi menentang penjajah. Terdapat rakyat yang berjuang dengan mengangkat senjata dan ada yang menggunakan ketajaman mata pena kerana mahu membebaskan negara daripada penjajah. Oleh itu, kita harus mempertahankan kemerdekaan demi generasi masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada

 ‘Warnai Kemerdekaan dengan Semangat Perjuangan’

oleh Shafry Salim

Utusan Online 27 Ogos 2021 [

8 markah]

Nota : Kata Bantu

 



Kata Bantu Aspek

Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.

Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk ragam.

i) Kata Bantu Aspek
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.

 


       Jawapannya: kata bantu yang terdapat dalam petikan dihitamkan perkataannya. 
       Anda boleh memilih empat daripada lima kata bantu yang disenaraikan.
  
        i)   sudah

       ii)   masih

      iii)   telah

      iv)   mahu

       v)   harus

     Anda perlu membina empat ayat menggunakan kata bantu yang telah anda pilih.

     i)  Ayah sudah berhenti  sebagai seorang anggota keselamatan dua tahun yang lepas.

    ii)  Siti masih belum menerima pinangan pemuda itu untuk menjadi isterinya.

   iii)  Razak telah meninggal dunia dua tahun yang lepas.

   iv)  Emak mahu Siti menerima tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang ditawarkan
          oleh pihak kerajaan.


Isnin, 30 Januari 2023

JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SET 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

                                 BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah]

 Soalan 1 - Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama

SEREMBAN: Robot hasil ciptaan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Manaf bukan sahaja kreatif tetapi juga mempunyai elemen patriotik. Robot yang diberi nama Merdeka Rero Micro itu direka cipta sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Ahmad Manaf, Azrie Abu Talib, berkata rekaan berkenaan ialah cetusan idea murid sekolah itu sendiri sebelum ditambah baik guru penyelaras serta guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi. “Kami berpendapat, setiap kanak-kanak pasti suka akan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Dengan pelbagai kenderaan berhias yang cantik dan kenderaan berperisai yang kelihatan gagah daripada pasukan keselamatan, sememangnya akan membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Namun, pasti mereka akan berasa kecewa jika tidak berpeluang menyaksikannya. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan ciptaan ini. Penghasilan robot Merdeka Rero Micro telah membuktikan generasi sekarang mempunyai semangat cinta akan negara yang amat baik,” katanya ketika ditemui pihak kami.

(Dipetik dan diubah suai daripada

 ‘Murid Serlah Semangat Patriotik dalam Kreativiti Cipta Robot’

 oleh Ahmad Hasbi,

 Berita Harian, 3 September 2022)

[8 markah]

Kata Adjektif


Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:

 


   
    Jawapan, pilih  empat kata adjektif perasaan dari kata adjektif perasaan yang 
    dihitamkan pada petikan soalan.
 
    i)   suka
  
   ii)   gembira

  iii)   kecewa
 
   iv)  cinta

   v)   meriah

  Anda perlu membina empat ayat menggunakan kata adjektif perasaan yang anda 
  peroleh.

  i)     Saya sangat suka  cara Cikgu Muhammad mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di 
          dalam kelas.

 ii)     Saya amat gembira kerana dapat menyertai pertandingan hoki peringkat daerah.

iii)    ........................................................................................................................................

iv)    ........................................................................................................................................
 


  


SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SET 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah]

 Soalan 1 - Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama

SEREMBAN: Robot hasil ciptaan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Manaf bukan sahaja kreatif tetapi juga mempunyai elemen patriotik. Robot yang diberi nama Merdeka Rero Micro itu direka cipta sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Ahmad Manaf, Azrie Abu Talib, berkata rekaan berkenaan ialah cetusan idea murid sekolah itu sendiri sebelum ditambah baik guru penyelaras serta guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi. “Kami berpendapat, setiap kanak-kanak pasti suka akan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Dengan pelbagai kenderaan berhias yang cantik dan kenderaan berperisai yang kelihatan gagah daripada pasukan keselamatan, sememangnya akan membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Namun, pasti mereka akan berasa kecewa jika tidak berpeluang menyaksikannya. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan ciptaan ini. Penghasilan robot Merdeka Rero Micro telah membuktikan generasi sekarang mempunyai semangat cinta akan negara yang amat baik,” katanya ketika ditemui pihak kami.

(Dipetik dan diubah suai daripada

 ‘Murid Serlah Semangat Patriotik dalam Kreativiti Cipta Robot’

 oleh Ahmad Hasbi,

 Berita Harian, 3 September 2022)

[8 markah]

Kata Adjektif


Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:

 


   
    
 


  


SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)


Nota berkenaan Kata Hubung


Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan

 


Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.


Contoh:


1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.

 


Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         
Ayat utama                              Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1.    Kata hubung pancangan relatif
2.    Kata hubung pancangan komplemen
3.    Kata hubung pancangan keterangan

           Jawapannya, pilih empat kata hubung seperti di bawah.:-

          i)   yang

         ii)   atau

        iii)   dan

        iv)   bahawa

         v)   kerana

        

          Kemudian, bina empat ayat menggunakan setiap kata hubung yang anda pilih.


Ahad, 29 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah]

1.     Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk mantap. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

 KANGAR: Sebaik melangkah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, pasti timbul persoalan mengenai papan tanda ‘Seri Indera Mall’ yang kelihatan seperti pasar raya di dalam sekolah itu. ‘Seri Indera Mall’ merupakan satu konsep kerjasama antara pihak pentadbir, kakitangan sekolah dengan murid untuk mewujudkan suasana selesa, santai dan kondusif kepada semua warga sekolah. Pihak sekolah melaksanakan program ini sebagai satu inovasi dalam menunaikan tanggungjawab pembelajaran dan pembangunan intelek serta kemahiran murid.

 

‘Seri Indera Mall’ diwujudkan untuk menonjolkan ciri kebitaraan atau keunikan diri murid yang tidak hanya tertumpu kepada akademik, beritahu Guru Besar SK Seri Indera, Nor Sharmila Shaari. Katanya lagi, idea untuk menghasilkan Seri Indera Mall ini bermula setelah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman yang menyarankan sekolah-sekolah melakukan perubahan dalam suasana pembelajaran murid pada alaf ke-21 yang bertaraf antarabangsa.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘‘Pusat Beli-belah’ dalam Sekolah”

oleh Aizat Sharif

[8 markah]


NOTA BERKENAAN KATA MAJMUK MANTAP

        Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat beberapa kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menghafal dan mengingatkan kata majmuk mantap ini untuk memudahkan mengesan kesalahan ejaan ditulis secara rapat selain kata majmuk yang disenaraikan di bawah. Peringatan, hanya kata majmuk di atas ditulis rapat dan perkataan lain yang ditulis  seperti itu salah dan tidak ada dalam kamus perkataan bahasa Melayu.

 

           1.       antarabangsa

  2.       beritahu

  3.       bumiputera

  4.       jawatankuasa

  5.       kakitangan

  6.       kerjasama

  7.       olahraga

  8.       matahari

            9.       setiausaha

           10.      sukarela

           11.      suruhanjaya

           12.      tandatangan

           13.      tanggungjawab

           14.      warganegara

           15.      pesuruhjaya

           Anda boleh mengesan 4 kata majmuk mantap dalam petikan di atas menggunakan nota yang diberikan. Kata majmuk mantap tersebut di hitamkan pada petikan.

                Kemudian bina empat ayat menggunakan kata majmuk yang diperoleh.

                                                   

                 





Jumaat, 27 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : SINTAKSIK (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)


              Format soalan di atas telah ditanya dalam peperiksaan SPM 2021 berfomat KSSM. 
             Oleh sebab itu abaikan soalan jenis mengesan jenis Frasa Nama,Frasa Kerja, Fasa 
             Adjektif, Frasa Sendi nama

HARAP MAKLUM

            

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 



BAHAGIAN A – SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

              Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkanpotensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaiankemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

                                                                                                   Dipetik dan diubah suai daripada

Pendidikan di Malaysia

Berita Harian, 2021

[8 markah]

Nota kata terbitan:-

          





           Anda boleh memilih 4 kata nama terbitan yang terdapat di 
        bawah:-
         
         1. pendidikan 
        2. pencapaian
        3. keseimbangan 
        4. kecemerlangan
        5. kepelbagaian 
        6. kemahiran
        7. kerajaan


          Kata terbitan:-

            i)......................................................................

           ii) ....................................................................

          iii) ....................................................................

          iv) ....................................................................


            Binaan empat ayat  berdasarkan 4 ayat anda pilih di atas:

            i) ...........................................................................................

            ...........................................................................................

        ii) ..........................................................................................

             .........................................................................................

      iii)  .........................................................................................

             ........................................................................................

Khamis, 26 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

 


BAHAGIAN A – SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

              Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkanpotensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaiankemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

                                                                                                   Dipetik dan diubah suai daripada

Pendidikan di Malaysia

Berita Harian, 2021

[8 markah]

Nota kata terbitan:-

          





        
          Kata terbitan:-

            i)......................................................................

           ii) ....................................................................

          iii) ....................................................................

          iv) ....................................................................


            Binaan ayat :

             i) ........................................................................................................................

               ........................................................................................................................

           ii) .......................................................................................................................

               .......................................................................................................................

          iii) .......................................................................................................................

                ......................................................................................................................

          iv) ......................................................................................................................

               ......................................................................................................................


    


 

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.9 : RUMUSAN.

  BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakanayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 

     Bahan 1

                               Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini.

                               Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pemandu Berhemah’

oleh NormahAhmad

Berita Harian, 2019


                           Pendahuluan yang baik perlu mengandungi dua fokus iaitu punca dan 

                 cara  menangani kemalangan jalan raya. Contoh pendahuluan yang baik seperti

                 contoh pendahuluan P1 dengan markah penuh 2 markah. Sementara, 

                 pendahuluan P2 dan P3 hanya memperoleh 1 markah sahaja kerana fokus yang

                 disenaraikan hanya satu fokus sahaja.

                          Isi rumusan pula anda perlu  menjawab kehendak soalan, iaitu setiap isi 

                 dalam Bahan 1, Bahan 2, dan bahan 3 perlu ditulis dalam rumusan anda. Anda 

                boleh melihat jadual isi yang perlu ditulis dalam petikan rumusan anda, seperti 

                pada jadual di bawah.


                   Antara isi yang boleh anda pilih seperti isi yang disenaraikan di bawah. Cuma 

               anda perlu memastikan jumlah isi Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 tidak lebih 8 isi.

               Pastikan anda menulis petikan rumusan dengan ayat gramatis. Elakkan menulis isi 

               anda dalam bentuk poin.

                 




 


                     Kesimpulan rumusan yang baik  perlu ditulis seperti berikut:-

                     Kesimpulan,  ayat pandangan atau cadangan +  kata hubung (supaya/ agar) + 

                     kesannya/ ayat harapan.

                     Penulisan kesimpulan yang baik seperti K1 di bawah ( markah penuh / 2 markah )

                     Penulisan kesimpulan K2 kurang sempurna kerana tiada  kata hubung + kesannya / ayat 

                     harapan. ( markah 1 markah )



SELAMAT MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 & 2,
PEPERIKSAAN SPM 2022






 

 


Selasa, 24 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.9 : RUMUSAN.

 BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

9  Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakanayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 

     Bahan 1

                               Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini.

                               Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pemandu Berhemah’

oleh NormahAhmad

Berita Harian, 2019

 











Khamis, 19 Januari 2023

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.8 PETIKAN PEMAHAMAN SASTERA.

 

8   Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel                    Tingkatan 4 danTingkatan 5.

 

(i)                Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

     Dia bingkas. Nafasnya turun naik. Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.

      Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin. Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang perempuan sedang menceceh-ceceh.

     Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?

                                                  Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya KhairuddinAyip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bagaimanakah keadaan di hospital ketika dia berada di situ?                                                       

                                                                                                               [4 markah]

 

Jawapan:-

Keadaan hospital Ketika dia berada di sana ;-

i)                    ruang menanti masih panjang

ii)                  para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah

iii)                persekitaran yang sepi

iv)                beberapa perempuan dengan perut memboyot keluar masuk

v)                  seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat dan  

 ditemani olehseorang budak lelaki

vi)                seorang perempuan sedang menceceh-ceceh

                 Anda perlu menyenaikan 3 isi sahaja kerana isi cukup 3 isi bagi                                   soalan yang memperuntukkan 4 markah.

 

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 (a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(b)  Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

 (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

 (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(e)  Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

 (f)  Tirani karya Beb Sabariah

(g)  Silir Daksina karya Nizar Parman

(h)  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

 

Jawapan:-

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Songket Berbenang Emas

Peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di sebuah rumah usang.

Lili diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa dalam perjalanan pulang dari pekan.

Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang berhadapan dengan penculik seorang diri.

Peristiwa Dahlia keluar dari asramauntuk menjaga adik-adiknya.

Dahlia terpaksa keluar asrama kerana ibu bapanya dimasukkan ke hospital.

Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang sepatutnya

Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya dipukul oleh Seman.

Seman akan memukul isteri dan anak- anaknya jika dia mabuk dan kalah judi.

Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana keluarga sepatutnya disayang

Peristiwa Dahlia menerima fitnahdaripada Aton. Dahlia difitnah sebagai perempuan tidak baik kerana Najib dan Azahari datang ke rumahnya.

Pembaca bersimpati dengan nasib watakyang dituduh tanpa usul periksa.

Peristiwa perubatan tradisional yang diamalkan oleh Datuk dipertikaikan oleh generasi muda.

Danel melarang ayahnya daripada mendapatkan rawatan daripada Datuk kerana perubatan tradisional dianggap tidak praktikal pada masa ini.

Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana perjuangan memartabatkan perubatan tradisional tidak diterima lag

Peristiwa kesusahan keluarga Dahlia.

Keluarga Embong terpaksa berhutang dengan Tauke Lim disebabkan kesusahan mereka.

Pembaca bersimpati dengan nasib mereka yang dalam kesempitan.

 

Anda perlu menyenaraikan dua peristiwa salah satu novel yang telah anda kaji.