Soalan 5
: PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan dua
peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan
rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji
untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata
orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.
Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang
boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Sumber : Internet
4 markah
Jawapan:-
1. Musuh dalam selimut.
2. Nasi telah menjadi bubur/ menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada
berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan