LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Jumaat, 1 September 2017

ANALISA SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA 2017

        INSYAALAH, SAYA AKAN CUBA MEMBUAT ANALISA SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI DI MALAYSIA 2017. ANALISA INI AMAT PENTING UNTUK MELIHAT SOALAN-SOALAN YANG PALING DIMINATI PENGGUBAL SOALAN PERINGKAT NEGERI DAN MEMBOLEHKAN PELAJAR BERSEDIA DENGAN KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PERSEDIAAN MENJAWAB SPM 2017. INSYALLAH SAYA AKAN MENYEDIAKAN ANALISA SOALAN-SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN 2 YANG DIKEMUKAN SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SETIAP NEGERI SETELAH SAYA SIAP MENGANALISA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PELAJAR KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG.

        PELAJAR DIHARAPKAN TIDAK MENGANGGAP SOALAN BERKENAAN SEBAGAI  SOALAN SPOT , TETAPI PERLU MENGANGGAP SOALAN-SOALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK PERSDIAAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM SEBENAR. TUNGGU ANALISA BERKENAAN. SAYA BANTU ANDA BERJAYA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM 2017. AAMIIIIN.

Tiada ulasan: