Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, serta Selamat Maal Hijrah kepada pelajar sama ada kepada pelajar bakal menghadapi SPM 2017 atau masih bertatus pelajar menengah atas terutama pelajar tingkatan empat yang sering melayari Laman Bahasa Melayu SPM ini. InsyaAllah, saya akan membicarakan kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar semasa mengarang soalan bahagian A (Karangan Berpandu) dan soalan bahagian B (Karangan Umum - karangan pilihan). Diharapkan dengan coretan tak seberapa ini, anda akan faham kesalahan-kesalahan berkenaan dan cuba elakkan daripada melakukannya semasa mengarang terutama dalam kalangan pelajar tingkatan 5, bakal menghadapi peperiksaan SPM 2017.
Pada pandangan saya, isu yang ingin saya perkatakan ini bukanlah isu yang baru tetapi isu yang sepatutnya tidak berlaku kerana umumnya telah diperkatakan oleh guru mata pelajaran bahasa Melayu sejak pelajar berada di tingkatan satu lagi. Bayangkan setelah berada di sekolah menengah selama hampir lima tahun kekerapan melakukan kesalahan sama semasa mengarang masih berlaku. Sedangkan saya belum lagi memasukkan keberadaan pelajar di sekolah rendah selama enam tahun. Jika dicampurkan pembelajaran bahasa Melayu semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah, masa yang telah dihabiskan oleh pelajar untuk belajar kemahiran bahasa menjangkau 11 tahun. Mungkin apabila pelajar sedar tempoh berkenaan agak panjang dan lama. Terkejut! Sedangkan kemahiran yang diajar sama sahaja, cuma penekanannya aspek kemahiran bahasa sahaja yang berbeza kerana aras kesukaran kemahiran bahasa yang diajar guru semasa mengajar berdasarkan tahap, umur, dan kebolehan pelajar.
Bahkan juga, selama saya mengajar pelajar tingkatan 5 lebih kurang 15 tahun lamanya, saya hairan penekanan pelajar terhadap kemahiran berbahasa ini semasa menjawab soalan sama ada semasa membuat latihan, menghadapi ujian malah peperiksaan Kertas BM 1 ( Kertas Karangan ) dan Kertas BM 2 ( Terutama bahagian 3 - Kemahiran dan Penguasaan Bahasa) bagi pelajar seperti berada di dunia yang berbeza. Maksud saya, pelajar lebih menggarapkan pengetahuan berbahasa mereka semasa menjawab kertas Bahasa Melayu 2, terutama soalan 3, tetapi apabila menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 (karangan ) seperti saya katakan tadi mereka seperti berada di dunia lain dan kerap menggabaikan aspek bahasa semasa mengarang. Cuba fikirkan. Namun saya, dapati kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103) merupakan kalangan pelajar yang mengambil berat aspek tatabahasa dan mampu mengelakkan diri mereka melakukan kesalahan bahasa kerana mereka sudah membudaya dan mengambil berat aspek bahasa semasa menjawab kedua-dua kertas. Tahniah saya ucapkan pada kalangan pelajar ini. Oleh sebab itu, keputusan pelajar berminda kelas pertama ini sering mendapat keputusan yang memberangsangkan setiap kali menjawab soalan, sama ada latihan, ujian dan peperiksaan, justeru, hal inilah yang saya selitkan semasa berbicara dalam coretan saya kali ini. Semoga coretan tak seberapa ini akan membantu pelajar untuk memperkasakan kemahiran bahasa mereka bukan sahaja untuk memandu mereka menjawab soalan kertas BM 1 malah untuk menjawab kertas BM 2. InsyaAllah, tunggu. Jika ada masa saya akan cuba untuk memperkatakan isu dan cuba untuk menguraikan permasalahan berkenaan. Namun untuk berbicara soal kemahiran bahasa tersebut amat luas, kerana jika diikutkan hati skop perbincangan perlu diperluas kepada semua aspek dan kemahiran bahasa, tetapi apa yang saya risaukan masa, jika diperincikan perbincangan secara teliti, mungkin memakan masa yang panjang. Saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk memperkatankannya isu berkenaan. Doakan saya sihat untuk melaksanakan tugasan saya kali ini.
Pada pandangan saya, isu yang ingin saya perkatakan ini bukanlah isu yang baru tetapi isu yang sepatutnya tidak berlaku kerana umumnya telah diperkatakan oleh guru mata pelajaran bahasa Melayu sejak pelajar berada di tingkatan satu lagi. Bayangkan setelah berada di sekolah menengah selama hampir lima tahun kekerapan melakukan kesalahan sama semasa mengarang masih berlaku. Sedangkan saya belum lagi memasukkan keberadaan pelajar di sekolah rendah selama enam tahun. Jika dicampurkan pembelajaran bahasa Melayu semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah, masa yang telah dihabiskan oleh pelajar untuk belajar kemahiran bahasa menjangkau 11 tahun. Mungkin apabila pelajar sedar tempoh berkenaan agak panjang dan lama. Terkejut! Sedangkan kemahiran yang diajar sama sahaja, cuma penekanannya aspek kemahiran bahasa sahaja yang berbeza kerana aras kesukaran kemahiran bahasa yang diajar guru semasa mengajar berdasarkan tahap, umur, dan kebolehan pelajar.
Bahkan juga, selama saya mengajar pelajar tingkatan 5 lebih kurang 15 tahun lamanya, saya hairan penekanan pelajar terhadap kemahiran berbahasa ini semasa menjawab soalan sama ada semasa membuat latihan, menghadapi ujian malah peperiksaan Kertas BM 1 ( Kertas Karangan ) dan Kertas BM 2 ( Terutama bahagian 3 - Kemahiran dan Penguasaan Bahasa) bagi pelajar seperti berada di dunia yang berbeza. Maksud saya, pelajar lebih menggarapkan pengetahuan berbahasa mereka semasa menjawab kertas Bahasa Melayu 2, terutama soalan 3, tetapi apabila menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 (karangan ) seperti saya katakan tadi mereka seperti berada di dunia lain dan kerap menggabaikan aspek bahasa semasa mengarang. Cuba fikirkan. Namun saya, dapati kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103) merupakan kalangan pelajar yang mengambil berat aspek tatabahasa dan mampu mengelakkan diri mereka melakukan kesalahan bahasa kerana mereka sudah membudaya dan mengambil berat aspek bahasa semasa menjawab kedua-dua kertas. Tahniah saya ucapkan pada kalangan pelajar ini. Oleh sebab itu, keputusan pelajar berminda kelas pertama ini sering mendapat keputusan yang memberangsangkan setiap kali menjawab soalan, sama ada latihan, ujian dan peperiksaan, justeru, hal inilah yang saya selitkan semasa berbicara dalam coretan saya kali ini. Semoga coretan tak seberapa ini akan membantu pelajar untuk memperkasakan kemahiran bahasa mereka bukan sahaja untuk memandu mereka menjawab soalan kertas BM 1 malah untuk menjawab kertas BM 2. InsyaAllah, tunggu. Jika ada masa saya akan cuba untuk memperkatakan isu dan cuba untuk menguraikan permasalahan berkenaan. Namun untuk berbicara soal kemahiran bahasa tersebut amat luas, kerana jika diikutkan hati skop perbincangan perlu diperluas kepada semua aspek dan kemahiran bahasa, tetapi apa yang saya risaukan masa, jika diperincikan perbincangan secara teliti, mungkin memakan masa yang panjang. Saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk memperkatankannya isu berkenaan. Doakan saya sihat untuk melaksanakan tugasan saya kali ini.
Saya memohon maaf kerana atas masalah masa yang terhad dan aktiviti saya padat
memaksa saya mengambil masa untuk membicarakan masalah kesalahan di atas.
InsyaAllah, jika ada masa, saya akan merujuk masalah- masalah serta menghuraikan kesan dan tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan supaya pelajar akan
faham dan mengambil tindakan untuk membetulkan kesalahan mereka.
Saya pun berasa coretan saya pilih ini berat kerana soal tatabahasa amat luas untuk diperkatakan dan saya cuba mencari jalan kaedan dan cara untuk membicarakannya.
Sekali lagi, saya memohon pelajar dikasihi mendoakan saya sihat dan dapat menjalankan
tanggungjawab sosial ini untuk mafaat pelajar, terutama pelajar yang akan menghadapi
kedua-dua kertas Bahasa Melayu, sama ada kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan juga
kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2).
Sekiranya, pelajar ada ruang dan masa, pelajar boleh menyelongkar khazanah kemahiran
bahasa di dalam blog ini, kerana pelbagai aspek telah saya sentuh sebelumnya.
Semoga Anda Mampu Merungkai Permasalahan Aspek Kemahiran Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan Kita. Anda berusaha, Anda Akan Berjaya.
Saya pun berasa coretan saya pilih ini berat kerana soal tatabahasa amat luas untuk diperkatakan dan saya cuba mencari jalan kaedan dan cara untuk membicarakannya.
Sekali lagi, saya memohon pelajar dikasihi mendoakan saya sihat dan dapat menjalankan
tanggungjawab sosial ini untuk mafaat pelajar, terutama pelajar yang akan menghadapi
kedua-dua kertas Bahasa Melayu, sama ada kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan juga
kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2).
Sekiranya, pelajar ada ruang dan masa, pelajar boleh menyelongkar khazanah kemahiran
bahasa di dalam blog ini, kerana pelbagai aspek telah saya sentuh sebelumnya.
Semoga Anda Mampu Merungkai Permasalahan Aspek Kemahiran Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan Kita. Anda berusaha, Anda Akan Berjaya.
BENTUK ATAU FORMAT BICARA BERKAITAN KESALAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG SEDANG DIUSAHAKAN
BAHAN SEMENTARA TATABAHASA UNTUK
MENGELAKKAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA MENGARANG.
Bentuk Kesalahan
|
Salah
|
Betul
|
1. Kesalahan ejaan
|
Mengalakkan
|
Menggalakkan
|
Menyakinkan
|
Meyakinkan
|
|
Mengkagumkan
|
Mengagumkan
|
|
Mengenegahkan
|
Mengetengahkan
|
|
Mengenepikan
|
Mengetepikan
|
|
Makhamah
|
Mahkamah
|
|
Kebaikkan
|
Kebaikan
|
|
Kebanyakkan
|
Kebanyakan
|
|
Kenaikkan
|
Kenaikan
|
|
Was-was
|
waswas
|
|
Di tubuhkan
|
Ditubuhkan
|
|
Disana
|
Di sana
|
|
Aturcara
|
Atur cara
|
|
Khenduri
|
Kenduri
|
|
Ko-kurikulum
|
Kokurikulum
|
|
Kadang kala
|
Kadangkala
|
|
Barang kali
|
Barangkali
|
|
Beristirehat
|
Beristirahat
|
|
Rumahtangga
|
Rumah tangga
|
|
Resepi
|
Resipi
|
|
Tanggung jawab
|
Tanggungjawab
|
|
2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah
|
a. Cara belajar yang bijakialah dengan membina
jadual.
b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang
cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
|
a. Cara belajar yang bijakadalah dengan membina
jadual.
b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang
cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
|
3. Kesalahan penggunaan kata ia
|
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki
keistimewaan yang tersendiri.
|
a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah
tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
b. Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki
keistimewaan yang tersendiri.
c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki
keistimewaan yang tersendiri.
|
4. Kesalahan penggunaan kata hubung
|
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan
pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat
pelancongan yang menarik.
|
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan
pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan
yang menarik.
|
5. Kesalahan penggunaan penanda wacana
|
Hal ini kerana
|
Hal ini demikian kerana
|
Justeru itu
|
Oleh itu
|
|
Oleh kerana itu
|
Oleh sebab itu/oleh itu
|
|
Sehubungan itu
|
Sehubungan dengan itu
|
|
Selain daripada itu
|
Selain itu
|
|
Selain dari itu
|
Selain itu
|
|
6. Kesalahan frasa nama
|
Mini bas
|
Bas mini
|
Goreng pisang
|
Pisang goreng
|
|
Tempat meletak kereta
|
Tempat letak kereta
|
|
Seni mempertahankan diri
|
Seni pertahanan diri
|
|
Pusat membeli-belah
|
Pusat beli-belah
|
|
Tapak membuang sampah
|
Tapak pembuangan sampah
|
|
7. Kesalahan frasa kerja
|
Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang
mencabar.
|
Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang mencabar.
|
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar
anak-anak tidak berasa tersisih.
|
Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan
kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
|
|
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang
sedang dihadapi negara.
|
Gejala bumimenambahkan masalah sedia ada lagi yang
sedang dihadapi negara.
|
|
Badan Pencegah Rasuahmenerima banyak aduan tentang
amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
|
a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang
amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang
amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
|
|
Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada
Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
|
Pihak persatuanmerakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada
Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
|
|
8. Kesalahan frasa adjektif
|
Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di
negara kita.
|
a. Tempat itu merupakantempat yang terindah di negara
kita.
b. Tempat itu merupakantempat yang indah sekali di
negara kita.
|
9. Kesalahan frasa jamak
|
Antara maklumat-maklumat...
|
Antara maklumat...
|
Himpunan kata-kata...
|
Himpunan kata...
|
|
Longgokan kayu-kayu...
|
Longgokan kayu...
|
|
Deretan rumah-rumah...
|
Deretan rumah...
|
|
Kebanyakan barang-barang...
|
Kebanyakan barang...
|
|
Pelbagai kuih-muih...
|
Pelbagai kuih...
|
|
10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan
|
Sebuah keluarga
|
Satu keluarga
|
Sebuah mimpi
|
Suatu mimpi
|
|
11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i
|
Diperolehi
Diperbaiki
Diperkuasai
Diperdalami
Diperakui
Dipersetujui
diperhalusi
|
Diperoleh
Dibaiki
Dikuasai
Didalami
Diakui atau diperakukan
Disetujui
dihalusi
|
12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an
(jumlah subjek yang banyak)
|
Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang-bintangbertaburan di langit.
Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.
|
Lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang bertaburan di langit.
Daun kering berguguran di halaman rumah.
|
13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i
|
Memperolehi
Memperbaiki
Memperkuasai
Memperdalami
Memperakui
Mempersetujui
memperhalusi
|
Memperoleh
Membaiki
Menguasai
Mendalami
Mengakui
Menyetujui
menghalusi
|
14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan
|
Ibu bapa lebihpentingkan kerjaya...
|
Ibu bapa lebihmementingkan kerjaya...
|
Pelajar yang keraptimbulkan masalah di sekolah...
|
Pelajar yang kerapmenimbulkan masalah di sekolah...
|
|
15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
|
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk melancong dalamnegeri sendiri.
|
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.
|
Sebab itulah Genting Highlands juga digelar
"Taman Tema Sekeluarga".
|
Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar
"Taman Tema Sekeluarga".
|
|
16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana
sebagai kata hubung
|
Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda
disiarkan.
|
Saya telah membaca berita yang menyiarkan
kejayaan anda.
|
Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong
untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
|
Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong
untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
|
|
17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada
permulaan ayat
|
Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
|
Hal inidikatakan demikian kerana masalah itu
belum dapat diselesaikan lagi.
|
18. Kesalahan penggunaan ayat pasif
|
Rencana-rencana itu saya akan bukukan.
Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama.
|
Rencana-rencana itu akan saya bukukan.
Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang didirikan oleh merekabersama-sama.
|
Kesimpulannya, selain isi mantap yang terdiri daripada ayat
judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas, sesebuah wacana penulisan
yang bermutu dan cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan
bahasa yang menarik dan berkesan dengan memasukkan
unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat, slogan,
peribahasa, dan sebagainya. Wacana penulisan juga perlu memperlihatkan penggunaan
bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang
luas serta tanda baca yang betul, yakni bebas daripada
aspek kesalahan bahasa dalam perenggan yang seimbang dan
bersepadu.
Sumber
:
Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, 35900 Tanjong
Malim, Perak Darul Ridzuan.
Sebagai rujukan ejaan
dan kesalahan, saya paparkan kesalahan ejaan yang boleh berlaku kepada pelajar
semasa mengarang:-
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk
(sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dailog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling /
gembeleng
|
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok
(sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
|
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah /
Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah
(ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia
|
graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah
isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia
|
|
lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
|
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
|
protin
pekej
pesonal
(kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh
(sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
|
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit
|
KESILAPAN EJAAN
(KATA MAJMUK)
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
acapkali
ada pun
adakala
andai pun
andaikata
apa kala
apa tah
atau pun
Aidil-fitri
aturcara
ambilalih
barang kali
begitupun
belumpun
biar pun
baikpulih
bandaraya
cendera mata
cahayamata
campurtangan
empatbelas
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gunatanah
hakmilik
hapuskira
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
isipadu
inipun
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
jualbeli
kawalselia
kadang kala
kemaskini
kerapkali
keretapi
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
kuatkuasa
|
acap kali
adapun
ada kala
andaipun
andai kata
apakala
apatah
ataupun
Aidilfitri
atur cara
ambil alih
barangkali
begitu pun
belum pun
biarpun
baik pulih
bandar raya
cenderamata
cahaya mata
campur tangan
empat belas
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
guna tanah
hak milik
hapus kira
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
isi padu
ini pun
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
jual beli
kawal selia
kadangkala
kemas kini
kerap kali
kereta api
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
kuat kuasa
|
lalulintas
latarbelakang
lebuhraya
lagi pun
mana pun
mana kala
merekapun
meski pun
olah raga
papantanda
penguatkuasa
pengubahmilik
pilihanraya
pasaraya
rekabentuk
rekabina
ruangniaga
samada
sebutharga
sediada
segitiga
sekaligus
senireka
suratcara
suratkhabar
susunatur
susutnilai
sediakala
selangseli
seringkali
sesungguh-nya
siapa-tah
sudahpun
sungguh pun
temubual
temuduga
tengahari
tuanpunya
tukarsyarat
telahpun
ulangtahun
urusetia
usahasama
walau pun
walaubagaimanapun
|
lalu lintas
latar
belakang
lebuh raya
lagipun
manapun
manakala
mereka pun
meskipun
olahraga
papan tanda
penguat kuasa
pengubah
milik
pilihan raya
pasar raya
reka bentuk
reka bina
ruang niaga
sama ada
sebut harga
sedia ada
segi tiga
sekali gus
seni reka
surat cara
surat khabar
susun atur
susut nilai
sedia kala
selang seli
sering kali
sesungguhnya
siapatah
sudah pun
sungguhpun
temu bual
temu duga
tengah hari
tuan punya
tukar syarat
telah pun
ulang tahun
urus setia
usaha sama
walaupun
walau
bagaimanapun
|
KESILAPAN EJAAN
(KATA PINJAMAN)
Imbuhan
Pinjaman
-
imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan
Inggeris.
-
boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan
pinjaman:
Imbuhan
Inggeris:
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang / benci
|
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
|
auto-
|
dengan
sendiri
|
automatik
autonomi
automobil
|
poli-
|
banyak
|
poligami
poliklinik
politeknik
|
pro-
|
menyokong /
menyebelahi
|
prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
|
sub-
|
sebahagian
daripada
|
subtajuk
subbidang
subsistem
|
supra-
|
melebihi /
merentasi
|
supranasional
suprakelas
|
pasca-
|
selepas
|
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-is
|
orang yang
melakukan
|
cerpenis
kartunis
ekonomis
|
-isme
|
kepercayaan /
ajaran / fahaman seseorang
|
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
|
-logi
|
bidang ilmu
|
antologi
psikologi
morfologi
|
-grafi
|
bidang ilmu /
bidang seni
|
geografi
kaligrafi
biografi
|
*Catatan
- Jika
kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-)
mesti
diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut. Contoh :
pro-Malaysia,
anti-Israel
Imbuhan
Sanskrit
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa
dwimusim
dwicara
|
eka-
|
satu
|
ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
|
juru-
|
orang yang
pakar / mahir dalam sesuatu bidang
|
juruhebah
jurubahasa
juruterbang
|
maha-
|
agung / besar
|
mahaguru
maharaja
mahasiswa
|
panca-
|
lima
|
pancaragam
pancawarna
pancaindera
|
pra-
|
sebelum
|
prakata
prasangka
prasyarat
|
tata-
|
peraturan /
sistem
|
tatabahasa
tatatertib
tatadunia
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-ita
|
wanita /
perempuan
|
biduanita
posnita
|
-man
|
orang yang
memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidang
|
seniman
budiman
|
-wan
|
orang yang
-
pakar dalam sesuatu
bidang
-
melakukan sesuatu
perbuatan
-
memiliki sesuatu sifat
-
memiliki sesuatu
|
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan
|
-wati
|
wanita yang
mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
|
peragawati
seniwati
angkasawati
|
*catatan
-
-wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
-
-man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]
Imbuhan Arab
–Parsi
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab
bilazim
binormal
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-ah
|
orang
perempuan / wanita
|
ustazah
qariah
|
-at
|
orang
perempuan / wanita
|
muslimat
hadirat
|
-iah
|
hal yang ada
perkaitan dengan sifat
|
ilmiah
jasmaniah
alamiah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin
muslimin
musyrikin
|
Kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan pelajar semasa mengarang, baik dalam binaan ayat, mahupun binaan frasa:-
Salah
|
Betul
|
Ada berbagai barang di kedai itu.
|
- Ada berbagai-bagai barang di
kedai itu.
- Ada pelbagai barang di kedai
itu.
|
Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
|
Ali dihadiahi sebuah buku harian.
|
Di antara mereka yang hadir.
|
Antara mereka yang hadir.
|
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.
|
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan
Singapura.
|
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
|
Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
|
Bangunan itu adalah Daya Bumi.
|
Bangunan itu Daya Bumi.
|
Banyak orang datang.
|
Banyak orang yang datang.
|
Berbincang masalah.
|
Berbincang tentang masalah itu.
|
Berdasarkan kepada perkara itu.
|
Berdasarkan perkara itu.
|
Bergantung kepada.
|
Bergantung pada.
|
Berhubung itu.
|
Berhubung dengan itu.
|
Berkait itu.
|
Berkait dengan itu.
|
Berkaitan itu.
|
Berkaitan dengan itu.
|
Bersama.
|
Bersama-sama.
|
Beda.
|
Beza.
|
Bola itu Ali tendang.
|
Bola itu ditendang (oleh) Ali.
|
- Bola itu ditendang oleh saya.
- Bola itu saya menendang.
|
Bola itu saya tendang.
|
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad.
|
Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
|
Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
|
Buku itu dihantar ke perpustakaan.
|
Buku itu dimasukkan dalam laci.
|
Buku itu dimasukkan di dalam laci.
|
Buku itu disimpan dalam laci.
|
Buku itu disimpan di dalam laci.
|
Di dalam hal itu.
|
Dalam hal itu.
|
Di dalam peperiksaan itu.
|
Dalam peperiksaan itu.
|
Dari Kedah hingga Sabah.
|
Dari Kedah ke Sabah.
|
Dari masa ke semasa.
|
Dari masa ke masa.
|
Dari semasa ke masa.
|
Dari semasa ke semasa.
|
Daripada segi.
|
Dari segi.
|
Dato’ Sri.
|
Dato’ Seri.
|
Datuk Sri.
|
Datuk Seri.
|
Dengan lain perkataan.
|
Dengan perkataan lain.
|
Dalam bilik itu.
|
Di dalam bilik itu.
|
Dia belajar dari pengalaman.
|
Dia belajar daripada pengalaman.
|
Dia datang bila dipanggil.
|
Dia datang apabila dipanggil.
|
- Dia memandang pada saya.
- Dia memandang kepada saya.
|
Dia memandang saya.
|
Dia berikan anaknya pelajaran.
|
Dia memberi anaknya pelajaran.
|
Dia berikan saya sebuah buku.
|
Dia memberi saya sebuah buku.
|
Dia memberi buku kepada saya.
|
Dia memberikan buku kepada saya.
|
Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
|
Dia memberi anaknya pelajaran.
|
Dia mempelajari daripada pengalamannya.
|
Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.
|
Dia memperisterikan Aminah.
|
Dia memperisteri Aminah.
|
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.
|
Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
|
Dia menaiki bendera.
|
Dia menaikkan bendera.
|
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
|
Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
|
Dia mengambil apa sahaja.
|
Dia mengambil apa-apa sahaja.
|
Dia menolehkan pandangannya kepada saya.
|
Dia menolehkan pandangannya pada saya
|
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu.
|
Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
|
Dia merindukan anaknya.
|
Dia merindui anaknya.
|
Jangan memijak rumput.
|
Jangan pijak rumput.
|
Jauhilah daripada dadah.
|
Jauhilah dadah.
|
Berkesanan.
|
Keberkesanan.
|
Kedua belah pihak.
|
Kedua-dua belah pihak.
|
Kepimpinan.
|
Kepemimpinan.
|
Kereta itu melalui di jalan besar.
|
Kereta itu melalui jalan besar.
|
Letaklah di mana yang sesuai.
|
Letaklah di mana-mana yang sesuai.
|
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
|
Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
|
Maksudnya yang asalnya.
|
Maksudnya yang asal.
|
Melawat ke Eropah.
|
Melawat Eropah.
|
Melihat kepada/pada keindahannya.
|
Melihat keindahan.
|
Membincangkan tentang perkara itu.
|
Membincangkan perkara itu.
|
Menduduki di tempat kedua.
|
Menduduki tempat kedua.
|
Beg itu mengandung.
|
Beg itu mengandungi.
|
Mensiakan tanggungjawab.
|
Mensia-siakan tanggungjawab.
|
Mengunjungi ke Eropah.
|
Mengunjungi Eropah.
|
Mereka memberitahukan saya perkara itu.
|
Mereka memberitahu saya perkara itu.
|
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
|
Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
|
Mereka-mereka.
|
Mereka.
|
Oleh kerana itu.
|
Oleh sebab itu.
|
Merujuk kepada surat tuan
|
Merujuk surat tuan
|
Di masa
|
Pada masa
|
Pada pendapatan saya
|
Pada pendapat saya
|
Pada satu hari (bilangan)
|
Pada suatu hari (tak tentu harinya)
|
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan
|
Para wartawan
|
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
|
Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
|
Pergilah ke mana pun
|
Pergilah kemana-mana pun.
|
Perkara itu ialah benar
|
Perkara itu adalah benar
|
Pilihlah mana yang sesuai
|
Pilihlah mana-mana yang sesuai
|
Ramai orang datang
|
Ramai orang yang datang
|
- Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian dari wangnya didermakan.
|
Sebahagian daripada wangnya didermakan
|
Sehubungan itu
|
Sehubungan dengan itu
|
Selain dari/ daripada itu
|
Selain itu
|
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
|
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
|
Semoga rohnya dicucurkan rahmat.
|
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
|
Seperti yang kita telah katakan.
|
Seperti yang telah kita katakan.
|
Sri.
|
Seri (cahaya)
|
Mengunjungi ke Eropah.
|
Mengunjungi Eropah.
|
Mereka memberitahukan saya perkara itu.
|
Mereka memberitahu saya perkara itu.
|
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
|
Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
|
Mereka-mereka.
|
Mereka.
|
Oleh kerana itu.
|
Oleh sebab itu.
|
Merujuk kepada surat tuan
|
Merujuk surat tuan
|
Di masa
|
Pada masa
|
Pada pendapatan saya
|
Pada pendapat saya
|
Pada satu hari (bilangan)
|
Pada suatu hari (tak tentu harinya)
|
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan
|
Para wartawan
|
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
|
Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
|
Pergilah ke mana pun
|
Pergilah kemana-mana pun.
|
Perkara itu ialah benar
|
Perkara itu adalah benar
|
Pilihlah mana yang sesuai
|
Pilihlah mana-mana yang sesuai
|
Ramai orang datang
|
Ramai orang yang datang
|
- Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian dari wangnya didermakan.
|
Sebahagian daripada wangnya didermakan
|
Sehubungan itu
|
Sehubungan dengan itu
|
Selain dari/ daripada itu
|
Selain itu
|
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
|
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
|
Semoga rohnya dicucurkan rahmat.
|
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
|
Seperti yang kita telah katakan.
|
Seperti yang telah kita katakan.
|
Sri.
|
Seri (cahaya)
|
2 ulasan:
Saya pelajar cina dari sekolah jit sin 2 saya beraspuna kagum terhadap project ini bolehkah saya print out dan menyebarkan maklumat tentang tatabahasa ini. Saya merupakan pelajar yang tekun belajar bahasa melayu dan saya yakin pasti rakan rakan saya memerlukan maklumat yang penting ini harap dapat persetujuan daripada tuan. Terima kasih.
Silakan, gunakan bahan berkenaan untuk membantu anda dan rakan-rakan anda menguasai kemahiran bahasa Melayu. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
Catat Ulasan