LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Ahad, 24 September 2017

TEKNIK DAN BENGKEL KERTAS BAHASA MELAYU 2 DAN 1, SMK SERI ISKANDAR DI PULARES, BATU GAJAH, PERAK.

               Alhamdulillah, pada 23 September 2017 bersamaan hari Sabtu, saya telah menyampaikan Teknik dan Bengkel Menjawab Kertas Bahasa Melayu 2 dan sedikit pendedahan Kertas Bahasa Melayu 1 atas permintaan tuan rumah. Sebagai seorang penceramah untuk menyentuh kedua-dua kertas dalam satu masa merupakan satu cabaran dan sukar untuk dilaksanakan. Namun oleh sebab dipohon untuk menyentuh sedikit pendedahan Kertas Bahasa Melayu 1 saya berusaha juga untuk melakukannya. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan penglibatan pelajar sepanjang program berkenaan berjalan. Diharapkan pelajar cemerlang seramai 200 orang pelajar yang terlibat mengikuti perkembangan program, terutama penglibatan rakan-rakan mereka yang aktif terlibat semasa soal jawab dan perbengkelan dijalankan. Sekiranya, diberikan tambahan masa, banyak lagi fokus kertas Bahasa Melayu 1 terutamanya, dapat disentuh. Saya berdoa, agar pelajar yang terlibat dengan program akan dapat menghadapi Kertas Bahasa Melayu (1103) dengan baik dan mencapai keputusan cemerlang.

                 Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir SMK Seri Iskandar, terutama GKB Puan Hajah Noor Asiah, serta Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Guru-guru Bahasa Melayu yang telah meminta saya untuk menyampaikan perkongsian ilmu bahasa, terutama untuk menjelaskan cara menjawab soalan Kertas 2 khususnya, dan umumnya sedikit sentuhan untuk kertas Bahasa Melayu 1. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana memberikan tambahan sedikit masa kerana ruang masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30, masih belum cukup untuk saya membincangkan kedua-dua kertas kerana saya sendiri tahu untuk membicarakan kedua-dua kertas bahasa Melayu 1 dan 2 amat sukar. Alhamdulillah, saya menamatkan program pada pukul 1.00 tengah hari atas menjaga perjalanan program selanjutnya. Namun, saya memohon supaya pelajar merujuk blog saya ini untuk menambah ilmu bahasa terutama sebagai rujukan tambahan untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2017. InsyaAlah, pada 30 September ini saya akan bertemu dengan pelajar sederhana pencapaian bahasa Melayu SMK Seri Iskandar, untuk tujuan yang sama. Semoga saya sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab yang sama untuk memudahkan pelajar menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM 2017. InsyaAllah, aamiin.




GAMBAR SEPANJANG PROGRAM TEKNIK DAN PERBENGKELAN
KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SMK SERI ISKANDAR DI PULARES, BATU GAJAH.
                   

Tiada ulasan: