Selasa, 5 September 2017

ANALISA SOALAN-SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2017

 

ANALISA SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI-NEGERI 2017

INSYAALAH SAYA AKAN MEMBUAT ANALISA SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 2017 YANG TELAH DIHADAPI OLEH PELAJAR SPM BARU-BARU INI DALAM MASA TERDEKAT. SEMOGA DENGAN ANALISA BERKENAAN, PELAJAR  KELAS 5 SAINS KHUSUSNYA DAN AMNYA PELAJAR SMK SERI LONDANG SERTA PELAJAR SPM SELURUH MALAYSIA AKAN DAPAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI SPM 2017. SAYA JUGA AKAN CUBA UNTUK MENYEDIAKAN ANALISA SOALAN-SOALAN PERCUBAAN TAHUN 2016 DAN SOALAN SPM JULAI DAN NOVEMBER YANG TELAH KELUAR SEBELUM INI KERANA SEMAKIN BANYAK ANALISA SOALAN BERKENAAN , PELAJAR AKAN MENGETAHUI SOALAN KEGEMARAN PENGGUBAL SOALAN NEGERI DAN BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2017.
SEKALI SAYA INGIN MEMPERINGATKAN PELAJAR BAHAWA ANALISA YANG SAYA LAKUKAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENGAMBARKAN SOALAN-SOALAN TERSEBUT SEBAGAI SOALAN SPOT KERANA DARI DAHULU LAGI SAYA TIDAK SUKA PELAJAR MENGANDAIKAN SOALAN -SOALAN BERKENAAN SEBAGAI SOALAN SPOT ATAU RAMALAN. SAYA LEBIH SUKA SOALAN-SOALAN BERKENAAN DIGUNAPAKAI PELAJAR UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN ATAU LATIHAN SEBAGAI USAHA UNTUK BERSEDIA MENGHADAPI SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU SPM 2017.

UNTUK MAKLUMAN TAPAK ANALISA SOALAN DI BAWAH SAYA AMBIL DARIPADA TAPAK ANALISA SOALAN SPM YANG TELAH SAYA GUNAKAN PADA TAHUN 2017.

SEKIRANYA PELAJAR BIJAK,  PELAJAR BOLEH MENGAMBIL SEBERAPA BANYAK ILMU BAHASA YANG TELAH SAYA PAPARKAN SEMENJAK BLOG INI DITERBITKAN. INSYAALAH JIKA ADA MASALAH PELAJAR BOLEH MENGEMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN KE EMAIL SAYA DI mohdramsul@gmail.com. SAYA AKAN CUBA MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN TERHADAP BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI KERANA SAYA DAPATI ADA MENU DI BAHAGIAN KOMUNIKASI SAYA DENGAN KHALAYAK BERMASALAH. SAYA AKAN CUBA MEMPERBAIKINYA, INSYAALAH. SELAMAT MELAKUKAN PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2017 KERANA PEPERIKSAAN BERKENAAN SEMAKIN MENGHAMPIRI ANDA. SEMOGA PERINGATAN INI AKAN MEMOTIVASI ANDA UNTUK LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM SEBENAR.


BAHAN ANALISA DALAM PROSES “UPLOAD” DAN AKAN DIPAPARKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT.

ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017
KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)


BIL
NEGERI
SOALAN 2 (B) PETIKAN PROSA MODEN
SOALAN 2 (C) PETIKAN PROSA TRADISIONAL
SOALAN 2 (D)
PETIKAN PUISI
1
KEDAH
Cerpen ‘Hipertensi’ Antologi Sejadah Rindu.
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Antologi Sejadah Rindu.
Sajak Sejadah Rindu. Antologi Sejadah Rindu.
2
SBP
Drama ‘Bukan Gila’ Antologi Sejadah Rindu.
“Burung Terbang Dipipiskan Lada,”  Antologi  Sejadah Rindu.
Syair Bidasari. Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
3
PAHANG
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
“Burung Terbang Dipipiskan Lada‟       Antologi Sejadah Rindu.
Gurindam Erti Hidup Bererti.
Antologi Sejadah Rindu.
4
JOHOR (SMK DESA CEMERLANG)
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
“Kepimpinan Melalui Teladan”  Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka.
5
PERLIS
Drama ‘Bukan Gila’ Antologi Sejadah Rindu.
Burung Terbang Dipipiskan Lada,”  Antologi  Sejadah Rindu.
Sajak Gelanggang
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
6
TERENGGANU
Drama ‘Bukan Gila’ Antologi Sejadah Rindu.
“Kepimpinan Melalui Teladan”  Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Sajak Gelanggang
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
7
MRSM
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Burung Terbang Dipipiskan Lada,”  Antologi  Sejadah Rindu.
Sajak Aku Membaca Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
8
KELANTAN
Drama “Berkhidmat Untuk Negara‟ Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Burung Terbang Dipipiskan Lada,”  Antologi  Sejadah Rindu.
Sajak Aku Membaca Lagi , Razali Mohd Yussof, Dewan Bahasa.
9
SABAH
Drama ‘Bukan Gila’ Antologi Sejadah Rindu.
Burung Terbang Dipipiskan Lada,”  Antologi  Sejadah Rindu.
Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” Kalung Bunga Za’ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka.
10

11

12

13





ANALISA TERKINI SOALAN PERCUBAAN  BAHASA MELAYU NEGERI-NEGERI LAIN 2017.
SOALAN PERCUBAAN SPM  NEGERI 2017 ( ANALISA 4 A DAN 4 B)

BIL
NEGERI
SOALAN 4 A    ( 7 markah )
SOALAN 4 B   ( 8 markah )
1
KEDAH
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel tersebut
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian  yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
2
SBP
Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.    
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan  kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
3
PAHANG
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan  dua peristiwa  sebuah  novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
4
JOHOR (SMK DESA CEMERLANG)
Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel. 
Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.
Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel  tersebut
5
PERLIS
Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan keberanian.  Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.  
6
TERENGGANU
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalarn novel tersebut.
Terdapat pelbagai peristiwa rnenarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.
7
MRSM
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.
Satu darpada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan nila keberanian bagi setiap novel tersebut.
8
KELANTAN
Dalam novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kejujuran bagi setiap novel.
9
SABAH
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang berserta contoh yang sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
10

11

12

13



SEMOGA ANALISA DI ATAS AKAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MELIHAT ALIRAN SOALAN YANG KERAP MENJADI PILIHAN PENGGUBAL SOALAN DI PERINGKAT NEGERI DAN MEMBUAT PERSIAPAN MENGHADAPI SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2).

ANALISA  SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI LAIN AKAN DIMUAT NAIK PADA MASA TERDEKAT. INSYAALLAH. HARAP MAKLUM


Tiada ulasan: