Peringatan: Sekiranya anda faham format soalan komsas antologi, anda akan mudah untuk menjawab soalan berkenaan.
Contoh Soalan Prosa Moden Drama ( Soalan Tidak Keluar Cerpen Kerana Jika Drama Keluar Cerpen Tidak Akan Keluar)
( Soalan Prosa Klasik Tidak Ada Pilihan Seperti Prosa Moden )
( Soalan Puisi Boleh Keluar Sama Ada Sajak, Syair, Gurindam, atau Seloka )
Pastikan anda mempunyai kemahiran memahami isi tersurat yang dinyatakan daripada pusi yang ditulis.
i) Nyatakan tindakan pengusaha rakus yang menyebabkan sumber perubatan boleh habis?
Jika anda perhatikan, jawapan terdapat di dalam teks iaitu yang bergaris, justeru soalan ini mudah
cuma anda perlu merujuk teks dan berhati-hati untuk mendapatkan jawapan.
Cadangan jawapan:-
Pengusaha yang rakus masuk ke hutan dengan traktor bersama-sama dua atau tiga orang pekerja.
Seterusnya, mereka akan menebang pokok sebesar betis atau sebesar tiang rumah habis dicabut dan
akibatnya sumber perubatan akan pupus.
ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan tradisonal, walaupun
pelbagai penyakit boleh diubati dengan peruabatan moden?
Soalan ini memerlukan jawapan yang logik dan boleh diterima umum. Gunakan pengetahuan sedia anda.
Mereka yang banyak membaca akan mudad menjawab soalan sebegini.
Cadangan jawapan:-
Pada pendapat saya, masyarakat masih menggunakan perubatan tradisonal kerana perubatan ini tidak
memerlukan kos yang tinggi dan mudah pula diperoleh. Bahkan juga, sehingga kini perubatan tradisional
masih mampu mengubati sesetengah penyakit dan adakalanya tidak boleh diubati dengan perubatan
moden. Selain, itu pengaruh pusat kesihatan yang terletak di bandar atau kawasan jauh dari pendalaman
menyebabkan penduduk pendalaman masih mengharapkan perubatan tradisonal. Perubatan tradisional
juga diakui tidak meninggalkan sebarang impak kepada pesakit kerana tidak menggunakan bahan kimia
yang boleh memudaratkan kesihatan pesakit. ( Pendapat lain, sesuai boleh diterima)
iii) Berikan satu latar masa yang terdapat dalam petikan dan satu latar masa yang lain daripada keseluruhan
drama?
Peringatan:- Untuk soalan sebegini, jawapan untuk dalam teks perlu anda jawap sebaik-baiknya kerana
anda hanya perlu membaca dan memahami kehendak soalan. Namun untuk jawapan di luar teks anda
perlu membaca keseluruhan drama tersebut.
Latar masa dalam petikan adalah pada waktu pagi contohnya Ripin berbual dengan Tok Wali mengenai
pupusnya pokok-pokok perubatan tradisional, sebelum mereka berlatih silat. Latar masa lain yang
terdapat dalam drama adalah pada waktu petang, contohnya Imam dan Siak datang ke rumah Tok Wali
untuk menasihati Tok wali ( melalui isterinya) agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan
usianya telah tua.
Soalan Komsas Tradisional ( Buku Latihan Twitter Tingkatan 5 )
Pelajar tingkatan 4 juga boleh mencuba menjawab soalan di bawah. Paling utama berbalik kepada format. Jika anda faham format soalan Prosa Klasik, insyaAllah anda boleh menjawabnya.
Maaf, saya tersilap scan kerja di bawah kerana soalan ini untuk kertas peperiksaan kedua dalam buku latihan Twitter tetapi bagusnya, belum belajarpun anda boleh mencuba menjawabnya.
i) Berikan maksud kembali ke mahligainya.
Kembali ke mahligainya bermaksud pulang ke istananya.
ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilakukan oleh tuan puteri terhadap bayan apabila dia kembali ke
mahligainya?
Cuba perhatikan, jawapan ada di dalam teks di atas ( Jawapan bergaris )
Apabila tuan puteri kembali ke istananya, tuan puteri telah memasukkan bayan ke dalam sangkar
yang diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan bertahtakan ratna mutu manikam. Seterusnya,
pada waktu malam bayan itu akan dikeluarkan daripada sangkar. Akhir sekali tuan puteri berbual
dengan bayan tersebut.
yang diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan bertahtakan ratna mutu manikam. Seterusnya,
pada waktu malam bayan itu akan dikeluarkan daripada sangkar. Akhir sekali tuan puteri berbual
dengan bayan tersebut.
iii) Pada pandangan anda mengapakah tuan puteri terlalu ingin bertemu dengan Raja Indera Bumaya?
Pada pendapat saya tuan puteri ingin bertemu dengan Raja Indera Bumaya kerana ingin melihat
paras rupa baginda yang dianggapnya kacak. Selain itu, tuan putera membayangkan bahawa Raja
Indera Bumaya seorang raja yang penuh dengan kesaktian. Bahkan juga, tuan puteri tidak pernah
berjumpa dengan sejak dia tinggal di mahligainya. ( Jawapan yang logik dan sesuai boleh diterima)
paras rupa baginda yang dianggapnya kacak. Selain itu, tuan putera membayangkan bahawa Raja
Indera Bumaya seorang raja yang penuh dengan kesaktian. Bahkan juga, tuan puteri tidak pernah
berjumpa dengan sejak dia tinggal di mahligainya. ( Jawapan yang logik dan sesuai boleh diterima)
i) Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.
Berikan maksud rangkap sajak di atas.
Rangkap sajak di atas bermaksud semakin banyak kejahilan dan semakin berumur seseorang
semakin hampir hidayah Tuhan.
ii) Pada pendapat anda, mengapakah ketika usia seseorang itu sudah tua, baru hendak mengingati
Tuhan?
Pada pendapat saya, apabila umur seseorang itu semakin tua dia akan mengingati Tuhan kerana
dia sudah hampir dengan kematian. Bahkan juga mereka melakukan hal sedemikian kerana telah
banyak melakukan kesalahan dan ingin menebus kesalahan tersebut daripada Tuhan. Selain itu,
apabila sudah berumur seseorang itu akan bersikap matang dan semakin sedar keslahan yang
telah dilakukan. Mereka juga sudah ada anak ataupun cucu dan sudah pasti mereka perlu
menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
iii) Huraikan tiga persoalan yang teradapat dalam sajak " Mengintai Ruang Insaf".
Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak berkenaan ialah kejahilan terhadap agama, contohnya
kejahatan menjauhkan kita daripada dengan Tuhan serta hidayahnya. Selain itu muhasabah diri,
contohnya penyair teringat akan dosa yang telah dilakukannya ketika muda. Akhirnya, persoalan
untuk mendapat keampunan Tuhan, contohnya penyair berharap pintu taubat akan terbuka dan
dia tidak menjadi ahli negara.
Fahamkan Format Soalan Kerana Kefahaman Anda Akan Membantu Anda Untuk
Mencapai Kejayaan. Semoga Berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan