Rabu, 27 September 2017

PDPC MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG

PDPC MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU  KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG. GELUNG PEPUYU, TITI GANTONG, 32600 BOTA, PERAK.

GURU MEMANCARKAN SOALAN DIPERBINCANGKAN KE LAYAR PUTIH
DI SAMPING PELAJAR MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN BAHAN ANALISA
SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN NEGERI DAN PADA HARI INI FOKUS SOALAN
PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (3A, 3B, 3C, 3D, DAN 3E )

PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017 BERTEMPAT DI BILIK MULTIMEDIA
SMK SERI LONDANG.  PDPC BERFOKUS KEPADA PROGRAM MASTERI
BAHAGIAN SOALAN PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(SOALAN 3A, 3B, 3C, 3D DAN 3E ) MENGGUNAKAN BAHAN
ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI MALAYSIA 2017.
DISAMPING ITU PELAJAR BOLEH MERUJUK KAMUS DEWAN BAHASA,
BAHAN MODUL BAHASA MELAYU 2, SERTA KAMUS DEWAN BAHASA ONLINE, SERTA
NOTA EKSPRES TATABAHASA.



OBJEKTIF PDPC PADA HARI INI UNTUK MEMAHIRKAN MEREKA MENJAWAB
SOALAN PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN BAHASA PELBAGAI SOALAN
NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017 ( MRSM)
ALHAMDULLILAH, PELAJAR DAPAT MENJAWAB SOALAN FOKUS DIBINCANGKAN
PADA HARI INI DENGAN JAWAPAN BETUL SEKURANG-KURANGNYA 90% BETUL.

INSYAALAH, FOKUS PDPC ESOK  SOALAN NOVEL 4 A DAN 4B
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 2017 (MRSM)

SEBAGAI PENGAYAAN, PELAJAR YANG BERJAYA MENYELESAIKAN SOALAN BERKENAAN DIBERI SOALAN TAMBAHAN

Ahad, 24 September 2017

TEKNIK DAN BENGKEL KERTAS BAHASA MELAYU 2 DAN 1, SMK SERI ISKANDAR DI PULARES, BATU GAJAH, PERAK.

               Alhamdulillah, pada 23 September 2017 bersamaan hari Sabtu, saya telah menyampaikan Teknik dan Bengkel Menjawab Kertas Bahasa Melayu 2 dan sedikit pendedahan Kertas Bahasa Melayu 1 atas permintaan tuan rumah. Sebagai seorang penceramah untuk menyentuh kedua-dua kertas dalam satu masa merupakan satu cabaran dan sukar untuk dilaksanakan. Namun oleh sebab dipohon untuk menyentuh sedikit pendedahan Kertas Bahasa Melayu 1 saya berusaha juga untuk melakukannya. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan penglibatan pelajar sepanjang program berkenaan berjalan. Diharapkan pelajar cemerlang seramai 200 orang pelajar yang terlibat mengikuti perkembangan program, terutama penglibatan rakan-rakan mereka yang aktif terlibat semasa soal jawab dan perbengkelan dijalankan. Sekiranya, diberikan tambahan masa, banyak lagi fokus kertas Bahasa Melayu 1 terutamanya, dapat disentuh. Saya berdoa, agar pelajar yang terlibat dengan program akan dapat menghadapi Kertas Bahasa Melayu (1103) dengan baik dan mencapai keputusan cemerlang.

                 Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir SMK Seri Iskandar, terutama GKB Puan Hajah Noor Asiah, serta Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Guru-guru Bahasa Melayu yang telah meminta saya untuk menyampaikan perkongsian ilmu bahasa, terutama untuk menjelaskan cara menjawab soalan Kertas 2 khususnya, dan umumnya sedikit sentuhan untuk kertas Bahasa Melayu 1. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana memberikan tambahan sedikit masa kerana ruang masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30, masih belum cukup untuk saya membincangkan kedua-dua kertas kerana saya sendiri tahu untuk membicarakan kedua-dua kertas bahasa Melayu 1 dan 2 amat sukar. Alhamdulillah, saya menamatkan program pada pukul 1.00 tengah hari atas menjaga perjalanan program selanjutnya. Namun, saya memohon supaya pelajar merujuk blog saya ini untuk menambah ilmu bahasa terutama sebagai rujukan tambahan untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2017. InsyaAlah, pada 30 September ini saya akan bertemu dengan pelajar sederhana pencapaian bahasa Melayu SMK Seri Iskandar, untuk tujuan yang sama. Semoga saya sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab yang sama untuk memudahkan pelajar menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM 2017. InsyaAllah, aamiin.




