Bermula dari tahun 2021, soalan komsas dalam kertas Bahasa Melayu
SPM telah berubah selaras dengan pelaksanaan KSSM. Antologi yang dipelajari
hanya boleh menjadi rujukan sahaja dan tidak menjadi bahan peperiksaan secara
langsung. Petikan sastera akan diambil daripada pelbagai karya sastera. Oleh
itu calon dan guru perlu mengambil perhatian akan hal ini.Berikut ada beberapa
petua atau sedikit nasihat hendak dikongsi bersama semoga dapat memberikan
manfaat kepada murid dan guru serakan.
Petua 1 Pengetahuan komsas nampaknya tidak diuji lagi, seperti
persoalan, nilai, pengajaran, gaya bahasa, teknik plot dan sebagainya. Oleh itu
, Murid tidak perlu menghafaz maklumat-maklumat itu ketika menghadapi
peperiksaan nanti.
Petua 2 Walaupun petikan puisi moden dan klasik serta prosa moden
(mungkin termasuk prosa tradisional) mungkin tidak pernah diajar di dalam
kelas, murid tidak patut panik dan mengambil tumpuan kepada tema bahan-bahan
yang diuji itu. Bahan-bahan petikan sastera yang diuji itu pasti mempunyai tema
yang hampir sama, seperti isu pencemaran, patriotik, perjuangan
kemerdekaan, warga tua, masalah keluarga, perpaduan dan lain-lain lagi. Oleh
itu, cikgu bercadang agar murid membaca soalan-soalan KBAT dahulu, iaitu (iii)
dan (iv) untuk mengetahui tema yang hendak diuji lalu membaca petikan-petikan
sasatera itu dan menjawab soalan (i) dan (ii).
Petua 3 Terserlah markah dalam soalan KBAT (7 markah) lebih banyak
daripada soalan pemahaman petikan (5 markah). Oleh itu, murid perlu berlatih
untuk membincang, menghuraikan, menganalisis dan mengesyorkan pendapat dalam
pelbagai isu semasa untuk menajamkan pemikiran dan berupaya untuk mengemukakan
idea yang bernas dan betul serta rasional.
Semoga nasihat yang hendak saya kongsi bersama dapat memberikan
manfaat kepada para murid Tingkatan 4 tahun 2020 dan rakan setugas yang sibuk
menghadapi PdP yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sajak
: Aku Membaca lagi
membaca
langit
ku
mendongak lagi
di
dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan
ranting terkulai
daun-daun
berguguran
helai
demi helai
di lantai
tanah airku yang makmur.
Petikan 2
Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras
buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main
air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi
menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.
Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi bagitu
sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padipun kecut di dalam sawah.
Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi
banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja.
Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa
kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong
langsung.
Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke
Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di
penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air
ke atas.
(Dipetik
daripada cerpen Ibu dan Ceper oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berdasarkan bahan 1, apakah yang telah berlaku seperti yang digambarkan oleh
penyajak? [2 markah]
Jawapan:-
Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba
memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar
apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan
keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak
mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa
Melayu.
(ii)Berdasarkan bahan 2, Apakah yang telah terjadi kepada Ceper? [3 markah]
Jawapan:-
Apa yang telah berlaku kepada Ceper ialah:-
i) Sungai Ceper semakin kering menyebabkan ikan-ikan yang hidup di
dalamnya mati.
ii) Ceper yang kekeringan menyebabkan sungai semakin busuk kerana najis
tidak boleh mengalir.
iii)Ceper yang selama ini menjadi tempat masyarakat sekitar dan ibu
mendapatkan air dan untuk mandi sudah tidak berfungsi lagi.
iv)Ceper semakin cangkat menyebabkan bahagian hilir sungai semakin
kering.
v) padi yang sudah matang hidup di sawah mati kerana kekurangan air.
vi)Ibu juga tidak pergi ke Ceper lagi dan menggunakan perigi untuk
mendapatkan air.
(iii)Negara
kita semakin maju, tetapi masalah alam sekitar semakin menjadi-jadi. Pada
pendapat anda, apakah punca masalah pencemaran semakin menjadi-jadi? [3
markah]
Jawapan:-
Masalah pencemaran semakin menjadi-jadi kerana:-
i) Sikap mengambil mudah sesetengah pengguna dengan membuang sampah
di merata-rata tempat.
ii) Masyarakat tidak ambil peduli langkah-langkah kerajaan untuk mengelakkan
pencemaran berlaku kerana kepentingan diri.
iii) Kerajaan dan pihak penguatkuasaan undang-undang tidak mengenakan
hukuman dan penalti yang tinggi kepada masyarakat yang mencemarkan
alam sekitar.
iv) kerajaan tidak menguar-uarkan usaha mengelakkan pencemaran alam sekitar
di media eletronik dan media cetak.
v) Kerajaan tidak menjalanlankan kempen mengelak pencemaran alam sekitar.
(iv)Pelbagai
kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar telah dilancarkan tetapi
pelbagai pencemaran masih berleluasa. Pada pendapat anda, apakah yang patut
dilakukan untuk mengelakkan fenomena yang diceritakan dalam kedua-dua bahan
tersebut? [4
markah]
Jawapan:-
i) Setiap ahli masyarakat perlu akur bahawa tugasan dan tanggungjawab
menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama-sama.
ii) Masyarakat juga perlu berkejasama untuk menjaga persekitaran alam sekitar
kerana tanpa kerjasama sudah pastika persekitaran alam sekitar sukar dijaga.
iii) Pendidikan awal tentang peri pentingnya menjaga persekitaran alam sekitar
perlu diterapkan di sekolah.
iv) Pihak penguatkuasaan perlu bersikap tegas kepada individu dan masyarakat
yang gagal menjalankan tanggungjawab menjaga alam sekitar supaya alam
sekitar agar sentiasa lestari.
v) Pihak kerajaan sentiasa mengubal undang-undang dengan hukuman yang
tegas agar masyarakat takut melakukan perbuatan yang boleh merosakkan
persekitaran alam sekitar.
vi) Pihak kerajaan juga perlu mengenakan hukuman dengan denda yang tinggi
agar masyarakat takut untuk mencemarkan alam sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan