Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mata Farid dan Amin tertumpu pada skrin di hadapan wanita yang
kini menjengilkan mata pada mereka. Jelas kelihatan gelombang keluar dan masuk
di situ. Bacaan dikutip daripada peranti pemancar dan penerima yang dibangunkan
oleh wanita itu sejak bertahun-tahun. Padanlah dia terlebih gembira. Hari ini
usahanya sudah membuahkan hasil.
“Kita sudah jumpa frekuansi yang betul. Aku tidak perlu wayar
atau gentian untuk menguasai Farisha,” nadanya berbaur bangga. Kedua-dua
tangannya dijulang tinggi ke udara, tanda kemenangan. “Hari ini aku sudah
membuktikan bahawa aku lebih hebat daripada lelaki itu!”
“Mengapa puan perlu menguasai Farisha? Bukankah dia anak puan?”
Persoalan itu sudah lama berputar-putar dalam minda Farid. Sejak hari pertama
dia bekerja dan juga sejak kali pertama wanita separuh gila itu mengarahkan dia
untuk menjejak Farisha.
Dipetik daripada
Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor
Kemeterian Pendidikan Malaysia
( i
) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan ‘aku’ berasa gembira?
[4
markah]
Jawapan:-
‘Aku’
berasa gembira kerana:-
i) ‘aku’
atau wanita berkenaan mencipta peranti pemancar dan penerima
yang dibangunkannya sejak
bertahun-tahun.
ii) kelihatan gelombang keluar dan masuk di peranti
pemancar dan
penerima ciptaannya.
iii) mereka
telah menjumpai frekuansi yang betul.
iv) ‘aku’
tidak perlu wayar atau gentian untuk menguasai Farisha.
v) hari ini aku sudah membuktikan bahawa aku
lebih hebat daripada lelaki
itu
(ii)
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(a) Leftenan
Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di
Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruzaini Matdarin
(d) Pantai
Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
memaparkan nilai keberanian dalam novel.
[6 markah]
Jawapan:-
Berdasarkan
novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan dua
peristiwa yang memaparkan nilai keberanian iaitu peristiwa Lili, Danel, dan
Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang sensitif dihadapi oleh masyarakat Islam Kampung Sentosa kerana mereka menganggap menyelesaikan masalah kubah surau berkenaan merupakan tanggungjawab mereka. Mereka berani mencampuri hal
ehwal agama terutama Geetha yang bukan beragama Islam tetapi terlibat sama
dalam usaha menyelesaikan konflik sensitif kubah surau di Kampung Sentosa bersama-sama rakan-rakannya Danel dan Lili.
Selain
itu, peristiwa Danel memberanikan diri menyelamatkan Lili yang telah diculik oleh
Rafik dan Haziq mengambarkan keberanian Danel. Kemungkinan, usaha untuk menyelamat Lili boleh menyebabkan nyawa Danel terancam kerana kedua-dua adik-beradik berkenaan menghadapi masalah keluarga. Namun, Danel terus menyelamatkan Lili dari diculik Rafik dan Haziq dan akhirnya Lili dapat diselamatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan