JAWAPAN KARANGAN PELAJAR TERBAIK , LATIHAN KARANGAN PECUTAN AKHIR SPM SMK SERI LODANG
HARI : RABU TARIKH LATIHAN 12/9/2017
NAMA PELAJAR : MUHAMMAMAD AFIF B. MOHAMED MAHALI
KELAS : 5 SAINS.
SAYA MEMOHON PELAJAR KELAS 5 SAINS BERUSAHA MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+, WALAUPUN SUKAR TETAPI USAHA PERLU DIPERTINGKAT KERANA ANDA SEDANG BERADA PADA FASA KETIGA, PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017.
SEBAGAIMANA SAYA TULIS SEBELUM INI, ANDA SEPATUTNYA MENGANDAIKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG ALTET PECUT NEGARA, SEDANG BELARI BERHAMPIRAN GARISAN AKHIR PERTANDINGAN, JUSTERU, LARIAN ANDA PERLU DALAM 'GEAR' PECUTAN, BUKAN BERJALAN, APATAH LAGI MERANGKAK. TUGAS SAYA SEBAGAI SEORANG GURU AKAN SENTIASA MEMASTIKAN ANDA SENTIASA BERADA DALAM SITUASI PECUTAN, KALAU KALAU ANDA JATUH, SAYA AKAN BANGUNKAN, KALAU ANDA TERSALAH JALAN, SAYA BETULKAN JALAN ANDA. KALAU ANDA TERDUDUK SAYA DIRIKAN, KALAU ANDA SAKIT SAYA UBATKAN, KALAU ANDA BERMASALAH SAYA SELESAIKAN MASALAH ANDA. KESIMPULANNYA, KITA PERLU BERTINDAK SEDERAP, MEMASTIKAN HALA TUJU ANDA KE ARAH KECEMERLANGAN, KECEMERLANGAN YANG DIHARAPKAN DAPAT DIREALISASIKAN BUKAN SEKADAR KHAYALAN.
INGAT, KALAU ANDA BERUSAHA, ANDA AKAN BERJAYA.
INGAT, KALAU ANDA BERUSAHA, ANDA AKAN BERJAYA.
SAYA BERHARAP, AKAN ADA KARANGAN TERBAIK PELAJAR KELAS 5 SAINS LAIN YANG BOLEH SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI. ITU JANJI SAYA DARI DULU LAGI. INSNYAAALAH.
Pengolahan idea, penggunaan bahasa yang baik seperti menyelitkan peribahasa sesuai, dan pengaplikasian unsur KBAT memantapkan perenggan pengenalan Afif. Semuanya berlaku kerana pelajar ini mengaplikasikan kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan yang disarankan. Impaknya, Afif berjaya menghasilkan bahagian perenggan pengenalan yang hebat. Tahniah Afif, anda membuktikan anda boleh dan mampu menghasilkan karangan bertaraf A+. Cuma tingkatkan penggunaan istilah sesuai dengan laras bahasa multimedia kerana ini akan memantapkan lagi pengenalan di atas dan untuk perenggan-perenggan seterusnya. Antara istilah dan frasa menarik berkaitan penulisan laras mutimedia ini seperti istilah memuat turun, memuat naik bahan, mesin 'scan' membolehkan bahan penulisan diselitkan menggunakan resolusi gambar jpg ke dalam blog atau perisian 'word', istilah lain seperti 'whatapss', 'mesegger' , telegram untuk komunikasi dengan rakan-rakan dalam alam siber dan pelbagai lagi istilah yang terdapat semasa menggunakan gajet canggih berkomunikasi di alam siber. Gunakan dan selitkan istilah berkenaan semasa mengarang.
Pada pendapat saya, hanya pelajar yang faham konsep TMK itu sendiri dan kaya dengan istilah sesuai dengan laras bahasa multimedia yang mampu untuk menghasil dan memilih tajuk karangan seperti ini.
Tahniah Afif kerana menyelitkan istilah interaktif bahagian perenggan di atas, maksudnya saling bertindak berhubung antara satu sama lain untuk pelbagai maklumat, contoh pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer.
Bahagian perenggan isi pertama di atas, bahagian ayat contoh Afif kurang mantap. Sebagai cadangan, Afif boleh menambah dan memperjelaskan informasi apa yang boleh diperoleh pelajar seperti dapat membuka laman blog bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru-guru pakar bahasa Melayu. Banyak manfaat pelajar akan peroleh dengan melayari blog-blog yang dibina dengan banyaknya seperti cendawan tumbuh selepas hujan, antaranya blog berkenaan mendedahkan kemahiran tatabahasa, cara menghasilkan karangan bertaraf cemerlang atas, teknik menjawab soalan pemahaman teks dan sebagainya. Maklumat dan kemahiran bahasa yang didedahkan dalam blog berkenaan lebih jelas berbanding pelajar merujuk bahan daripada buku sahaja sebagai sumber rujukan. Tambahan pula dengan ruangan soal jawab dibina oleh pengendali blog, pelajar boleh beritneraksi dengan pengendali blog jika mereka perlukan penjelasan lebih lanjut berkaitan maklumat bahasa yang dikehendaki. Jika bolen nyatakan contoh blog bahasa Melayu yang boleh diikuti. Saya menyarankan info di atas diselitkan semasa anda menyalin karangan Afif kerana ini akan memantapkan dan mengambarkan anda matang semasa mengarang. Sebagai tindakan susulan, Afif perlu membuat penambahbaikan perenggan di atas sebagai proses pembetulan. Mohon pelajar kelas 5 Sains bertindak secara positif bukan sekadar menyalin sahaja karangan sahaja tetapi cuba meningkatka mutu karangan rakan sebaya. Saya mengharapkan dengan tindakan postif berkenaan, pelajar lain bukan sekadar menyalin karangan, bahkan juga dapat menambah kemahiran semasa mengarang. Beginilah cara proses pembelajaran proaktif, pelajar berminda kelas pertama yang saya harapkan.
Terdapat juga kesalahan Afif semasa membina ayat pertama pada perenggan isi kedua, Selain daripada untuk.........gugurkan salah satu kata hubung. Saya terlepas pandang semasa menyemak karangan Afif, malam tadi. Kesalahan berkenaan merupakan kesalahan tatabahasa kerana dalam satu ayat, pelajar tidak boleh menggunakan dua kata hubung secara berdekatan atau serentak. Binaan ayat lain mantap pada perenggan ini , begitu juga contoh Afif selitkan mengambarkan kematangan semasa Afif mengarang. Selain tu, Afif ada menyelitkan peribahasa . Tahniah Afif.
Pada perenggan isi ketiga Afif melakukan kesalahan mengeja matawang yang sepatutnya dieja secara terpisah dan kesalahan yang sama berulang lima kali. Elakkan kesalahan sebegini kerana boleh mengundang impresion pemeriksa jatuh. Satu kelebihan Afif memasukkan istilah Bitcoin dan Bullcoin tetapi malangnya istilah ini dalam bahasa Inggeris sepatutnya ada tanda penggunaan kata pinjamam 'Bitcoin' dan 'Bullcoin' yang bermaksud mata wang virsual iaitu menggunakan transaksi wang secara 'online' atau atas talian semasa perniagaan jual beli berlaku. Selain itu, penggunaan mata wang virsual ini berlaku semasa perniagaan jual beli saham di Bursa Saham. Tahniah Afif, anda mempunyai pengetahuan luas dan faham penggunaan istilah berkenaan dan juga menghuraikan dengan jelas penggunaan mata wang berkenaan dalam situasi perniagaan secara maya. Menyelitkan kenyataan mantan pemimpin negara amat sesuai dengan isi dan huraian anda. Inilah kematangan mengarang yang saya harapkan ada pada kalangan pelajar Kelas 5 Sains. Untuk makluman, laras bahasa Afif gunakan adalah laras bahasa ekonomi dan bukan semua pelajar mampu untuk bermain istilah dan laras bahasa ekonomi semasa mengarang.
Pada perenggan isi keempat dan kelima, pengolahan idea baik, laras bahasa digunakan mantap cuma ada kesalahan tatabahasa yang sepatutnya tidak berlaku seperti penggunaan kata ganti nama 'ia' orang, digunakan untuk mengantikan frasa teknologi multimedia. Selian itu, penggunaan penanda wacana " Oleh kerana"..salah....sepatutnya oleh sebab "kerana" lebih sesuai atau berfungsi kata hubung dalam ayat. Selain itu, frasa bertanya tentang cara hidup orang di sana sepatutnya di luar sana. Pada perenggan isi kelima, berlaku kesalahan ejaan kebanyakkan sepatutnya kebanyakan. Namun, kehebatan Afif mengarang mengaburi proses semakan saya kerana saya alpa dengan hasilan karangan yang sedemikian rupa.
Sebagai ulasan terakhir, saya mohon Afif mantapkan pengolahan perenggan penutup sebagaimana Afif mengolah perenggan bahagian pengenalan. Antara masalah yang timbul di sini adalah kerana kepanjangan perenggan karangan tidak seimbang. Hurai dan tambah ayat cadangan lebih banyak lagi untuk memantapkan lagi karangan anda.
Kesimpulannya, saya menasihatkan pelajar Kelas 5 Sains berhati-hati semasa memilih karangan kerana karangan ini amat sukar. Jika anda memilihnya, pastikan anda memahami idea, laras bahasa dan kemampuan anda untuk menghasilkan karangan sebagai mana yang dilakukan oleh Afif. Anda juga perlu tahu dan ingat, soalan bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu (1103/1) mempunyai lima pilihan, pertama karangan berbentuk dimensi keluarga, karangan kedua dimensi keluarga atau dimensi masyarakat, karangan ketiga berbentuk dimensi negara, karangan keempat dimensi antarabangsa dan karangan kelima berbentuk dimensi komsas.
Kebanyakan pelajar, memperlekeh proses memilih karangan, justeru, ambillah sedikit masa, khusus memilih dimensi karangan yang anda hendak pilih sekurang-kurangnya 2 atau 3 minit. Langkah seterusnya, membina kerangka karangan anda sama ada menggunakan Peta I Think, atau peta minda kerana dengan kerangka ini anda akan tahu kebolehan anda mengarang tajuk karangan yang anda pilih. Di samping itu, peta I Think atau Peta Minda yang anda bina, akan membantu anda mengurus binaan dan kronologi bukan setakat kronologi isi, malah kedua-dua-dua kerangkan anda bina merupakan kaedah atau cara yang akan membantu anda mengolah isi serta huraian isi serta akan membantu anda untuk menyelitkan frasa menarik seperti peribahasa, kata-kata pemimpin, atau senarai istilah menarik sesuai dengan laras bahasa karangan yang perlu anda masukkan sebagai penyeri bahasa. Anda juga perlu ingat semasa mengarang semua boleh berlaku, terlupa isi, terkial-kial untuk memasukkan istilah dan frasa menarik semasa mengarang. Oleh sebab itu, sebagai penyelesaian masalah mengarang, adalah dengan kerangka karangan yang anda bina. Ambilah sedikit masa, untuk menghasilkan kerangka karangan kerana kaedah membina kerangka akan membantu anda mengarang dengan lebih sistematik dan terurus. Semoga, sedikit pencerahan di atas mampu mempermudah anda untuk menghasilkan karangan bertaraf A+. Hanya mutu yang mengenal manikam. Sekali lagi saya tegaskan peri pentingnya membina kerangka idea karangan. Elakkan kenangan abang dan kakak SPM kamu yang lalu, berpeluh, dan stres apabila terpaksa membuat keputusan mengubahkan karangan dimensi lain, apabila sedar karangan dipilih tersasar. Bak kata peribahasa, nasi telah menjadi bubur, dan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Maaf saya terpaksa menambah perkataan "perbuatan" dalam peribahasa di atas, walaupun salah semasa menjawab atau menggunakan peribahasa ini sebagai penyelit keindahan bahasa dalam karangan atau soalan peribahasa kertas BM 2, tetapi untuk mengambarkan situasi sebenar berlaku dalam kalangan pelajar SPM terdahulu saya selitkan perkataan 'perbuatan' untuk mengambarkan situasi tersebut. Sesungguhnya peristiwa seperti itu telah menjadi tragedi hitam semasa mereka menjawab soalan SPM. Jangan benarkan peristiwa itu berlaku kepada diri anda sebagai calon Kertas BM, peperiksaan SPM 2017. Aamiiin.

A+ ( 91%)
1 ulasan:
Terujanya apabila saya melihat markah setinggi 88 markah tu. Sekolah saya paling tinggi tidak pernah melebihi 85 markah pun. Betulkah tahap sebegini, kesalahan bahasa yang jelas seperti matawang dan selain daripada untuk... dapat 88 markah? Saya pun sering fikir akan mengapa guru hanya memberi markah sebanyak 85 markah sahaja. Menurut cikgu saya, permakahan esei SPM menetapkan limit maximmum mereka lebih kurang 93 markah sahaja bagi seantero Malaysia. Betulkah hal tersebut. Kalau betul, bukankah hal ini merugikan pelajar kerana lebih kurang 10 markah telah hilang begitu sahaja. Bukannya nak serang sesiapa, tetapi saya berharap pelajar mendapat hak mereka untuk mendapat markah yang sepatutnya diperoleh.
Perkataan 'online' dalam BM bukan 'atas talian' tetapi 'dalam talian'
Saya menyusun 10 jari jika terkasar bahasa saya. Minta maaf jika melukakan emosi sesiapa. Ribuan terima kasih atas esei yang disediakan ini. Huraian yang menarik, jelas dan matang.
Catat Ulasan