GAMBAR SEPANJANG PROGRAM TEKNIK DAN PERBENGKELAN
KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SMK SERI ISKANDAR DI PULARES, BATU GAJAH.
                   

Jumaat, 22 September 2017

KESALAHAN-KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA MENGARANG (DAPATAN UNTUK DIBERI PERHATIAN DALAM KALANGAN PELAJAR)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,  serta Selamat Maal Hijrah  kepada pelajar sama ada kepada pelajar bakal menghadapi SPM 2017 atau masih bertatus pelajar menengah atas terutama pelajar tingkatan empat yang sering melayari Laman Bahasa Melayu SPM ini. InsyaAllah, saya akan membicarakan kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar semasa mengarang soalan bahagian A (Karangan Berpandu) dan soalan bahagian B (Karangan Umum - karangan pilihan). Diharapkan dengan coretan tak seberapa ini, anda akan faham kesalahan-kesalahan berkenaan dan cuba elakkan daripada melakukannya semasa mengarang terutama dalam kalangan pelajar tingkatan 5, bakal menghadapi peperiksaan SPM 2017.

Pada pandangan saya, isu yang ingin saya perkatakan ini bukanlah isu yang baru tetapi isu yang sepatutnya tidak berlaku kerana umumnya telah diperkatakan oleh guru mata pelajaran bahasa Melayu sejak pelajar berada di tingkatan satu lagi. Bayangkan setelah berada di sekolah menengah selama hampir lima tahun kekerapan melakukan kesalahan sama semasa mengarang masih berlaku. Sedangkan saya belum lagi memasukkan keberadaan pelajar di sekolah rendah selama enam tahun. Jika dicampurkan pembelajaran bahasa Melayu semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah, masa yang telah dihabiskan oleh pelajar untuk belajar kemahiran bahasa menjangkau 11 tahun. Mungkin apabila pelajar sedar tempoh berkenaan agak panjang dan lama. Terkejut! Sedangkan kemahiran yang diajar sama sahaja, cuma penekanannya aspek kemahiran bahasa sahaja yang berbeza kerana aras kesukaran kemahiran bahasa yang diajar guru  semasa mengajar berdasarkan tahap, umur, dan kebolehan pelajar.

Bahkan juga, selama saya mengajar pelajar tingkatan 5 lebih kurang 15 tahun lamanya, saya  hairan penekanan pelajar terhadap kemahiran berbahasa ini semasa menjawab soalan sama ada semasa membuat latihan, menghadapi ujian malah peperiksaan Kertas BM 1 ( Kertas Karangan ) dan Kertas BM 2 ( Terutama bahagian 3 - Kemahiran dan Penguasaan Bahasa) bagi pelajar seperti berada di dunia yang berbeza. Maksud saya, pelajar lebih menggarapkan pengetahuan berbahasa mereka semasa menjawab kertas Bahasa Melayu 2, terutama soalan 3, tetapi apabila menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 (karangan ) seperti saya katakan tadi mereka seperti berada di dunia lain dan kerap menggabaikan aspek bahasa semasa mengarang. Cuba fikirkan. Namun saya, dapati kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103) merupakan kalangan pelajar yang mengambil berat aspek tatabahasa dan mampu mengelakkan diri mereka melakukan kesalahan bahasa kerana mereka sudah membudaya dan mengambil berat aspek bahasa semasa menjawab kedua-dua kertas. Tahniah saya ucapkan pada kalangan pelajar ini. Oleh sebab itu, keputusan pelajar berminda kelas pertama ini sering mendapat keputusan yang memberangsangkan setiap kali menjawab soalan, sama ada latihan, ujian dan peperiksaan, justeru, hal inilah yang saya selitkan semasa berbicara dalam coretan saya kali ini. Semoga coretan tak seberapa ini akan membantu pelajar untuk memperkasakan kemahiran bahasa mereka bukan sahaja untuk memandu mereka menjawab soalan kertas BM 1 malah  untuk menjawab kertas BM 2. InsyaAllah, tunggu. Jika ada masa saya akan cuba untuk memperkatakan isu dan cuba untuk menguraikan permasalahan berkenaan. Namun untuk berbicara soal kemahiran bahasa tersebut amat luas, kerana jika diikutkan hati skop perbincangan perlu diperluas kepada semua aspek dan kemahiran bahasa, tetapi apa yang saya risaukan masa, jika diperincikan perbincangan secara teliti, mungkin memakan masa yang panjang. Saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk memperkatankannya isu berkenaan. Doakan saya sihat untuk melaksanakan tugasan saya kali ini.

Saya memohon maaf kerana atas masalah masa yang terhad dan aktiviti saya padat
memaksa saya mengambil masa untuk membicarakan masalah kesalahan di atas.
InsyaAllah, jika ada masa, saya akan merujuk masalah- masalah serta menghuraikan kesan dan tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan supaya pelajar akan
faham dan mengambil tindakan untuk membetulkan kesalahan mereka.
Saya pun berasa coretan saya pilih ini berat kerana soal tatabahasa amat luas untuk diperkatakan dan saya cuba mencari jalan kaedan dan cara untuk membicarakannya.
Sekali lagi, saya memohon pelajar dikasihi mendoakan saya sihat dan dapat menjalankan
tanggungjawab sosial ini untuk mafaat pelajar, terutama pelajar yang akan menghadapi
kedua-dua kertas Bahasa Melayu, sama ada kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan juga
kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2).
Sekiranya, pelajar ada ruang dan masa, pelajar boleh menyelongkar khazanah kemahiran
bahasa di dalam blog ini, kerana pelbagai aspek telah saya sentuh sebelumnya.
Semoga Anda Mampu Merungkai Permasalahan Aspek Kemahiran Bahasa Melayu 
Bahasa Kebangsaan Kita. Anda berusaha, Anda Akan Berjaya.

BENTUK ATAU FORMAT BICARA BERKAITAN KESALAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG SEDANG DIUSAHAKAN


BAHAN SEMENTARA TATABAHASA UNTUK MENGELAKKAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA MENGARANG.
Bentuk Kesalahan
Salah
Betul






1. Kesalahan ejaan
Mengalakkan
Menggalakkan
Menyakinkan
Meyakinkan
Mengkagumkan
Mengagumkan
Mengenegahkan
Mengetengahkan
Mengenepikan
Mengetepikan
Makhamah
Mahkamah
Kebaikkan
Kebaikan
Kebanyakkan
Kebanyakan
Kenaikkan
Kenaikan
Was-was
waswas
Di tubuhkan
Ditubuhkan
Disana
Di sana
Aturcara
Atur cara
Khenduri
Kenduri
Ko-kurikulum
Kokurikulum
Kadang kala
Kadangkala
Barang kali
Barangkali
Beristirehat
Beristirahat
Rumahtangga
Rumah tangga
Resepi
Resipi
Tanggung jawab
Tanggungjawab
2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah
a. Cara belajar yang bijakialah dengan membina jadual.

b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
a. Cara belajar yang bijakadalah dengan membina jadual.

b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
3. Kesalahan penggunaan kata ia
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri.
a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

b. Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.

c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
4. Kesalahan penggunaan kata hubung
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.


5. Kesalahan penggunaan penanda wacana
Hal ini kerana
Hal ini demikian kerana
Justeru itu
Oleh itu
Oleh kerana itu
Oleh sebab itu/oleh itu
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu
Selain daripada itu
Selain itu
Selain dari itu
Selain itu


6. Kesalahan frasa nama
Mini bas
Bas mini
Goreng pisang
Pisang goreng
Tempat meletak kereta
Tempat letak kereta
Seni mempertahankan diri
Seni pertahanan diri
Pusat membeli-belah
Pusat beli-belah
Tapak membuang sampah
Tapak pembuangan sampah








7. Kesalahan frasa kerja
Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.
Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.
Gejala bumimenambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.
Badan Pencegah Rasuahmenerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.

b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
Pihak persatuanmerakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
8. Kesalahan frasa adjektif
Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita.
a. Tempat itu merupakantempat yang terindah di negara kita.

b. Tempat itu merupakantempat yang indah sekali di negara kita.
9. Kesalahan frasa jamak
Antara maklumat-maklumat...
Antara maklumat...
Himpunan kata-kata...
Himpunan kata...
Longgokan kayu-kayu...
Longgokan kayu...
Deretan rumah-rumah...
Deretan rumah...
Kebanyakan barang-barang...
Kebanyakan barang...
Pelbagai kuih-muih...
Pelbagai kuih...
10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan
Sebuah keluarga
Satu keluarga
Sebuah mimpi
Suatu mimpi
11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i
Diperolehi
Diperbaiki
Diperkuasai
Diperdalami
Diperakui
Dipersetujui
diperhalusi
Diperoleh
Dibaiki
Dikuasai
Didalami
Diakui atau diperakukan
Disetujui
dihalusi
12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an
(jumlah subjek yang banyak)
Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.

Bintang-bintangbertaburan di langit.

Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.
Lampu merah bergantungan di dinding.

Bintang bertaburan di langit.


Daun kering berguguran di halaman rumah.
13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i
Memperolehi
Memperbaiki
Memperkuasai
Memperdalami
Memperakui
Mempersetujui
memperhalusi
Memperoleh
Membaiki
Menguasai
Mendalami
Mengakui
Menyetujui
menghalusi
14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan
Ibu bapa lebihpentingkan kerjaya...
Ibu bapa lebihmementingkan kerjaya...
Pelajar yang keraptimbulkan masalah di sekolah...
Pelajar yang kerapmenimbulkan masalah di sekolah...
15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalamnegeri sendiri.
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.
Sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".
Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".
16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung
Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.
Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.
Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada permulaan ayat
Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
Hal inidikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
18. Kesalahan penggunaan ayat pasif
Rencana-rencana itu saya akan bukukan.

Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.

Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama.
Rencana-rencana itu akan saya bukukan.

Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.

Rumah itu sedang didirikan oleh merekabersama-sama.


Kesimpulannya, selain isi mantap yang terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas, sesebuah wacana penulisan yang bermutu dan cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik dan berkesan dengan memasukkan unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat, slogan, peribahasa, dan sebagainya. Wacana penulisan juga perlu memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancarkosa kata yang luas serta tanda baca yang betul, yakni bebas daripada aspek kesalahan bahasa dalam perenggan yang seimbang dan bersepadu.

Sumber :
Chai Loon Guan, GC BM dan Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.


Sebagai rujukan ejaan dan kesalahan, saya paparkan kesalahan ejaan yang boleh berlaku kepada pelajar semasa mengarang:-


SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk (sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dailog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling / gembeleng
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok (sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah / Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah (ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia
graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah

isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia
lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
protin
pekej
pesonal (kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh (sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit

KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)

SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
acapkali
ada pun
adakala
andai pun
andaikata
apa kala
apa tah
atau pun
Aidil-fitri
aturcara
ambilalih
barang kali
begitupun
belumpun
biar pun
baikpulih
bandaraya
cendera mata
cahayamata
campurtangan
empatbelas
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gunatanah
hakmilik
hapuskira
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
isipadu
inipun
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
jualbeli
kawalselia
kadang kala
kemaskini
kerapkali
keretapi
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
kuatkuasa
acap kali
adapun
ada kala
andaipun
andai kata
apakala
apatah
ataupun
Aidilfitri
atur cara
ambil alih
barangkali
begitu pun
belum pun
biarpun
baik pulih
bandar raya
cenderamata
cahaya mata
campur tangan
empat belas
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
guna tanah
hak milik
hapus kira
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
isi padu
ini pun
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
jual beli
kawal selia
kadangkala
kemas kini
kerap kali
kereta api
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
kuat kuasa
lalulintas
latarbelakang
lebuhraya
lagi pun
mana pun
mana kala
merekapun
meski pun
olah raga
papantanda
penguatkuasa
pengubahmilik
pilihanraya
pasaraya
rekabentuk
rekabina
ruangniaga
samada
sebutharga
sediada
segitiga
sekaligus
senireka
suratcara
suratkhabar
susunatur
susutnilai
sediakala
selangseli
seringkali
sesungguh-nya
siapa-tah
sudahpun
sungguh pun
temubual
temuduga
tengahari
tuanpunya
tukarsyarat
telahpun
ulangtahun
urusetia
usahasama
walau pun
walaubagaimanapun
lalu lintas
latar belakang
lebuh raya
lagipun
manapun
manakala
mereka pun
meskipun
olahraga
papan tanda
penguat kuasa
pengubah milik
pilihan raya
pasar raya
reka bentuk
reka bina
ruang niaga
sama ada
sebut harga
sedia ada
segi tiga
sekali gus
seni reka
surat cara
surat khabar
susun atur
susut nilai
sedia kala
selang seli
sering kali
sesungguhnya
siapatah
sudah pun
sungguhpun
temu bual
temu duga
tengah hari
tuan punya
tukar syarat
telah pun
ulang tahun
urus setia
usaha sama
walaupun
walau  bagaimanapun


KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
-          imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.
-          boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:

Awalan

Imbuhan
Makna
Contoh
anti-
menentang / benci
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
auto-
dengan sendiri
automatik
autonomi
automobil
poli-
banyak
poligami
poliklinik
politeknik
pro-
menyokong / menyebelahi
prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
sub-
sebahagian daripada
subtajuk
subbidang
subsistem
supra-
melebihi / merentasi


supranasional
suprakelas
pasca-
selepas
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis
Akhiran

Imbuhan
Makna
Contoh
-is
orang yang melakukan
cerpenis
kartunis
ekonomis
-isme
kepercayaan / ajaran / fahaman seseorang
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
-logi
bidang ilmu
antologi
psikologi
morfologi
-grafi
bidang ilmu / bidang seni
geografi
kaligrafi
biografi
*Catatan
-   Jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-)
mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut. Contoh : pro-Malaysia,
anti-Israel
Imbuhan Sanskrit
Awalan

Imbuhan
Makna
Contoh
dasa-
sepuluh
dasawarsa
dwi-
dua
dwibahasa
dwimusim
dwicara
eka-
satu
ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juru-
orang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidang
juruhebah
jurubahasa
juruterbang
maha-
agung / besar
mahaguru
maharaja
mahasiswa
panca-
lima
pancaragam
pancawarna
pancaindera
pra-
sebelum
prakata
prasangka
prasyarat
tata-
peraturan / sistem
tatabahasa
tatatertib
tatadunia
Akhiran

Imbuhan
Makna
Contoh
-ita
wanita / perempuan
biduanita
posnita
-man
orang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidang
seniman
budiman
-wan
orang yang
-          pakar dalam sesuatu
bidang
-          melakukan sesuatu
       perbuatan
-          memiliki sesuatu sifat
-          memiliki sesuatu
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan
-wati
wanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
peragawati
seniwati
angkasawati

*catatan
-    -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
-    -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘i’]


Imbuhan Arab –Parsi
Awalan

Imbuhan
Makna
Contoh
bi-
tidak
biadab
bilazim
binormal

Akhiran

Imbuhan
Makna
Contoh
-ah
orang perempuan / wanita
ustazah
qariah
-at
orang perempuan / wanita
muslimat
hadirat
-iah
hal yang ada perkaitan dengan sifat
ilmiah
jasmaniah
alamiah
-in
orang lelaki
hadirin
muslimin
musyrikin


Kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan pelajar semasa mengarang, baik dalam binaan ayat, mahupun binaan frasa:-

Salah
Betul
Ada berbagai barang di kedai itu.
- Ada berbagai-bagai barang di
  kedai itu.
- Ada pelbagai barang di kedai
  itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Ali dihadiahi sebuah buku harian.
Di antara mereka yang hadir.
Antara mereka yang hadir.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
Bangunan itu adalah Daya Bumi.
Bangunan itu Daya Bumi.
Banyak orang datang.
Banyak orang yang datang.
Berbincang masalah.
Berbincang tentang masalah itu.
Berdasarkan kepada perkara itu.
Berdasarkan perkara itu.
Bergantung kepada.
Bergantung pada.
Berhubung itu.
Berhubung dengan itu.
Berkait itu.
Berkait dengan itu.
Berkaitan itu.
Berkaitan dengan itu.
Bersama.
Bersama-sama.
Beda.
Beza.
Bola itu Ali tendang.
Bola itu ditendang (oleh) Ali.
- Bola itu ditendang oleh saya.
- Bola itu saya menendang.
Bola itu saya tendang.
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad.
Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Buku itu dihantar ke perpustakaan.
Buku itu dimasukkan dalam laci.
Buku itu dimasukkan di dalam laci.
Buku itu disimpan dalam laci.
Buku itu disimpan di dalam laci.
Di dalam hal itu.
Dalam hal itu.
Di dalam peperiksaan itu.
Dalam peperiksaan itu.
Dari Kedah hingga Sabah.
Dari Kedah ke Sabah.
Dari masa ke semasa.
Dari masa ke masa.
Dari semasa ke masa.
Dari semasa ke semasa.
Daripada segi.
Dari segi.
Dato’ Sri.
Dato’ Seri.
Datuk Sri.
Datuk Seri.
Dengan lain perkataan.
Dengan perkataan lain.
Dalam bilik itu.
Di dalam bilik itu.
Dia belajar dari pengalaman.
Dia belajar daripada pengalaman.
Dia datang bila dipanggil.
Dia datang apabila dipanggil.
- Dia memandang pada saya.
- Dia memandang kepada saya.
Dia memandang saya.
Dia berikan anaknya pelajaran.
Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia berikan saya sebuah buku.
Dia memberi saya sebuah buku.
Dia memberi buku kepada saya.
Dia memberikan buku kepada saya.
Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia mempelajari daripada pengalamannya.
Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.
Dia memperisterikan Aminah.
Dia memperisteri Aminah.
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.
Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
Dia menaiki bendera.
Dia menaikkan bendera.
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dia mengambil apa sahaja.
Dia mengambil apa-apa sahaja.
Dia menolehkan pandangannya kepada saya.
Dia menolehkan pandangannya pada saya
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu.
Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Dia merindukan anaknya.
Dia merindui anaknya.
Jangan memijak rumput.
Jangan pijak rumput.
Jauhilah daripada dadah.
Jauhilah dadah.
Berkesanan.
Keberkesanan.
Kedua belah pihak.
Kedua-dua belah pihak.
Kepimpinan.
Kepemimpinan.
Kereta itu melalui di jalan besar.
Kereta itu melalui jalan besar.
Letaklah di mana yang sesuai.
Letaklah di mana-mana yang sesuai.
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Maksudnya yang asalnya.
Maksudnya yang asal.
Melawat ke Eropah.
Melawat Eropah.
Melihat kepada/pada keindahannya.
Melihat keindahan.
Membincangkan tentang perkara itu.
Membincangkan perkara itu.
Menduduki di tempat kedua.
Menduduki tempat kedua.
Beg itu mengandung.
Beg itu mengandungi.
Mensiakan tanggungjawab.
Mensia-siakan tanggungjawab.

Mengunjungi ke Eropah.
Mengunjungi Eropah.
Mereka memberitahukan saya perkara itu.
Mereka memberitahu saya perkara itu.
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
Mereka-mereka.
Mereka.
Oleh kerana itu.
Oleh sebab itu.
Merujuk kepada surat tuan
Merujuk surat tuan
Di masa
Pada masa
Pada pendapatan saya
Pada pendapat saya
Pada satu hari (bilangan)
Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan
Para wartawan
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Pergilah ke mana pun
Pergilah kemana-mana pun.
Perkara itu ialah benar
Perkara itu adalah benar
Pilihlah mana yang sesuai
Pilihlah mana-mana yang sesuai
Ramai orang datang
Ramai orang yang datang
- Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian dari wangnya didermakan.
Sebahagian daripada wangnya didermakan
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu
Selain dari/ daripada itu
Selain itu 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
Semoga rohnya dicucurkan rahmat.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Seperti yang kita telah katakan.
Seperti yang telah kita katakan.
Sri.
Seri (cahaya)
Mengunjungi ke Eropah.
Mengunjungi Eropah.
Mereka memberitahukan saya perkara itu.
Mereka memberitahu saya perkara itu.
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
Mereka-mereka.
Mereka.
Oleh kerana itu.
Oleh sebab itu.
Merujuk kepada surat tuan
Merujuk surat tuan
Di masa
Pada masa
Pada pendapatan saya
Pada pendapat saya
Pada satu hari (bilangan)
Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan
Para wartawan
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Pergilah ke mana pun
Pergilah kemana-mana pun.
Perkara itu ialah benar
Perkara itu adalah benar
Pilihlah mana yang sesuai
Pilihlah mana-mana yang sesuai
Ramai orang datang
Ramai orang yang datang
- Sebahagian wangnya didermakan
- Sebahagian dari wangnya didermakan.
Sebahagian daripada wangnya didermakan
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu
Selain dari/ daripada itu
Selain itu 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
Semoga rohnya dicucurkan rahmat.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Seperti yang kita telah katakan.
Seperti yang telah kita katakan.
Sri.
Seri (cahaya)