Untuk makluman pelajar Kelas 5 Sains, pada hari Selasa 19 September 2017, saya akan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan dengan Doktor Salahudin Baharom, Pakar Perunding Riadah AM dan Kolorektal Hospital Selayang. Bulan ini sahaja dua kali saya ke Kuala Lumpur dan terakhir saya ke Hospital Kuala Lumpur pada minggu sudah 14 September dan bulan sudah pada 22 Ogos 2017. Ketidakhadiran saya ke sekolah atas urusan kesihatan, namun, saya mengucapkan tahniah kepada pelajar 5 Sains kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab melengkapkan setiap latihan yang telah saya arahkan. Sekali lagi saya peringatkan, laksanakan tugasan anda dengan penuh keihklasan dan mengutamakan mutu jawapan latihan terbaik kerana anda sekarang berada pada zon persediaan terakhir sebelum menghadapi Peperiksaan SPM. Saya sentiasa peka dan sentiasa membantu anda. InsyaAllah.
Sebelum saya meninggalkan tugasan pada tarikh 19 September saya ingin berkongsi maklumat berkaitan target saya sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu (1103) terhadap 17 orang pelajar Kelas 5 Sains, SMK Seri Londang. Kajian penguasaan Item item kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 telah saya lakukan dan telah saya bentangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pada malam ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda kenapa saya beriya-iya memberikan latihan sama ada semasa berberadaan saya di kelas atau tidak atas sebab tugasan atau rawatan kesihatan saya. Saya tetap tidak lupa akan tanggungjawab saya untuk mencemerlangkan anda. Hal ini kerana saya tahu, kelemahan dan kekuatan setiap 17 pelajar Kelas 5 Sains berdasarkan Sistem Analisa Item Bahasa Melayu (1103) Menengah Atas (AIBMMA) yang telah saya wujudkan. Bersama-sama ini saya paparkan sasaran saya terhadap 17 pelajar SMSL. Sila ambil berat dan pastikan anda fahan kedudukan anda, sepanjang keberadaan saya sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu (1103) semenjak Bulan April 2017.
SASARAN ATAU TARGET 17 ORANG PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG (SPM 2017)
KANAPA SAYA KATA BEGITU, LIHAT DAN FAHAMKAN ANALISA SAYA LAKUKAN
MENGGUNAKAN SISTEM ANALISA ITEM BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS (AIBMMA) UNTUK KERTAS BAHASA MELAYU (1103) KELAS 5 SAINS BERDASARKAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017
SAYA FAHAM, SETIAP OBJEKTIF DAN HALA TUJU UNTUK MENCAPAI SESUATU HASRAT ATAU NIAT MEMERLUKAN BANYAK PENGORBANAN. OLEH SEBAB ITU, SAYA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA SAYA UNTUK MEREALISASIKAN AGAR SASARAN YANG SAYA TETAPKAN TERSEBUT BERJAYA. NAMUN, SAYA FAHAM JIKA SAYA SEORANG SAJA BERUSAHA TETAPI TIDAK DISAMBUT OLEH PELAJAR SAYA SAMALAH KATA PERIBAHASA MELAYU, 'BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI', JUSTERU, SAYA MEMOHON PELAJAR-PELAJAR SAYA MENYAMBUT BAIK HASRAT SAYA BERKENAAN.
KESIMPULANNYA, 17 ORANG PELAJAR SAYA DALAM KELAS 5 SAINS PERLU FAHAM KENAPA SAYA SERING MEMBERI KERJA SEBAGAI LATIHAN DAN DALAM SEPANJANG ERA PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017, BERMULA PADA TANGGAL 11/9/2017 SAYA MULAI MEMBERIKAN LATIHAN BERFOKUS KEPADA ITEM CONTOHNYA, SELASA INI KARANGAN BERPANDU, DAN SEBELUM INI LATIHAN MERUMUS TEKS, SOALAN BERFOKUS BAHAGIAN 2 ( PEMAHAMAN TEKS), SOALAN 3 ( PENGUASAAN TATABAHASA), BAHAGIAN SOALAN 4 (NOVEL). DALAM AIN PERKATAAN, JIKA MERUJUK JADUAL WAKTU BAHASA MELAYU, SAYA AKAN TETAPKAN IAITU PADA HARI SELASA (FOKUS SOALAN KARANGAN DAN RUMUSAN), RABU (FOKUS SOALAN PEMAHAMAN TEKS/ KOMSAS NOVEL), KHAMIS (FOKUS TATABAHASA), DAN FOKUS SEMASA KELAS BIMBINGAN (FOKUS SOALAN KRITIKAL- ATAU BERDASARKAN KEPERLUAN SEMASA). SAYA JUGA SUDAH MENETAPKAN SETIAP LATIHAN PERLU DIBUAT DI DALAM KELAS, KECUALI SOALAN KERJA RUMAH ATAU PROGRAM MENYALIN SETIAP MINGGU.
INSYAALAH, SEKIRANYA PELAJAR BERDISIPLIN, PATUH KEPADA MASA DAN BERTANGGUNGJAWAB MENYIAPKAN SETIAP LATIHAN TEPAT PADA MASA YANG DIPERUNTUKKAN SERTA SENTIASA MENGHASILKAN JAWAPAN LATIHAN BERMUTU, KAMU AKAN BERJAYA. PERINGATAN- SASARAN SAYA, SEMUA PELAJAR KELAS 5 SAINS PERLU BARADA PADA SLOT CEMERLANG (CEMERLANG A+, A, DAN A-) KERTAS BAHASA MELAYU (1103). TIADA YANG MUSTAHIL SEKIRANYA PELAJAR SENTIASA BERUSAHA. SAYA AKAN TERUS MEMBANTU, INSYAALAH.
LATIHAN HARI SELASA/ 19/9/2017
( SEMASA SAYA KE HOSPITAL SELAYANG)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 NEGERI KEDAH
MOHON MAKLUMKAN FILDA UNTUK MENGAMBIL SOALAN INI DARIPADA
SAYA SEMASA MENGHANTAR BUKU LATIHAN ESOK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan