Syahadan lalu berkhabar Sultan Muhammad Zainuddin, “Jikalu ada ampun serta kurnia suka reda Seri Paduka Kakanda, adinda hendak membawa pulang ke Matan, Seri Paduka Adinda Ratu serta dengan anak laki-laki dan perempuan sekaiannya.
Maka dijawab oleh Sultan Banjar,
“Baiklah itu sahaja, ada yang sudah berlaki,
ada yang sudah berbini dengan
orang Banjar itu.”
(dipetik daripada Hikayat Opu Daeng
Menambun dalam buku antologi Dirgahayu Bahasa m.s. 86)
Jawapan:
Selanjutnya, Sultan Muhammad Zainuddin pun bertitah “Jika mendapat
kurnia dan ampun daripada Seri Paduka Kakanda, adinda hendak membawa
Seri Paduka Adinda Ratu dan semua anak lelaki dan perempuan untuk pulang ke
Matan.“
Sultan Banjar
pun bertitah, “Baiklah perkara itu, apatah lagi ada pula sudah bersuami dan
beristeri dengan orang Banjar itu.“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan