BAHAN ANALISA DALAM PROSES “UPLOAD”
DAN AKAN DIPAPARKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT.
ANALISA KERTAS
BAHASA MELAYU 2 SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017
( PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA) (1103/2)
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
1
|
KEDAH
|
Bina dua ayat setiap perkataan diberi
untuk menunjukkan anda faham maksud perkataan berkenaan.
(i)
memotong
(ii)
menahan
(iii)
menarik
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Golongan
petani membersihkan kawasan
tanah kebun dengan kaedah
pembakaran terbuka.
ii. Kami
telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum
ambulans tiba di tempat kejadian.
iii. Anda
dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda
menjadi pelanggan stesen televisyen kami.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan
tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan
bersukan secara berkumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan
persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-bungaan dikawasan itu dapat
memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan daripada stress
seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan
pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan
membawa peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan
makanan dan kraftangan.
|
i.
Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan
Terbang Sultan Abdul Halim selama dua jam setengah sebab kerosakan enjin.
ii.
Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan
kegiatan pencatuan harga kepada pihak berkuasa jika sekiranya peniaga
menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
iii.
Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen
memandu agar mereka tidak pihak polis saman.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Mengisi tempat kosong dengan peribahasa sesuai.
i.
Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai
lapisan masyarakat di kampungnya tidak menjejaskan kedudukannya sebagai
ketua pengarah sebuah syarikat kerana
______________________.
ii.
Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka
sambil melawat tempat-tempat bersejarah
___________________.
iii.
Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat
Zahir dan Malim pada tahun ini agak merosot, mereka telah berjanji untuk
mengharungi susah dan senang bersama-sama, bak kata peribahasa Melayu
__________________________.
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
2
|
SBP
|
(i)
pekat
(ii)
pikat
(iii)
siram
(iv)
suram
(iv) indah
(v)
endah
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Saya menziarahi nenek pada hujung minggu.
ii.
Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis
Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan.
iii.
Kamu harus memandu kereta itu dengan
berhati-hati kerana hujan yang sangat
lebat di lebuh raya.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG TERDAPAT
DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan
Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk
menjadikan rizab jalan.
ii.
Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan
di pengairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan.
iii.
Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang
kerana mengikut genetik daripada penurunan sebelah datuknya yang berasal dari
Pakistan.
|
i.
Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi
merealisasikan apresiasi negara dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
ii.
Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada
tiap pagi menandakan hari menjelang siang.
iii.
Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila
diumumkan sebagai juara di dalam pertandingan hiasan rumah sukan.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di bawah:-
i.
Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya
dengan penuh kasih sayang.
ii.
Peniaga itu mengambil kesempatan menjual
barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa
banjir.
iii.
Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih
segar dan diminati sehingga hari ini.
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
3
|
PAHANG
|
(i)
akar tunjang
(ii)
gerak balas
(iii)
garam mineral
(iv)
isi padu
(v)
pusat graviti
(vi)
bahan api
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak
berkuasa agar mengambil tindakan
dengan segera
ii.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan
menganugerahkan sijil penghargaan kepada semua pelajar cemerlang.
iii.
Beberapa orang anggota keselamatan sedang
mengawasi tempat kebakaran itu secara bergilir-gilir.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i. Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu
mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
ii. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan
untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.
iii. Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa
sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan
berminda kelas pertama.
|
i.
Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik
nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi
pembelajaran nanti.
ii.
Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan
aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak
penghapusan sampah di negara ini.
iii.
Pelbagai resipi yang menaikkan selera
pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.
(i)
Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu
dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan.
(ii)
(ii)
Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha
dengan gigih tanpa rasa jemu.
(iii)
Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga
menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
4
|
JOHOR
|
(i)
faham
(ii)
memahami
(iii)
pemahaman
(iv)
keras
(v)
pengeras
(vi)
mengeraskan
|
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah
(i)
“Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi
seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.
(ii)
“Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam
kereta. Anak saya masih kecil dan
tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit
Latifah.
(iii)
“Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri.
Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,”
kata Pak Man kepada orang kampung.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
(i)
Kami bersepakat untuk mengisi perut yang
kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum
memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(ii)
Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan
beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti
tersebut.
(iii) Pihak kerajaan sedang bergiat
memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan
kesesakan lalulintas.
|
(i)
Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial
menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan
barangan serta perkhidmatan di atas talian.
(ii)
Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di
negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman
pemerintahan British.
(iii)
Seni khat merupakan satu dari cabang
kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam
industri kraf tangan.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
i.
Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan
tempat tinggal itu berasa amat bersyukur dan berterimakasih kepada pihak
kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat
berbesar hati dengan pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa
___________________.
ii.
Ketua kampung sering menasihati penduduk
kampung supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat
di kampung itu. Mereka janganlah menjadi seperti __________________________.
iii.
Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran
akan ditempuh, namun ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya
sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana ____________________________ .
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
5
|
PERLIS
|
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
(i)
jemput
- jemput-jemput
(ii)
jarang
- jarang-jarang
(iii)
halus -
halus-halus
|
Tukarkan ayat aktif di bawah
kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan
majlis rumah terbuka apabila
menyambut sesuatu perayaan.
ii.
Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah
dengan rakan yang lain.
iii.
Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi
Muzium Negara sebagai aktiviti tahunan
mereka.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
(i)
Pertandingan forum berlangsung dengan lancar
mengikut aturcara seperti yang
terancang oleh pihak jawatankuasa.
(ii)
Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu
diadakan secara buffet di Dataran
Dato’ Sheikh Ahmad.
(iii)
erajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga
asing demi menyelamatkan
negara.
|
i.
Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak
kapal-kapal dari serata dunia yang
berhenti di situ.
ii.
Golongan budayawan wajar memartabatkan Bahasa
Melayu sehingga disanjung tinggi di
peringkat dunia.
iii.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah
menganugerahkan pingat di dalam
majlis yang diadakan di Istana Arau.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
i.
Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap
warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut
cabaran dalam era globalisasi. Andai kata perpaduan di negara ini tergugat,
akan terjadilah perpecahan
ibarat____________________________________
ii.
Masyarakat harus sedar untuk mengubati
penyakit lebih sukar daripada mencegahnya. Oleh sebab itu, masyarakat harus
mengamalkan kehidupan yang sihat dengan melakukan aktiviti bersenam,
berjoging dan berekreasi seperti kata orang tua-tua
_____________________________________
iii.
Sambutan masyarakat terhadap makanan segera
semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya
di sekitar Kuala Lumpur. Keadaan ini seperti
____________________________________
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
6
|
TERENGGANU
|
(i) gernerlap
(ii) gemilang
(iii) gemuruh
{iv) gelisah
(v) gelojoh
(vi) gersang
|
Cerakinkan ayat-ayot maimuk di bau'ah kepada dua ayat tunggal.
i.
Semangat kejiranan amat penting kerana dapat
memupuk perpaduan.
ii.
Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi
dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
iii.
Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh
diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi
jiran mereka.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i. Menurut pakar-pakar perubatan, amalan
menelenna darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan
risiko serangan sakit jantung.
ii. Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih
menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu
yang akan melangsungkan pada bulan depan.
iii. Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan
pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada
bulan Ramadan yang lepas.
|
i.
Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan
bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa
pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.
ii.
Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu
tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.
iii.
Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa,
bila atlet negara berjaya menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan
berdendang
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah
(i) jinak-jinak merpati
(ii) melepaskan anjing
tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
7
|
MRSM
|
i.
merebus
ii.
mereneh
iii.
menanak
iv.
mencelur
v.
mengukus
vi.
menjerang
|
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka
mempunyai bngunan-bangunan bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat
menarik. Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka.
Kerajaan negeri mengadakan Kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.
Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang pekerjaan terbuka
luas. Banyak pelancong mengunjungi Melaka. Ekonomi Melaka meningkat.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Pegawai itu mensifatkan tragedy lumpur yang
berlaku merupakan kejadian terburuk dalam tempuh 20 tahun.
ii.
Penceramah itu memberikan definasi yang tepat
dengan judul veramah yang disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.
iii.
Alat mengimbas suhu atau termografik akan
dipasang disetiap pintu masuk utama negara bagi mengesan tahap kesihatan
pelawat atau pelancong.
|
i.
Majlis pemberian anugerah kepada semua
pelajar-pelajar cemerlang di sekolah itu baru sahaja selesai.
ii.
Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya
berlangsung di laur dewan pada pukul 10 pagi ditunda oleh kerana hari hujan.
iii.
Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah
berapa kali gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu kerana dia tetap
bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan
peribahasa tersebut.
i.
Di mana bumi dipijak,………………………………………………..
ii.
Masuk kandang kambing mengembek, …………………….
……………………………………
iii.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ketepian………
…………………………………………………..
iv.
……………………………………………………….., tak lekang dek panas.
v.
………………………………………………………., sesat jalan.
vi.
………………………………………………………….., melepaskan pucuk
masing-masing.
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
8
|
KELANTAN
|
i.
menyebar luas
ii.
membaik pulih
iii.
melipat ganda
iv.
sahabat pena
v.
budi bicara
vi.
budi pekerti
|
Kenal pasti dan tulis subjek dan prediket yang
lengkap setiap ayat seperti berikut:-
Subjek :
…………………………………………………………………………..
Prediket:…………………………………………………………………………..
i.
Pekerja-pekerja itu didedahkan dengan
peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang.
ii.
Kelajuan kenderaan dibenarkan di lebuh raya
110 kilometer sejam.
iii.
Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti
di Pulau Sentosa.
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i. Usaha kerajaan Johor menggalakkan penanam
nenas disambut baik oleh petani, terutama di daerah Pontian.
ii.
Langkah kerajaan menghadkan kadar kelajuan
kenderaan di seluruh negara Berjaya mengurangkan kejadian kemalangan.
iii.
Duli Yang Mulia Seri Paduka BagindaYang
Di-Pertuan Agung telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan Festival
Makanan Kampung yang akan diadakan di Dataran Merdeka.
|
i.
Perbuatan keracunan makanan di dalam kalangan
murid yang berlaku di beberapa sekolah
di negara kita perlu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab dengan kadar
segera agar tahap kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
ii.
Pemergian kedua orang abangnya ke luar negeri
untuk melanjutkan pelajaran telah menaikkan emosi pelajar yang cacat anggota
itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak mereka.
iii.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan inisiatf berupa elaun tambahan
di setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara
ini.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca ayat-ayat di bawah dengan
teliti, kemudian nyataka peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
ayat-ayat tersebut.
i.
Ibu menasihati anak-anaknya supaya rajin
menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menangani cabaran dalam
kehidupan seharian dengan lebih
bijaksana di samping memperkaya ilmu pengetahuan mereka.
ii.
“Setiap murid haruslah berbelanja dengan
berhemat dan rajin menabung sejak kecil untuk masa depan mereka,” pesan guru
kepada anak didiknya.
iii.
Tindakan abang yang cuba membantu sahabatnya
daripada diganggu ceti haram akhirnya
mengakibatkan dia turut diancam oleh kumpulan tersebut.
|
||||
BIL
|
NEGERI
|
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN
DIBERI.
|
3 (B)
KAJIAN AYAT- SINTAKSIS
|
|
8
|
SABAH
(DAERAH
BELUD)
|
i.
melipatgandakan
ii.
mengucar-ngacirkan
iii.
menguatkuasakan
iv.
mengemaskinikan
v.
mencampur-adukkan
vi.
menguar-uarkan
|
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i.
Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke
halaman rumah esok.
ii.
Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan
budaya rakyat Sabah
iii.
Landoi menyertai aktiviti gotong-royong
membersihkan surau secara sukarela
|
|
3 ( C ) MENGESAN KESALAHAN
EJAAN DAN
IMBUHAN YANG
TERDAPAT DALAM PETIKAN.
|
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN
TATABAHASA
|
|||
i.
Pertandingan diklamasi puisi sempena hari
kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat disertai daripada
pelbagai kaum.
ii.
Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah
yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukari seseorang itu menilai
dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
iii.
Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat
pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari
segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita.
|
i.
Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa
melihat kemahiran orang buta itu menyulam bakul rotan dengan pantas.
ii.
Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan
cukai atas pembelian rumah mampu milik demi untuk meringankan bebanan rakyat
yang berpendapatan rendah.
iii.
Kementerian Pendidikan mengingatkan
pentadbiran sekolah yang mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya
menyimpan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
|
|||
3 ( E ) PERIBAHASA
|
||||
Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog
tersebut.
Pak Ali: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang
baharu memang sentiasa wujud dalam diri seseorang remaja. Walau bagaimanapun,
akal dan fikiran yang rasional perlu diutamakan kerana ………………. (i)…………………………………
Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja
tidak harus melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru. Mereka perlu
…………..(ii)…………… apatah lagi jika sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka.
Nurul Erna: Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan
sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita, iaitu, ………………(iii)………….. . Saya
berjanji akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
|
ANALISA SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI LAIN AKAN DIMUAT NAIK PADA MASA TERDEKAT. INSYAALLAH. HARAP MAKLUM
1 ulasan:
tiada jawapan
Catat Ulasan