Ahad, 28 April 2013

ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 4- PERSEDIAAN PPT 2013



ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 4
           Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar peri pentingnya pemahaman diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji. Pelajar tingkatan empat perlu menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan pelajar tingkatan lima menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel Kembara Amira.  Justeru, fokus yang perlu pelajar fahami ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam kelas.
          Pelajar tingkatan empat perlu menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:-
i.      Tema.
ii.     Persoalan.
iii.    Watak dan perwatakan.
iv.   Peristiwa penting yang berlaku dalam novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot)
  Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata kunci soalan, selain pelajar perlu memahami definisi komponen komsas yang disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan empat, fokus soalan yang boleh keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang telah dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar perlu berdasarkan pemahaman sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini kerana soalan berkenaan  berdasarkan markah yang diperuntukkan:-
Soalan
Markah
Isi
Bahasa
Jumlah isi perlu ditulis
4 (a)
7 markah
4 markah
3 markah
Dua isi dan tambah satu 
( “backup”)
Isi yang sepatutnya dijawap tiga isi

Soalan
Markah
Isi
Bahasa
Jumlah isi perlu ditulis
4 (b)
6 markah
6 markah
2 markah
Tiga isi dan tambah satu 
( “backup”)
Isi yang sepatutnya dijawap empat isi
       Cara untuk menjawab berkenaan, formatnya ialah seperti di bawah.
Soalan berfokus tema tingkatan empat:  Pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya.
        Isi
Huraian
Contoh
Azfa Hanani sanggup berkorban menyamar sebagai Tengku Murni setelah ditawarkan oleh Tengku Mazran dan Kak Shafinaz.
Azfa Hanani tidak sanggup menyusahkan Pak Long Madi yang selama ini menanggung bebanan memeliharanya sejak kecil selepas kematian ibu bapanya, sedangkan paklongnya miskin.
Justeru, Azfa Hanani menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Shafinaz untuk menyamar menjadi Tengku Murni.
Peringatan:-
Cara menghurai dan menulis jawapan berbeza antara pelajar. Justeru, cara menulis jawapan soalan berdasarkan kreativiti pelajar. Paling utama anda menjawab soalan berkenaan dengan baik.
Format jawapan yang dicadangkan:-
Perenggan Pertama : Definisi komponen komsas ditanya.
Peranggan Kedua    : Isi
Perenggan Ketiga    : Isi seterusnya.

1.   Contoh soalan dan jawapan.
Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji di tingkatan empat. (Novel Azfa Hanani )
Tema bermaksud persoalan pokok atau idea utama yang disampaikan oleh pengkarya dalam karyanya seperti novel, cerpen dan karya sastera yang lain. Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya.
Sebagaimana yang kita tahu, Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang telah kehilangan ibu bapa kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu. Setelah kehilangan ibu bapanya, Azfa Hanani telah dipelihara oleh Pak Long Madi, sedangkan paklong miskin. Oleh sebab itu, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Shafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Keputusan tersebut diambil oleh Azfa Hanani untuk meringankan bebanan paklongnya.
Selain itu, Azfa Hanani mengambil keputusan untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk membalas jasa paklongnya yang selama ini memeliharanya semenjak dia kehilangan orang tuanya. Hal ini dilakukanya setelah Tengku Mazran dan Kak Shafinaz sanggup menampung kos rawatan anak Pak Long Madi iaitu Zuraini yang lumpuh di Indonesia sekiranya dia menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni. Justeru, dengan pengorbanannya tersebut, masalah anak paklongnya akan selesai.
Bahkan juga, Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni untuk membantu Tengku Mazran dan Kak Shafinaz menyelesaikan masalah Datin Maziah. Sebagai mana yang kita maklum, Datin Maziah menghadapi tekanan jiwa setelah sembuh daripada koma kerana tidak dapat menerima kematian anaknya Tengku Murni akibat kemalangan jalan raya. Walaupun tugas penyamaran tersebut amat sukar dilakukan tetapi dia berusaha melakukan penyamaran berkenaan sebaik mungkin dengan bantuan Tengku Mazran dan Kak Shafinaz.
Selain itu, sebagai seorang gadis yang menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan apabila dia dengan sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku Muzaffar abang kepada Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada Tengku Murni yang mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan mereka. Namun, Azfa Hanani terus bersabar dengan meneruskan pengorbanan berkenaan dengan harapan tindakan tersebut  anak paklongnya akan dapat berjalan semula dan Datin Maziah akan ceria kembali dengan penyamarannya sebagai Tengku Murni.


2.  Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel tingkatan empat yang anda kaji.
      Persoalan merupakan idea sampingan yang digarapkan oleh perkarya dalam karyanya untuk mengukuhkan tema yang disampaikan. Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah beliau telah memaparkan beberapa persoalan untuk memastikan perkembangan vovel berkenaan manarik.
     Antara persoalan yang dipaparkan ialah persoalan Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri.  Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada, namun dia menerima keadaan kemiskinan berkenaan selama 16 tahun tinggal bersama keluarga paklongnya. Selain itu, Azfa Hanani  juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi sikap Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar yang begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
    Selain persoalan di atas, pengkarya juga menggarapkan persoalan keberanian menghadapi risiko.  Hal ini dapat dilihat melalui watak Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun  tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya. Tambahan pula, penyamarannya tersebut amat sukar kerana dia terpaksa berlakon sebagai Tengku Murni dalam kalangan keluarga elit sedangkan dia hanya seorang gadis miskin. Namun, dengan pertolongan dan bantuan Tengku Mazran dan Kak Shafinaz, Azfa Hanani cuba melakukan penyamaran tersebut dengan sebaik mungkin.
Halis Azhan Mohd Hanafiah juga menggarapkan persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan dalam novel Azfa Hanani. Sikap ini ditonjolkan melalui perwatakan Azfa Hanani, walaupun dia berasal daripada keluarga miskin tetapi dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga paklongnya dan hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.
   Bahkan juga, Halis Azhan Mohd Hanafiah memaparkan persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat dalam kehidupan masyarakat. Sikap mementingkan darjat diperlihatkan melalui perwatakan Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani dengan anggapan penyamaran Azfa Hanai bertujuan untuk membolot harta mereka. Di sekolah pula,  rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
Contoh isi lain:-
Ø    Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni  
  sehingga dia tidak dapat menerima  kenyataan bahawa anaknya telah meninggal dunia.

Ø   Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan darjat.  Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu kawan  baik Tengku Murni kerana perbezaan darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang pelajar miskin sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya bertugas sebagai pensyarah dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat PHD. Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

Ø   Persoalan wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.
3.    Huraikan watak perwatakan utama novel yang anda kaji di tingkatan 4 ( Azfa Hanani)
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut. Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah, beliau telah memaparkan Azfa Hanani sebagai watak utama.
Huraikan isi di bawah dengan ayat yang gramatis.

·         Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air mukanya yang jernih mengambarkan sifat  penyayangya.
·         Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi malangnya kedua ibu  bapanya itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya mengalami kemalangan jalan raya akibat terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih bayi. Di akhir novel cerita kemalangan tersebut terbongkar dan punca kemalangan berlaku akibat Datuk Tengku Makmur. Diceritkan juga, Datin Maziah menyusukan Azfa Hanani selepas kemalangan berlaku.
·         Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.
·         Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
·         Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
·            Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah angle milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·         Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang mengalami masalah lumpuh.
·         Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
·         Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.


SELAMAT BERJAYA DALAM PPT 2013

ANDA BOLEH MERUJUK NOTA KOMSAS NOVEL AZFA HANANI DI BAWAH:-



Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

SIPNOSIS
Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. 
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar  mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya  penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa  Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

TEMA BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA
       Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya. Sebagai contoh Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni setelah diminta oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz kerana dia tidak mahu membebankan kehidupan Pak Long ( Pak Madi) yang selama ini menyara dan memeliharanya setelah kematian ibu bapanya yang telah menghadapi kemalangan jalan raya.
       Tambahan pula, Zuraini anak Pak Longnya lumpuh dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Justeru, sebagai kesudian Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni, Tengku Mazran dan isterinya Shafinaz sanggup menanggung kos rawatan Zuraini di Indonesia.
      Selain itu, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi  Tengku Murni untuk menyelesaikan masalah Datin Maziah yang begitu rindu akan anaknya yang dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di Jepun dan tidak mahu menerima hakikat anaknya telah meninggal dunia.
     Bahkan juga, sebagai seorang gadis yang menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan apabila dia dengan sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku Muzaffar abang kepada Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada Tengku Murni yang mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan mereka. Namun, Azfa Hanani terus bersabar dengan anggapan tersebut.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-
·            Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil. Bahkan juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar Hanani yang menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada adiknya Tengku Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar Hanani akan membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada kedua arwah orang tuannya.

·            Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.

·            Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun  tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya.

·            Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.

·            Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di sekolah pula,  rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

vi)  Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah
 terlalu menyayangi Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima  
 kenyataan bahawa anaknya telah meninggal dunia.

vii) Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan darjat.  .  Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu kawan  baik Tengku Murni kerana perbezaan darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang pelajar miskin sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Selama ibu bapanya belajar dia tinggal bersama datuk dan neneknya. Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

viii)  Persoalan wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Watak Utama
Azfa Hanani

·         Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air mukanya yang jernih mengambarkan sifat  penyayangya.
·         Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi malangnya kedua ibu  bapanya itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mengalami kemalangan jalan raya terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih bayi.
·         Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
·         Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
·         Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
·            Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·         Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang mengalami masalah lumpuh.
·         Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
·         Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.




Watak Sampingan
Datin Maziah

·         Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
·         Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
·         Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
·         Tertekan sebagai akibat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
·         Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.

Tengku Murni

·         Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
·         Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
·         Anak yang taat kepada orang tuanya.
·         Dia begitu manja dengan ibunya.
·         Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
·         Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku Muzaffar.

Tengku Muzaffar

·         Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
·         Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
·         Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
·         Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani


Datuk Tengku Makmur

·         Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
·         Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
·         Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
·         Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

Plot bermaksud  susunan  peristiwa berdasarkan sebab dan akibat  dalam sesebuah novel atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan (konflik), puncak ( klimaks) ,  dan peleraian.
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i.          Permulaan
Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran.

ii.         Perkembangan

Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
iii.      Konflik
Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.
Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.

iv.      Klimaks
Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.          Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.

v.       Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

LATAR
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
Latar Tempat
Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat

·         Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan    dihukum atas kesalahannya itu.

·         Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan. Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani adalah untuk meminta pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk mengatasi masalah ibu mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku Murni meninggal dunia akabiat kemalangan jalan raya.

·         Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni  makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Mereka cuba untuk memberi gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu mereka tidak mengesan penyamaran Azfa Hanani sebagai tengku Murni walaupun wajah dan paras rupa kedua-dua watak tersebut agak sama.

·         Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini dengan tinggal di bilik Tengku Murni anak kepada Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur.

·         Di  Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

·         Di bilik Tengku Murni, Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

Latar Masa

·         Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

·         Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

·         Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

·         Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.


Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh pengkarya dalam karyanya antaranya ialah budaya, pekerjaan, pemikiran dan sebagainya.

·         Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan apabila beliau bersetuju untuk menanggung perbelanjaan Zuraini menerima rawatan di Indonesia sebagai balasan Azfar Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

·         Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Dia beranggapan Azfa Hanani cuba membolot harta keluarganya dengan menyamar menjadi Tengku Murni.



·         Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.

·         Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini kerana  Tengku Mazran telah berjanji untuk merawat penyakit Zuraini sepupu kepada Azfar Hanani sebagai timbal balas kesanggupan Azfar Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.

·         Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

·         Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, Pak Long Madi dan sekeluarga hidup dalam keadaan aman, dan mesra kerana kaya dengan kasih sayang walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan.

·         
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

Teknik Plot
1.     Pemerian 
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

2.     Dialog 
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?” “ Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,” jawab Ekran .


3.     Imbas Kembali 
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya  “Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu.

4.     Suspens 
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah    sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.


Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera

i.      Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.

ii.      Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan  keluarga pak longnya.

iii.      Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke  sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

iv.      Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.

v.      Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.
vi.      Nilai tanggungjawab. Contohnya Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni kerana bertanggungjawap untuk memastikan Datin Maziah kembali hidup normal daripada tekanan perasaan disebabkan Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat anak tunggal perempuan terbunuh dalam kemalangan jalan raya.


















Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

PENGAJARAN
Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
Antara pengajaran yang diperoleh daripada Novel Azfar Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah ialah:-
                                                                                
i)  Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

ii) Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin  melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.

 iii) Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

iv) Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

v)    Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.

vi)  Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.

 


1 ulasan:

Unknown berkata...

Menunggang motor secara berberbahaya