Soalan 6 : Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Bahan 1
Media sosial
merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada
masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan
kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini. Keupayaan
rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan media
sosial sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral
secara talian terus.
Di samping itu, media
sosial juga digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di
sesetengah negara. Malah, penerbit buku diseluruh dunia mempersoalkan
pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Kebimbangan terhadap
media sosial turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan
dalam transaksi talian terus. Media sosial menjadikan sempadan geografi semakin
tidak jelas. Media sosial sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari
hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
bagi memerangi penyalahgunaan media sosial.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Pengunaan Internet : Kesan kepada Pengguna’
Oleh Salmah Ali,
Majalah Siswa, Jun 2012
Bahan
2
Walaupun media sosial
banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian
oleh golongan remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran
berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang bebilang
kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Selain itu, media
sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa
dengan mengabaikan pelajaran.
Disamping itu, media
sosial menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif
seperi melihat gambar dan video lucah. Dalam aspek keselamatan negara, media
sosial kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi
rahsia negara diperkatakan di dalam laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu
memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin.
Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat
peribadi media sosial untuk tujuan menipu.
Dipetik dan diubah suai daripada
rencana ‘Berita Palsu Musuh Negara’
oleh CMCF
Dewan Siswa, April 2018
(i)
Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai
kata sering dijadikan wahana.
[2 markah]
Jawapan: Rangkai kata sering dijadikan wahana bermaksud kerap
dijadikan saluran / perantaraan.
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan
persamaan dan perbezaan kesan buruk penggunaan media sosial kepada masyarakat.
[4 markah]
Jawapan
: Persamaan kesan buruk media sosial yang terdapat dalam bahan 1
dan
2 ialah:-
i) sebagai alat penyebaran bahan yang tidak
bermoral serta penyebaran
berita palsu
secara berleluasa.
ii) sering mencabar amalan budaya dan moral masyarakat,
iii) mewujudkan ketidaktentuan
ekonomi
: Perbezaan kesan buruk media sosial yang
terdapat dalam bahan 1 dan 2 ialah :
i) mendorong
golongan muda menjadi lalai dan membuang masa dengan
mengabaikan pelajaran.
ii
penggodam mencuri maklumat peribadi media sosial untuk tujuan
menipu.
iii)
menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah
negara.
iv) menjadikan sempadan geografi
semakin tidak jelas.
** Senaraikan 4 isi sahaja,
iaitu dua persamaan dan dua perbezaan.
(iii) Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuite
dan We Are Social, jumlah penggunaan Internet di negara ini menunjukkan
peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk
Malaysia. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin taasub
dengan media sosial dan menjadi fokus utama dalam kalangan remaja hari ini.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab remaja menggemari media
sosial?
[3 markah]
Jawapan:-
Remaja menggemari media sosial kerana:
i) beranggapan media
sosial mampu mencari kenalan baru.
ii)
media sosial dianggap sebagai sumber hiburan.
iii)
media sosial dianggap sebagai sumber maklumat.
iv) media sosial sebagai penyebar maklumat yang murah.
(iv) Penggunaan media sosial seperti Facebook,
Twitter dan WhatsApp mendapat perhatian masyarakat di negara
kita. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara
negatif di sebaliknya. Cadangkan langkah-langkah mengawal penggunaan
media sosial dalam kalangan masyarakat.
[4 markah]
Langkah-langkah
mengawal penggunaan media sosial:-
i) pengguna sendiri perlu mengawal diri dengan mengurangkan penggunaan media
sosial dalam kehidupan.
ii) kerajaan
menentukan tahap umur tertentu untuk pemilikan media sosial.
iii) ibu bapa perlu mengawal pengunaan media sosial
dalam kalangan anak-anak.
iv) Malaysian Communication And Multimedia
Commission (MCMC) perlu
menguatkuasakan undang-undang yang ketat
kepada pengguna media sosial.
iv)
kerajaan perlu mengetatkan kawalan
penggunaaan internet dengan menggubal
iiv) mengenakan hukuman yang berat kepada pengguna yang menyalahgunakan media
sosial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan