Ahad, 3 September 2017

ANALISA DAN KOMEN GURU BERDASARKAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR KELAS SAINS SEMASA MENJAWAB SOALAN 4 (A) DAN 4B) SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

PERATUSAN PENGUASAAN DAN PENURUNAN ITEM SOALAN PPT DAN PERCUBAAN SPM 2017 ( KERTAS BM 2 -1103/2)


BIL
PERKARA/ SOALAN
PERTENGAHAN
TAHUN
(PERATUS)
PERCUBAAN
SPM
(PERATUS)
STATUS
BEZA %

11

SOALAN 4 (A)

92

87

-

- 5

12

SOALAN 4 (B)

91

90

-

-1


ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 4 (a) , soalan komsas novel Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi program masteri menjawab soalan novel, perlu dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid terpilih seperti di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menurun  daripada 92 %  kepada  87% - beza peratusan  -5 %).  Namun, kadar penurunan berkenaan tidaklah besar tetapi perlu diatasi.

InsyaAllah, melalui analisa dan ulasan skrip serta data markah item dilampirkan, saya akan mengetahui kelemahan pelajar. Sebelum saya meneruskan ulasan, saya ingin menyarankan panduan untuk pelajar dapat menjawab soalan komsas novel dengan mantap. Antaranya pelajar perlu:-

  1. Membaca dan memahami novel yang anda kaji sehingga anda faham kerana pemahaman serta mengetahui kronologi cerita daripada awal hingga akhir mampu membantu anda untuk menjawab semua skop soalan kajian komsas novel.
  2. Faham semua aspek kajian, terutama maksud tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, sudut pandangan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran kerana kefahaman anda terhadap kajian komsas membantu anda untuk fokus kepada jawapan saoalan anda.
  3. Melakukan latihan dan ulangkaji berfokus kepada semua skop soalan dengan cara itu anda akan bersedia untuk menghadapi apa sahaja soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan.
  4. Mengelakkan menghafal kerana menghafalkan akan menekan pelajar kerana cara ini membolehkan pelajar mudah lupa dan memudahkan pelajar stress.
  5. Menggunakan kemahiran KBAT semasa menjawab soalan kerana dengan memahami cerita pelajar mampu menjawab soalan dengan baik, insyaAllah.
  6. Mengelakan penguasaan satu novel yang anda kaji, sepatutnya anda sudah menguasai kajian kedua-dua novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang anda kaji. Jika belum, bertindaklah dari sekarang kerana elakkan kekesasalan di kemudian hari kerana sudah terhantuk baru tergadah.
  7. Elakkan membuat spot soalan untuk persediaan menghadapi peperiksaan kerana tindakan anda berkenaan hanya akan memudaratkan anda kerana anda hanya mahir  soalan yang diramal sahaja dan pada masa yang sama tidak menguasai skop soalan yang lain.
 Peringatan: Untuk menggapai kecemerlangan bukan mudah kerana memerlukan anda berusaha dengan lebih gigih dan berterusan. Namun tiad pula mustahil untuk anda menggapainya kerana usaha tangga kejayaan.

ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 4 (a) (SOALAN KOMSAS NOVEL)



   Berdasar analisa di atas, walaupun peratusan penguasaan item berkenaan menurun, 9 orang pelajar dapat mengekal markah penuh untuk soalan ini untuk PPT dan peperiksaan Percubaan. Antara faktor peratusan penguasaan item ini menurun kerana 6 orang pelajar tidak dapat mengekal markah yang diperoleh. Kenapa, saya akan cuba mengesan punca pelajar tidak dapat mengekal markah mereka semasa peperiksaan percubaan SPM 2017.  Saya akan cuba memaparkan beberapa contoh skrip pelajar terbaik dan skrip 6 pelajar menurun markah untuk dianalisa bagi mengesan kelemahan yang dilakukan pelajar. Kecewa juga saya dengan kemerosotan prestasi pelajar Kelas 5 Sains kerana program masteri telah saya lakukan, dan saya mengharapkan dapatan analisa akan dapat membantu saya menjalankan intervensi ke arah kecemerlangan pelajar.


MOHON JASA BAIK PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN PENURUNAN
MARKAH MUHASABAH DIRI DAN BERTINDAK UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
SEPANJANG FASA KETIGA SEBELUM PEPERIKSAAN. ANDA SAHAJA YANG MAMPU
MENGUBAH KEADAAN DAN SAYA AKAN TERUS MEMBANTU.


Soalan 4  :  Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-

        i.            Pantai kasih karya Azman Nordin.
      ii.            Di sebalik Dinara karya Dayang Noor.
    iii.            Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.
    iv.            Jendela menghadap Jalan karya Rohani Matdarin.
      v.            Tirani karya Beb Sabariah.
    vi.            Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
  vii.            Silir Daksina karya Nizar Parman.
viii.            Songket berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

    a)      Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa tentang persoalan            ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.

                                                                                                                        [7 markah]

SKEMA SOALAN NOVEL 4 ( a )

a) Contoh peristiwa tentang persoalan ketabahan.


Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

1. Contoh peristiwa : Datuk tabah meneruskan pekerjaan sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha.  Datuk begitu tersinggung apabila Danel menghentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan moden. (1m)

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran. (1m)

1. Contoh peristiwa : Dahlia gigih dan tabah meneruskan pembelajarannya menjelang STPM walaupun terpaksa keluar asrama kerana menjaga adik-adiknya sementelah ibunya mendapat rawatan di Hospital Permai dan kerana kemiskinan Dahlia tetap belajar di pusat pemindahan banjir walaupun serba kekurangan. (1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis demi mencapai cita-cita dan membantu keluarga yang dalam keperitan. (1m)

2. Contoh peristiwa : Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk. (1m)

Persoalan ketabahan seorang isteri menghadapi kehidupan rumah tangga yang bermasalah (1m)

2. Contoh peristiwa : Embong seorang ayah yang tabah nenghadapi dugaan kehidupan membesarkan anak-anaknya dalam kemiskinan. Dia juga tabah menghadapi masalah isterinya Saleha yang menghidapi tekanan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Permai. (1m)

Persoalan ketabahan seorang ayah/suami membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga. (1m)

3.   Contoh peristiwa  :   Lili tabah menghadapi cabaran kehidupan di Kampung Sentosa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Dia juga tabah dlam usaha membantu menyelesaikan masalah penduduk kampung terutama masalah keretakan rumah tangga Che Jah.
(1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis menghadapi cabaran kehidupan yang baru di kampung. (1m)


3.  Contoh peristiwa  :  Dahlia menyelamatkan Said ketika lemas di sungai walaupun usahanya gagal. Keadaan ini mnyebabkan Atun, ibu Said melemparkan kata-kata kesat dan fitnah terhadap Dahlia. (1m)

Persoalan ketabahan seorang gadis menghadapi kata-kata kesat dan fitnah daripada jiran. (1m)



CONTOH SKRIP JAWAPAN TERBAIK PELAJAR 

CONTOH SKRIP JAWAPAN TEBAIK  1 (NURFAHDA)




        Jawapan pelajar Fahda, baik kerana isi cukup dengan huraian dan contoh serta binaan ayat gramatis.

CONTOH SKRIP JAWAPAN TERBAIK  2 ( Alfida )


          Begitu jawapan skrip Alfilda, jawapannya baik kerana isi cukup dengan huraian dan contoh serta binaan ayat gramatis. Sebagai penambahbaikan, Alfida perlu mengasingkan jawapan dalam perenggan berbeza untuk memudahkan pemeriksa mengesan isi dengan mudah seperti jawapan Fahda. 
          Selain itu, sebagai penambahbaikan tambahan iaitu jika anda ada masa tambah lagi satu isi sebagai "backup" sekiranya ada isi yang kurang mantap atau tidak tepat. Kesimpulannya, soalan di atas mudah dijawab sekiranya pelajar menjawab mengikut farma dan isi tepat. Formatnya mestilah ( isi tepat dan huraian + contoh ) untuk mendapat isi penuh serta ayat perlu gramatis supaya anda mendapat markah bahasa penuh ( 2 markah )

 CONTOH JAWAPAN SKRIP TERBAIK 3 (NURHUSNA QURU'AINI)


         Jawapan skrip jawapan Nurhusna di atas baik kerana menyenarai 4 isi. Hal ini kerana, isi pemeriksa boleh memlih mana-mana isi sekiranya ada isi yang disenaraikan tidak tepat. Namun, dicadangkan Nurhusna menyenaraikan isi kepada perenggan berbeza supaya mudah dikesan oleh pemeriksa. Bahkan juga, dengan mengasingkan isi, pelajar boleh menghurai isi dan contoh dengan lebih baik kerana kebiasaannya, pabila isi ditulis pada perenggan yang sama, pelajar mudah tidak menghuraikan isi secara tepat kerana terpengaruh kepada kepanjanngan perenggan berkenaan.


Skrip jawapan pelajar yang mengalami penurunan markah.


   
    CONTOH SKRIP JAWAPAN YANG KURANG BAIK 1


          Kesalahan skrip soalan 4 (a) kerana huraian pelajar tidak mantap, apa masalah dan peristiwa menyebabkan peristiwa berkenaan berlaku.  Isi pertama contohnya, apa masalah yang dihadapi oleh keluarga Dahlia semasa Dahlia menghadapi ujian STPM? Jelaskan. Sementara isi kedua, apa kejadian yang menyebabkan Kak Eton menghina Dahlia? Jelaskan peristiwa-peristiwa berkenaan supaya jawapan anda mantap untuk mendapat markah isi yang baik.

     CONTOH SKRIP JAWAPAN YANG KURANG BAIK 2


      Jawapan soalan 4 (a) di atas, tidak begitu baik kerana berlakunya kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar tingkatan 5, iaitu kesalahan mengeja nama khas untuk orang yang sepatutnya ditulis dengan huruf besar di pangkal ayat dan penggunaan kata sendi di "ke" untuk kata nama tempat yang sepatutnya di eja dengan menjarakkan kata sendi daripada kata nama tempat ke rumah. Selain itu, pastikan huraian tentang siapa Azhari dan hubungannya dengan Dahlia. Oleh sebab itu, elakkan melakukan sebarang kesalahan, dan apabila kesalahan ini berlaku secara berleluasa, pemeriksa akan mencarai kesalahan anda yang lain dan sudah pasti penaltinya kepada markah anda. Oleh sebab itu, isi kedua tidak dihuraikan dengan lengkap markah isi hanya diberi 3 markah dan akibat kesalahan ejaan yang kerap, markah bahasa hanya diberi 1 markah.

ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 4 (a) , soalan komsas novel Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi program masteri menjawab soalan novel, perlu dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid terpilih seperti di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menurun  daripada 91 %  kepada  90% - beza peratusan  -1 %).  Namun, kadar penurunan berkenaan kecil. Tahniah atas kejayaan pelajar Kelas 5 Sains menjawab soalan bahagian item ini dengan baik.

Sebelum saya meneruskan ulasan, saya ingin menyarankan kembali panduan untuk pelajar menjawab soalan komsas novel dengan mantap. Antaranya pelajar perlu:-

  1. Membaca dan memahami novel yang anda kaji sehingga anda faham anda akan mengetahui kronologi cerita.
  2. Faham semua aspek kajian, terutama maksud tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, sudut pandangan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
  3. Melakukan latihan dan ulangkaji berfakus kepada semua skop soalan.
  4. Mengelakkan menghafal kerana menghafalkan akan menekan pelajar kerana cara ini membolehkan pelajar mudah lupa dan memudahkan pelajar stress.
  5. Menggunakan kemahiran KBAT semasa menjawab soalan kerana dengan memahami cerita pelajar mampu menjawab soalan dengan baik, insyaAllah.
  6. Mengelakan penguasaan satu novel yang anda kaji, sepatutnya anda sudah menguasai novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang anda kaji.
  7. Membuat spot terutama hanya mahir dalam soalan yang diramal sahaja dan pada masa yang sama tidak menguasai skop soalan yang lain.
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 4 (b) (SOALAN KOMSAS NOVEL)


Sebelum saya memulakan analisa untuk item 4 (b) saya ingin bertanya apakah bezanya soalan 4 (a) dan soalan 4 (b). Perbezaannya, soalan 4 (a) lebih menumpu dan memfokus soalan kajian komsas kepada satu novel sahaja, sedangkan soalan 4 (b) jawapan perlu dijawab, satu daripada novel tingkatan 4 dan satu soalan daripada novel tingkatan 5 yang anda kaji. Oleh sebab itu, anda perlu menguasai kedua-dua novel yang anda kaji semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 5 untuk menjawab soalan untuk item ini.


    a)      Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari dalam            setiap novel yang telah anda pelajari.

                                                                                                                        [8 markah]


SKEMA SOALAN NOVEL 4 ( a )

b)  Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari.

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

1.  melakukan keganasan dalam rumah tangga (1m)

Contoh peristiwa : Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk.       (2m)


1.  mempercayai kepercayaan karut (1m)

Contoh peristiwa : Nek Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.  (2m)

2. terlibat dalam masalah sosial seperti penagihan dadah.   (1m)

Contoh peristiwa : anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini. (2m)


2. sering menyindir dan menabur fitnah. (1m)

Contoh peristiwa : Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Parit Haji Rais./ Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca Saleha menjadi gila.  (2m)

3. seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab.  (1m)

Contoh peristiwa : Seman sebagai seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-anaknya. (2m)


3. tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap keluarganya. (1m)

Contoh peristiwa : Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said,anak Aton tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras. Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said. (2m)

4. tidak bersepakat dalam melaksanakan isu-isu penting di kampung. (1m)

Contoh peristiwa : penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada bumbung masjid yang belum dibina. (2m)


4. tidak mementingkan hubungan kekeluargaan.
                                                                     (1m)
Contoh peristiwa : Seman sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek Kiah bersetuju untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anakanaknya. Nek Kiah juga sanggup menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu akan dijual.   (2m)  

5. membuat tuduhan tanpa usul periksa. (1m)

Contoh peristiwa : sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk
dan melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. (2m)


5. sering terpengaruh dengan rakan sebaya. (1m)

Contoh peristiwa : Abu Bakar, anak lelaki tunggal Embong yang tiga hari tidak pulang ke rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia. (2m)


        Berdasarkan analisa di atas, jelas kebanyakan pelajar mampu menjawab soalan item 4 (b) dengan baik dengan 13 orang pelajar mendapat markah penuh 8 markah, tahniah. Seorang pelajar mendapat 5 markah, seorang 6 markah, dan seorang 7 markah. Timbul kemusykilan saya, kenapa Maizatul tidak menjawab soalan ini, adakah kerana tertinggal atau terlupa menjawab berkenaan atau adakah dia menghadapi masalah masa untuk menjawab soalan berkenaan. Hanya dia yang boleh menjawab kemusykilan saya ini.

CONTOH SKRIP JAWAPAN SOALAN 4 (b) TERBAIK:-

CONTOH SKRIP  1:- ( NUR SHAIRAH )

     CONTOH SKRIP JAWAPAN KEDUA


     CONTOH SKRIP JAWAPAN KETIGA
         
           Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan semasa menjawab soalan .

      CONTOH SKRIP JAWAPAN KEEMPAT

          Tahniah, kerana dapat menjawab soalan item 4 (b), saya berdoa agar pelajar Kelas 5 Sains akan dapat menjawab soalan SPM sebenar dengan cemerlang. Saya akan sentiasa berusaha untuk memandu dan membantu anda untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja untuk item ini bahkan keseluruhan soalan kertas BM 1 dan BM 2. Alhamdulillah, dengan ulasan yang terkahir ini, bermakna tamatlah usaha saya untuk menganalisa dan mengulas setiap soalan yang terdapat dalam kertas BM 1 dan BM 2. Oleh sebab itu, besar harapan saya agar pelajar Kelas 5 Sains dapat muhasabah diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk menguasai kemahiran menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada Peperiksaan SPM 2017.


SEMOGA PADA FASA KETIGA APABILA PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017 BERMULA PADA 11/9/2017 SEHINGGA SEBELUM PEPERIKSAAN BERMULA, KITA AKAN BERLARI BUKAN BERJALAN, APATAH LAGI MERANGKAK UNTUK BERSEDIA MENYERAHKAN BATON TERAKHIR SEMASA PEPERIKSAAN SPM 2017 BERMULA. 

SAYA SEBAGAI SEORANG GURU AKAN MEMANTAPKAN INTERVENSI TERUTAMANYA MENGANALISA ITEM MENGGUNAKAN SISTEM ANALISA ITEM BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS YANG TELAH SAYA BUAT PENAMBAHBAIKAN DARIPADA SEMASA KE SEMASA TERUTAMA MENGANALISA DARIPADA SEMUA SUDUT SAMA ADA DATA PEPERIKSAAN SEMASA (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017) DAN DATA PEPERIKSAAN PERTENGAHAH TAHUN SERTA MELAKUKAN BANDINGAN SAMADA PERATUSAN PENGUASAAN, DATA PENCAPAIAN ITEM SAMADA ITEM KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN DUA, SETERUSNYA DATA LEBIH TERPERINCI KERTAS BAHASA MELAYU 1, TERUTAMA SETIAP ULASAN MENJURUS KEPADA ASPEK KEMAHIRAN PELAJAR SEMASA MENGARANG SEPERTI KEMAHIRAN BAHASA MELIBATKAN PELBAGAI ASPEK WAIMA KEMAHIRAN ASAS SEPERI MENGEJA (EJAAN), KEMAHIRAN MENYELITKAN ISTILAH MENARIK (IM), KEMAHIRAN MENYELITKAN ISTILAH MENARIK ( SAMADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN BESAR NEGARA SAMA ADA DALAM DAN LUAR NEGARA, SABDA RASULULLAH,FIRMAN ALLAH, DAN PELBAGAI LAGI. BEGITU JUGA ASPEK KEMATANGAN PELAJAR SEMASA MENGARANG YANG MELIBATKAN SOAL MENENTUKAN KEMANATAPAN PELAJAR SEMASA MENENTU DAN MENGHURAIKAN ISI, MENYELITKAN CONTOH YANG MANTAP DAN BERKESAN, KEMAHIRAN KBAT, SERTA CARA MENEGAS ISI DI AKHIR PERENGGAN.
      MALAH, SETIAP PEMERENGGANAN KARANGAN JUGA PERLU MANTAP. JUSTERU, KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA MERUPAKAN SATU CARA YANG PERLU DIBUDAYAKAN DALAM KALANGAN PELAJAR SAYA KERANA PENGGUNAAN KAEDAH BERKENAAN PELAJAR AKAN DIPANDU UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN BERMUTU TINGGI, CUMA SAYA HAIRAN PELAJAR MASIH BELUM MENGAPLIKASI PENGGUNAAN KAEDAH BERKENAAN SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN BARU-BARU INI DAN INI MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK DAPAT MENGHASILKAN KARANGAN BERMUTU SEDANGKAN MEREKA MAMPU MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+.
       SAYA AMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH DENGAN MENGULAS SKRIP PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG SAMADA SKRIP KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN 2 SEBAGAIMANA SAYA LALUKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA SAYA SEBAGAI SEORANG GURU UNTUK MENYERLAHKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN MENJAWAP SOALAN BAHASA MELAYU (1103) KERANA PADA PERINGKAT PERMULAAN HINGGALAH PERINGKAT PERTENGAHAN SAYA MELAKUKANNYA, TERFIKIR JUGA SAYA SAMADA SAYA MAMPU UNTUK MENGAKHIRI TUGASAN SAYA TERSEBUT BAK KATA PEPATAH MELAYU, ALAH BISA TEGAL BIASA. SAYA LAKUKAN ULASAN INI UNTUK ANAK DIDIK SAYA DAN PADA MASA YANG SAMA, SAYA MENCABAR 17 ORANG ANAK DIDIK SAYA KELAS 5 SAINS MENGIKUTI KEAZAMAN SAYA UNTUK MENGHASILKAN HASILAN KERJA CEMERLANG. SEMOGA MEREKA BERMOTIVASI UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA TERUTAMA CEMERLANG MENGHASILKAN JAWAPAN SKRIP TERBAIK KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SEMASA PEPERIKSAAN SPM SEBENAR. INSYAALLAH.AAMIIIN.

         SAYA BANTU, ANDA CEMERLANG.
              
 ANDA MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA, INSYAALLAH

SMK SERI LONDANG "EXCELLENT"



Tiada ulasan: