Ahad, 21 April 2013

KARANGAN UMUM BERFOKUS DUNIA (KERJA RUMAH SEBAGAI PILIHAN KEEMPAT)



Masalah ancaman pengganas di peringkat antarabangsa telah membimbangkan dunia. Hal ini berlaku kerana ancaman tersebut telah menggugat keamanan dan boleh meruntuh ekonomi negara dan dunia.



Berikan pendapat anda untuk mengatasi masalah berkenaan.

Berdasarkan soalan di atas, saya yakin kebanyakan pelajar cuba mengelak untuk mengambil tajuk ini sebagai tajuk karangan mereka. Hal ini kerana selain karangan di atas berfokus antarabangsa, pelajar juga perlu banyak maklumat untuk menulis karangan berkenaan. Sebagai langkah untuk membantu pelajar untuk menghasilkan karangan tersebut, tulisan saya pada kali ini cuba untuk menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan karangan berkenaan.

Pengenalan:-


              Sejarah telah membuktikan bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat.  Negara kita sendiri telah melalui saat perit dan derita apabila terlibat secara langsung dalam permasalahan ini, contohnya akibat gerakan komunis sebelum merdeka dan terkini akibat serangan pengganas tentera Kerajaan Sulu yang telah menyerang tentera dan polis di Semporna, Sabah. Akibat sikap mementingkan diri Kerajaan Sulu  bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah menyebabkan rakyatnya yang terlibat dalam serangan terbunuh, begitu juga berlakunya kematian terhadap anggota keselamatan Malaysia. Oleh itu, pemimpin sekarang harus mengambil iktibar bahawa peperangan tidak dapat menyelesaikan sesuatu konflik dalam masa yang singkat dan mereka perlu mengambil pendekatan dengan berunding demi kesejahteraan rakyatnya. Jangan nanti gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah berkenaan.
 
                   
           Antara langkah untuk mengelak peperangan dan pertumpahan darah adalah dengan mengambil pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara . Sekiranya langkah ini tidak diambil, kehilangan nyawa tidak berdosa akan berlaku dalam kalangan masyarakat, apatah lagi nyawa anggota keselamatan yang menjadi benteng utama mempertahankan tanah air tercinta. Hal ini  demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak  boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Saidina Ali Abi Talib pernah berpesan bahawa pasak kekuatan sesebuah negara hendaklah didirikan atas keadilan para pemerintah.  Oleh itu, rakyat tidak akan mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-anak tidak akan hilang tempat bergantung dan masa depan mereka akan lebih terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan kesengsaraan hidup yang dialami oleh anak-anak dari bumi Palestin, Iraq dan Afgahnistan serta beberapa buah negara di Afrika sebagai akibat kehilangan insan yang disayangi. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

               Seterusnya, mari kita selongkar kaedah untuk merungkai permasalahan ini menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan dunia ini telah diwujudkan pada tahun 1945 setelah Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa gagal  menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Antara objektif penubuhannya adalah untuk memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara. Namun, sehingga kini badan dunia ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara besar terutama negara yang memiliki kuasa veto ( kuasa pembatal) yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, dan Britain. Oleh sebab itu, kuasa-kuasa besar ini seringkali menggunakan kuasa veto untuk membatalkkan sebarang tindakan kepada negara yang mempunyai hubungan dengan mereka. Contohnya, Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa berkenaan membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Begitu juga, Amerika mempelopori gerakan Pakatan Tentera bersekutu menyerang Iraq. Justeru, reformasi perlu dilakukan kepada petubuhan dunia ini agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin.

Akan disambung lagi.

7 ulasan:

Unknown berkata...

sambungan dekat mana

Tanpa Nama berkata...

aq nk copy mne sambung die

Unknown berkata...

mana sambungan??

Unknown berkata...

ISI ke 3 , my opinion lah, boleh letak menjalin hubungan baik dengan semua orang/negara luar, isi nya hurai sendiri

Unknown berkata...

Thanks a lot

Unknown berkata...

Thank you

Unknown berkata...

Not bed🙄