ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 4
Setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar peri pentingnya pemahaman
diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji. Pelajar tingkatan empat perlu
menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan pelajar tingkatan lima menguasai
dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel Kembara Amira. Justeru, fokus yang perlu pelajar fahami
ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam kelas.
Pelajar tingkatan empat perlu
menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:-
i. Tema.
ii. Persoalan.
iii. Watak dan perwatakan.
iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam
novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot)
Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata
kunci soalan, selain pelajar perlu memahami definisi komponen komsas yang
disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan empat, fokus soalan yang boleh
keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang telah
dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman
mereka terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar
perlu berdasarkan pemahaman sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada
soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini kerana soalan berkenaan berdasarkan markah yang diperuntukkan:-
Soalan
|
Markah
|
Isi
|
Bahasa
|
Jumlah
isi perlu ditulis
|
4
(a)
|
7
markah
|
4
markah
|
3
markah
|
Dua
isi dan tambah satu
( “backup”)
Isi
yang sepatutnya dijawap tiga isi
|
Soalan
|
Markah
|
Isi
|
Bahasa
|
Jumlah
isi perlu ditulis
|
4
(b)
|
6
markah
|
6
markah
|
2
markah
|
Tiga
isi dan tambah satu
( “backup”)
Isi
yang sepatutnya dijawap empat isi
|
Cara untuk menjawab berkenaan, formatnya
ialah seperti di bawah.
Soalan
berfokus tema tingkatan empat:
Pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang
dihadapinya.
Isi
|
Huraian
|
Contoh
|
Azfa
Hanani sanggup berkorban menyamar sebagai Tengku Murni setelah ditawarkan
oleh Tengku Mazran dan Kak Shafinaz.
|
Azfa
Hanani tidak sanggup menyusahkan Pak Long Madi yang selama ini menanggung
bebanan memeliharanya sejak kecil selepas kematian ibu bapanya, sedangkan
paklongnya miskin.
|
Justeru,
Azfa Hanani menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Shafinaz untuk menyamar
menjadi Tengku Murni.
|
Peringatan:-
Cara menghurai dan menulis jawapan berbeza antara pelajar. Justeru,
cara menulis jawapan soalan berdasarkan kreativiti pelajar. Paling utama anda
menjawab soalan berkenaan dengan baik.
Format
jawapan yang dicadangkan:-
Perenggan
Pertama : Definisi komponen komsas ditanya.
Peranggan
Kedua : Isi
Perenggan
Ketiga : Isi seterusnya.
1. Contoh soalan dan jawapan.
Huraikan tema yang
terdapat dalam novel yang anda kaji di tingkatan empat. (Novel Azfa Hanani )
Tema bermaksud persoalan pokok atau
idea utama yang disampaikan oleh pengkarya dalam karyanya seperti novel, cerpen
dan karya sastera yang lain. Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan
Mohd Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang gadis dalam
menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya.
Sebagaimana yang kita tahu, Azfa
Hanani merupakan seorang gadis yang telah kehilangan ibu bapa kerana terlibat
dalam kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu. Setelah kehilangan ibu bapanya,
Azfa Hanani telah dipelihara oleh Pak Long Madi, sedangkan paklong miskin. Oleh
sebab itu, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran
dan Kak Shafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Keputusan tersebut
diambil oleh Azfa Hanani untuk meringankan bebanan paklongnya.
Selain itu, Azfa Hanani mengambil
keputusan untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk membalas jasa paklongnya
yang selama ini memeliharanya semenjak dia kehilangan orang tuanya. Hal ini
dilakukanya setelah Tengku Mazran dan Kak Shafinaz sanggup menampung kos
rawatan anak Pak Long Madi iaitu Zuraini yang lumpuh di Indonesia sekiranya dia
menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni. Justeru, dengan pengorbanannya
tersebut, masalah anak paklongnya akan selesai.
Bahkan juga, Azfa Hanani menyamar
menjadi Tengku Murni untuk membantu Tengku Mazran dan Kak Shafinaz
menyelesaikan masalah Datin Maziah. Sebagai mana yang kita maklum, Datin Maziah
menghadapi tekanan jiwa setelah sembuh daripada koma kerana tidak dapat
menerima kematian anaknya Tengku Murni akibat kemalangan jalan raya. Walaupun
tugas penyamaran tersebut amat sukar dilakukan tetapi dia berusaha melakukan
penyamaran berkenaan sebaik mungkin dengan bantuan Tengku Mazran dan Kak
Shafinaz.
Selain itu, sebagai seorang gadis yang
menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan
apabila dia dengan sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku
Muzaffar abang kepada Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada
Tengku Murni yang mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan
mereka. Namun, Azfa Hanani terus bersabar dengan meneruskan pengorbanan
berkenaan dengan harapan tindakan tersebut
anak paklongnya akan dapat berjalan semula dan Datin Maziah akan ceria
kembali dengan penyamarannya sebagai Tengku Murni.
2. Huraikan
persoalan yang terdapat dalam novel tingkatan empat yang anda kaji.
Persoalan merupakan idea sampingan yang digarapkan oleh perkarya dalam
karyanya untuk mengukuhkan tema yang disampaikan. Berdasarkan Novel Azfa Hanani
karya Halis Azhan Mohd Hanafiah beliau telah memaparkan beberapa persoalan
untuk memastikan perkembangan vovel berkenaan manarik.
Antara persoalan yang dipaparkan ialah
persoalan Persoalan ketabahan seorang
gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang
kurang berada, namun dia menerima keadaan kemiskinan berkenaan selama 16 tahun
tinggal bersama keluarga paklongnya. Selain itu, Azfa Hanani juga tabah menghadapi liku – liku hidup di
rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni
terutamanya dalam menghadapi sikap Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku
Muzaffar yang begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan
untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
Selain persoalan di atas, pengkarya juga menggarapkan persoalan keberanian menghadapi risiko.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Azfa
Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar
sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang
tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya. Tambahan pula, penyamarannya
tersebut amat sukar kerana dia terpaksa berlakon sebagai Tengku Murni dalam
kalangan keluarga elit sedangkan dia hanya seorang gadis miskin. Namun, dengan
pertolongan dan bantuan Tengku Mazran dan Kak Shafinaz, Azfa Hanani cuba
melakukan penyamaran tersebut dengan sebaik mungkin.
Halis Azhan Mohd Hanafiah juga menggarapkan persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan dalam novel Azfa Hanani.
Sikap ini ditonjolkan melalui perwatakan Azfa Hanani, walaupun dia berasal
daripada keluarga miskin tetapi dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki
masa depan keluarga paklongnya dan hidupnya apabila mengambil kesempatan
belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk
memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi
Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.
Bahkan juga, Halis Azhan Mohd Hanafiah memaparkan persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat dalam kehidupan
masyarakat. Sikap mementingkan darjat diperlihatkan melalui perwatakan Tengku
Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka
sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani dengan
anggapan penyamaran Azfa Hanai bertujuan untuk membolot harta mereka. Di
sekolah pula, rakan-rakan Azfa Hanani
seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia
berasal dari kampung dan hidup miskin.
Contoh isi lain:-
Ø Persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi
Tengku Murni
sehingga
dia tidak dapat menerima kenyataan
bahawa anaknya telah meninggal dunia.
Ø Persoalan memutuskan perhubungan antara
dua insan kerana perbezaan darjat. Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu
kawan baik Tengku Murni kerana perbezaan
darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus
dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk
berkawan dengan Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger
untuk menampung kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang
pelajar miskin sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya
bertugas sebagai pensyarah dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat PHD.
Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam
jurusan perakaunan.
Ø Persoalan wang dan kekayaan mampu
mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan
keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia
untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini
berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.
3. Huraikan watak perwatakan utama novel yang
anda kaji di tingkatan 4 ( Azfa Hanani)
Watak
merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara
perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut. Berdasarkan Novel
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah, beliau telah memaparkan Azfa
Hanani sebagai watak utama.
Huraikan
isi di bawah dengan ayat yang gramatis.
·
Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah
lembut . Air mukanya yang jernih mengambarkan sifat penyayangya.
·
Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19
tahun tetapi malangnya kedua ibu bapanya
itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya mengalami kemalangan
jalan raya akibat terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih
bayi. Di akhir novel cerita kemalangan tersebut terbongkar dan punca kemalangan
berlaku akibat Datuk Tengku Makmur. Diceritkan juga, Datin Maziah menyusukan
Azfa Hanani selepas kemalangan berlaku.
·
Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long
Diah dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya tersebut.
·
Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga
di Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam
subjek bahasa Inggeris.
·
Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya
Azfa sanggup untuk menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan
cara tersebut Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan
menyembuh masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas
kesudian Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
·
Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani
dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku
– liku hidup di rumah angle milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi
Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya,
Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan
untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·
Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh
Pak Long Madi yang kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya
memeliharanya semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan
Kak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah
berjanji kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak
Longnya yang mengalami masalah lumpuh.
·
Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik
Forum Remaja peringkat daerah.
·
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya
Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.
SELAMAT
BERJAYA DALAM PPT 2013
ANDA BOLEH MERUJUK NOTA KOMSAS NOVEL AZFA HANANI DI BAWAH:-
ANDA BOLEH MERUJUK NOTA KOMSAS NOVEL AZFA HANANI DI BAWAH:-
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
||||||||||||||||||||||||
SIPNOSIS
|
||||||||||||||||||||||||
Novel
ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani
). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri
Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran
dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal
dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam
kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput
Illahi.
Azfa
Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah
mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk
mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini
mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani
keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku
Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk
menanggung kos rawatan Zuraini.
Azfa
Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan
isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya
berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang
ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di
Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku
Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani
turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu
Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya
pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa
Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia
cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang
disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar
mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan
bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin
Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa
Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur
dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk
Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan
kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau kematian ibu
bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi
yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa
Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah
menyusuinya.
Datin
Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk
agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di
banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa
Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
|
1 ulasan:
Menunggang motor secara berberbahaya
Catat Ulasan